Anda di halaman 1dari 10

Low Weng Sheng, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, 16109 Kota

Bharu, Kelantan.

Tuan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, 16109 Kota Bharu, Kelantan. 26 Julai 2011

Tuan, Aduan Tentang Kebersihan Cafe Dan Kemudahan Infrastruktur Dalam IPGKKB Merujuk perkara di atas, saya Low, Weng Sheng, seorang pelajar dari IPG Kampus Kota Bharu ingin mengadu tentang tahap kebersihan cafe yang rendah serta kemudahan infrastruktur yang kian lama. Saya juga ingin memberikan beberapa cadangan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap masalah yang kami hadapi sekarang supaya mampu menyenangkan hati para pelajar pada masa akan datang. 2. Bagi pengetahuan pihak tuan, institut kita cuma mempunyai sebuah cafe dan cafe ini merupakan tempat kita untuk membeli makanan dan menjamu selera. Sebelum ini, cafe kita amat bersih dan akan dibersihkan setiap hari tanpa gagal. Namun demikian, kebelakangan ini saya mendapati terdapat sebilangan pelajar telah mula bersikap malas dan tidak bertatatertib kerana mengotorkan kawasan cafe ini. Hal ini bukan salah pelajar sahaja, pekerja-pekerja di cafe juga telah mula memakan gaji kosong. Walaupun mereka mendapati sampah sarap berada di merata-rata tempat dan tong sampah sudah dipenuhi oleh sampah, mereka cuma membiarkan sahaja,

meneruskan gosipan sesama sendiri dan tidak menjalankan kewajiban yang seharusnya dijalankan. Akibat daripada kekangan ini, banyak semut, kucing dan lalat telah mula berkeliaran di sini. Bukan sekadar keadaan saja yang kotor, malah cafe sekarang juga telah dikelilingi oleh bau busuk yang amat tidak menyenangkan pelanggan sehingga menyebabkan pelajar hilang keyakinan terhadap cafe ini. 3. Selain itu, institut kami merupakan salah satu institut pendidikan guru yang tertua di Malaysia. Oleh hal yang sedemikian, banyak kemudahan infrastruktur dalam IPG ini telah mula bermasalah dan tidak dapat berfungsi pada tahap yang memuaskan. Sebagai contoh, kemudahan internet di hostel. Komputer kami sering tidak dapat menggunakan kemudahan internet ini kerana modem sering rosak. Malah sekarang merupakan musim membuat kerja kursus di IPGKKB, kemudahan internet adalah amat diperlukan dalam proses mengumpul data dan penyempurnaan kerja kursus kami. Bukan itu sahaja, kemudahan kipas dalam kelas juga sering tidak dapat berfungsi. Para pelajar menderita dalam keadaan yang terlalu panas terutamanya pada waktu tengah hari dan petang. Para pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Akibat daripada hal ini, akademik pelajar semakin merosot kerana tidak ada keadaan yang selesa untuk pembelajaran dan pengajaran. 4. Bagi mengatasi perkara-perkara yang kian merunsingkan ini, di sini saya mempunyai beberapa cadangan bagi pihak tuan untuk dipertimbangkan. Saya

harap denda yang lebih berat dapat dikenakan kepada sesiapa sahaja yang didapati mengotorkan sekitar kawasan cafe. Selain itu, saya juga berharap pihak tuan dapat memberi amaran dan mengawasi pekerja-pekerja cafe agar mereka dapat menjalankan kewajiban mereka dalam menjaga kebersihan kawasan cafe dengan baik. Jika mereka tidak mengikut arahan, maka potongan gaji ataupun perletakan jawatan mereka sebagai seorang pekerja boleh dikenakan secepat mungkin. 5. Sehubungan dengan itu, kemudahan internet amat diperlukan dari semasa ke semasa. Justeru, kami berharap agar pihak tuan dapat menukarkan modem yang baru dan menaik taraf sistem dan kelajuan internet di institut kami. Bukan itu sahaja, keadaan yang selesa amat diperlukan di dalam kelas agar pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan selesa. Oleh itu, kami berharap agar pihak tuan dapat sentiasa memastikan keadaan infrastruktur dalam kelas seperti kipas dan lampu

dapat dioperasikan dengan baik. Jika mendapatinya sudah rosak, maka ia harus diperbaiki atau ditukarkan dengan secepat mungkin. Sekiranya pihak tuan mengalami kesulitan dan memerlukan komitmen daripada para pelajar IPGKKB, kami sedia menghulurkan bantuan serta kerjasama yang diperlukan oleh pihak tuan untuk kebaikan kita semua. 6. Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang amat diperlukan dengan kadar segera demi kesihatan dan keselesaan para pelajar IPGKKB ini. Kerjasama dan prihatin daripada pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian. Yang benar,

.. (LOW WENG SHENG) Pelajar Institut Pendidika Guru Kampus Kota Bharu.

