Anda di halaman 1dari 24

Kuliah 2

Pengenalan Kaedah Penyelidikan Eksperimental & Pembolehubah

1. Sejarah Penyelidikan kajian Eksperimen


Kaedah eksperimen mula diperkenalkan dan digunakan secara meluas dalam bidang Sains dan bidang Sains Gunaan Bidang pertanian, penternakan, perubatan, farmasi dan sebagainya. Contoh dalam bidang pertanian;keberkesanan dalam beberapa jenis pembolehubah tidak bersandar (baja, air, cahaya matahari, jenis tanah dll) terhadap beberapa pembolehubah bersandar (tumbesar, kualiti buah, daun dll)

Contoh dalam bidang perubatan; menguji keberkesanan pembolehubah tidak bersandar (jenis prosedur rawatan, ubat-ubatan, tabiat pemakanan dll) terhadap pembolehubah bersandar (tahap penyakit, jangkitan penyakit, daya tahan badan dll) Kaedah ini terus berkembang dalam bidang Sains Sosial terutamanya dalam bidang psikologi dan pendidikan.

Contoh Kajian Eksperimental Dalam Bidang Psikologi


Pembelajaran Sosial - T laku agresif (bobo doll) Kanak2 lelaki dan perempuan dikumpulkan dan menayangkan rakaman tentang t laku agresif. Dipecahkan kepada 3 kumpulan :- Kum 1 Selepas menonton diberi ganjaran - Kum 2 Selepas menonton diberi dendaan - Kum 3 Tiada menerima ganjaran/dendaan Hasil kajian semua kanak2 meniru aksi agresif Kekerapan meniru t laku agresif Kum 1 lebih tinggi berbanding Kum 2 dan Kum 3 Kekerapan meniru t laku agresif Kum 2 lebih rendah berbanding Kum 1 dan Kum 3

Contoh Kajian Ekperimental Dalam Bidang Pendidikan


Kesan Penggunaan Literasi Komputer Terhadap Tahap Kefahaman Huruf dan Abjad Dalam Kalangan Murid PraSekolah. Modul Latihan XXY Terhadap Penguasaan Tajuk Algebra Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2. Kesan Pembelajaran Intensive Reading Terhadap Tahap Prestasi Pelajar Dalam Pelajaran Bacaan

2. Konsep Kajian Eksperimen


Dalam bidang sains sosial/pendidikan/ psikologi, parameter yang diukur adalah manusia aspek psikologikal seperti pencapaian, minat, motivasi, IQ, EQ, dan bukan aspek fizikal manusia. Biasanya skala yang digunakan adalah norminal, ordinal dan sela (interval) Berbanding dalam bidang sains tulin parameter yang diukur adalah aspek fizikal seperti objek, tumbuhan, haiwan termasuk fizikal manusia. Biasa skala yang

Kajian eksperimental dapat menunjukkan sama ada rawatan (perubahan ke atas pembolehubah tidak bersandar yang disengajakan) membawa perubahan ke atas pembolehubah bersandar, dengan memastikan semua keadaan yang lain tetap sama. Menyiasat hubungan sebab dan kesan mendedahkan satu atau lebih kumpulankumpulan rawatan kepada satu atau lebih rawatan; dalam masa yang sama membandingkan keputusan dengan satu atau lebih kumpulan kawalan yang tidak

Konsep kajian eksperimental

3. Pembolehubah Kajian

Pembolehubah Tidak Bersandar Independent Variable(s)


Pembolehubah yang sengaja dimanipulasi, bertujuan untuk melihat perubahan fenomena yang diperhatikan. Pembolehubah yang dijangkakan akan menyebabkan perubahan secara sistematik terhadap pembolehubah bersandar. Merupakan penyebab yang akan mengakibatkan kesan terhadap pembolehubah bersandar dalam hubungan sebab-akibat (couse-effect relation) Contoh; modul pengajaran, alat bantu mengajar, teknik pengajaran dll. Dalam satu penyelidikan mungkin melibatkan satu atau lebih pembolehubah tidak bersandar

