Anda di halaman 1dari 11

KOKURIKULUM PERMAINAN

ISP 2101

STRATEGI PERTAHANAN Satu lagi kemahiran yang mesti ada pada setiap pemain bola keranjang dalam sesuatu pasukan selain daripada keupayaan mereka dalam membuat hantaran dan juga jaringan ialah kemahiran semasa berada di belakang dan membuat pertahanan gelanggang pasukan untuk mengelakkan serangan semasa bola berada pada pemain pasukan lawan. Aspek paling penting dalam strategi pertahanan adalah kedudukan pertahanan bagi setiap pemain dalam gelanggang. Kebiasaannya kedudukan pertahanan pemain ialah berada sama ada di belakang pihak lawan ketika mereka menyerang ke arah kawasan pemain tersebut. Ini bermaksud apabila pemain A misalnya berhadapan dengan pemain B yang sedang memegang bola, maka pemain A perlu berada dalam posisi yang boleh membuatkan pemain B sukar untuk bergerak serta dapat menghalang mereka daripada menghantar bola mahupun melakukan jaringan.

Perhatikan cara pemain berada dalam posisi pertahanan. Didapati bahawa pemain itu membengkokkan lututnya serta memantapkan pijakan kaki pemain pada ibu jari kaki bagi memudahkan proses peralihan gerakan sama ada ke kiri dan kanan atau depan belakang. Pemain itu juga dilihat berdiri dengan sebelah tangan diangkat tinggi ke atas dan sebelah lagi berada di bawah paras kepala. Ini bertujuan untuk menghalang percubaan pihak lawan untuk melakukan hantaran pada paras dada atau juga pada hantaran lantunan.

ISP 2101

24

KOKURIKULUM PERMAINAN

ISP 2101

MENGHALANG PENERIMAAN HANTARAN Dalam sesuatu perlawanan, pemain perlu mengenalpasti dan meramalkan tentang pergerakan pihak lawan di mana mereka berkemungkinan akan menerima bola dari rakannya. Untuk itu pemain perlu berada di sisi pihak lawan supaya mereka dapat mengunjurkan atau mendepakan tangan mereka bagi menghalang pihak lawan daripada menghantar bola kepada rakan mereka. Selain itu, pemain juga perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk mengelakkan pihak lawan bergerak menjauhi pemain dan sentiasa bersedia untuk bergerak ke posisi yang seterusnya supaya dapat mendekati pihak lawan tanpa menghalang pemandangan mereka.

MENGHALANG PEMAIN YANG MENGGELECEK Terdapat 2 langkah yang boleh dilakukan bagi menghalang pihak lawan yang menggelecek ke arah pemain. Berikut merupakan langkah-langkah

menghalang pemain yang menggelecek; Langkah 1 Pemain perlu memastikan mereka berada di antara bola dan lokasi bakul jaringan serta bersedia dalam kedudukan pertahanan. Pemain perlu bergerak seiring dengan pergerakan pihak lawan ketika mereka sedang menggelecek bola. Dilarang berada terlalu hampir dengan pihak lawan kerana mereka
ISP 2101 25

KOKURIKULUM PERMAINAN

ISP 2101

mudah untuk mengatasi pemain hanya dengan peralihan gerakan yang sedikit sahaja. Untuk itu, pemain itu hanya berada pada posisi bagi menghalang pihak lawan supaya pergerakannya menjauhi bakul jaringan.

Langkah 2 Pemain perlu membengkokkan lutut mereka serta mengekalkan pijakan kaki rapat ke lantai gelanggang. Dengan mengubah kedudukan kaki ianya akan memudahkan pemain bertindak balas dengan lebih pantas terhadap gelecekan bola tersebut. Ini dapat menghalang pihak lawan daripada menggelecek ke arah bakul jaringan.

ISP 2101

26

KOKURIKULUM PERMAINAN

ISP 2101

MENGHALANG PEMAIN YANG MENGHANTAR/MENJARING BOLA Bagi menghalang pihak lawan daripada menghantar bola kepada rakan atau membuat jaringan ke arah bakul jaringan, pastikan kedudukan pemain mampu menghalang serta membuatkan pihak lawan sukar untuk melakukan hantaran atau membuat jaringan. Berikut merupakan langkah-langkah menghalang pemain yang melakukan hantaran/jaringan; Langkah 1 Pemain berada dalam keadaan sedia ketika berada dalam posisi pertahanan. Tetapkan beban badan pada ibu jari, agar pergerakan tindak balas pemain lebih cepat serta pantas.

