Anda di halaman 1dari 69

As salam shbt yg di muliakan Allah SWT. Antara petua & ikhtiar utk menajamkan mata: 1. Duduk mengadap kiblat.

2. Bercelak sebelum tidur. 3. Memandang yang hijau. 4. Berpakaian bersih. 5. Sebaik bangun tidur waktu subuh, baca selawat 3X, ambil air liur di langit2 mulut dgn ibu jari, silangkan jari & sapukan atas mata sambil membaca selawat. 6. Makanan yg ada vit A, vit C & vit E. 7. Minum air sekurang kurangnya 8 gelas sehari. 8. Gosok kedua tapak tgn hingga panas & tekupkan atas mata selama 5 saat. Lakukan 3X. 9. Gerakkan mata 360 darjah, mengikut putaran jam & sekali lagi melawan putaran jam. 10. Urut perlahan lahan di bahagian luar sekeliling mata dgn ibu jari. 11. Bila mata letih, pejamkan mata selama 3 minit. 12. Elak faktor yg boleh rosakkan mata-- lampu neon, skrin komputer, habuk di persekitaran, klorin di kolam renang, penghawa dingin, dll. 13. Tidur yg secukupnya utk merehatkan mata. 14. Baca surah 4 Qul semasa basuh muka bila bangun pagi sambil mohon kpd Allah agar di terangkan mata sepanjang hayat. 15. Elak membaca waktu hampir senja. 16. Elak membaca sambil baring. 17. Elak tengok najis, kemaluan atau perkara lain yg di tegah. Moga kita jaga pemberian Allah SWT yg amat berharga ini sebagai amanah & moga Allah sentiasa merahmati kita semua. Aameen, wassalam.

As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah. Pesan para ulama': Empat perkara menguatkan badan.. 1. makan daging. 2. memakai haruman. 3. kerap mandi. 4. berpakaian dari kapas. Empat perkara melemahkan badan.. 1. banyak berkelamin (bersetubuh). 2. selalu cemas. 3. banyak minum air ketika makan. 4. banyak makan bahan yang masam. Empat perkara menajamkan mata. 1. duduk mengadap kiblat.

2. bercelak sebelum tidur. 3. memandang yang hijau. 4. berpakaian bersih Empat perkara menajamkan fikiran.. 1. tidak banyak berbual kosong. 2. rajin bersugi (gosok gigi). 3. bercakap dengan orang soleh. 4. bergaul dengan para ulama. Utk setiap aspek di atas, mmg byk lagi tips yg boleh di senaraikan, tapi memadailah 4 perkara asas utk peringatan & tindakan serta merta. Moga Allah permudahkan segala usha kita. Aameen, wassalam.
As salamu'alaikum shbt tersyg. Moga sentiasa di bwh lindungan rahmat Allah SWT. Kata sarjana: Org lelaki mulutnya di hati, org perempuan pula hatinya di mulut. Tu sbb KEBANYAKAN lelaki mendiam diri bila dia sepatutnya meluahkan perasaan, kasih syg & penghargaan. Wanita pula, KEBANYAKANYA akan luahkan setiap apa yg terlintas dlm hati hingga ramai lelaki jadi lemas. Mulai hari ini, saya seru diri saya & semua lelaki utk belajar menyatakan apa yg ada dlm hati secara hikmah & dlm bentuk yg wanita suka dengar. Wanita pula kena belajar utk tapis apa yg patut di tuturkan & apa yg patut di simpan dlm hati. Moga perubahan positif ni akan memperkasa kerukunan rumahtangga. Moga Allah memberi hidayah kpd kita semua. Aameen, wassalam. As salamu'alaikum shbt tersyg. Nabi SAW kekasih Allah pun tak mampu nak ubah sesiapa, inikan pulak kita. Tapi Allah Maha Pengasih & Maha Pemberi. Jika kita ubah diri kita dari segi DALAMAN (hati, emosi & intelek) & LUARAN (usha, tindakan, hubungan, penampilan & perangai) secara ISTIQAMAH, Allah swt akan ubah semua orang & semua makhluk di sekitar kita. Jgn harap org di sekitar kita berubah, jika kita enggan berubah. Hari ini, kita azam & terus bertindak utk lakukan perubahan positif secara istiqamah agar semua org di sekitar kita Allah gerakkan utk berubah demi mengekalkan KESEIMBANGAN di Alam ini. Moga Allah rahmati kita semua. Aameen, wassalam.

As salamu'alaikum shbt tersyg. Menurut Imam al Ghazali, apa yg kita pamerkan secara luaran, sering mencerminkan apa yg terasa dlm hati & apa yg terfikir dlm minda. Jika kita bercakap drp qalbu (ikhlas), akan terpancar keikhlasan di wajah. Ikut kajian psikologi: Org yg berbohong sering garu pipi atau tutup mulut dgn tgn bila berckp. Mengurut dagu mungkin bermaksud sdg

membuat pertimbangan. Menarik/ mengurut cuping telinga mungkin bermaksud dah tak larat nak dgr. Bila letak telunjuk di pipi, mungkin berfikiran negatif atau nak bangkang hujah. Bercakap sambil senyum & angguk mungkin mencerminkan kesungguhan & ikhlas. Justeru, kita kena peka dgn setiap gerak geri yg kita pamer. Moga kita sentiasa usha utk ikhlas & telus dlm berkomunikasi. Aameen, wassalam. As salamu'alaikum shbt yg di kasihi. Musibah tu ada 3 jenis: 1. Musibahul Jazak-- musibah yg Allah turunkan kpd org2 yg ingkar kpd Allah. 2. Musibahul Bala'-- musibah yg Allah turunkan kpd org2 yg patuh kpd Allah utk kafarah dosa, peringatan & naikkan martabat iman. 3. Musibahul Tarbiah-- musibah yg Allah turunkan utk mendidik hamba2Nya, sama ada yg taat atau yg ingkar. Cuba kaji, musibah jenis manakah yg sedang kita hadapi sekarang. Moga Allah lindungi & rahmati kita semua. Aameen, wassalam.

As salamu'alaikum shbt yg di kasihi. Utk sembelih binatang kita perlukan pisau yg tajam. Justeru, pisau kena di asah selalu agar sentiasa tajam. Utk bekerja dgn cemerlang, kita perlukan MINDA YG TAJAM. Apa usha kita utk tajamkan minda? Tip tajamkan minda: 1.Jaga solat & baca Quran, 2.Solat istikharah tiap mlm, 3.Baca Surah Al Insyirah & doa penerang hati yg lain, 4.Baca Doa Pembuka 12 pintu & Doa Pelindung sifat negatif, 5. Baca Doa mula kerja & Doa akhir kerja, 6. Wacana intelektual dgn golongan ilmuan, 7. Membaca buku berkaitan kerjaya & aspek umum, 8. Makanan seimbang yg merangsang minda, 9. Lakukan exercise secara berkala utk sihat fizikal & mental, 10.Berkawan dgn org2 yg positif & bijaksana, 11. Byk bertanya & minta nasihat drp org yg alim, 12. Azam utk buat yg terbaik & mampu mencipta sejarah, 13. Sentiasa bertawakkal & redha dgn ketentuan Allah SWT. (Kebanyakan Doa yg di sarankan di atas, ada di FANPAGE SAYA

