Anda di halaman 1dari 37

PENGURUSAN PROGRAM PEMULIHAN :

Kelas khas

Inklusif

Jenis kelas

Kelas biasa

Kelas bercantum

Kelas khas pemulihan /withdrawal

Definasi kanak-kanak khas ini sebagai :

(..anak-anak yang menyimpang anak-anak biasa dari)


1.ciri-ciri mentalnya , 2.kebolehan deria , 3.ciri-ciri fizikal dan kekuatan urat saraf , 4.tingkahlaku sosial dan emosi , 5.keupayaan berkomunikasi , 6.kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan Pendidikan Khas , bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya .

Setiap orang pelajar diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka ; Menguasai kemahiran berkomunikasi . Menguasai kemahiran bergaul . Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling . Menjaga kesihatan dan keselamatan diri . Menguruskan hal-hal kehidupan seharian . Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif . Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi . Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor

PROSES PENEMPATAN PELAJAR KE KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.

Kriteria kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar ke program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ialah setelah menedapat pengesahan daripada doktor atau pakar perubatan . Terdapat juga proses penempatan pelajar-pelajar khas yang berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan, melalui Jabatan Pendidikan Negeri . Selain daripada itu juga, kehendak ibu bapa yang tinggi untuk menempatkan anak-anak mereka ke Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran juga memainkan peranan dalam proses penempatan pelajar berkenaan . Guru kelas dapat menilai keupayaan pelajar dari masa ke semasa dan mengetahui latar belakang serta tahap kebolehan pelajar-pelajar mereka . Dengan itu guru-guru ini mengesyorkan agar pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di kelas khas .

KURIKULUM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ini telah dirancang untuk membolehkan pelajar-pelajar mencapai kemahiran berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan . Kurikulum tersebut mengandungi bidang-bidang berikut : Bidang Komunikasi . Bidang Sosial dan Alam sekitar . Bidang Kemahiran Amali Untuk berdikari . Bidang Rekreasi dan Daya Kreatif . Bidang Nilai dan Kerohanian .

KONSEP
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

MATLAMAT
Program pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas 3M yang belum dikuasai dalam masa yang ditetapkan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditentukan murid boleh: Menguasai kemahiran asas 3M. Meneruskan pembelajaraan di dalam kelas biasa Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

STRATEGI
Murid-murid pemulihan belajar di kelas pemulihan mengikut jadual waktu yang ditetapkan.Selesai sesi pembelajaran murid akan belajar di dalam kelas masing-masing. Murid yang telah mencapai wajaran yang ditentukan oleh guru pemulihan akan dikembalikan dan mengikuti pemulihan KBSR/LINUS di dalam kelas.

MOTO SINAR NURIN SINAR = Pancaran Cahaya N = Nekad U = Untuk Berjaya R = Rajin Berusaha I = Impian Tercapai N = Nikmati Kejayaan VISI SINAR NURIN Kurangkan Buta Huruf, Tingkatkan Celik Huruf MISI SINAR NURIN Membimbing murid menguasai asas 3M serta membentuk keyakinan diri dan sahsiah murid.

PELAN KAMAR SINAR NURIN


JANUARI Mengemas kini fail dan rekod prestasi murid. Pencalonan murid Penyediaan jadual waktu. perjumpaan ibu bapa
FEBRUARI P&P berjalan seperti biasa. Ujian bulan Februari. keceriaan kelas

MAC Membuat bahan BBM. Ujian Linus Saringan 4

APRIL P & P berjalan seperti biasa. Ujian bulan April.

MEI Peperiksaan Pertengahan tahun

JUN Ujian IPP2M & Ujian IMA Mode 2 Perjumpaaan dengan ibu bapa(menandatagani buku rekod prestasi)

JULAI Ujian Linus Saringan 2 dan 5 Pengambilan murid linus tegar Mengemas kini sistem fail.

OGOS Mengemas kini dan menceriakan bilik Pemulihan Khas Ujian bulan Ogos. Bulan Patriotik Program Bacaan lancar OKTOBER Ujian IPP2m & Ujian IMA Mode 2 Ujian Linus Saringan 3 dan 6 Peperiksaan Akhir Tahun

SEPTEMBER Karnival Pemulihan Khas P&P berjalan seperti biasa.

NOVEMBER Mengemas kini fail dan rekod prestasi murid. Hari Anugerah kecemerlangan.

Program ini dijalankan melalui : PROGRAM PERCANTUMAN : pelajar pendidikan khas akan belajar di dalam persekitaran kanak-kanak normal, tetapi pelajar hanya belajar di dalam kelas khas sahaja. Mereka berkongsi menggunakan segala kemudahan sekolah.

Kelas Inklusif

Program inklusif sepenuhnya

Program separa inklusif (Intergrasi)

Program reverse inklusif

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. (Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996)

Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. (matlamat utama) Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Agar pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. (Mohd Siraj Awang. 1996)

Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman atau Integrated digunakan. Negara Malaysia telah mengamalkan program inklusif sejak 1962 lagi (Norani, 1980)

Setiap pelajar mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza, oleh itu pengsealiran sukar untuk mencapai kejayaannya. Deno (1970), telah menghasilkan sebuah model tahap perkhidmatan pendidikan khas yang berupaya menampung tujuh pilihan yang berupa satu "Cascade" untuk menempatkan pelajar-pelajar seperti yang dicadangkan.

