Anda di halaman 1dari 13

Tajuk Subjek Tamadun islam dapat menerapkan nilai-nilai tolak ansur dan berbangga terhadap inspirasi Negara untuk

membangunkan kehidupan yang harmoni melalui pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan kenyataan berikut bincangkan perkara berikut:1. 2. 3. 4. Menghuraikan tasawur Islam Menghuraikan konsep asas tamadun Islam Menghuraikan pencapaian tamadun Islam Menghuraikan tamadun Islam

PENGENALAN Islam adalah agama dan peradaban yang berasaskan kepada wahyu allah s.w.t Tamadun islam adalah tamadun yang bersifat rabbani. Asas akidah adalah peraturan yang digariskan oleh Islam. Ciptaan alam semesta membuktikan kekuasan & keagungan Allah s.w.t World view atau tasawwur Islam. Al-quran sebagai dasar hidup Muslim.

FITRAH MANUSIA MENGENAL PENCIPTA Allah s.w.t menjadikan alam ini berasaskan sunnahnya (sunnatullah), bagi manusia menyelidik (tadabbur) kebesaran Allah. Allah s.w.t. menjadikan kehidupan dan sumber alam ini sebagai gambaran ihsan-Nya. Allah s.w.t mengaturkan kehidupan manusia melalui al-Quran dan sunnah. Pencipta dengan sunnah-Nya, mengatur dan mentadbir alam ini dengan sempurna manakala manusia dalam batas fitrahnya. Penghayatan terhadap tugas tersebut dapat difahami melalui pengklasifikasiaan tauhid berikut:

(i) Rububiyyah (ii) Uluhiyyah (iii) Nama-nama dan sifat PANDANGAN SEMESTA ALAM World view yang bersifat komprehensif. Konsep tamadun Islam dianggap sebagai penzahiran aspek-aspek al-din dalam kehidupan. Menurut Sayid Qutb(1980:117) merupakan jelmaan ke alam zahir daripada suatu penghayatan Islam. Asas pandangan alam Islam sangat berkaitan dengan prinsip al-din. Perkataan tamadun berkait rapat dengan perkataan din Dua sifat yang dihuraikan (i)tamadun Islam sebagai sebahagian dari sejarah (ii)tamadun Islam sebagai penzahiran aspek-aspek al-din. Dua jenis sumber ini mempunyai peranannya sendiri(i)sebagai bahan (ii)yang lainnya sebagai kayu ukur. Kayu ukurnya adalah usul al-din yang merupakan aspek terpenting dalam al-din dan ia dikenali sebagai Islamic world view oleh Prof. al-Attas. Memahami konsep ketuhanan merupakan perkara pokok untuk membina asas pandangan alam Islam. Tauhid iaitu faham tuhan (Allah) yang Esa dan tunggal. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w pula adalah kunci kepada gambaran yang jelas tentang hal-hal ketuhanan, kealaman dan kemanusiaan. Huraian tentang Tauhid:

i. Tauhid membawa implikasi pengiktirafan kepada dua realiti iaitu Allah dan realiti yang dicipta iaitu makhluk. ii. Yang menciptakan, iaitu Allah mempunyai hubungan yang diciptanya. iii. Manusia diberi keupayaan untuk bertindak. iv. Manusia mempunyai kebebasan sama ada hendak bertindak atau tidak.

v. Manusia mempunyai keterikatan dan tanggungjawab. vi. Manusia dilahirkan adalah mulia dan tidak dilahirkan sebagai malang. Keyakinan tentang aspek akidah dan tauhid: i. Melahirkan pengabdian diri kepada Allah. ii. Mewujudkan suasana berorganisasi atas asas akidah. iii. Meningkatkan keagungan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding dengan nilai kebendaan. iv. Berfungsi dan suburnya nilai-nilai kemanusiaan dan hilangnya sifat-sifat kebinatangan. v. Terpelihara dan mantapnya kesucian keluarga. vi. Terlaksananya fungsi manusia sebagai khalifah Allah berdasarkan ketentuan dan amanah dari Allah. vii. Terlaksananya syariat Allah dalam semua urusan kehidupan. HUBUNGAN DENGAN TUHAN Tuhan dalam pengajaran Islam disebut Allah s.w.t yang bermakna kewujudan makhluk adalah satu kejadian yang diciptakan. Makluk tidak boleh wujud dengan sendirinya tanpa diciptakan kerana setiap sesuatu tidak boleh mengadakan dirinya sendiri Konsep dan tasawur tentang Tuhan dapat dijelaskan oleh Tuhan hanya wujud kebenarannya dalam ajaran Islam. Oleh itu, tasawwur tentang Tuhan mesti dimiliki oleh setiap insan supaya menepati kehendak Islam. Ada yang beranggapan tasawwur tentang Tuhan muncul daripada diri sendiri, mungkin ada benarnya pada setengah orang tetapi tidak menepati hakikat kebenaran itu sendiri. Jika manusia menggambarkan Tuhan daripada diri manusia, maka tuhan-tuhan itu adalah ciptaan dan khayalan manusia semata-mata. Apabila Tuhan berasal daripada manusia, tentunya ia lebih rendah martabatnya daripada manusia itu sendiri. Ini terjadi disebabkan khayalan itu adalah sebahagian dari pemikiran yang wujud daripada manusia.