NI). Moga Allah sentiasa rahmati kita semua. Aameen, wassalam. As salamu'alaikum shbt yg di hormati. "Allah bertindak spt mana yg di sangkakan (difikirkan) oleh hambaNya." Tapi ramai antara kita yg tak kisah apa yg kita fikirkan. ELAK BERFIKIR SECARA NEGATIF. Mulai hari ini, mari kita azam & doa utk hindarkan FIKIRAN yg:1.Benci membenci, 2.Bersangka buruk, 3.Kita lebih baik drp org lain, 4.Org tak syg kita, 5.Org tak hormat atau hargai kita, 5. Kita tak mampu nak lakukan sesuatu tugas, 6.Kita akan gagal, atau 7. Matlamat kita mustahil utk di capai. Dgn doa, ilmu, usha gigih & tawakkal kpd Allah, tidak ada yg mustahil. Jika gagal, Allah nak beri kita yg lebih baik. Moga Allah rahmati kita semua. Aameen, wassalam. As salamu'alaikum shbt yg mulia. Redha Allah datangnya melalui redha ibubapa. Mari kita muhasabah diri apakah kebaikan, kebaktian & amalan yg boleh kita lakukan hari ini utk ibubapa kita. Paling minimum, kita sedekahkan pahala al Fatehah kpd ibubapa yg sudah meninggal dunia atau yg masih hidup. Ingat hakikat, walau apapun yg kita lakukan utk mrk, takkan terbalas jasa ibubapa. Moga Allah rahmati kita & ibubapa kita. Aameen, wassalam. As salamu'alaikum shbt yg saya muliakan. Allah tak pernah menzalimi hambaNya, tapi hambaNya yg menzalimi dirinya. Semua masalah kita berpunca drp: 1. Hati yg tak murni, 2. Minda yg negatif, 3. Amalan yg tak betul, 4. Kejahilan ttg agama & tanggungjawab sbg seorang yg beriman, 5. Semata mata ujian Allah sbb sayang kpd kita. Justeru, jika kita hadapi sebarang

masalah, segera hisab diri & kenalpasti punca masalah & atasi punca masalah satu persatu. Sesungguhnya, setiap masalah adalah DIDIKAN Allah kpd kita utk berterusan baiki diri. Moga Allah rahmati segala usha kita utk perbaiki diri. Aameen, wassalam. As salamu'alikum shbt tersyg. Moga sentiasa di rahmati Allah SWT. Di antara cara utk membuka pintu2 rezki & terhindar drp hutang: 1.Patuh suruhan Allah dan banyak berdoa. 2.Bermunajat di malam hari. 3.Buat baik kepada ibu bapa dan doakan mereka. 4.Baca al-Quran setiap hari. 5.Solat taubat dan istighfar. 6.Solat Isyra dan Dhuha setiap hari. 7.Tawakkal kepada Allah. 8.Banyak bersedekah dengan ikhlas. 9.Keluarkan zakat dengan sempurna 10.Bantu anak yatim/orang miskin/usaha fisabilillah/ orang melanjutkan pelajaran. 11. Beri binatang/ burung makan. 12.Sentiasa bersangka baik, memaafkan orang lain dan senyum selalu (bentuk muka rezeki). 13. Menunaikan haji/umrah. 14.Menjalin silaturrahim. 15.Berumah tangga. 16.Sokongan & redha drp pasangan/ keluarga. 17. Sentiasa mendoakan orang lain utk sama2 murah rezki. 18. Membaca Asma ul- Husna. 19.Berhijrah di jalan Allah.

20. Berterusan cari ilmu. 21. Amalkan doa murah rezeki -- spt ayat seribu dinar, Surah al Waqiah Surah al Kauthar, Doa Pembuka 12 Pintu, Doa pelindung sifat negatif, dsbnya. Sebahagian doa2 ni ada DI FANPAGE SAYA NI. Mari kita sama2 berusha agar terbuka semua pintu rezki & mendapat redha Allah SWT. Aameen, wassalam. As salamu'alaikum shbt tersyg. Barangsiapa yg bersyukur, Allah akan tambah lagi ni'matNya kpd kita. Kita pamerkan syukur dgn hati, lidah & amal. Antara kriteria org yg bersyukur: 1. Hati yang benar2 syukur kpd Allah SWT,2. Patuh perintah Allah, 3. Syg Nabi SAW dgn amalkan sunnah, 4. Sentiasa berterima kasih kpd sesama manusia, 5.Sentiasa maafkan org lain, 6.Sentiasa doakan org lain,7. Sentiasa bantu org tanpa berkira, 8. Lakukan setiap perkara dgn terbaik, 9.Satukan hati & serasikan RUH dgn org lain, 10. Elak buat maksiat, 11. Buang sifat mazmumah, 12. Bantu org lain untuk sama2 bersyukur, 13. Ingat mati & bersedia utk mati dgn menjaga ibadah, 14. Bentuk sifat Qanaah, 15. Bentuk sifat ehsan, 16.Syukur bila berjaya, sabar bila diuji, 17.Sentiasa tawakkal. Moga kita berusha utk jadi org yg bersyukur. Aameen, wassalam.

As salamu'alaikum shbt yg di rahmati Allah SWT. Syurga di bwh telapak kaki ibu & di bawah redha (bkn di bwh kaki) suami. Antara cara nak pamer syg kpd ibu: 1. Sentiasa mendoakan ibu agar dpt redha Allah 2. Elak buat ibu menangis sbb sedih, kecil hati atau marah. Jika ibu menangis sbb bahagia & redha, maka air mata ibu akan memadamkan api neraka yg nak membakar anaknya! 3. Gembirakan hati ibu dgn memberi hadiah (sebarang benda yg ibu suka) 4. Setiap hari lahir anak yg dah dewasa, beri hadiah kpd ibu tanda kita bersyukur di lahirkan ibu ke dunia. Jgn harap hadiah drp ibu! 5. Bantu ibu drp segi kewangan mengikut kemampuan anak. Elak terlalu berharap kpd adik beradik yg lain!

6. Fahami perubahan usia ibu. Dia tak mcm dulu lagi. Org tua akan jadi lebih sensitif, kurang tenaga, mudah sakit & minta di manja 7. Elak bebani ibu dgn masalah kita 8. Damaikan ibu dgn sesiapa yg beliau kecil hati 9. Bawa ibu ke majlis ilmu 10. Biayai ibu utk tunaikan haji & umrah. Pakat dgn adik beradik agar ringan beban kewangan 11. Berhikmah jika nak sampaikan berita sedih kpd ibu 12. Lakukan ibadah wakaf utk ibu setakat kemampuan 13. Jaga rahsia ibu & elak permalukan ibu! 14. Lebihkan ibu drp isteri atau sesiapapun. Isteri kena lebihkan suami tapi jagalah hati ibu jgn terguris. 15. Berlapang dada terhadap teguran, nasihat atau kerenah ibu 16. Didik anak agar tak menyusahkan ibu mu (nenek mrk) 17. Ziarah atau telefon ibu sekerap mungkin 18. Sentiasa mohon maaf drp ibu, takut2 ibu pergi dulu 19. Tegur & nasihati ibu dgn cara yg paling hikmah agar ibu tak kecil hati 20. Jgn sesekali merendahkan atau memperkecilkan ibu 21. Mohonlah izin & doa drp ibu sblm bermusafir 22. Sediakan telefon yg mesra pengguna utk ibu-- masukkan software Quran yg jelas & mudah ibu baca 23. Hubungkan ibu dgn kwn2nya 24. Eratkan hub dgn adik beradik agar IBU BAHAGIA 25. Peka kpd "hajat" ibu yg sering tak terucap, sbb ibu tak mahu menyusahkan anak2 26. Seboleh2nya, carilah rumah berdekatan dgn rumah ibu 27. Sentiasa ucap terima kasih kpd ibu 28. Hebatkan diri agar jadi kebanggaan kpd ibu 29. Prihatin terhadap kesihatan ibu 30. Byk bersedekah atas nama ibu 31. Yakinlah walau apapun khidmat yg kita berikan, TIDAK AKAN TERBALAS JASA IBU Ada beribu lagi perkara yg boleh kita lakukan utk pamer sayang kita kpd ibu. Moga Allah Rahmati kita semua & dpt berbakti kpd ibu hingga hujung nyawa. Aameen, wassalam.
Like Share 15,7597917,491 October 29 at 6:45pm Options

