Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan pada dasar-dasar tarikat i.

e jalan kepada Allah azza wa jalla


Bagi al arif billah Abu Abbas Ahmad bin Ahmad bin Muhammad bin Isa al barnusi al fasi yang makruf dengan Zaruq radhiallahu anhu. Alhamdu Lillah 1 1- Dasar-dasar tarikat kami lima perkara : Taqwa kepada Allah pada tempat sunyi dan bersama orang ramai. Mengikut sunnah pada percakapan dan perbuatan. Berpaling dari makhluk pada layanan mereka dan tidak peduli mereka. Redha kepada Allah pada yang sedikit dan yang banyak. Kembali kepada Allah pada kesenangan dan kesempitan. Maka menyungguhkan takwa itu adalah pada warak dan istiqamah, dan menyungguhkan sunnah itu dengan memeliharanya dan baik akhlak, dan menyungguhkan berpaling dari makhluk itu dengan sabar dan tawakkal, dan menyungguhkan kembali kepadaNya itu dengan memuji dan bersyukur pada ketika senang dan melarikan diri kepadaNya pada ketika sempit. 2-Dasar-dasar demikian itu semuanya lima tanda : Tinggi himmah Memelihara kehormatan Elok khidmat Telus keazaman Membesarkan nimat Maka siapa yang tinggi himmahnya naikllah pangkatnya, siapa yang memelihara kehormatan Allah dipelihara kehormatannya, siapa yang elok khidmatnya wajib karamahnya, siapa yang telus azamnya kekal hidayahnya dan siapa yang besar nimat pada pandangan matanya dia menysukurinya dan siapa yang mensyukurinya wajib oleh tambahan daripada nimat-nimatNya sekira-kira janjiNya yang benar. 3-Dasar bagi alamat-alamat itu lima perkara : Menuntut ilmu bagi perlaksanaan perintahNya. Bersahabat dengan syeikh-syeikh dan saudara-saudara bagi cerah mata hati. Meninggalkan rukhsakh dan takwilan untuk memelihara kehormatan Allah.
1

Kata-kata ini adalah risalah Imam Abu Abbas Ahmad Zaruq seorang tokoh tarikat Syaziliyyah. Kami pilih menyampaikannya dengan sempurna dengan sedikit pengubahan. Namanya Usul-Usul Tarikat Syaziliyyah. Dia menulisnya untuk menjawab pertanyaan sebahagian saudara-saudaranya.

Menepati waktu-waktu dengan wirid-wirid bagi hadhir bersamaNya. Mentohmahkan nafsu pada tiap suatu bagi keluar dari kecenderongannya dan selamat dari rosak binasa.

Maka menuntut ilmu itu penyakitnya berkawan dengan orang yang tak matang nisbah umur atau akal atau ugama daripada orang yang tidak merujuk kepada dasar dan kaedah, penyakit berkawan itu adalah terpedaya dan perkara remehtemeh, penyakit meninggalkan rukhsakh dan takwilan itu belas kasihan kepada nafsu, penyakit menepati waktu itu luas pandangan pada melakukan fadhilatfadhilat, penyakit mentohmahkan nafsu itu jinak hati dengan elok keadaan ) keadaannya dan tetapnya, sungguhnya kata Allah taala ( dan kata Karim bin Karim bin Karim selawat dan salam Allah keatasnya ( ). 4-Dasar-dasar apa yang diubati dengannya akan penyakit-penyakit nafsu itu lima perkara : meringankan perut dengan sedikit makanan. pelarian kepada Allah pada selamat daripada aral yang merintang disisi rintangannya. lari dari tempat-tempat yang ditakuti berlaku perkara yang tidak disukai. berpanjangan istighfar bersama selawat keatas rasulullah sawm pada masa berkhalwat atau berhimpun. bersahabat dengan orang yang menunjuk kepada Allah atau kepada perintah Allah. 2 Sungguhnya imam Abu Hasan Syazili r.a berkata : Jangan kami pindahkan dua tapak kaki kamu melainkan ketempat yang kamu harapkan pahala Allah dan jangan kamu duduk melainkan ditempat yang kamu aman ghalibnya dari maksiat Allah dan jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang kamu dapat bantuan dengannya diatas mentaati Allah dan jangan kamu pilih untuk diri kamu melainkan orang yang kamu bertambah dengannya dengan yakin, yang mana sedikit sangatlah mereka itu. Katanya juga, radhiallahu anhu : Siapa menunjukkan kamu kepada dunia maka sungguh dia memperdaya kamu dan siapa menunjukkan kamu kepada amalan maka sungguh dia meletihkan kamu
2

Hendaklah setiap orang yang menjalani jalan Allah azza wa jalla mengetahui bahawa bersahabat dengan syeikh yang sempurna dan bersetia dengannya adalah syarat asas pada sampai kepada Allah taala. Moga Allah merahmati orang yang berkata : jangan kamu menjalani satu jalan yang kamu tidak arifkannya tanpa pembimbing maka kamu tejerumus pada lubuk-lubuk kebinasaannya.

dan siapa menunjukkan kamu kepada Allah maka sungguh dia menasihati kamu.