ISP 2101

27

KOKURIKULUM PERMAINAN

ISP 2101

Langkah 2 Pemain menggunakan lengan dan tangan mereka. Ini bertujuan untuk menghalang sebarang percubaan ketika pihak lawan cuba melakukan hantaran mahupun jaringan.

Tips! Fokuskan pada bahagian dada pihak lawan daripada bola. Ini bertujuan bagi mengelakkan anda berasa keliru dan kemungkinan pihak lawan membuat serangan atau hantaran palsu. Anda perlu peka dengan pergerakan pemain hantaran dengan penerimanya. Kenalpasti dan lakukan halangan sekiranya perlu, sepanjang perlawanan bola keranjang.

ISP 2101

28

KOKURIKULUM PERMAINAN

ISP 2101

GELANGGANG: PERTAHANAN Dalam gelanggang perlawanan, strategi seorang kawal seorang merupakan strategi yang sering dipraktikkan semasa mengawal atau bertahan. Seorang kawal seorang (one-to-one defense) Juga dikenali sebagai man-to-man defense, sistem ini merupakan salah satu teknik yang biasa digunakan ketika perlawanan. Setiap pemain akan ditugaskan mengawal seorang pemain lawan tidak kira ke mana sahaja pemain yang dikawal itu bergerak. Semasa mengawal pihak lawan, pemain perlu memastikan bahawa pihak lawan yang dikawal itu tidak mampu bergerak atau menuju menghampiri kawannya yang menguasai atau membawa bola. Selain itu, pemain juga perlu memastikan bahawa pihak lawan yang dikawalnya tidak mempunyai peluang dalam membuat hantaran kepada rakan ataupun melakukan jaringan. Berikut merupakan contoh manto-man defense.

ISP 2101

29

KOKURIKULUM PERMAINAN

ISP 2101

Pengawal bertukar tempat Terdapat juga beberapa perkara yang perlu ditekankan mengenai sistem seorang kawal seorang ini. Kadangkala semasa permainan penyesuaian atau perancangan perlu dibuat kepada sistem seorang kawal seorang. Contohnya, pemain yang dikawal oleh kawan anda dengan tiba-tiba bergerak dan menghampiri anda. Tugas mengawalnya diambil oleh oleh sebelum ini. Pertukaran ini seharusnya berlaku dengan licin dan penuh persefahaman antara pemain-pemain yang bertahan. Mengawal sedar tekanan (press) Sistem seorang kawal seorang juga diamalkan apabila sesuatu pasukan itu melancarkan tekanan seluruh gelanggang (all-court press) untuk mengejut dan menekan lawannya. Setiap pemain yang bertahan akan mengawal lawannya dengan ketat tidak kira di mana lawannya berada. Tujuannya adalah untuk merebut bola dengan mengganggu pihak yang memiliki bola. Serangan yang tiba-tiba serta pantas dan juga tahap tekanan yang sukar ini menjadikan permainan menjadi lebih rancak. Biasanya pasukan yang ketinggalan beberapa mata akan melancarkan tekanan diperingkat akhir permainan dengan harapan dapat mengatasi skor lawannya. SISTEM PERTAHANAN ZON Dalam sistem ini setiap pemain yang ditugaskan menjaga suatu bahagian kawasan yang tertentu. Ini bereti seseorang pemain itu akan mengawal pemain lawan yang bergerak di kawasan tersebut. Susunan pemain untuk pertahanan zon boleh diatur seperti yang biasa dilakukan ketika perlawanan; Zon pertahanan 2 : 3 Zon pertahanan 2 : 1 : 2 Zon pertahanan 3 : 2 Zon pertahanan 2 : 3 Sistem 2-3 zon pertahanan merupakan salah satu strategi yang paling biasa digunakan ketika perlawanan. Ia adalah dirujuk sebagai 2:3 kerana posisi di gelanggang, yang terdiri daripada dua pemain di depan pertahanan (dan lebih
ISP 2101 30

KOKURIKULUM PERMAINAN

ISP 2101

dekat kepada gelanggang) dan tiga pemain di belakang yang menjaga bahagian bakul jaringan. Sistem 2 : 3 digunakan sebagai alternatif kepada man to man atau seorang kawal seorang pertahanan.