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah As salamu'alaikum shbt tersyg. B'mana nak tangani org yg sombong? Sebenarnya, org yg sombong ni byk kelemahan & rasa rendah diri. Dia berlagak sombong utk tutup segala kelemahannya. So, utk tangani org yg sombong: 1. Doakan dia agar insaf & tak sombong, 2. Byk memuji dia agar dia rasa di hargai, 3. Patahkan hujahnya dgn hadith & ayat Quran, 4. Gunakan fakta, data & cth utk berdebat dgn dia, 5. Minta org yg dia segan utk tegur dia, 6. Hadith: Sombong kpd yg sombong adalah sedekah. So kita buktikan yg kita lebih hebat drp dia agar dia insaf, 7. Hebahkan kebaikan nya kpd org lain, 8. Bela dia bila org kutuk dia, 9. Beri dia hadiah bila sesuai. Moga Allah rahmati kita semua. Ameen, wassalam.

Manusia boleh berubah nasib, hampir sekelip mata, jika Allah izinkan. Justeru, jangan di tangisi nasib yg malang & jgn berbangga dgn pencapaian yg di dapati. Moga kita sering redha & bersyukur. As salamu'alaikum shbt yg mulia. Kata Pujangga: Org yg paling kuat ialah org yg dpt MENGUASAI dirinya. Juga, org hebat berjaya kawal persekitarannya. Org yg gagal, persekitaran yg kawal dia-- mood & emosi pun di pengaruhi oleh org2 di sekitarnya. Kita bagaimana? Moga Allah bantu kita menjadi org yg kuat & hebat. Aameen, wassalam.

Assalamualaikum sahabat FB ustazah yang dikasihi & selamat pagi. Berilah kebahagiaan kepada kedua ibu bapa kita kerana mereka telah memberi kita bahagia dengan kasih sayang yang tak pernah pudar.Terima kasih.

As salamu'alaikum shbt tersyg. Setiap hari org bertanya: Mcm mana nak cuci hati? Antara cara nak murnikan hati: 1. Jaga solat dgn sempurna, 2. Solat taubat setiap mlm sebelum tidur, 3. Istighfar sekurang-kurangnya 70X sehari & bykkan zikrullah, 4. Baca Quran setiap hari,

5. Minta maaf drp org lain & maafkan semua org, 6. Bisikan kendiri yg positif, 7. Muhasabah & refleksi diri & berterusan perbaiki diri, 8. Cuci pinggan, tandas, dll, 9. Berpuasa sunat, 10. Sentiasa ingat mati & bersedia menghadapi kematian setiap hari, 11. Kekalkan wudu' sepanjang hari mengikut kemampuan, 12. Bykkan bersedekah, 13. Beri orang makan, 14. Jaga makanan (halal & yg baik2), 15. Berkawan dgn org 'alim & org yg baik2, 16. Sentiasa berpesan pesan ke arah kebaikan, 17. Jaga setiap panca indera (mata, telinga, hati, anggota tgn & kaki & deria hidu). Mari kita sama2 berdoa agar Allah sentiasa rahmati kita dlm usha utk sentiasa memurnikan hati. Wassalam.

As salamu'alaikum shbt tersyg. Ramai isteri yg mengeluh SUAMI ABAIKAN TANGGUNGJAWAB KPD ISTERI & ANAK2 SBB NAK BANTU IBUBAPA. Mmg tjwb anak lelaki kpd ibubapa tak luput bila berkahwin, tapi tjwb suami kpd isteri & anak2 masih wajib di penuhi. Semua anak lelaki, termasuk saya, kena cari jln menang-menang: Keluarga tidak terabai & ibubapa masih terjaga! Jika keluarga terabai, suami tetap berdosa! Ramai juga suami yg tak beri nafkah kpd isteri dgn alasan ISTERI BEKERJA & ADA DUIT SENDIRI! Isteri, walaupun kerja, masih ada hak atas gaji suami. Suami yg TAKDE HAK atas gaji isteri! Namun, isteri dpt pahala bila membantu beban suami dgn ikhlas. Mari kaji semula tjwb suami isteri agar bahagia dunia & akhirat. Moga Allah rahmati kita semua. Aameen, wassalam. As salamu'alaikum shbt yg di rahmati Allah SWT. Saya berjumpa seorg pensyarah UUM bernama Ismail yg berasal dari Gaza. Perbualan ringkas kami merumuskan 3 punca utama umat Islam menjadi begitu lemah: 1. Hati yg tak murni (sombong, assobiyah, pentingkan diri, dll), 2. Tidak satu hati (berpecah belah & suka bergaduh), 3. Tidak bijak (malah bodoh sombong). Yahudi jadi kuat & hebat sbb mrk satu hati & gunakan kepintaran otak mrk secara strategik, walaupun hati mrk kotor. Mari kita segera bertindak dgn: 1. murnikan hati kita, 2. hulurkan tgn utk satukan hati, elak berpecah belah & sentiasa doa mendoakan & 3. berterusan cari ilmu agar kita jadi pandai dlm apa yg kita lakukan. Selamat menunaikan PUASA HARI ARAFAH pd hari esok. Moga Allah lindungi kita semua. Aameen, wassalam. As salamu'alaikum shbt tersyg. Pengalaman kendalikan kursus di Bintulu (Selasa) & di UTeM, Melaka (semalam) mengajar saya: 1. Pohonlah apa saja drp Allah & Allah akan perkenankan apa yg kita PERLU, YG BAIK UTK KITA & YG KITA LAYAK DPT. 2. Org bahagia mungkin tak senyum, tapi org yg senyum (walaupun senyum terpaksa) in sya

Allah akan bahagia. 3. Org yg pergi kerja tanpa pasang niat-- hujung bln dpt gaji & hjg thn dpt bonus, tapi tak dpt pahala! Allah beri ganjaran berdasarkan niat! Justeru, pasanglah seberapa byk niat yg baik setiap hari sblm pergi kerja. 4. Bukan senang utk yakin, tapi bila kita yakin byk kerja jadi senang! 5. Utk jadi pekerja atau bos yg hebat, kena jadi ORG YG BAIK dulu! 6. Ramai org sangka mrk bersyukur, tapi bila di kaji ciri2 org bersyukur, ternyata kebanyakan kita belum bersyukur kpd Allah. Bila kita bersyukur, Allah akan tambah ni'mat kpd kita, & bsiapa yg tak bersyukur, Allah akan beri siksaan yg pedih! 7. Masalah yg kita hadapi sekarang, berpunca drp hati tak murni, fikiran negatif & amalan yg tak betul. Justeru mari murnikan hati, positifkan minda & perbaiki setiap amalan agar selesai semua masalah satu persatu. 8. Bacalah Doa Memulakan Tugas & Doa Akhir Tugas setiap hari agar Allah berkati segala usha kita. Doa tu ada di fanpage saya ni. 9. Bertawakkallah kpd Allah agar dpt kekuatan luar biasa & bantuan Allah yg berterusan. Moga Allah rahmati kita semua. Aameen, wassalam.

