Anda di halaman 1dari 24

KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

PENDAHULUAN
Usaha negara-negara moden pada abad ke-20 untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan modenisasi masyarakat secara menyeluruh telah berjaya menjadikan negara-negara tersebut terkenal sebagai developed (maju), advanced (terkehadapan) atau fully industrialised countries (negeri-negeri yang telah mencapai kemajuan perindustrian sepenuhnya). Tetapi kemajuan dan modernisasi yang dicapai khususnya oleh negara-negara Barat itu juga telah menghasilkan, pada umumnya, kelunturan nilai-nilai budaya, kelonggaran nilai-nilai moral dan keterasingan nilai-nilai agama.

Banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara ala Barat dan natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan. Modernisasi sekular yang digembar-gemburkan sebagai agenda perubahan yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya asing atau westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam atau orang Timur.

Apabila budaya tempatan sudah tidak berdaya lagi menahan arus westernisasi dan sistem moral keagamaan pun menjadi lemah di bawah tekanan dan asakan sistem moral yang liberal, relatif dan agresif, maka negara dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neokolonialisme budaya. Pada waktu itu identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat kita tidak akan bererti lagi.

CABARAN GLOBALISASI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


Memasuki abad ke-21, negara Malaysia dan umat Islam berhadapan pula dengan tiga gelombang besar globalisasi, ledakan teknologi maklumat dan ekonomi pengetahuan atau maklumat (knowledge-driven economy). Ketiga-tiga gelombang ini juga bermula dari negara-negara Barat yang kaya dan kuat, dan dalam tata dunia yang baru (New World Order) di bawah pimpinan negara Amerika Syarikat dan sekutusekutunya, ketiga-tiga gelombang itu merupakan cabaran hebat yang sekaligus membuka peluang-peluang tertentu bagi negara-negara sedang membangun untuk berada dalam arus perdana dalam hubungan antarabangsa.

Di bawah dasar liberalisasi dan deregulasi perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation, globalisasi yang didukung oleh kuasa korporat global memberikan peluang besar kepada mereka untuk mengeksploitasi ekonomi negaranegara membangun, termasuk Malaysia. Situasi ini akan mempercepatkan proses homogenisasi budaya secara global di mana negara yang kuat akan mempengaruhi negara yang lemah

Pada waktu itu ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasan-gagasan atau aliranaliran kebudayaan asing yang berjiwa materialistik, sekularistik, relativistik, neomodernistik, hedonistik atau permissive (serbaboleh).

Aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral.

Dalam masyarakat yang sarat dengan nilainilai kebebasan individu di luar kawalan agama dan pandangan hidup sekularistik, telah muncul di akhir abad ke-20 gerakan-gerakan sosial yang memperjuangkan kebebasan seks, penggunaan marijuana, hak pengguguran anak, kebebasan pelacurpelacur (yang dikenali sebagai sex workers), perkahwinan sejenis dan harihari perayaan golongan gay yang disambut secara besar-besaran.
9

Konsep ini diperjuangkan pertama kali dalam persidangan United Nations Conference on Population and Development di Cairo pada 1994 dan kemudian di Beijing pada tahun 1995. Dengan kemajuan sains dan teknologi yang canggih, isu kejuruteraan genetik dan cloning tampil dengan pelbagai harapan untuk kemajuan bidang ilmu kedoktoran dan pertanian, tetapi ia juga mengundang beberapa persoalan besar serta kebimbangan yang mempunyai implikasi etika dan budaya yang sangat besar. Bagi sebuah tamadun yang tidak didirikan atas dasar agama, sains dan teknologi sahajalah yang menjadi sumber jawapan tentang baik buruknya sesuatu hasil penemuan sains atau halal haramnya sesuatu teknologi baru. sia.

10

KEBIMBANGAN TERHADAP KELUNTURAN BUDAYA DAN MORAL Cabaran terhadap keutuhan budaya dan moral umat daripada ledakan dan gelombang teknologi maklumat dalam era globalisasi kini tidak kurang hebatnya. Internet, umpamanya, membolehkan penggunanya menimba segala jenis ilmu pengetahuan dan maklumat dengan mudah, tetapi pada masa yang sama ia mengandungi banyak sekali maklumat yang bersifat destruktif, tidak bermoral dan bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan etika umat beragama.

11

Pendedahan kanak-kanak, golongan remaja dan orang dewasa kepada bahanbahan yang bersifat erotik dan lucah di dalamnya boleh menimbulkan sindrom ketagihan yang bakal merosakkan peribadi dan moral para penagihnya.

12

Kelonggaran nilai-nilai budaya dan moral di kalangan belia dan muda-mudi beragama Islam yang dicerminkan oleh budaya penagihan dadah, gejala HIV/AIDS, keganasan juvana, vandalisme terhadap kemudahan-kemudahan awam, minuman keras, merokok, merogol, meragut dan melepak menimbulkan kebimbangan yang mendalam tentang masa depan generasi muda, apa lagi kalau keadaan ekonomi negara menjadi lembab dan kadar pengangguran semakin membesar. Untuk mencapai matlamat kesejahteraan sosial dalam sebuah negara Malaysia yang maju, kerajaan dan rakyat harus berganding bahu membenteras gejala sosial yang mengkhuatirkan, termasuk budaya suka berjudi, sindrom ingin cepat kaya, budaya tidak menepati waktu, tabiat suka mengotor, budaya mengejar glamor dan populariti murahan anjuran T.V. dan budaya fitnah memfitnah dalam dunia politik.