Sesuatu yang ditasawwurkan sebagai Tuhan, lalu dijadikan konsep tersebut berupa objekobjek makhluk yang tarafnya makhluk kejadian, maka sembahan tersebut tidak lebih daripada menyembah sesuatu yang dihasilkan oleh dirinya sendiri. Tuhan-tuhan ciptaan ini tidak layak dinisbahkan sebagai Tuhan. Oleh itu nyatalah bahawa Tuhan itu adalah dhat yang tersendiri. Maka Allah memperkenalkan dhat-Nya menerusi wahyu dan Rasul yang diutuskan. Penjelasan ini dikaitkan dengan peristiwa Nabi Allah Musa a.s ketika berada di lembah Tuwa Firman-Nya bermaksud: Sesungguhnya Aku ini Allah, tiada Tuhan selain dari Aku, sembahlah Aku dan tetapkan mengerjakan sembahyang, untuk mengingati Aku (Surah Taha 20: 14) HUBUNGAN DENGAN MANUSIA 1) CIRI MANUSIA SEBAGAI MAKHLUK ALLAH: i. Manusia dikurniakan akal yang memungkinkannya meletakkan tasawwur sebenar siapakah dirinya Manusia tidak memiliki kekuatan terhadap dirinya . Ini terbukti manusia tidak mampu merubah dirinya atau menukar dirinya sendiri menjadi makhluk yang lain. Manusia berada di bawah takluk kuasa Allah s.w.t. Sebagai contoh aspek-aspek seperti dahaga,lapar sakit tetap dirasai oleh manusia walaupun mereka sedaya upaya cuba menghindarinya. Kesedaran terhadap tasawwur ini mendorong manusia untuk melakukan ibadar dan menyembah Allah s.w.t. 2) INSAN DAN IBADAT: i. Manusia dijadikan oleh Allah untuk kepentingan hidupnya, mereka ditentukan dengan sistem dan peraturan tertentu. Manusia diperintahkan mengabdikan diri kepada Allah. Iaitu tunduk dan patuh tanpa soal kepada Allah yang mencipta mereka. Ketundukkan dan kepatuhan ini disebut sebagai ibadat atau ubudiyyah.

ii.

iii.

iv.

ii.

iii.

ISLAM: PENDEKATAN DALAM MENANGANI ISU-ISU PERADABAN MEREALISASIKAN PEMBUDAYAN ILMU Kedatangan Islam memberi impak dan mobiliti yang jelas dalm bidang ilmu pengetahuan dan pendidikan terutama dalam segi membaca dan menulis. Gerakan intelektual umat Islam di mulai dengan kebangkitan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah dan penurunan al-Quran sebagai sumber wahyu. Di dlm Al-Quran dicatatkan penghargaan terhadap peranan dan tingginya ilmu pengetahuan dalam meningkatkan lagi martabat manusia serta merangsang setiap individu muslim supaya menimba,mengumpul serta memanfaatkan ilmu pengetahuan. Melalui pembacaan dan pemilikan ilmu,manusia dapat melibatkan diri dengan pelbagai proses kemajuan dan kematangan dalam mencapai kesempurnaan juga kebahagiaan di dunia dan akhirat. Zaman kegemilangan tamadun Islam bertitik tolak dari keberkesanan pancaran Al-Quran terhadap akal umat islam yang sentiasa memberi bimbingan supaya menggunakan akal dalam usaha melakukan penyelidikan tentang sesuatu yang berlaku di sekeliling mereka. Islam menolak sebarang taqlid atau menerima sesuatu perkara secara melulu,tanpa bukti dan tindakan mengikut tradisi nenek moyang semata-mata. Al-Quran telah membentuk satu fenomena baru yang merangsang pengembangan akalfikiran manusia . Al-Sunnah merupakan sumber kedua dalam tamadun keilmuan Islam.Peranan Al-Sunnah adalah mencetuskan rangsangan terhadap perkembangan kemajuan. MEMAHAMI MATLAMAT KEJADIAN MANUSIA Manusia diwujudkan oleh Allah untuk melaksanakan dwi-fungsi yang asasi iaitu hamba Allah dan Khalifah-Nya di dunia ini. Islam menghuraikan dengan perspektif yang tepat tentang kealaman iaitu hakikat alam dan kedudukan serta hubungan dengan manusia Alam bukanlah satu jelmaan yang perlu dilupus,dihina atau dirosakkan.Menurut Islam ,segala yang dijadikan di seluruh alam ini mempunyai kepentingan dan manfaatnya tersendiri. Alam tabie ini dijadikan sebagai satu alat untuk manusia menyempurnakan matlamat kejadiannya .

