Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Matapelajaran: Sains Kelas: Ting. 1 Bakti Masa: 80 minit Bab/ Tajuk: Nutrisi Isu Sosio-saintifik/ Konteks: Diet yang seimbang berdasarkan struktur genetik individu. Senario masalah: Genetik dan Nutrisi: Adakah semua diet sihat berkesan untuk setiap individu? Pendekatan: Objektif pembelajaran: Menilai kepentingan gizi seimbang. Hasil pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat; i) menyatakan maksud gizi seimbang ii) menyatakan faktor yang mesti dipertimbangkan apabila merancang gizi seimbang iii) menerangkan bagaimana faktor berkenaan memberi kesan kepada gizi seimbang iv) menjelaskan isu diet seimbang yang sesuai bagi setiap individu v) menilai sama ada setiap individu patut mendapatkan diet seimbang yang berbeza berdasarkan struktur genetik masing-masing Pengetahuan sedia ada: Murid telah mempelajari fungsi setiap kelas makanan. Sikap Saintifik dan Nilai Murni: 1. Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam. 2. Menghargai sumbangan sains dan teknologi. 3. Berfikiran kritikal dan kritis. 4. Luas dan berfikiran terbuka. 5. Berfikir secara rasional. 6. Bekerjasama. Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: 1) Genetics and Nutrition: Do all healthy diets work for everyone? (http://voxxi.com/2013/02/20/genetics-nutrition-healthy-diets/2/) 2) Laptop/Komputer dan internet.

Fasa/ Masa Engage (5 minit)

Langkah/ Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru meminta murid berkongsi diet pemakanan mereka seharian. Soalan: 1. Apa yang (nama murid) makan untuk sarapan/ makan tengahari/ makan petang/ makan malam? 2. Pada pendapat kamu, adakah diet pemakanan kamu sesuai untuk untuk orang yang mempunyai masalah kesihatan? Jawapan: Terpulang kepada murid dan diet pemakanan mereka serta pendapat pelajar.

Komunikasi dan Nota

Explore (20 minit)

1. Murid-murid diberi masa mencari Internet maklumat tentang diet pemakanan Lembaran kerja seimbang dalam internet. komputer/laptop 2. Murid-murid juga diminta untuk membaca artikel mengenai Nutrigenomik. 1. Guru mengemukakan kepada murid. masalah Artikel

Explain (10 minit)

Soalan 1. Adakah semua orang mempunyai struktur genetik yang sama? 2. Adakah diet pemakanan bagi seseorang yang sihat sesuai bagi seseorang yang mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi? 3. Bagaimana kita ingin menentukan diet pemakanan yang seimbang berdasarkan struktur genetik setiap individu? 4. Adakah diet pemakanan menurut kepada struktur genetik mampu menyumbang kepada kesihatan ataupun menambah masalah nutrisi kepada individu? Elaborate (35 minit) 1. Guru berbincang mengenai pengaruh struktur genetik ke atas diet pemakanan. 2. Murid-murid dibahagikan kepada 5

kumpulan. 3. Setiap kumpulan ditugaskan untuk mencari maklumat tentang struktur genetik dan pemakanan. 4. Setiap kumpulan kemudian membentang dapatan mereka, menyatakan kebaikan diet pemakanan mengikut struktur genetik, keburukan, serta isu yang timbul akibat ujian genetik yang dikenakan oleh sesetengah ahli pemakanan. Evaluate (10 minit) Guru menanya pendapat murid tentang nutrisi dan pengaruh genetik.

Artikel

Memahami Nutrigenomik (Nutrigenomics)

Penerima beberapa anugerah termasuk Hadiah Utama di Sains Makanan, Dr Ordovas, seorang ahli biokimia dari Zaragoza, Sepanyol, menjelaskan:

"Kajian interaksi antara pemakanan dan genetik dipanggil Nutrigenomik dan objektif praktikal kajian ini adalah memberikan cadangan pemakanan yang bersifat peribadi atau individualistik untuk meningkatkan pencegahan penyakit dan mengekalkan kesihatan yang lebih baik."

Bagaimana Nutrigenomik ini akan berkesan?

Bagi sesetengah keadaan kesihatan yang disebabkan oleh suatu gen yang tidak berfungsi dengan baik, seperti galactosemia atau Phenylketonuria, pencegahan boleh dicapai dengan mengubah penggunaan nutrien tertentu. Malangnya, penyakit-penyakit lain yang bertahap epidemik, seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis atau kanser, adalah disebabkan oleh beberapa kombinasi kesilapan genetik. Dalam kes-kes ini, pencegahan keadaan kesihatan sebegini tidak dapat diselesaikan melalui nutrisi, dan usaha untuk menemui pautan antara genetik-diet adalah lebih kompleks.

Makmal Pemakanan dan Genetik (Nutrition and Genetics Laboratory) di Universiti Tufts merupakan perintis dalam kajian hubungan antara genetik dan diet berhubung dengan penyakit kardiovaskular. Antara senarai objektif makmal tersebut adalah untuk mengenal pasti faktorfaktor genetik yang meningkatkan risiko penyakit jantung bagi penduduk dengan latar belakang etnik yang berbeza. Malahan, kajian sebelum ini telah menganalisis masyarakat Puerto Rican di Amerika Syarikat . Melihat ke hadapan untuk diet pemakanan individu yang sihat

Jangan mengharapkan apa-apa perubahan drastik dalam tabiat pemakanan kita. Jika Nutrigenomik membawa revolusi kepada garis panduan pemakanan kita, ia adalah satu proses yang tidak ketara, menurut Senior Saintis Tufts, Jose M. Ordovas:

"Walaupun apa yang sesetengah mungkin berfikir, kemajuan sains tidak diperolehi oleh 'penemuan utama'. Sebaliknya, ia adalah hasil daripada langkah-langkah kecil yang terus membina dan memantapkan pengetahuan sehingga mencapai tahap yang boleh diterjemahkan

ke dalam aplikasi praktikal, seperti 'pemakanan peribadi. Bagaimanapun, saya tidak fikir unsur peribadi ini akan membawa cara-cara pemakanan yang baru. Harapan kita adalah bahawa kita boleh menggunakan makanan tradisional atau makanan yang telah diubahsai untuk menyediakan setiap individu dengan 'gabungan' yang betul dan sihat untuk struktur genom dia".

Biarpun meningkatkan kesihatan kita melalui pemakanan peribadi seolah-olah satu konsep masa depan, janji Nutrigenomik hampir tercapai. Namun para saintis berhati-hati mengenai ujian genetik yang ditawarkan oleh pakar pemakanan dan pengamal kesihatan yang lain. Mereka memberi amaran bahawa tuntutan mereka mungkin mengelirukan. FDA dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit ( CDC) juga telah memberi amaran kepada pengguna ujian genetik secara langsung di masa lalu.