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2011 KELAS PEMULIHAN PPISMP SEMESTER 3 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU BIL 01/11 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 1. En. Mohamad Norfahmi Bin Norhisham Ketua Kumpulan (Pengerusi) 2. Cik Chia Lee Shan Penolong Ketua Kumpulan 3. En. Low Weng Sheng Setiausaha (Setiausaha Kehormat) 4. Cik Nor Isah Binti Hanipah - Bendahari 5. En. Lee Ming Chung Ahli Jawatankuasa Disiplin 6. En. Mohammad Nasrullah Bin Zikri Ahli Jawatankuasa Kebajikan 7. Cik Nadia Rozaila binti Rahiman Ahli Jawatankuasa Keceriaan 8. En. Fadhillah Syafiq Bin Abdullah Zawawi Penyelaras GERKO 9. En. Nazmi Adwa Bin Nahar - Penyelaras KKE 10. Cik Leong Xin Yi Penyelaras MT 11. Cik Sharmila A/P Thangaraju Penyelaras BM2 12. Cik Tey Hui Jing - Penyelaras BM1 13. Cik Toh Qin Yi Penyelaras PP 14. Cik Oh Yi Ling Penyelaras BI 15. Cik Ponnmalar A/P Alagumalai Penyelaras BMK 16. En. Muhammad Syafiq Bin Sallehun 17. Cik Christy Kilis 18. Cik Deepa A/P Chandran 19. Cik Ernnywantie Joseph 20. Cik Marlia Syahirah Binti Suradi 21. Cik Nur Azimah Binti Asmadi 22. Cik Salehan Binti Mohamad Ariffin : : : 31 Julai 2011 (Ahad) 2.00 petang. NN6, IPGKKB, Kelantan.

23. Cik Uganesvari A/P Rmuthusamy Turut Hadir 1. Pn. Norhayati Binti Che Hussin Mentor Kelas Pemulihan PPISMP Sem3 Tidak hadir : 1. Cik Yap Hui Li (cuti sakit)

1.0 Ucapan Ketua Kumpulan 1.1 Mesyuarat dipengerusi oleh En. Mohamad Norfahmi Bin Norhisham, ketua kumpulan (KK) bagi kelas Pemulihan PPISMP Sem3. Beliau memulakan salam dan mengetuai hadirin dan hadiran yang beragama muslim untuk membaca Al-Fatihah bagi memberkati mesyuarat agung yang akan berlangsung pada petang ini.

1.2 Beliau mengucapkan taniah, syabas dan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan bekerja keras untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelas Pemulihan pada petang ini. Tindakan : makluman

2.0 Perlantikan Penolong Ketua Kumpulan, Setiausaha & Bendahari Ahli-ahli kelas telah mencadangkan beberapa nama untuk membuat undian bagi perlantikan ketiga-tiga jawatan yang penting. Ahli yang mendapat undian majoriti menang dan diamanahkan jawatan tersebut. Keputusan dipersetujui oleh semua yang hadir. 2.1 Penolong Ketua Kumpulan Kehormat Cik Chia Lee Shan (17 undian) 2.2 Setiausaha Kehormat En. Low Weng Sheng (14 undian) 2.3 Bendahari Kehormat - Cik Nor Isah Binti Hanipah (16 undian)

3.0 Perlantikan Jawatankuasa Tambahan Pengerusi memohon persetujuan daripada semua yang hadir untuk membuat 3 perlantikan jawatankuasa tambahan dan telah disetujui oleh semua yang hadir. 3.1 En. Lee Ming Chung Ahli Jawatankuasa Disiplin 3.2 En. Mohammad Nasrullah Bin Zikri Ahli Jawatankuasa Kebajikan 3.3 Cik Nadia Rozaila binti Rahiman Ahli Jawatankuasa Keceriaan

4.0 Perlantikan Penyelaras Bagi Subjek-subjek PPISMP Pemulihan Sem3 Majlis telah mendapat persetujuan daripada semua yang hadir untuk perlantikan penyelaras-penyelasras bagi setiap subjek seperti berikut : 4.1En. Fadhillah Syafiq Bin Abdullah Zawawi Penyelaras GERKO 4.2En. Nazmi Adwa Bin Nahar - Penyelaras KKE 4.3Cik Leong Xin Yi Penyelaras MT 4.4Cik Oh Yi Ling Penyelaras BI 4.5Cik Ponnmalar A/P Alagumalai Penyelaras BMK 4.6Cik Sharmila A/P Thangaraju Penyelaras BM2 4.7Cik Tey Hui Jing - Penyelaras BM1 4.8Cik Toh Qin Yi Penyelaras PP

5.0 Perlantikan Mentor Majlis bersetuju dengan sebulat suara untuk meneruskan jawatan dan melantik Pn. Norhayati Binti Che Hussin sebagai mentor bagi kelas PPISMP Pemulihan Sem3. Surat rasmi perlantikan akan dihantar. Tindakan : Setiausaha Kehormat

