Anda di halaman 1dari 1

1.

Pengenalan Bahasa Melayu telah mempunyai kedudukan yang sudah terjamin di Malaysia dari

segi peruntukan perlembagaan dan penggunaannya yang begitu meluas. Dasar pelajaran kebangsaan negara telah menjadikan pendidikan dalam bahasa Melayu secara

keseluruhannya. Tujuan pengajaran tatabahasa adalah untuk membolehkan pelajar mengesan kelainan makna kata imbuhannya yang berbeza-beza, menggunakan golongan kata dalam pelbagai situasi, membina ayat-ayat dan perenggan dalam pelbagai situasi dengan tepat, jelas dan indah dan pelajar juga dapat menggunakan dengan tepat dan berkesan perkataan berimbuhan dalam kemahiran mendengar, bertutur, menulis, dan membaca. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Walau bagaimanapun aspek-aspek sebutan, intonasi dan semantik perlu juga ditekankan dalam aspek tatabahasa. Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu guru perlulah menekankan prinsip-prinsip pengajaran bahasa Melayu.

2.0

Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa

Terdapat empat prinsip yang perlu ditekankan semasa merancang pengajaran bahasa Melayu, iaitu: a) Menitikberatkan makna dan penggunaannya dalam konteks bahasa Melayu. b)