Manusia semestinya bertanggungjawab dalam penggunaan alam tabie oleh sebab sifat utama kegunaannya ialah moral tertinggi yang terkandung dalam iradat Allah;tanggungjawab di sini bermakna bahawa tidak ada mana-mana bahagian alam tabie yang akan di gunakan kecuali sesuatu yang diredhai oleh Allah,iaitu pencapaian nilainilai akhlak manusia yang tertinggi.Ini bermakna bahawa penggunaan alam tabie oleh sebahagian manusia tidak seharusnya menjejaskan penggunaan oleh sebahagian yang lain,atau oleh generasi manusia yang lain kerana tindakan ini bertentangan dengan dengan matlamat am seluruh alam ciptaan Allah. -Prof. Ismail Faruqi (1985: 36) Definisi nilai rabbani : Seluruh hukum syariah dan sistem-sistem dalam Islam adalah sempurna dan mutlak kerana dicipta oleh Allah yang bersifat Yang Maha Sempurna dan Maha Mengetahui. Definisi bukan rabbani : Suatu nilai yang lahir dari ciptaan atau ideology manusia semata-mata yang bersifat relatif dan sentiasa berubah kerana mengandungi kekurangan. Hukum dan sistem Islam adalah datangnya dari Allah,maka ia adalah berbeza daripada sesuatu yang lahir dari ideologi manusia yang mengandungi kepincangan dari segala aspek Nilai rabbani ini perlu di amalkan sebagai praktikal bukan sekadar ilmu yang diteorikan. Kesan nilai Rabbaniyyah atas umat Islam: Melahirkan perasaan muraqabah (berhati-hati) serta mendorong untuk menunaikan kewajipan. Mengagalkan segala tipu daya syaitan Sentiasa membuat benteng penghalang antara manusia dengan maksiat. Berdisplin dengan rasa taqwa Bekerja dengan lebih serius dengan mengharapkan ganjaran serta pahala dari Allah semta-mata. Menjadikan individu kuat sehingga sanggup berhadapan dengan semua kekuatan yang ada di muka bumi .

Nilai rabbani ini merupakan induk dan menjadi ciri keistimewaan paling unggul dalam tamadun Islam.

PEMELIHARAAN NILAI PERSAMAAN Manusia adalah memikul tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah iaitu pemegang amanah di muka bumi ini. Tahap kemuliaan seseorang itu hanya berbeza dari segi tahap ketaqwaan masing-masing. Persamaan darjat manusia asalah adalah dari aspek penciptaan manusia daripada tanah dan ditiupkan roh yang membolehkan manusia dianggap mulia dari segala makhluk lain Persamaan ini juga merangkumi keadilan sosial,ekonomi,undang-undang,politik dan sebagainya.Manusia yang berada di bawah sistem tamadun Islam ditegah membezakan antara satu sama lain,melakukan penganiayaan,menipu dalam ekonomi,tidak menghukum dengan adil dalam perundangan ,politik pilih kasih,melakukan pembaziran dan sebagainya. Aspek persamaan dalam tamadun Islam akan lebih ketara sekiranya di bandingkan dengan pemikiran moral ciptaan manusia seperti; Orang-orang Arab jahiliah menganggap wanita lebih rendah martabatnya sehingga bayi perempuan harus dikuburkan. Orang-orng Greek menganggap mereka lebih mulia berbanding bangsa lain yang bertaraf babar. Manusia berdegree menganggap mereka yang paling terhebat sedangkan yang lain sebagai hamba-hamba yang bodoh. PEMELIHARAAN HAK KEBEBASAN MEMILIH Mengikut perseptif Islam,manusia diberikan kebebasan memilih tingkah laku mereka sendiri dalam membina tamadun. Manusia dibekalkan dengan akal dan nafsu untuk membuat sesuatu pertimbangan .Kekuatan akal adalah dibantu oleh hidayah dan panduan wahyu oleh Allah kea rah kebaikan.Kekuatan nafsu pula kerana ia sentiasa mendapat pujukan dari musuh manusia paling utama ialah syaitan. Kebebasan ini adalah teristimewa kerana makhluk lain hanya mengikut sahaja ketentuan oleh Allah sebaliknya manusia masih boleh membuat pilihan samada menerima jalan lurus Islam atau tidak menerimanya tanpa sebarang paksaan. Walaubagaimanapun,setiap pilihan yang dilakukan oleh umat manusia sudah dijanjikan ganjaran dan akibat di atas setiap pilihan yang dilakukan.