13

Ketinggian dan kemajuan tamadun sesuatu bangsa boleh diukur dari segi kualiti manusianya dan pencapaiannya merangkumi dimensi-dimensi kebendaan, agama, keintelektualan, sains dan teknologi, kebudayaan, sistem ekonomi, sistem politik, sistem sosial, sistem pertahanan, sistem perundangan dan adat istiadat. Tetapi nilainilai kerohanian dan moral bangsalah yang menjadi asas keutuhan budaya. Dari perspektif Islam, keutuhan budaya dan moral merupakan kriteria penting di dalam menilai makna kemajuan atau tamadun sesuatu bangsa.
14

Undang-undang Tuhan dan undang-undang ciptaan manusia juga bertujuan untuk mencegah perbuatan yang tidak berakhlak atau beretika dan membangun masyarakat yang berakhlak mulia. Dengan adanya warga negara yang berkelakuan dan berinteraksi sesama manusia mengikut lunas-lunas budaya yang baik dan nilai-nilai akhlak yang terpuji, masyarakat dan negara akan menikmati keamanan, keharmonian dan kesentosaan.

15

Apabila budaya yang baik dan akhlak yang terpuji luntur, terhakis atau menjadi lemah maka kehidupan masyarakat akan dipenuhi dengan gejala kemungkaran, penipuan, kemaksiatan dan keganasan. Apabila para pemimpin atau golongan berkuasa tidak lagi berpegang kepada budaya yang baik dan akhlak yang terpuji, negara atau tamadun akan menjurus ke arah kehancuran.

16

. KEUTUHAN BUDAYA DAN CABARAN-CABARAN TERHADAPNYA

Penghayatan agama yang mantap, konsisten, bijaksana, harmonis, sederhana dan toleran; tidak fanatik, ekstremis atau kasar dalam hubungan dengan penganut agama-agama lain. Hormat dan patuh kepada Perlembagaan, undang-undang, peraturan-peraturan, perjanjian, kontrak sosial dan adat resam yang menghargai budi, sikap berterima kasih, sopan santun, bahasa yang beradab dan tingkah laku yang tidak kasar, biadab atau gelojoh.

17

Penguasaan ilmu yang berguna dan pemberian nilai dan kehormatan yang tinggi kepada para ilmuwan, kesarjanaan dan kebijaksanaan; institusi-institusi pendidikan diberi keutamaan dan kebebasan akademik dan penyelidikan di pusat-pusat pengajian tinggi digalakkan; amalan membaca menjadi ciri masyarakat dan perbincangan atau wacana ilmiah disuburkan; ilmu aqli (intellectual knowledge) dan ilmu naqli (revealed knowledge) digabungkan supaya wujud keharmonian antara sains, teknologi dan agama.
18

Kebebasan dan ketelusan institusi kehakiman yang menjamin keadilan dan kesamarataan di hadapan undang-undang atau hukum Tuhan; perlantikan para hakim yang dibuat di atas dasar yang objektif, telus dan adil, terlepas dari sebarang unsur bias, pengaruh kepentingan diri, keluarga atau parti; pengadilan yang tidak dipengaruhi oleh rasuah atau paksaan dari pihak eksekutif; para pelaksana hukuman yang menjalankan tugas dengan adil, cekap dan bermoral.

19

Pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, amanah, mesra rakyat, mesra alam dan tidak tunduk di bawah pengaruh rasuah, bebas daripada penyalahgunaan kuasa atau kedudukan, bersih dari kronisme, nepotisme atau hubungan sulit dengan kepentingankepentingan perdagangan atau industri di dalam atau di luar negara; nilai-nilai dan prinsip integriti diterapkan di dalam setiap lapisan pengurusan, daripada pemimpin yang berada di atas kepada pekerja yang berada di bawah; rasuah dan penyalahgunaan kuasa dianggap bukan sekadar jenayah tetapi sebagai dosa besar di sisi agama.

20

Budaya kerja yang menekankan nilai kerajinan, ketekunan dan penjagaan waktu; wujudnya piawaian mutu produk dan produktiviti serta piawaian sistem pengurusan yang cekap dan efektif; wujudnya minda dan sikap yang menentang kemalasan, kecuaian dan ketidakseriusan dalam bekerja; wujudnya kefahaman yang meluas bahawa sebarang kerja yang baik dan berguna untuk kepentingan negara atau masyarakat adalah suatu jenis ibadah dan amal soleh yang mendapat ganjaran daripada Allah di dunia dan di akhirat; wujudnya sistem yang tidak menindas gologan pekerja.
21

Kedaulatan Bahasa Kebangsaan dijaga, dipupuk dan dipantau kemajuannya walaupun penguasaan bahasa-bahasa asing seperti Inggeris atau Jepun digalakkan; rakyat berbilang kaum dapat menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan masyarakat majmuk dengan baik di samping bahasa ibunda masing-masing; sikap pragmatisme ekonomi yang mengenepikan Bahasa Kebangsaan perlu dikawal atau dicegah.

22

Kegiatan kesusasteraan yang mendukung nilainilai murni, positif, membangun minda dan memajukan pemikiran rakyat; kemajuan dalam bidang puisi, novel, cerpen dan drama berjalan selari dengan wawasan kemanusiaan yang beradab dan kesucian agama.

23

Budaya pakaian yang menghormati batas-batas agama dan kesusilaan tradisional; aliran-aliran fesyen yang merupakan tiruan dunia fesyen barat atau timur untuk kepentingan kebendaan pereka-pereka fesyen yang tidak mengindahkan nilai-nilai moral atau agama tidak digalakkan; bagi orang Islam fesyen-fesyen pakaian yang menepati kehendak agama dan moral umat Islam boleh dipopularkan atau dipasarkan di dalam dan di luar negeri.

24

Anda mungkin juga menyukai