As salamu'alaikum. Ramai ibubapa bertanya: Apa amalan yg ibubapa boleh lakukan semasa anak dlm dewan peperiksaan? Ibu bapa boleh: 1. Berpuasa sunat di hari anak2 ambil pep, sbb doa ibubapa amat makbul. Doa org yg berpuasa itu makbul, apatah lagi doa ibubapa yg sdg berpuasa! 2. Lakukan solat taubat & solat hajat & mohon agar anak tenang & dpt jwb semua soalan dgn cemerlang. 3. Baca Quran & hadiahkan pahala kpd anak agar terang hati & tenang fikiran, 4. Lakukan solat Dhuha & doakan anak, 5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim, etc & hadiahkan pahala utk anak, 6. Berterusan berzikir & berdoa, 7. Hantar gelombang positif kpd anak-- bayangkan wajah anak & yakin dia dpt jwb semua soalan dgn tepat. 8. Benar2 bertawakkal kpd Allah & redha dgn segala ketentuanNya. Moga Allah jayakan semua anak2 yg ambil peperiksaan. Aameen, wassalam.

As salamu'alaikum shbt yg mulia. Moga Allah rahmati kita semua. Antara petua yg Ibubapa boleh lakukan utk bantu anak hadapi UPSR mulai esok: 1.Doa, fikir, cakap & yakin yg anak akan berjaya, 2. Bentuk suasana yg tenang d rumah utk anak mudah study, 3. Elak gaduh, marah atau rajuk agar anak dpt getaran +ve . 4. Ahli keluarga korban dgn bantu, temankan belajar, tutup TV, etc 5. Pesan kpd anak utk amalkan rutin harian yg mengikut sunnah Nabi,

6. Pastikan segala kelengkapan utk pep telah siap sempurna, 7. Maafkan & Doakan guru & kwn2, 8. Ibubapa berpuasa, solat hajat & byk berdoa, 9. Nyatakan yg ibubapa akan redha dgn apapun result yg akan di dapati nanti asalkan dia dah mencuba yg terbaik. Ini akan mengurangkan tekanan kpd anak, 10. Pesan anak utk solat taubat, hajat & istikharah utk mudah study & jwb soalan masa periksa & tidur awal, 11. Di pagi pep, peluk anak & doakan fatehah, ayat Kursi & al Insyirah & hembus atas kepala anak agar dia tenang & terang hati, 12. Pesan anak masuk dewan pep dgn kaki kanan, baca fatehah, selawat, doa penerang hati & surah al Insyirah SEMASA NAK JWB SOALAN PEPERIKSAAN, 13.Ibubapa buatkan atau cari air penerang hati sbg booster kpd anak. Moga semua anak yg akan ambil UPSR akan berjaya dgn cemerlang. Aameen, wassalam.

As salamu'alaikum shbt tersyg. Di musim Raya ni terlalu ramai pasangan yg lansungkan perkahwinan. Di antara CABARAN di awal perkahwinan: 1. Mengenal diri dlm konteks yg baru, ie dunia rtangga. Adakah aku dpt taat perintah Allah, sabar dgn setiap ujian, pamer kasih syg, bertanggungjawab, dll, 2. Kenali pasangan yg sebenar. Peribadi semasa bercinta/ bertunang seringkali berubah selepas kahwin! 3. Cari TITIK2 KESERASIAN sbb kebanyakan kita tertarik kpd pasangan yg berlawanan perangai dgn kita!, 4. Segera belajar mengimbangi antara kerjaya & rtangga. Ramai pasangan baru yg tak peka mengenai isu ini & hadapi berbagai masalah & konflik selepas kahwin, 5. Belajar utk LEBIH MEMBERI DRP MENERIMA. Jgn sibuk meminta hak, tapi byk memberikan hak kpd pasangan, 6. Tukar paradigma ttg rtangga: Jika taat Allah, setia kpd pasangan, byk tolak ansur, pupuk kasih syg, sentiasa cari ilmu ttg hidup berkeluarga-insya Allah rtangga akan bahagia dunia & akhirat, 7. Bentuk keserasian dgn mertua & ipar duai, 8. Peka ttg keperluan MENDIDIK & MENEGUR pasangan dgn hikmah, 8. Belajar menjadi pelengkap kpd setiap aspek kehidupan pasangan, 9. Fahami berbagai peranan yg wajib di mainkan bila berkahwin, 10. Cari mentor/ penasihat utk rujukan, 11. Membentuk peraturan & undang2 dlm rtangga agar sentiasa positif & cemerlang, 12. Don't take anything for granted & cuba lakukan setiap perkara sebaik mungkin, 13. Bertawakkal & redha dgn setiap ketentuan Allah. Selamat Pengantin Baru, semuga kita semua di lindungi Allah SWT. Aamiin, wassalam.

As salamu'alaikum. Ramai yg bertanya cara tangani pasangan/ org yg baran. Baran ni mungkin sbb genetik/ keturunan, jahil coping skills utk tangani baran, TAK JAGA SOLAT, hati yg kotor, alah dgn bisikan setan, terlalu stres, etc. Prinsip hidup, jika kita berubah maka Allah akan ubah semua org di sekitar kita. Justeru mulai hari ini, cuba overhaul diri kita & pujuk org yg baran tu utk overhaul diri dengan: 1. Jaga solat 5 waktu & lakukan solat2 sunat qabliah & ba'diah utk menampung segala kekurangan dlm solat2 fardu.