Terdapat kesilapan dalam memahami konsep tawakal menyebabkan sarjana barat menganggap falsafah akhlak Islam ialah menyerah kepada takdir tanpa berusaha. Umat Islam mempunyai kebebasan tidak bererti boleh malakukan percubaan di atas perkara buruk dengan alasan mahu menentukan kebaikan PERLAKSANAAN NILAI TANGGUNGJAWAB Rentetan dari kebebasan memilih,manusia tidak boleh lari dari bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan . Konsep ini juga berbeza dari dengan anutan kristian bahwa manusia tidak bebas dan bertanggungjawab memikul dosa warisan mereka. Amanah dan tanggungjawab yang melibatkan kepentingan semua pihak harus dijalankan dengan penuh insaf. Manusia mempunyai tanggungjawab sosial seperti menipu dalam berjual beli,tidak membayar zakat dan sebagainya. Manusia juga bertanggungjawan dalam segi jasmani dan rohani seperti seorang bapa menjaga anaknya,suamai menjalankan tanggung jawab terhadap isteri dan pekerja terhadap majikannya. Konsep tanggungjawab ini menjadikan tamadun Islam lebih dinamik dimana setiap orang akan merasa bertanggungjawab dalam semua perkara yang diamanahkannya,tindak tanduknya,niatnya dan paling penting tanggungjawab menjaga iman,agama dan Negara. Sifat tanggungjawab ini di kawal bukn setakat kuasa luaran tetapi juga dengan kuasa dalaman iaitu ihsan,iaitu merasai kehadiran Tuhan dalam segenap tindak tanduk harian (kesedaran batin). Prinsip dan keistimewaan tanggungjawab ini akan membawa manusia kepada kemajuan dalam kehidupan bertamadun. Penghayatan Nilai Kesejagatan ISLAM Tiada pengkhususan kepada mana-mana kaum atau golongan. Bersifat universal atau sejagat Adalah kesinambungan dari apa yang dibawa oleh Nabi-nabi terdahulu. ISLAM diasaskan oleh Allah s.w.t dan dinamakan oleh-Nya. ISLAM adalah menyembah Allah, bukan menyembah pembawanya.

Kesejagatan tamadun Islam jelas diakui sendiri oleh Allah s.w.t ketika menerangkan kepada manusia bahawa sesungguhnya Aku adalah Allah, Tuhan semesta alam. -Jadi jelas bahawa Tamadun Islam adalah untuk seluruh alam. -Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah untuk menyampaikan ISLAM kepada manusia. -Ayat-ayat didalam Al-Quran juga banyak mengatakan bahawa ISLAM adalah menyeluruh. -Tamadun Islam adalah sesuai, praktikal, mudah dan ideal untuk kesemua umat manusia Penghayatan Nilai Kesyumulan Syumul Bermaksud menyeluruh. Syumul juga menunjukkan tamadun Islam dunia dan akhirat. Tamadun Islam juga menerangkan cara jasmani. Kesepaduan dan kesempurnaan tamadun islam meliputi banyak aspek. Melalui kesyumulan inilah Tamadun Islam dinamakan sebagai a complete way of life menggabungkan tuntutan kerohanian dan merangkumi semua aspek kehidupan di

Kesempurnaan dan kemantapan ini dihuraikan oleh Hasan al-Bana, sebagai ajaran Islam merangkumi semua zaman, semua lapisan umat. Keistimewaan ini, tiada di dalam ajaran atau tamadun lain. Contohnya, dalam pertalian yang erat antara ibadat dengan pekerjaan harian. Sistem akhlak dalam Tamadun Islam dalam lima bentuk hubungan yang diringkaskan oleh Prof. Yusof al-Qaradawi : - Hubungan dengan diri sendiri - Hubungan terhadap keluarga - Hubungan terhadap masyarakat