Katanya juga radhiallahu anhu : jadikan taqwa itu tanah air kamu kemudian tidak memudharatkan kamu kuatnya kegembiraan nafsu, selama mana kamu tidak meredhai aib atau terus menerus diatas dosa atau hilang dari kamu rasa takut kepada yang ghaib. Aku katakan : tiga ini adalah asal bala-bala dan cacat-cacat cela dan penyakitpenyakit. 5-Demikian itu wajib kerana lima perkara : Memilih jahil diatas ilmu dan terpedaya dengan setiap yang pelik dan cuai pada urusan-urusan dan berasa mulia dengan tarikat dan meminta segera pembukaan tanpa syarat-syaratnya. 6-Demikian itu juga wajib kerana lima perkara : Memilih bidah diatas sunnah dan mengikut ahli batil tidak ahli hak dan mengamalkan hawa nafsu pada setiap yang kecil atau besar dan mencari yang palsu bukan yang hakiki dan menzahirkan dakwa-dakwaan bukan kebenaran. 7-Timbul dari demikian itu lima perkara : was-was pada ibadat dan hanyut bersama dengan adat resam dan mendengar dan berhimpun pada kebanyakkan waktu-waktu dan menarik muka makhluk kepadanya sekira-kira terboleh dan sentiasa bersama dengan ahli-ahli dunia hinggakan perempuan dan kanak-kanak kerana terpedaya dengan urusan-urusan hidup mereka dan menyebutkan hukum-hukum mereka. Maka daripada uruf yang kukuh adalah : bahawa sebab-sebab itu rukhsakh bagi orang-orang yang lemah, dan tetap padanya adalah dengan kadar hajat, tidak lebih. dan bahawa adat-adat itu ubat dan pendirian hak hikmah, maka tidak hanyut bersamanya melainkan orang yang jauh dari Allah azza wa jalla. dan bahawa mendengar itu rukhsakh bagi orang yang lemah atau sempurna, dan ianya menurun pada hamparan-hamparan al Haq apabila ia dengan syaratnya dan dari ahlinya pada tempatnya dan adab-adabnya. dan bahawa was-was itu bidah yang asalnya jahil dengan sunnah atau dungu pada akal.

dan bahawa suka mengadap makhluk itu berpaling dari al Haq, apatah pula pembaca Quran yang berlagu-lagu atau samseng yang lalai atau ahli sufi yang jahil. dan bahawa bersahabat dengan orang yang mentah itu zalim dan aib pada dunia dan ugama, dan pada menerima layanan baik mereka lebih besar lagi. Kata syeikh Abu Madyan radhiallahu anhu : mentah itu orang yang tidak menyetujui engkau diatas jalan engkau sekalipun dia berumur tujuh puluh tahun. Aku katakan : dia adalah orang yang tidak tetap diatas satu keadaan dan menerima setiap apa yang dicampakkan kepadanya lalu dia menelannya. Banyak sangat kami dapati keadaan ini pada ahliahli tarikat yang berkeliling dan mencari majlis-majlis tarikat. Maka awaslah dari mereka dengan sehabis daya kamu.

8-Setiap orang yang mendakwa ada satu hal bersama dengan Allah kemudian zahir padanya satu dariapda lima perkara maka dia pendusta atau orang yang ditanggalkan dari rahmat: bebas anggota-anggotanya pada maksiat kepada Allah dan berpura-pura mentaati Allah dan tamak pada makhluk Allah dan memusuhi ahli Allah dan tidak menghormati orang Islam diatas wajah yang Allah perintahkan. Sedikit bahawa dia ditamatkan diatas Islam. 9-Syarat-syarat syeikh yang seorang murid boleh mencampakkan diri kepadanya ada lima : ilmu yang sahih dan zauqi yang jelas dan himmah yang tinggi dan hal yang diredhai dan pandangan mata hati yang telus. 10-Orang yang padanya ada lima perkara tidak sah menjadi syeikh: Jahil dengan ugama dan menjatuhkan kehormatan orang Islam dan masuk pada apa yang tidak berfaedah dan mengikut hawa pada setiap suatu dan buruk akhlak tanpa ada rasa peduli. 11-Adab-adab murid bersama syeikh dan saudara-saudaranya lima: mengikut perintah sekalipun nampak bagi dia perintah itu menyalahi dan menjauhi tegahan sekalipun ada padanya riasah i.e semangat menjadi ketua dan memelihara kehormatannya ketika ghaibnya dan hadhirnya, hidupnya atau matinya dan mendirikan hak-haknya sekira-kira terboleh tanpa cuai

dan meminggirkan akalnya, ilmunya dan riasahnya melainkan apa yang sama dengan demikian itu dari syeikhnya

Dia membuat bantuan diatas demikian itu dengan insaf dan nasihat iaitu bermuamalah dengan saudara-saudaranya jika tidak ada syeikh yang mursyid. Jika ada syeikh yang kurang dari lima syarat-syarat itu dia pegang apa yang sempurna padanya dan diperamalkan syeikh itu sebagai saudara-saudaranya pada bakinya. Walhamdulillahi rabbil alamin.