Arahan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Merujuk kepada surat KP(BS-PK)8501/PPP-KBP/Jld. JLD.IV/(4) bertarikh 3 Disember 1991 kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri, Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran yang sudah berumur14 tahun dan tamat di Sekolah Rendah Program KanakKanak Bermasalah Pembelajaran boleh meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah dan mata pelajaran pra vokasional hendaklah dititikberatkan semasa kanak-kanak berada di peringkat sekolah menengah rendah. Untuk itu, kelas program Pendidikan Inklusif perlu diwujudkan di kawasan di mana terdapat permintaan pelajar-pelajar Kelas Bermasalah Pembelajaran (KKBP)

Pelajar-pelajar yang telah tamat dari program kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di sekolah rendah akan dimasukkan ke dalam kelas khas di sekolah menengah. Mereka akan belajar bersama-sama pelajarpelajar lain yang normal dan mengikuti kurikulum yang bersesuaian dengan kemampuan individu.

Di Melaka Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah akan dibuka pada 3hb. Januari 1997 di Sek. Men. Seri Kota. Seramai 11 orang murid akan mendaftar dengan bilangan seorang guru berijazah (Mohd Mokhtar B. Hj. Tahar) dalam bidang pendidikan khas KKBP. Sebuah bilik darjah telah diperuntukkan untuk dijadikan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran. Pengambilan peringkat pertama ini terdiri daripada murid Program Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran Sek. Keb. Ujung Pasir (6 orang) dan Sek. Keb. Kubu (5 Orang) yang berumur 15 tahun ke atas pada 2Hb. Januari 1997.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mereka hanya sekadar kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa di dalam kelas biasa. Oleh itu, satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan mengambilkira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

Dengan ini diharapkan pendidikan inklusifkan akan dapat:


Pengongsian kemudahan serta alat-alat dengan sepenuhnya. Peluang berinteraksi yang lebih positif antara pelajarpelajar berkepeluan khas dengan pelajar-pelajar normal. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil Pengagihan sumber yang lebih meluas. Pengurangan masalah tempat bagi pelajar-pelajar yang berkepeluan khas. Pemberian peluang untuk pelajar-pelajar berkepeluan khas menyesuaikan diri di dalam masyarakat Pengalak kewujudan masyarakat penyayang yang dihasratkan di dalam wawasan.

Pendidikan spara inklusif menumpukan perhatian ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Dengan ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktivitiaktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.

Akan dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspekaspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

Dalam program ini, ia berbeza dengan program inklusif sepenuh dan separa. Hal ini adalah kerana program reverse inklusif ini meletakkan pelajar yang normal bersama dengan masalah yang bermasalah. Hal ini adalah kerana ibu bapa anak tersebut ingin menghantar mereka ke sekolah khas untuk belajar. Biasanya program reverse inklusif ini berlaku di luar negara.

Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role model ). Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama, mereka dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama. Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usahausaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakanrakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

Pada peringkat permulaan Pendidikan Inklusif dijalankan secara Partikal Integration sahaja. Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sebagai guru integrasi. Program Pendidikan Inklusif ini dijalankan secara Partikal Inclusion.

Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal yang akan terlibat dengan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan mengikuti Program Pendidikan Inklusif. Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanakkanak normal. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam bilik darjah biasa. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal. Menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan. Penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Kelas ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid yang berpotensi untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid akan di inklusifkan secara sepenuh masa atau separa masa. Murid akan diinklusifkan di dalam kelas yang dirasakan sesuai dengan kebolehan mereka.

Sebagai contohnya Murid A, yang berusia 12 tahun tetapi mempunyai kebolehan akademiknya searas tahun 5. Maka Murid A tadi akan diinklusifkan di kelas Tahun 5 dan akan mengambil peperiksaan UPSR apabila usianya 13 tahun. Murid-murid pendidikan khas sekolah rendah yang berkemampuan belajar hendaklah diberikan peluang untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walau bagaimanapun had umur untuk menduduki peperiksaan berkenaan adalah sehingga 14 tahun sahaja.

Murid PPKI/BP yang di inklusifkan akan berada di kelas aliran perdana dan mengikuti jadual pembelajaran mereka. Walau bagaimana pun murid akan sentiasa diambil perhatian oleh guru Inklusif yang telah dilantik. Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia pelaksanaan program inklusif di sekolah. Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran dan salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa 7 hari selepas keputusan rasmi UPSR diumumkan.

Sebelum :

Jawatankuasa Program Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian oleh guru kelas khas, Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di aliran perdana yang terlibat, Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga, Berbincang dengan murid berkenaan, Menyediakan Fail Program Inklusif bagi setiap murid yang diinklusifkan, Menyediakan jadual waktu kelas yang disesuaikan dengan kelas inklusif.

Semasa : Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai Guru Pendamping kepada murid, Membuat pemerhatian dari masa ke semasa, Guru Pendamping mendapatkan maklum balas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.

Selepas : Guru Pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid, Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid, Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau penjaga.

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guruguru dalam Jawatankuasa Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini mengandungi dokumendokumen seperti : Jawatankuasa Program Inklusif, Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif, Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat, Biodata murid yang diinklusifkan, Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif, Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif, Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif, Rekod prestasi murid, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.