Anda di halaman 1dari 2

Kemajuan Lahiriah & Material Bukan Ukuran Utama

Antara perkara yang hangat diperkatakan sekarang adalah rancangan untuk membawa Park Jaesang ataupun lebih dikenali sebagai Psy ke Malaysia untuk mempersembahkan Gangnam Style di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang nanti. Di sebalik respon yang pelbagai, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap perkara itu perlu dilihat dari perspektif yang berbeza serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil contoh dari pembangunan lahiriah yang telah berjaya dikecapi Korea Selatan. Ini dinyatakan di dalam kenyataan media beliau yang bertarikh 3 Februari 2012 di Kuala Lumpur.

Bagi seorang Muslim, suka untuk saya mengingatkan, sesungguhnya kayu ukur kita adalah berbeza. Psy dan Gangnam Style tidak kita nilai sebagai suatu kemajuan budaya. Bukan begitu gambaran kemajuan bagi kita.

Di samping kita melihat perkembangan Korea Selatan bagi beberapa dekad ini dari aspek perubahan politiknya dan kemajuan ekonomi (terutamanya selepas transisinya ke arah lebih berdemokrasi dari tahun 1987) juga perubahan dari negara yang dahulu dikenali sifatnya komunis dan sosialis kepada liberal dan progresif, kita tidak patut menghiraukan fakta betapa peningkatan masalah sosial yang ketara juga telah berlaku dalam tempoh tersebut.

Menurut OECD (The Organisation for Economic Co-operation and Development), data daripada tahun 1990-2006 di Korea Selatan menunjukkan peningkatan kes bunuh diri sebanyak 172%. Jika ditambah kes hingga ke tahun 2009 maka angkanya mencecah 200%, menjadikan Korea Selatan dalam tempoh 20 tahun tersebut, berubah daripada antara negara paling rendah statistik kes bunuh diri kepada negara dengan statistik tertinggi.

Gejala yang turut merisaukan ialah gejala tekanan tinggi dalam masyarakat hasil pasaran kerja serta sistem pendidikan hiper-kompetitif yang turut menimbulkan masalah sosialnya yang tersendiri. Penekanan terlampau kepada status sosial, penampilan dan budaya materialistik juga dilihat ketara apabila purata hutang kad kredit sesebuah keluarga mencapai 155%. Tidaklah

menjadi sesuatu yang pelik untuk melihat hampir 5 kad kredit dimiliki oleh kebanyakan orang dewasa di sana.

Mungkin begitulah hasil manifestasi pemikiran tokoh seperti Gordon Childe yang menggunakan petunjuk lahiriah untuk mengukur kemajuan tamadun. Bagi kita, sebagai seorang muslim, kita tidak berpegang dengan pandangan atau tasawwur materialistik seperti itu. Kita mempunyai tasawwur kita yang tersendiri sepertimana kita juga mempunyai matlamat dan kayu ukur yang tersendiri. Yang sepatutnya kita inginkan ialah perubahan nilai yang berteraskan agama Islam. Ini merupakan asas perubahan yang telah kita pelajari dari kejayaan generasi awal Islam terdahulu.

Pesanan daripada saya: Jadilah ejen yang mampu membawa perubahan Islam sebenar di tengah-tengah masyarakat, dengan matlamat yang jelas serta bersandar kepada sumber dan rujukan yang sepatutnya.

Saya akhiri dengan satu nukilan daripada seorang tokoh Islam, Muhammad Qutb (Salah Faham Terhadap Islam, 1975): Islam sedang bergerak maju dan kuat walaupun ia digugat liar dan ganas di segala tempat. Kerana seluruh suasana alam sedang bersiap untuk menyambut kebangkitan baru Islam. Kerana Islam mempunyai tugas dalam kehidupan manusia yang sama penting dengan tugas lamanya di permulaan Islam, iaitu tugas mewujudkan sebuah dunia baru yang tidak terkongkong dengn kebendaan dan pergolakan ekonomi, sebuah dunia baru yang diperintah oleh satu sistem yang mengimbangkan tuntutan kebendaan dengan tuntutan rohaniah.

Bersama membina arus baru di Malaysia!

Anda mungkin juga menyukai