Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Bahagian Hal Ehwal Murid (HEM) PPKI diwujudkan khusus untuk membangunkan sahsiah murid dari aspek akhlak mahupun disiplin. Ini penting kerana dengan kepelbagaian kategori murid yang terdiri daripada autisme, sindrom down, hiperaktif, ADHD, slow learner dan lain-lain, murid perlu dilatih mengurus emosi dan membina tingkah laku positif supaya dapat menyesuaikan diri dengan rakan sebaya dan menjalani kehidupan yang lebih sempurna serta diterima oleh masyarakat. Pengurusan HEM bukan sahaja menekankan kepada pembangunan diri murid sahaja tetapi turut menjaga kebajikan, kesihatan, keselamatan dan pembangunan fizikal sekolah agar murid dapat berada pada tahap yang baik dan berkualiti sehingga mampu membentuk perkembangan mental, kestabilan emosi dan integrasi sosial. Atas dasar inilah beberapa jawatankuasa lain yang turut memainkan peranan dan menjadi tonggak di bawah naungan HEM termasuklah: a. Kesihatan dan Keselamatan b. Data / Jadual Waktu / Relief c. Jadual Kedatangan Murid d. Kebajikan e. 3K f. Pengurusan Papan Kenyataan dan g. Stok / Inventori / Fizikal / Pembangunan

Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab jawatankuasa ini amat penting bagi memastikan program yang diatur dan dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2.0 OBJEKTIF

Meningkatkan tahap disiplin diri yang optimum dalam kalangan murid PPKI. Membantu dalam perkembangan diri murid supaya dapat berfungsi sebagai insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Melahirkan individu yang menjiwai dan menghayati nilai-nilai murni dan bertatasusila. Membantu menyuburkan emosi dan potensi murid. Memastikan keperluan dan kemudahan yang paling minima ada pada diri murid. Menetapkan kehadiran murid pada setiap hari tidak kurang daripada 80%. Memupuk semangat berdikari, bekerjasama dan setiakawan. Memberi dorongan motivasi.

3.0 ENROLMEN MURID PPKI 2013

Pada tahun ini enrolmen murid PPKI adalah seramai 77 orang dengan bilangan murid lelaki seramai 53 orang manakala murid perempuan seramai 24 orang. Pecahan mengikut kaum dan kelas pula telah diperincikan berdasarkan jadual analisis enrolmen yang dilampirkan. Pada tahun ini bilangan murid meningkat antara 8 hingga 10 orang bagi setiap kelas. Justeru, pertambahan ini menyebabkan kepadatan ruang bilik darjah untuk menampung bilangan murid bagi sesebuah kelas. Penempatan murid dalam sesebuah kelas pula adalah berdasarkan tahap pencapaian mereka melalui ujian diagnostik yang dijalankan semasa awal tahun. Hasilnya seramai 23 orang murid yang dikategorikan lemah telah ditempatkan di dalam Kelas Jasa, Tekun dan Usaha untuk mengikuti mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dan Pengurusan Diri di bawah bimbingan 3 orang guru iaitu Pn. Jurainy bt Hussain, Pn Nur Rashidah bt Esa dan Pn Sofia Hirwana bt Ambo Mase. Manakala murid lain yang dikategorikan sebagai sederhana dan baik pula mengikuti pelajaran Kemahiran Hidup. Berdasarkan analisis enrolmen murid tahun 2013, murid yang dikategorikan lemah kian meningkat dari setahun ke setahun. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelbagai kategori seperti autisme, sindrom down dan mental retardation. Tidak kurang pula yang masih tidak boleh mengurus diri sendiri seperti makan dan minum, pengurusan ke tandas dan memakai pakaian dengan sempurna. Bilangan murid inklusif yang ditempatkan di kelas aliran perdana pada tahun ini adalah seramai 5 orang iaitu 3 orang di Tingkatan 1 manakala 2 orang di Tingkatan 5. Pada tahun ini buat pertama kali murid inklusif Tingkatan 1 menduduki Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

Manakala murid PMR (Penilaian Menengah Rendah) adalah kumpulan terakhir yang akan menduduki peperiksaan ini. Seramai 10 orang murid akan menamatkan persekolahan pada tahun ini iaitu 8 daripadanya telah menjangkau umur 19 tahun manakala 2 orang lagi telah tamat tingkatan 5.