2. Solat taubat & istighfar 70X sehari setiap hari. Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, doa makbul & semua org sayang. Mmg elok jika dpt SOLAT HAJAT UTK MOHON PASANGAN BERUBAH, JADI INSAN YG SOLEH & SYG KELUARGA . Lakukan juga istikharah utk mohon panduan tangani ke baran ni & tutup dgn solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap mlm sepanjang hayat sbg pembalut kpd segala amalan kita seharian agar dpt di serahkan kpd Allah dgn sempurna. 3. Maafkan semua org setiap mlm sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul & semua org maafkan kita & Allah pulihkan pasangan drp masalah baran. 4. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 & ayat qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yg mengamalkan doa2 tersebut, maka org bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, selesai masalah, langsai hutang, terhakis sifat mazmumah, dsbnya. Doa2 ni ada di Fanpage saya ni. Scrol ke bwh hingga jumpa doa2 tu. 5. Pagar diri dgn fatehah & surah 3 Qul, hembus tapak tgn & sapu seluruh badan. Ini akan menghindar drp gangguan manusia, binatang, jin & sihir. 6. Lembutkan hati pasangan dgn fatehah, Surah al Hasyr: 21-24, Surah Ta Ha 1-5, ayat qursi & hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yg dah di pakai sebelum di cuci. Utk lembutkan hati sendiri, sedut & telan air liur selepas membaca ayat2 di atas. 7. Layan pasangan lebih baik drp biasa agar Allah ubah hatinya & buat dia rasa bersalah melayan u secara kasar & kurang sopan. 8. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat, baca Bismillah 3X, senyum, beri salam & masuk dgn melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan setan bernama DASIM yg duduk atas pintu drp masuk kepala & ganggu supaya manusia bergaduh, suami isteri bertengkar, ahli keluarga mudah jadi BARAN, mudah melakukan maksiat, anak2 melawan ibubapa, anak2 bergaduh sesama sendiri, dsbnya. 9. Setiap kali nak bercakap dgn org yg baran, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & hembus ke arah org tu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hati sesiapa agar dpt mendengar cakap atau hujah u. 10. Puji dulu sblm menegur agar tak tercalar egonya. 11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi saw: 1. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. 2. Ya Allah, aku redha dengan segala ujian dari Mu ya Allah 3. Ya Allah, aku ada masalah dgn pasangan yg baran, tak jaga solat, enggan terima nasihat ya Allah. Kau bantulah selesaikan masalah kami ya Allah. Jadikan dia insan yg soleh, pemaaf, lemah lembut, boleh di ajak berbincang, sayangi keluarga, bertanggungjawab, tidak baran,ELAK BUAT MAKSIAT, dsbnya. Insya Allah hati akan tenang & doa akan makbul. 12. Rawat gangguan meta fizikal atau sihir yg ada pd pasangan (jika ada) dgn membaca DOA MANZIL & YAASIIN SEKERAP YG MUNGKIN. Dapatkan DOA MANZIL drp mana2 kedai buku Islam. 13. Tukar penampilan agar lebih ayu dengan tukar fesyen rambut, tukar perfume baru, buat rawatan muka, exercise, tukar warna kegemaran kpd warna yg pasangan suka. Lakukan apa saja mengikut kemampuan kewangan & kemampuan diri. 14. Tukar hiasan rumah -- recycle langsir, rearrange kerusi meja -- apa saja perubahan agar rumah nampak berbeza. Bila suasana di rumah berbeza, insya Allah pasangan akan mudah

berubah ke arah yg positif. Cuba amalkan amalan di atas selama 40 hari krn tabiat baru terbentuk dlm 40 hari. Insya Allah akan nampak perubahan positif, langkah demi langkah. Selepas istikharah & bincang dgn ahli keluarga yg lain, buatlah keputusan yg muktamad. Moga Allah bantu kita semua. Aamiin, wassalam.

As salamu'alaikum. Terlalu ramai yg bertanya kaedah mencari WORK LIFE BALANCE. Di antara amalan utk mrk samada yg BARU atau DAH LAMA KAWIN: 1. Jaga solat dgn sempurna, 2. Bangun tidur terus SENYUM & berdoa utk dpt kebaikan dunia & akhirat, 3. Jika sempat, sarapan bersama, 4. Peluk pasangan sblm pergi kerja, bkn sekadar bersalaman, 5.Lakukan kerja dgn terbaik & ikhlas agar dpt rezki yg berkat & bahagia rtangga, 6. Sblm balik kerja, programkan minda dgn sebut dlm hati: Ya Allah, aku bersyukur dpt bekerja dgn terbaik hari ni. Aku serahkan kerja & diri ku kpd MuYa Allah, jadikan aku bila sampai rumah aku ceria, bersemangat, tak penat, bahagia berjumpa pasangan/ keluarga & mudah membantu kerja rumah, 7. Nak masuk rumah baca Bismillah, surah al Ikhlas, senyum, beri salam & melangkah kaki kanan dulu, 8. Peluk pasangan & tanya kabar, 9. Buat kerja rumah bersama-- suami isteri sama2 kerja, sama2 penat, mmg Islam galakkan suami isteri bersama buat kerja rumah: masak, berkemas, mencuci, etc, 10.Solat berjemaah bila berpeluang (walaupun suami afdal solat di masjid), 11.Berbual & dengari pasangan. Isteri mmg suka bercerita kisah tempat kerja. Suami belajarlah MENDENGAR dgn syg & empati. TAK PAYAH BERI NASIHAT, sbb isteri cuma nak lepaskan tension dgn bercerita. RAMAI SUAMI YG TAK PANDAI MENDENGAR hingga ramai isteri rasa kecewa & terbiar, 12. Peluk pasangan sebelum tidur, pegang tgn & bermaafan, 13. Pagar diri dgn Fatehah, ayat Kursi, & surah 3 Qul, hembus tapak tgn & sapu seluruh bdn kecuali tapak kaki & kemaluan, 14. Programkan minda agar esok jika pjg umur agar lebih +ve, ceria, bersemangat & lebih baik drp hari ni, 15. Sentiasa berdoa & tawakkal kpd Allah. Byk lagi yg boleh di lakukan. Teruskan mencari ilmu & beramal utk dpt WORK LIFE BALANCE. Moga Allah rahmati segala usha kita. Aamiin, wassalam.

As salamu'alaikum shbt tersyg. Hakikat yg ramai org terlepas pandang: Kita boleh berkomunikasi melalui minda. Apa yg kita fikir mengenai seseorg akan terpancar dlm bentuk gelombang & masuk ke minda org itu. Tu sbb, sering berlaku bila kita teringat akan seseorg, tak lama lepas tu dia hub kita melalui sms, whatsapp atau call. Bila kita bercakap ttg seseorg, tiba2 org tu muncul. Bila kita mimpi ttg seseorg, rupanya org tu juga ingatkan kita. Byk lagi cth2 yg ada. Justeru, mulai hari ini, pastikan kita kawal pemikiran kita agar menghantar gelombang yg positif saja kpd semua org di sekitar kita. Insya Allah org akan bertindak lebih +ve terhadap kita, org syg & yg paling penting Allah akan lebih redha terhadap kita. Moga Allah mudahkan segala urusan kita. Aamiin, wassalam.

As salamu'alaikum. Ramai org yg selalu sebut: Mulut boleh maafkan, tapi hati masih sakit, marah, sedih, etc. Sebenarnya, bila kita maafkan org, di antara kebaikan yg kita dpt: 1. Allah ampunkan dosa kita, 2. Allah gerakkan org lain maafkan kita, 3. Hati kita jadi murni, 4. Fikiran tenang, 5. Doa makbul, 6. Badan sihat, 7. Muka comel & awet muda, 8. Pintu rezki terbuka, 9. Allah beri hidayah & masalah akan selesai satu persatu, 10. Allah syg & semua makhluk Allah akan syg kat kita juga, 11. Kita bentuk imej & sahsiah diri yg lebih cemerlang, 12. Kita jadi teladan +ve kpd ahli keluarga & org lain. Terlalu byk keuntungan yg kita dpt bila memaafkan org. Kenapa masih berkira sgt & beri berbagai alasan utk tak maafkan org? Sebenarnya, jika kita tak maafkan org, kita yg sengsara di dunia & di akhirat! Mari pujuk diri utk maafkan semua org. Moga Allah beri kita kekuatan utk memaafkan org lain. Aamiin, wassalam.

