Anda di halaman 1dari 15

SEMBAHYANG SUNAT RAWATIB

Sembahyang Sunat Rawatib didirikan sebelum atau sesudah sembahyang fardu. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam sembahyang fardu.
SEBELUM 2 rakaat 2 atau 4 rakaat FARDHU SUBUH ZUHUR/JUMAAT ASAR SELEPAS 2 atau 4 rakaat Sembahyang sunat diharamkan selepas sembahyang Asar hingga masuk waktu Maghrib 2 rakaat 2 rakaat

MAGHRIB ISYAK

SEMBAHYANG SUNAT RAWATIB

SEMBAHYANG SUNAT HAJAT


Sembahyang Sunat Hajat didirikan apabila seseorang itu dalam kesempitan atau mempunyai sebarang hajat. Ianya didirikan sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama, baca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau baca surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi. Pada rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas

SEMBAHYANG SUNAT ISTIKHARAH


Sembahyang Sunat Istikharah didirikan apabila ingin memohon petunjuk bagi sebarang keputusan yang hendak dibuat. Ianya didirikan sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama, baca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun. Pada rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas

SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD


Sembahyang Sunat Tahajjud didirikan apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya pada akhir 1/3 malam atau sekitar jam 2-4 pagi. Ianya didirikan sebanyak 2 rakaat.

Antara fadilat sembahyang ini adalah dikabulkan doanya, diberi pengampunan dan lain-lain keistimewaan.

SEMBAHYANG SUNAT DHUHA


Sembahyang Sunat Dhuha didirikan pada waktu sebelah pagi . Ianya didirikan sebanyak 2 rakaat hingga 12 rakaat. Antara fadilat sembahyang ini adalah dimurahkan rezeki, dijauhkan kefakiran, diampunkan dosa, disediakan istana emas di syurga dan sebagainya.

SEMBAHYANG SUNAT DHUHA


Doa selepas Sembahyang Dhuha

SEMBAHYANG SUNAT TASBIH


Dinamakan Sembahyang Tasbih kerana bacaan tasbih diucapkan sebanyak 300 kali. Sembahyang ini dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup. Sembahyang Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam.

SEMBAHYANG SUNAT TASBIH

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah: 1. Selepas Al-Fatihah dan surah = 15 kali 2. Rukuk = 10 kali 3. Iktidal = 10 kali 4. Sujud pertama = 10 kali 5. Duduk antara 2 sujud = 10 kali 6. Sujud kedua = 10 kali 7. Duduk sebentar sebelum berdiri semula /Selepas Tahaiyat Akhir = 10 kali 1 Rakaat = 75 tasbih 4 Rakaat = 300 tasbih

SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT


Didirikan sebagai tanda bertaubat kepada Allah Subhanahu Wataala.

Boleh dilakukan pada bila-bila masa apabila seseorang itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah Subhanahu Wataala.
Sembahyang Sunat Taubat didirikan sebanyak 2 rakaat atau lebih.

SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT


Pada sujud terakhir, baca

Kemudian Beristigfar (100x)

Kemudian baca (sebanyak mungkin)

SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT


Doa Taubat

SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH


Sembahyang Sunat Tarawih adalah sembahyang yang sunat yang dikerjakan pada Bulan Ramadan.

Ianya didirikan dengan 8 rakaat atau 20 rakaat dengan satu salam setiap 2 rakaat.
Antara fadilat sembahyang ini adalah diampunkan dosa yang dilakukan sebelumnya.

SEMBAHYANG SUNAT WITIR


Sembahyang Witir hukumnya sunat muakad iaitu sangat dituntut. Waktu untuk mengerjakan ialah selepas sembahyang isyak sehingga terbit fajar. Jumlah maksima sembahyang witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaikbaiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Disusun oleh :
11DL004 DPULI 2011/2012 KUPUSB