Anda di halaman 1dari 1

Capati Mat Gebu BAHAN-BAHANNYA :-) 2 cawan tepung atta 1 cawan air suam* Garam secukup rasa*(*disatukan dan

kacau hingga garam larut) 2 camca besar minyak zaitun (mentega atau minyak sapi cair boleh digunakan) Kuah dhal atau kari atau apa2 sahaja yang anda fikir sesuai untuk dicIcah CARA MEMBUATNYA :-) 1. 2. Masukkan tepung atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh. Tambah minyak zaitun dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. Bahagikan dok pada 10 - 12 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembap dan rehatkan 30 minit (mat tutup mangkuk tadi dengan plastik cling). 3. Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai (gunakan tepung atta). Letak atas loyang. Canai hingga siap baki doh. Dan tabur tepung sebelum diletak atas doh yang telah dicanai, tujuan untuk mengelakkan ia melekat. 4. Panaskan non-stick pan (mat guna saiz 10 inci). Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak. Tekan permukaan capati dengan tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi, hingga sedikit perang. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh. Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras. Hidangkan bersama kuah dhal atau gulai yang anda gemari....
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung atta. 2 sudu minyak masak (untuk melembutkan) 1 cawan Air panas (suam sedikit) kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 5oml. Air untuk membuat doh. Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air panas. CARA-CARA MEMBUATNYA: 1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan bentuk kolam ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut. 2. Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin. Bahagikan doh kepada 12-15 bebola. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan rollkan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. Biarkan bebola yang telah siap selama 20 30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab (ditakuti permukaan bebola akan kering dan keras). 3. Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celurkan sedikit tepung (mamak haji biasanya gunakan tepung beras) sebelum diletakan dalam papan lenyek. Leperkan permulaan dengan 90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh itu ke 45 darjah dan leperkan juga sepanjang 6 inci. Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata 6. Sebelum anda tindehkan capati yang belum dimasak, sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain. 4. Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang sedang memadai . Sebelum masukkan capati yang belum masak itu untuk dibakr di atas kuali leper, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati. Bakar di atas kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal pada gelombong yang mula-mula naik. . Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan hanguskan bahagian yang ditekan kuat. Bila kenakan tekanan pada gelombong anda boleh lihat, capati itu naik gelembung. Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Terbalikan dan bakar sebelah lagi, seperti yang diterangkan. 4. Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit . Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit. Semasa membakar capati pertama perlu tentukan kepanasan kuali dengan betul, jangan sampai hangit atau terlalu masak, nanti capati anda menjadi biskut pulak.