As salamu'alaikum. Antara sifat WANITA YG DI BENCI LELAKI: 1.Ingkar Allah, 2.Tak dengar nasihat, 3.cerewet sgt, 4.Queen control, 5.selekeh, 6. mulut celupar, 7.curang, 8.pemalas, 9.mengada ngada atau manja sgt, 10.suka mendesak, 11.mengugut utk putus bila gaduh, 12.membosankan, 13.pisau cukur, 14.terlalu materialistik, 15.cemburu buta, 16.terlalu bergantung, 17.tunjuk pandai & bodohkan lelaki, 18.membandingkan dgn lelaki lain, 19.mengungkit, 20.tomboy sgt, 20. bimbo, nampak sgt bodoh, 21.pembohong, 22.terlalu kerap ubah pendirian, 23.rajuk lama, 24.tak mahu mengalah, 25."murahan" 26.tak sopan, 27.suka tuduh yg bkn2, 28.mahu lelaki berubah ikut citarasa dia, 29.mahu perhatian 24 jam, 30.tak nampak pengorbanan lelaki, 31.suka tanya kisah lampau lelaki, 32.tak hormat ibubapa/ keluarga lelaki, 33.gedik sgt. Mari kita pesan memesan utk kebaikan bersama & jadikan Ramadhan sbg titik perubahan. Waassalam.

As salamu'alaikum. Terlalu ramai yg tanya ttg punca wanita membenci lelaki. Antara sifat lelaki yg di benci wanita: 1.Ingkar perintah Allah,2.Cakap kasar kpd wanita, 3.terlalu mengongkong, 4.cemburu buta, 5.Baran, 6.ego, 7. kaki rokok, 8.pembohong, 9.curang, 10.miang & suka tengok wanita lain, 11.terlalu perasan, 12. pentingkan diri, 13.tak peka perasaan pasangan, 14.workaholic hingga abaikan rtangga, 15.pengotor, 16. gelojoh, 17.terlalu lebihkan kwn drp pasangan, 18.tak tahu hargai pasangan, 19.enggan mengaku salah atau minta maaf, 20.kedekut, 21.pemalas, 22.lucah/suka porno, 23.mudah patah semangat, 24.terlalu bergantung, 25. tak mampu buat keputusan, 26.ungkit kebaikannya, 27.minta wanita belanja dia, 28.tak romantik. Mmg byk lagi sifat yg di benci wanita. Cukuplah setakat ni. Cuba atasi sifat -ve ni utk dpt menambat hati pasangan. Moga Allah permudahkan usha kita. Aamiin. As salam shbt tersyg. Antara cara nak dpt keampunan di bln Ramadhan: 1.Berpuasa dgn ikhlas, 2.Solat 5 waktu berjemaah, 3.Solat terawih dgn ikhlas, 4.Byk baca Quran, 5.Bykkan ibadah 10 mlm terakhir, 6.Beriktikaf di masjid 10 mlm terakhir, 7.Bykkan solat taubat, istighfar & zikir, 8.Segerakan buka & lambatkan sahur, 9.Bykkan berdoa, 10.Azam jadi org baru yg Allah redha, 11.Jamu org berbuka atau sahur, 12. Bykkan sedekah, 13. Bertawakkal kpd Allah. Moga Allah SWT ampunkan segala dosa kita & terima amalan kita. Aamiin, wassalam.

As salamu'alaikum shbt tersyg. Di antara fadhilat bebrbuat baik kpd ibubapa: 1. Dpt pahala spt ibadah haji & umrah, 2. Rezki murah & berkat, 3. Allah panjangkan umur, 4. Mendapat anak2 yg soleh/ solehah, 5. Berpeluang di jamin masuk syurga, 6. Hilangkan dukacita & dtg kegembiraan, 7.Dpt sayang Allah, manusia & semua makhluk. Walau apapun yg kita lakukan, takkan terbalas jasa ibubapa. Mari kita berbakti kpd ibubapa sblm terlambat & sblm kerugian yg amat sgt. Moga Allah rahmati kita semua. Aamiin. As salamu'alaikum. Pengalaman menunjukkan antara cara terbaik untuk ceria & bahagia ialah dgn "sentiasa menceriakan & membahagiakan org di sekeliling kita." Hari ini, apa perkara simple & rutin yg boleh kita lakukan utk membuat ahli keluarga kita tersenyum, ketawa, ceria & good mood atau rasa di sayangi & di hargai! Bila kita tak fokus, kita terleka & terlupa utk membelai org tersayang yg ada di sekeliling kita. Alangkah rugi jika hari ini berlalu tanpa suntikan keceriaan drp kita kpd org yg tersayang. Jom buat mrk senyum & ketawa & bersyukur dgn segala ni'mat yg Allah beri kpd kita. Wassalam. As salamu'alaikum shbt tersyg. Setiap masalah atau cabaran yg kita hadapi sebenarnya merupakan DIDIKAN ALLAH KPD KITA agar kita jadi lebih sabar, lebih insaf yg Allah syg kat kita hingga di uji, lebih berdoa, lebih bersyukur, lebih kreatif dlm menangani masalah, lebih matang, lebih kental & lebih bertawakkal kpd Allah. Lagipun Allah uji setakat kemampuan kita menanggungi ujian tersebut. Mulai hari ini, kita programkan minda agar sentiasa redha dgn setiap ujian & ketentuan drp Allah SWT. Moga Allah rahmati kita semua. Wassalam.

As salamu'alaikum. Di antara tanda Doa yg makbul: 1. Terasa gerun atau seram setiap kali menyebut nama Allah & terasa diri amat kerdil serta byk menzalimi diri krn ingkar perintah Allah. 2. Menangis ketika berdoa krn insaf & terlalu berharap kpd Allah SWT. 3. Benar2 khusyuk tatkala berdoa & terasa tiada jurang antara diri dgn Allah serta yakin Allah perkenankan doa. Moga Allah sentiasa merahmati kita semua. Aamiin, wassalam. As salamu'alaikum. Di antara doa yg di aminkan Malaikat, justeru makbul: 1.Org tidur dlm keadaan bersuci (wudu'), 2.Org yg duduk tunggu waktu solat, 3.Org yg di saf depan solat berjamaah, 4.Org yg penuhkan saf yg kosong, 5.Org yg sebut "AMIN" selepas imam baca fatehah serentak dgn Malaikat, 6.Org yg duduk atas sejadah selepas solat, 7.Org yg solat 'asar & subuh berjemaah, 8. Org yg doakan saudaranya dlm senyap, 9. Org yg infakkan hartanya, 10.Org yg bangun mkn sahur, 11.Org yg ziarah org sakit, 12.Org yg sdg berpuasa, 13.Org yg doa semasa sujud, 14.Org yg di zalimi, 15. Pemimpin yg adil, 16. Doa semasa hujan atau bencana alam, 17. Doa masa tahajjud. Moga kita berterusan berdoa. Wassalam. As salamu'alaikum. Beribu yg minta tip HIDUP BAHAGIA: 1.Rapatkan hub dgn Allah, 2.Doa & zikrullah utk tenang & bahagia, 3.Cuci hati agar dpt tarik bahagia & perkara +ve, 4.Elak dendam dgn kemaafan, 5.Layan org lain dgn sopan & kasih syg, 6.Lihat masalah sbg cabaran,