6.0 Perancangan Program Jun- Disember 2011 Pengerusi meneruskan majlis dengan membincangkan beberapa program yang dapat dilaksanakan untuk bulan Jun Disember 2011. Peruntukkan yang telah diperoleh antaranya ialah : 6.1 Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur 6.2 Pertandingan Badminton bagi semua kelas PPISMP sem3 6.3 Program Cinta Akan Negara sempena menyambut Hari Kebangsaan 6.4 Aktiviti Makan Beramai-ramai bagi merayakan hari raya Aidilfitri 6.5 Program Belajar Berkumpulan sebelum menghadapi peperiksaan Tindakan : Mentor dan semua Ahli Jawatankuasa 7.0 Hal-hal lain 7.1 Pn. Norhayati Binti Che Hussin (Mentor)

7.1.1 Beliau mengucapkan syabas dan taniah kepada ketua kumpulan dan semua Ahli Jawatankuasa yang diberikan amanah oleh undian kelas. Beliau juga memberikan sokongan yang sepenuhnya dalam segala hal demi memastikan kelas Pemulihan terus maju. Tindakan : Makluman

7.2

En. Mohamad Norfahmi Bin Norhisham (ketua kumpulan)

7.2.1 Beliau memberikan masa kepada ahli-ahli kelas untuk menubuhkan Ahli Jawatankuasa bagi program-program yang bakal dilaksanakan serta menghasilkan kertas kerja projek. 7.2.2 Setiap bulan semua ahli kelas dikehendaki untuk membayar RM10 sebagai yuran kelas untuk penggunaan akademik. Majlis telah bersetuju dengan cadangan Pengerusi dalam perkara 7.1.1 dan 7.1.2 tanpa bantahan.

Tindakan : Ketua Kumpulan/ Setiausaha Kehormat/Bendahari Kehormat 7.2.3 Beliau menghuraikan serba sedikit tentang kewajiban yang perlu dijalankan oleh setiap orang yang berjawatan. Tindakan : Semua Ahli Jawatankuasa 7.2.4 Beliau berterima kasih kerana mengundi beliau menjadi ketua kumpulan dan berjanji akan membuat yang sebaik mungkin. Tindakan : Makluman

7.3

Cik Chia Lee Shan

7.3.1 Meminta semua Ahli Jawatankuasa menjalankan tugas masing-masing dengan cepat dan tepat dalam setiap pengurusan. Tindakan : Semua Jawatankuasa 7.3.2 Menyeru semua ahli kelas menepati masa dan menjaga disiplin terutamanya waktu kuliah dan mesyuarat kelas. Tindakan : Makluman 7.3.3 Beliau mencadangkan satu perjumpaan bersama semua ahli kelas diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan dan semangat kekeluargaan antara kelas Pemulihan bagi mencapai pergerakan organisasi yang bersemangat. Majlis bersetuju dengan cadangan tersebut dan mencari masa dan tempat yang sesuai bagi membincangkan cadangan ini secara terperinci. Tindakan : Kumpulan/ Setiausaha Kehormat/Bendahari Kehormat

7.4

En. Low Weng Sheng (Setiausaha Kehormat)

7.4.1 Mengucapkan ribuan terima kasih atas memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menjawat jawatan sebagai setiausaha kehormat. Beliau berjanji akan menjalankan tugas yang diberi dengan penuh komitmen. 7.4.2 Beliau juga meminta kerjasama daripada semua agar memberikan kerjasama dalam sistem pentadbiran bagi memastikan kelancaran pengurusan

pentadbiran. Tindakan : Semua jawatankuasa

7.5

Cik Nor Isah Binti Hanipah (Bendahari Kehormat)

7.5.1 Beliau memberitahu semua ahli kelas bahawa modal yang tinggal daripada semester lepas adalah sebanyak RM135.60. 7.5.2 Beliau juga menyeru ahli-ahli kelas bahawa yuran kelas sebanyak RM10 akan dikutip pada setiap awal bulan dan menasihati semua agar tidak berbelanja lebih. Tindakan : Makluman 7.6 En. Lee Ming Chung (AJK disiplin)

7.6.1 Beliau memberi nasihat agar menepati masa menghadiri kelas dan mesyuarat kelas tanpa gagal. Jika mempunyai sebab sila lampirkan surat kepada setiausaha kehormat untuk bahagian kehadiran. Tindakan : Setiausaha Kehormat 7.6.2 Semua ahli kelas yang tidak hadir tanpa sebab akan didenda sebanyak RM20 dan akan dikutip oleh Bendahari. Tindakan : Bendahari Kehormat

Perkara 7.6.1 dan 7.6.2 telah dipersetujui oleh semua ahli kelas walaupun terdapat bantahan tetapi telah diselesaikan.

8.0

Penangguhan Mesyuarat Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih lagi kepada semua ahli kelas dan kerjasama yang telah diberikan. Beliau juga berharap agar semua ahli kelas dapat memberikan komitmen dengan menjalankan amanah yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab serta mengikut peraturan kelas dan menjaga nama baik kelas PPISMP Pemulihan Sem3.

Mesyuarat ditangguhkan tepat pada jam 5.00 petang , 31 Julai 2011 dengan diakhiri
bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.. (LOW WENG SHENG) Setiausaha Kehormat, PPISMP Pemulihan Sem3.

. (MOHAMAD NORFAHMI BIN NORHISHAM) Ketua Kumpulan, PPISMP Pemulihan Sem3

Tarikh : 1 Ogos 2011