Zon pertahanan 2:3 ( sumber dipetik dari wikipedia.com)

Zon pertahanan 2 : 1 : 2 Sistem 2:1:2 merupakan satu kedudukan di mana terdapat dua orang pemain yang berada di depan pertahanan, seorang akan berada bahagian tengah di antara garisan menjaring manakala dua orang pemain akan berada pada kawasan bakul jaringan sebagai penjaga kawasan tersebut.

ISP 2101

31

KOKURIKULUM PERMAINAN

ISP 2101

Zon pertahanan 2:1:2 ( sumber dipetik dari hoopstactic.com)

Zon pertahanan 3 : 2 Sistem pertahanan 3:2 merupakan satu strategi di mana kedudukan atau posisi setiap pemain adalah tiga berada di garisan depan manakala dua lagi pemain akan bertanggunjawab menjaga kawasan bakul jaringan.

Zon pertahanan 3:2 ( sumber dipetik dari hoopstactic.com)

ISP 2101

32

KOKURIKULUM PERMAINAN

ISP 2101

STRATEGI SERANGAN Dalam sesuatu perlawanan, setiap strategi dan taktik yang digunakan oleh pemain tidak bertumpu kepada pertahanan semata-mata, malah penting juga bagi pemain untuk memulakan serangan bagi mendapatkan bola serta

berusaha untuk menguasai perlawanan. Pasukan penyerang bergantung kepada perkara asas dalam permainan, iaitu pergerakan membawa bola mahupun pergerakan tanpa membawa bola. Untuk itu penting bagi memilih pemain yang mempunyai kebolehan dalam membuat perancangan, pantas dalam membuat keputusan serta mampu meramal pergerakan pihak lawan. Sesetengah jenis serangan digunakan ketika berhadapan dengan zon pertahanan. Salah satu kaedah yang digunakan ialah ketika penyerang menggunakan peluang memasuki zon di mana terdapat kekosongan pihak lawan di antara mereka. Ini memberikan ruang kepada penyerang untuk memasuki zon pertahanan pihak lawan dengan pantas , iaitu di antara dua pemain yang menjaga kawasan mereka tanpa disedari oleh mereka mahupun tidak sempat mereka meghalang pihak penyerang Selain itu, pihak penyerang juga menggunakan strategi draw and kick . Di sini mereka perlu berhadapan dengan pemain pertahanan yang menjaga kawasan tersebut. Penting untuk pemain penyerang memastikan setiap kedudukan rakan mereka supaya memudahkan proses menghantar bola dan seterusnya dapat melepasi halangan pihak lawan dan membuat jaringan. Contoh strategi draw and kick ialah seperti berikut;

ISP 2101

33

KOKURIKULUM PERMAINAN

ISP 2101

Perhatikan kedudukan setiap pemain di mana mereka menggunakan strategi seorang kawal seorang (man to man). Pemain A, B dan C merupakan pemain penyerang manakala yang mengawal pemain tersebut ialah pemain pertahanan. Pemain A dilihat membawa bola dan peka dengan rakannya iaitu pemain B. Sekiranya pemain A tidak mempunyai peluang melepaskan diri dari pihak lawan, maka dia akan menghantar bola kepada pemain B. Pastikan bola itu tidak dirampas oleh pihak lawan. Kemudian pemain B akan menghantar bola kepada pemain C jika dia melihat pemain C sudah bersedia untuk mengambil peluang dan mendapatkan bola dari pemain B. Di sinilah pemain C akan membuat jaringan. Sekiranya zon pertahanan agak lemah dari segi koordinasi mereka di kawasan bakul jaringan, peluang untuk menjaring adalah cerah. Justeru itu, penting untuk pemain penyerang meneliti gerak geri pasukan pertahanan di setiap zon kawasan mereka. Komunikasi juga penting dalam menyusun setiap taktik dan strategi sama ada menggunakan bahasa isyarat atau

memanggil nama rakan ketika bermain agar senang untuk menyusun pergerakan serta tidak cuai.

Pemain penyerang berjaya memboloskan diri dari pihak pertahanan

ISP 2101

34