peluang & didikan drp Allah, 7.Redha dgn qada' & qadar Allah, 8.Bentuk impian yg hebat-harapan bawa bahagia, 9.Remehkan yg remeh, 10.Hebahkan kebaikan org lain, 11. Elak drp memberi alasan, 12.Fokus kpd NOW & lupakan yg lalu, 13.Elak bandingkan diri dgn org lain, 14.Pilih kwn +ve yg Allah suka, 15.Jgn risau apa org lain kata, risau apa yg Allah kata..... (bersambung), wassalam. As salamu'alaikum: (Samb Tip Utk Bahagia): 16. Kurangkan cakap & lebihkan mendengar, 17.Luaskan jaringan sahabat, 18.Menyendiri sekali sekala, 19.Jaga diet, 20. Exercise, 21.Bentuk sifat Qanaah, 22. Sentiasa jujur-- sekali bohong, kena tutup dgn pembohongan berterusan, 23.Kawal diri jgn sampai org lain yg kawal diri kita, 24.Ubah apa yg termampu, yg lain serah kpd Allah, 25.Hakis sifat takut & risau & yakin ketentuan Allah yg terbaik, 26.Fokus pd 1 masalah pd 1 masa, 27. Elak bawa masalah hingga tidur, 28. Selalu bahagiakan org lain, 29.Bentuk rutin harian yg positif, 30.Programkan minda utk bahagia, 31.Temui cinta sejati, 32.Hidupkan seberapa byk sunnah harian, 33.Seimbangkan hidup agar harmoni. Amalkan & sebarkan. wassalam. As salamu'alaikum. Ramai yg bertanya tips utk lebih MENAWAN: 1.Syukur dgn apa yg Allah kurniakan,2.Cuci hati agar wajah menawan, 3.Baca doa ketika lihat cermin, 4.Jaga solat & byk zikir, 5.selawat setiap kali cuci muka, 6.kekalkan wudu', 7.sayangi diri & elak sabotaj diri dgn buat dosa atau amalan yg -ve, 8.gaya hidup sihat & exercise, 9. Jaga kebersihan diri & sentiasa wangi, 10.byk senyum, 11. menyenangkan org lain, 12.pakai warna yg serasi dgn diri, 13.Jaga harga diri & elak nampak murahan, 14.Ada prinsip hidup +ve, 15.Hakis benci dlm diri dgn maafkan org-- syg akan tarik syg, 16. cari ilmu sbb org pandai nampak bergaya & menawan, 17.merendah diri, org ego nampak hodoh, 18. hantar gelombang +ve kpd org lain, 19. Doa agar org syg, 20. Tawakkal kpd Allah. As salamu'alaikum. Ramai yg bertanya tips utk lebih MENAWAN: 1.Syukur dgn apa yg Allah kurniakan,2.Cuci hati agar wajah menawan, 3.Baca doa ketika lihat cermin, 4.Jaga solat & byk zikir, 5.selawat setiap kali cuci muka, 6.kekalkan wudu', 7.sayangi diri & elak sabotaj diri dgn buat dosa atau amalan yg -ve, 8.gaya hidup sihat & exercise, 9. Jaga kebersihan diri & sentiasa wangi, 10.byk senyum, 11. menyenangkan org lain, 12.pakai warna yg serasi dgn diri, 13.Jaga harga diri & elak nampak murahan, 14.Ada prinsip hidup +ve, 15.Hakis benci dlm diri dgn maafkan org-- syg akan tarik syg, 16. cari ilmu sbb org pandai nampak bergaya & menawan, 17.merendah diri, org ego nampak hodoh, 18. hantar gelombang +ve kpd org lain, 19. Doa agar org syg, 20. Tawakkal kpd Allah. As salamu'alaikum. Ramai org yg mengeluh: Penat aje kita tlg org, tapi org tak hargai & tak tlg kita bila kita perlukan bantuan. Penat aje maafkan org tapi org tak maafkan kita atau di ulang kesalahan yg sama. Penat aje bersangka baik kat org tapi org tikam kita drp belakang. Hakikatnya, bila kita buat baik, Allah beri pahala & berikan balasan yg setimpal. Jgn hrp balasan drp org, balasan drp Allah jauh lebih baik-- kita di naikkan martabat, doa jadi makbul, pintu2 rezki terbuka, dosa di ampunkan, & berbagai balasan yg kita tak duga & tak sedar. Justeru, berterusan berbuat kebaikan & elak mengeluh bila tak dpt spt yg di harapkan. Allah nak beri yg jauh lebih baik. Wassalam.

As salamu'alaikum shbt yg mulia. Kita akan dpt mengenal kelemahan & kesilapan drp teguran & cerminan org lain. Hanya dgn mengaku kelemahan & kesilapan & kita usha & doa utk atasi kelemahan tu, kita akan dpt maju ke depan. Justeru, rendahkan diri kita agar bersedia menerima teguran org lain dgn lapang dada. Org yg sombong sukar terima teguran org lain & anggap dirinya sempurna & org lain yg silap. Org sebegini mempunyai penyakit NASISISTIK & akan di benci oleh Allah, manusia & semua makhluk. Alangkah hebatnya jika kita bertindak proaktif & MENCARI org yg dpt tegur kita agar kita dpt berubah ke arah yg lebih cemerlang. Wassalam. As salamu'alaikum semua shbt yg di muliakan. Pesan ulama': Walau apapun pengorbanan yg kita lakukan atau berapa byk sumbangan yg kita berikan, kita masih tak mampu nak balas balik walau setitik susu ibu yg kita minum. Justeru, mari kita berterusan berbuat bakti kpd ibu, doakan ibu, jaga hati ibu, gembirakan ibu & jgn sesekali buat ibu menangis sbb sedih tengok perangai kita yg negatif. Akhir2 ni ramai anak yg tak peka akan perasaan ibu & dah mula kurang sopan kpd ibu. Air mata ibu sbb bahagia akan padamkan api neraka yg nak bakar anak. Air mata ibu sbb sedih akan tolak anak masuk neraka. Insaflah hari ini juga, mana tahu ibu kita tak pjg umur. Jgn sampai menyesal sepanjang hayat. Wassalam. As salamu'alaikum shbt tersyg. Doa itu senjata org yg beriman. Di antara doa2 yg di aminkan Malaikat & makbul: 1. Doa ibubapa, 2. Doa musafir, 3. Doa org yg teraniaya, 4. Doa org yg solat sblm meninggalkan sejadah, 5. Doa ketika sujud, 6. Doa org yg di saf pertama, 7. Doa org yg suka memenuhi saf kosong di depannya, 8. Doa ketika hujan atau semasa bencana alam, 9. Doa org yg berpuasa, 10. Doa kwn utk kwn yg tidak di hebahkan kpd org lain, 11. Doa di waktu tahajud, dan sebagainya. Mari kita sentiasa doa mendoakan. Aamiin, wassalam. As salamu'alaikum shbt tersyg. Ali RA berpesan: Pemimpin yg layak di hormati ialah pemimpin yg sibuk membetulkan dirinya sebelum cuba nak betulkan org lain. Tapi jgnlah sibuk nak kaji org lain. Tengok & kaji diri & berterusan betulkan diri. Ingat pesan Nabi SAW: Kita semua adalah pemimpin & kita akan di pertanggungjawabkan dgn setiap aspek kepemimpinan kita. Jika kita peka akan hakikat ini, byk masalah akan dpt di hindarkan. Mari kita berdoa agar kita semua menjadi pemimpin yg berwibawa & di rahmati Allah SWT. Aamiin, wassalam. As salamu'alaikum shbt tersyg. Moga sentiasa dlm lindungan Allah SWT. Pesan org 'alim: 7 perkara yg memberi cahaya kpd hati: 1. Ikhlas dlm ibadah, 2. Berbakti kpd ibubapa, 3. Menjalin silaturrahim, 4. Elakkan diri drp maksiat, 5. Tidak menurut hawa nafsu, 6. Bersungguh sungguh dlm berbuat taat, & 7. Memperbanyakkan zikrullah. Mari kita doa mendoakan & berusha agar kita semua dpt menerangkan hati kita & mendapat redha Allah. Terima kasih, wassalam. As salamu'alaikum shbt tersyg. Nabi Isa AS pernah berdoa: Ya Allah, aku bersyukur kpd Mu krn telah mencipta berbagai jenis manusia di sekeliling ku. Ada ya membantu aku dan ada yg ingin membunuh ku. Sesungguhnya SEMUA ORG DI SEKELILING KU ADALAH ASET BAGI KU. Org yg mengumpat kita adalah aset kita sbb beri pahala percuma kpd kita. Jika org yg kena tikam atau kena tembak memaafkan org yg menaniaya dia sblm dia mati, maka org yg teraniaya itu akan