- Hubungan terhadap alam sekitar - Hubungan terhadap Allah s.w.t Tegasnya, kesyumulan tamadun Islam merangkumi aspek akidah, syariat dan akhlak Memenuhi Keperluan Menurut Hierarki Islam agama wahyu mencakupi sistem yang tinggi bertujuan mendisiplin dan mengatur umat manusia. Rukun-rukun akidah Islam mudah dan terasnya dalah mentauhidkan Allah. Islam mengiktiraf hak individu dan masyarakat, persaudaraan dan persamaan, menyingkirkan fanatik kebangsaan, perbezaan warna darah dan keturunan Islam menjadikan asas kemuliaan itu dengan amal, dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. - Syariat Islam mengandungi semua yang bersangkutan dengan amali. - Mengatur hubungan sesama manusia untuk melahirkan negara yang makmur. - Kesyumulan sistem Islam dalam menangani persoalan tergambar dalam tujuan pensyariatan Islam itu sendiri Al-Maqasid adalah kata jamak dari al-maqsid yang bererti tujuan. Maqasid al-syariah ertinya tujuan-tujuan syariat. Dalam ilmu usul al-fiqh perbahasan maqasid al-syariah bertujuan mengetahui tujuantujuan yang hendak dicapai oleh pembuat-Nya dalam mensyariatkan hukum. Tujuan hukum ini merupakan satu faktor dalam menetapkan hukum islam yang dihasilkan melalui ijtihad. Ulama usul al-fiqh mendefinasikan maqasid al-syariah iaitu makna dan tujuan yang hendak dicapai oleh syarak dalam mensyariatkan sesuatu hukum umat manusia. Maqasid al-syariah dikalangan ulama usul al-fiqh disebut Asrar al-syariah iaitu rahsia yang terdapat disebalik hukum

Syarak mewajibkan berbagai ibadat dengan tujuan untuk menegakkan agama Allah, disyariatkan jangan meminum arak untuk menjaga akal, disyariatkan jangan berzina untuk memelihara kehormatan dan sebagainya. Tujuan umum yang hendak dicapai syariah dalam menurunkan syariat-Nya adalah untuk kemaslahatan umat manusia, didunia dan akhirat. Kemaslahatan yang dimaksudkan oleh ulama syariat ialah : Manfaat yang menjadi tujuan syarak untuk hamba-hamba-Nya bagi memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harata sesuai dengan susunan yang ditentukan.

Pemeliharaan terhadap lima hal dasar diatas ditinjau dari segi kepentingan dan kekuatannya, terbahagi pula kepada tiga kategori iaitu : Daruriyyat

Daruriyyat ialah segala sesuatu yang mesti ada untuk kehidupan manusia bagi duniawi serta keagamaan. Akan mendapat azab yang pedih di akhirat jika tidak dipelihara. Memelihara daruriyyat bererti memelihara agama, akal, jiwa, keturunan dan harta. Dalam ibadah, seperti beriman, solat, puasa dimaksudkan memelihara keberadan agama. Dalam adat seperti makan dan minum memelihara jiwa Di bidang munakahat memelihara keturunan. Bidang muamalat pula sperti memelihara harta dan mempertahankannya Hajiyyat

Hajiyyat ialah segala sesuatu yang diperlukan manusia untuk menghindarkan diri dari kesulitan. Mestilah seiring dengan darurriyyat untuk memelihara keperluan yang lima (al-masalih al-khams). Syariat memberikan keringanan (rukhsah) di dalam memelihara al-masalih al-khams. Tahsiniyyat

Tahsiniyyat bermaksud segala sesuatu yang dapat menunjang dan menyempurnakan keperluan yang lima. Berorientasikan kepada kemuliaan akhlak baik dalam ibadah mahupun dalam muamalat.

Contohnya, menutup aurat dalam solat, cara makan dan minum dan tata cara pergaulan suami dan isteri. Jika tiada keperluan tahsiniyyat ini tidak membawa kepada kesempitan tetapi ianya menyalahi kepatutan dan menurunkan martabat peribadi dan masyarakat Kesimpulan

Intipati ajaran islam itu ialah aqidah dan peraturan-peraturan. Meliputi segala dasar Islam samada dari segi ekonomi, politik dan sosial. Islam mengakui hak-hak kemerdekaan perseorangan, persaudaraan, dan persamaan semua manusia.

Islam menggalakkan semangat kasih sayang, dikalangan umat manusia menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Syariah Islam mengandungi semua yang bersangkutan dengan tanggungjawab syara yang amali. Islam mewajibkan haji sebagai suatu muktamar tahunan Islam. Islam menganjurkan dasar menghormati manusia dan melakukan keadilan. Islam memberikan tugas dan tanggungjawab kepada seseorang berdasarkan keupayaannya. Islam telah menyelesaikan masalah kemiskinan dan kemelaratan dengan sistem keadilan sosial. WASSALAM