Pembolehubah Bersandar Dependent Variable(s)


Fenomena yang diperhatikan dan diukur untuk menentukan kesan sesuatu pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah yang dijangka akan mengalami perubahan secara sistematik kesan daripada pengaruh pembolehubah tidak bersandar. Contoh; skor sesuatu mata pelajaran, prestasi bacaan, kecekapan membaca, stress (tekanan), penghargaan kendiri dll Dalam satu penyelidikan eksperimental mungkin melibatkan satu atau lebih pembolehubah bersandar yang diperhatikan dan diukur.

Pembolehubah Moderator

Faktor lain, selain pembolehubah tidak bersandar yang dipilih dan dengan sengaja dimanipulasi untuk mengetahui sama ada ia mempunyai kesan dan interaksi terhadap pembolehubah bersandar. - Contoh; jantina (lelaki & perempuan), lokasi (bandar & luar bandar), aliran (sains & sastera), SES dll. - Pembolehubah moderator akan menjadi sebahagian daripada objektif dan hipotesis kajian.

Pembolehubah Kawalan
mengimbangkan sebarang kesan terhadap fenomena yang diperhatikan (pembolehubah bersandar). Pembolehubah kawalan tidak termasuk dalam objektif kajian, namun sekiranya tidak dikawal ia akan memberi kesan tidak langsung terhadap fenomena yang diperhatikan. Contoh; tahap umur, pencapaian, latar belakang pendidikan dll. Dalam kajian eksperimental, pembolehubah ini dapat dikawal iaitu disamakan dalam kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan.

- Faktor yang dikawal untuk menghilangkan dan

Pembolehubah Ekstranus
Faktor yang secara teorinya dapat memberikan kesan kepada fenomena yang diperhatikan tetapi tidak dapat di kesan, dilihat, diukur dan dimanipulasikan. Pembolehubah ini tidak dinyatakan dalam objektif dan hipotesis, namun pembolehubah ini memberi kesan terhadap pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Contoh; kematangan, perasaan, pengalaman lepas, suhu bilik, faktor biologi (lapar, dahaga dll) dll Biasanya dalam kajian eksperimental, kesan pembolehubah ekstranus ini dapat di kecilkan dengan melakukan proses kawalan dan mengawal sebaik mungkin pembolehubah kawalan.

4. Isu Utama Dalam Kajian Eksperimen

Isu Kesahan Rawatan adakah perubahan yang berlaku terhadap pembolehubah bersandar benar2 disebabkan oleh manipulasi yang dilakukan kepada pembolehubah tidak bersandar atau disebabkan oleh wujudnya faktorfaktor lain?

Meningkatkan Kesahan Eksperimen

Melakukan kawalan terhadap sebarang faktor luar selain daripada pembolehubah tidak bersandar daripada mempengaruhi pembolehubah bersandar. Pengkaji perlu mengawal faktor-faktor luaran agar tidak mempengaruhi eksperimen yang dijalankan. Contoh; penggunaan alat bantu mengajar (pembolehubah tidak bersandar terhadap kum rawatan) dalam pengajaran Makanan Seimbang. Jika faktor pengalaman lepas tidak dikawal (kum kawalan mempunyai pengalaman lepas dalam tajuk berkenaan berbanding kum rawatan), kemungkinan skor kum rawatan lebih tinggi berbanding skor kum rawatan walaupun tanpa menggunakan alat bantu mengajar.

5. Proses Kawalan

Kawalan adalah satu kaedah yang perlu bagi menghalang pembolehubah ekstranus daripada mempengaruhi permbolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.