ENROLMEN MURID PPKI 2013


KELAS MELAYU L GEMILANG MAJU JAYA CEKAP BAKTI JASA DEDIKASI TEKUN USAHA INKLUSIF JUMLAH KESELURUHAN 9 3 5 5 7 3 6 5 43 P 1 2 4 7 1 1 3 19 L 1 2 3 CINA P INDIA L 1 1 3 1 1 7 P 2 2 1 5 NASRANI L P LAIN-LAIN L P JUMLAH L 9 5 5 6 7 8 7 5 1 53 P 1 2 4 2 7 1 3 4 24 JUMLAH BESAR 10 7 9 8 7 7 8 8 8 5 77

4.0 AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2013

1. Pendaftaran dan Orientasi Murid Baru PPKI Seramai 16 orang murid baru PPKI telah mendaftarkan diri pada hari pertama sesi persekolahan sesi 2013 iaitu pada 2 Januari 2013. Murid-murid ini telah dikumpulkan di bilik APD (Alat Pandang Dengar) untuk diberi ujian diagnostik di bawah seliaan Cik Noridah bt Osman. Tujuan ujian ini dijalankan untuk menilai tahap pencapaian murid bagi menempatkan mereka di kelas. Ibu bapa murid baru pula telah diberi taklimat berkaitan disiplin, kurikulum dan kokurikulum PPKI SMK Seksyen 19, Shah Alam.

2. Sambutan Hari Guru Sambutan akan diadakan seiring dengan tarikh sambutan peringkat sekolah pada setiap tahun yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada guru selain member peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.

3. Sambutan Hari Jadi Murid Sambutan hari jadi diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun sebagai memperingati dan menghargai hari lahir murid-murid PPKI. Kebiasaannya, sambutan kali pertama diadakan bagi murid yang lahir pada bulan Januari hingga Jun manakala sambutan kali kedua diraikan untuk murid yang lahir pada bulan Julai hingga Disember. Majlis hari jadi ini biasanya diadakan di kelas pendidikan khas dan juga di luar sekolah.

4. Latihan Kebakaran Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun iaitu pada penggal pertama dan penggal kedua persekolahan. Pihak sekolah biasanya memanggil Jabatan Bomba untuk memberi ceramah keselamatan, teknik memadam api dengan betul, pameran dan demonstrasi menggunakan peralatan bomba.

5. Sambutan Bulan Kemerdekaan Setiap tahun pihak sekolah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan bermula pada 1 Ogos hingga 16 September. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang bulan ini seperti perasmian dan penutup Bulan Kemerdekaan serta pengibaran Jalur Gemilang. Selain itu, acara-acara lain turut diadakan seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan melukis dan mewarna, deklamasi sajak dan pertandaingan reka cipta kad ucapan.

6. Program Imunisasi Murid Tingkatan 1 dan 3 Program Imunisasi HPV Murid Tingkatan 1 diberikan kepada murid perempuan sahaja dan Suntikan Pelalian Tetanus untuk murid Tingkatan 3 pada penggal pertama persekolahan. Kedua-dua imunisasi ini diberi oleh Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam.

7. Rawatan Pergigian Rawatan pergigian turut diberikan kepada murid PPKI pada setiap tahun oleh Klinik Kesihatan Seksyen 19. Semua murid akan menjalani pemeriksaan di bilik rawatan dengan dibantu oleh guru kesihatan dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

8. Pertandingan Kebersihan Kelas Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan kelas dinilai oleh guru bertugas mingguan dan kelas terbaik akan diberi hadiah.

9. Program Motivasi Program ini dijalankan dalam kalangan murid-murid PPKI dalam slot perhimpunan PPKI. Biasanya murid-murid diberi taklimat disiplin berbentuk motivasi dan ilmiah bagi mengurangkan kadar salah laku disiplin.

5.0 BIDANG TUGAS

Bidang tugas pengurusan HEM PPKI meliputi perkara berikut: 1. Memastikan murid datang awal ke sekolah

6.0