masuk syurga! Justeru, pembunuh kita sebenarnya aset kita!! Org yg bantu kita mmg jelas aset kita. Mari kita nilai semula & ubah persepsi kita terhadap semua org di sekitar kita. Moga Allah rahmati kita semua. Salam syg, Wassalam As salamu'alaikum shbt yg mulia. Moga Allah rahmati kita semua. Antara petua nak bantu anak hadapi pepriksaan: 1.Doa, fikir, cakap & yakin yg anak akan berjaya! 2. Bentuk suasana yg tenang d rumah utk anak mudah study, 3. Elak gaduh, marah atau rajuk agar anak dpt getaran +ve, 4. Ahli keluarga korban dgn bantu, temankan belajar, tutup TV, etc 5. Pesan kpd anak utk amalkan rutin harian mcm hari peperiksaan agar tak terperanjat bila exam nanti, 6. Pesan anak hadap Qiblat & baca S Al Insyirah sebelum study, 7. Maafkan & Doakan guru & kwn2, 8. Ibubapa berpuasa, solat hajat & byk berdoa, 9. Nyatakan yg ibubapa akan redha dgn apapun result anak asalkan dia dah mencuba yg terbaik, 10. Pesan anak utk solat taubat, hajat & istikharah utk mudah study & jwb soalan masa periksa, 11. Ibubapa buatkan atau cari air penerang hati sbg booster kpd anak. Moga berjaya, wassalam

As salamu'alaikum shbt. Utk dpt keberkatan ilmu: 1. Doakan, maafkan & sayangi semua guru, 2.Hayati & amalkan ilmu, 3. Sampaikan ilmu, 4. Azam & usha utk jadi lebih baik drp guru dlm aspek2 tertentu, 5. Pesan kpd anak2 & org lain utk sentiasa hormat & doakan guru, 6. Hub atau ziarah guru, 7. Hebahkan kebaikan guru, 8.Sentiasa cari guru baru utk tambah ilmu, 9.Perbaiki & update ilmu yg guru ajar, 10.Sentiasa ada guru/ mentor utk dpt nasihat & bimbingan, 11. Jgn sampai melawan atau kurang ajar kpd guru. Semoga Allah rahmati kita & semua guru. SELAMAT HARI GURU. Wassalam. As salam sahabat FB yg d kasihi. Petanda penyakit rohani termasuklah: 1. Malas beribadah, 2. Malas bekerja 3. Tumpul daya fikiran 4. Kurang peka ttg kesusahan org lain 5. Gelisah n risau 6. Liar terhadap kebenaran 7. Sering bersangka buruk 8. Suka mengadu domba 9. Suka isteri atau tunang org 10. Malas atau lupa berdoa 11. Tak rasa bersalah bila buat dosa 12. Sukar utk buat kebaikan. Semua masalah d dunia bermula dari penyakit rohani. Mari kita hisab diri kita n rawat rohani kita agar selamat d dunia n akhirat. Wassalam Pesan orang bijaksana: "Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia menasihatimu dgn ikhlas kerana Allah SWT. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya sedang menghinamu atau menyatakan yg dia pandai & kamu jahil!" Justeru, berhati-hatilah, walaupun dlm melakukan kebaikan. Moga Allah sentiasa melindungi kita semua. Aameen, wassalam.

As salamu'alaikum. Shbt tersyg. Beribu yg minta tip utk dpt HIDUP BAHAGIA. Di antara perkara yg dpt kita lakukan utk bahagia: 1.Rapatkan hub dgn Allah dgn patuh segala perintah Allah, 2.Doa & zikrullah utk tenang & bahagia, 3.Cuci hati agar dpt tarik bahagia & perkara +ve, 4.Elak dendam dgn kemaafan setiap hari sebelum tidur, 5.Layan org lain dgn sopan & kasih syg agar org lain layan kita dgn baik, 6.Lihat setiap masalah sbg cabaran, peluang & didikan drp Allah, 7.Redha dgn qada' & qadar Allah sbb apa yg Allah tentukan adalah yg terbaik utk kita, 8.Bentuk impian yg hebat, sbb org yg ada harapan sentiasa memandang ke depan dgn positif, 9.Remehkan yg remeh & besarkan yg benar2 penting, sbb ramai org yg stres sbb membesarkan perkara yg remeh! 10.Hebahkan kebaikan & tutup kelemahan org lain, 11. Org berjaya tunjuk hasil, org gagal beri alasan-- so elak beri alasan, 12.Fokus kpd apa yg boleh di lakukan sekarang & lupakan yg lalu, 13.Elak bandingkan diri dgn org lain sbb semua org ada kelebihan masing2, 14.Pilih kwn2 +ve yg Allah suka, 15.Jgn risau apa org lain kata, tapi risaulah apa yg Allah kata, 16. Kurangkan cakap & lebihkan mendengar, 17.Luaskan jaringan sahabat, 18.Menyendiri sekali sekala utk rawat & muhasabah diri, 19.Jaga diet-- makanan yg halal, baik & seimbang, 20. Exercise dgn istiqamah, 21.Bentuk sifat Qanaah, 22. Sentiasa jujur-- sekali bohong, kena tutup dgn pembohongan berterusan, 23.Kawal diri & elakkan org lain yg kawal diri kita, 24.Ubah apa yg termampu, yg lain serah kpd Allah, 25.Hakis sifat takut & risau & yakin ketentuan Allah yg terbaik, 26.Fokus pd 1 masalah pd 1

masa, 27. Elak bawa masalah hingga ke tidur, 28. Selalu bahagiakan org lain utk gamit bahagia, 29.Bentuk rutin harian yg positif & mengikut syariat, 30.Programkan minda utk bahagia, 31.Temui cinta sejati, 32.Hidupkan seberapa byk sunnah harian, 33.Seimbangkan hidup agar harmoni. Moga Allah rahmati kita semua. Amalkan yg termampu & sebarkan. wassalam.

As salamu'alaikum shbt tersyg. Menurut Imam al Ghazali, apa yg kita pamerkan secara luaran, sering mencerminkan apa yg terasa dlm hati & apa yg terfikir dlm minda. Jika kita bercakap drp qalbu (ikhlas), akan terpancar keikhlasan di wajah. Ikut kajian psikologi: Org yg berbohong sering garu pipi atau tutup mulut dgn tgn bila berckp. Mengurut dagu mungkin bermaksud sdg membuat pertimbangan. Menarik/ mengurut cuping telinga mungkin bermaksud dah tak larat nak dgr. Bila letak telunjuk di pipi, mungkin berfikiran negatif atau nak bangkang hujah. Bercakap sambil senyum & angguk mungkin mencerminkan kesungguhan & ikhlas. Justeru, kita kena peka dgn setiap gerak geri yg kita pamer. Moga kita sentiasa usha utk ikhlas & telus dlm berkomunikasi. Aameen, wassalam.
3 minutes ago