(Mohd Majid, 1990)

Contoh; Kajian untuk melihat kesan suhu bilik darjah ke atas pencapaian pelajar; semua pembolehubah ekstranus jantina, latarbelakang budaya, taraf SES dll perlu dikawal supaya tidak mempengaruhi tahap pencapaian pelajar

Matlamat Proses Kawalan


Mengasingkan pembolehubah tidak bersandar secara individu dan kumpulan. Mempelbagaikan pembolehubah tidak bersndar bagi mengukur kesannya ke atas pembolehubah bersandar. Menunjukkan sebab-musabab atau perkaitan pembolehubah tidak bersandar yang diolah terhadap pembolehubah bersandar Pembolehubah ekstranus tidak mempengaruhi kesan olahan pembolehubah tidak bersandar terhadap pembolehubah bersandar.

Kaedah Membuat Kawalan

Kaedah Kawalan Fizikal Dilakukan sebelum dan semasa eksperimen dijalankan Melibatkan proses pembahagian kumpulan secara rawak dan pemilihan subjek bersifat homogen (homogeneous) Kaedah Statistik Ketika menganalisis data statistik. Menggunakan analisis ko-varian (ANCOVA dan MANCOVA).

A. Kaedah Kawalan Fizikal

i. Pembahagian rawak

Sampel kajian dipilih secara rawak sampel yang dipilih mewakili populasi supaya kesan pembolehubah ekstranus dijangka sama bagi semua kumpulan. - Terdapat keseragaman antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. - Contoh; Kajian mengukur kesan model pembelajaran XXY terhadap motivasi belajar. Kesan penggunaan model tersebut mempunyai kesahan yg tinggi sekiranya kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri homogen dari segi jantina, umur dan taraf SES. * Melakukan kaedah persampelan rawak bertujuan

ii. Pemadanan Rawak

Pemadanan sampel (individu) mengikut pembolehubah ekstranus yang dijangka mendatangkan kesan kepada pembolehubah bersandar. - Dilakukan sekiranya sampel yang dikaji tidak seragam. Oleh itu pengkaji perlu mengambil kira keseragaman ini ketika membuat pemadanan sampel kajian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. - Walaubagaimana pun, kerap kali penyelidik akan mengalami kesukaran dalam membuat pemadanan dengan sempurna. Akan berlaku sampel yang tidak mempunyai pasangan mengurangkan bilangan sampel. * Menggunakan persampelan rawak berpasangan

iii. Pemilihan Subjek Yang Serupa

Penyelidik memilih sampel yang mempunyai pembolehubah ekstranus yang serupa. - Contoh; sekiranya faktor tahap pencapaian akademik boleh mempengaruhi pembolehubah bersandar, maka sampel kajian dipilih dalam kalangan subjek yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang serupa sama ada tahap tinggi atau tahap rendah sahaja. - Pengkaji dapat memastikan pembolehubah ekstranus tahap pencapaian daripada membengaruhi pembolehubah bersandar. Dapat mengindarkan data yang bias. * Melakukan kaedah persampelan rawak bertujuan purposive random sampling

iv. Penggunaan Sampel Sebagai Kawalan

Sampel yang sama diberi olahan pembolehubah tidak bersandar yang berbeza secara bersiri. Oleh itu semua faktor ekstranus yang terdapat pada sampel merasai semua olahan pembolehubah tidak bersandar. - Namun demikian kaedah ini mendatangkan kesan sampingan pendedahan sampel kepada olahan sebelumnya akan mendatangkan kesan kepada olahan berikutnya. - Kelemahan ini boleh ditangani dengan menggunakan rekabentuk faktorian

B. Kaedah Analisis

Analisis Ko-Varian
Analisis kovarian digunakan untuk mengawal pembolehubah ekstranus. Statistik ANCOVA dan MANCOVA digunakan bagi menganalisis perbezaan2 yang wujud antara kumpulan-kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kesan pembolehubah ekstranus dan kesan hubungan antara pembeolehubah2 ekstranus dengan pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar

Anda mungkin juga menyukai