Anda di halaman 1dari 8

BAB 9 : BUMBUNG

9.1

PENGENALAN

Bumbung merupakan struktur binaan yang terletak pada bahagian yang paling atas bagi satu struktur bangunan. Pembinaannya bertujuan untuk memberikan perlindungan terhadap penghuni dari ancaman angin, panas terik, hujan dan sebagainya. Dari segi definisi, bumbung ialah satu struktur berbentuk rata atau curam yang dibina bagi melindungi struktur bangunan. Struktur bumbung terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu;

i. ii. iii.

Kerangka Bumbung Kekuda Bumbung Penutup Bumbung.

Kerangka bumbung dan kekuda bumbung merupakan struktur yang dibina bagi menyokong penutup bumbung. Ia juga berperanan sebagai asas dalam pembinaan struktur bumbung dan memberikan bentuk struktur bumbung yang dikehendaki berdasarkan kepada lukisan pelan yang disediakan. Kerangka bumbung dan kekuda bumbung biasanya diperbuat daripada kayu, keluli atau bahan komposit yang

115

bersesuaian. Penutup bumbung pula merupakan struktur yang penting dalam pembinaan bumbung. Tanpa penutup bumbung, struktur bumbung yang dibina tidak sempurna. Biasanya bahan-bahan binaan yang digunakan untuk menghasilkan struktur penutup bumbung terdiri daripada konkrit, kepingan zink, aluminium, genting, atau poli karbonat.

Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti kestabilan, kekuatan, ketahanlasakan, rintangan cuaca, rintangan terhadap kebakaran, sifat penebat haba, dan rupa bentuk bangunan itu sendiri. Bumbung dibina bagi menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan kemasan dalam dan beban angin tanpa mengalami sebarang lenturan atau pesongan yang berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya ubah bentuk. Kekuatan bumbung dalam menanggung beban bergantung pada ciri-ciri bahan binaan yang digunakan, cara pemasangan dan pembinaannya serta bentuk bumbung itu sendiri.

Selain itu, pembinaan bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup bumbung yang ditentukan oleh Undang-Undang kecil Bangunan yang telah digariskan. Hal ini bertujuan untuk memastikan struktur bumbung tersebut mempunyai rintangan yang mencukupi dalam menghadapi kebakaran. Rupa bentuk bumbung mempengaruhi rupa bangunan sama ada dari segi bentuk bumbung ataupun warna dan tekstur bahan penutup bahan itu sendiri. Pemilihan jenis bumbung bagi struktur bangunan banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti beiukut;

i. ii. iii.

Saiz dan bentuk bangunan Nilai estetika Ekonomi. Faktor saiz dan bentuk bangunan merupakan salah satu faktor yang membawa

kepada pemilihan jenis bumbung. Hal ini dapat dilihat melalui situasi dimana pembinaan bangunan yang berbentuk sederhana sesuai menggunakan jenis bumbung curam manakala bangunan yang mempunyai bentuk yang kompleks sesuai dibina dengan menggunakan bumbung rata. Rentang atau penutup bumbung juga boleh menentukan jenis bumbung yang dipilih.

116

Pemilihan jenis bumbung juga banyak dipengaruhi oleh faktor nilai estetika dimana nilai keindahan semulajadi menentukan jenis bumbung. Biasanya bumbung curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung rata pula sesuai bagi bangunan yang besar.

Selan itu, faktor ekonomi juga terlibat dalam pemilihan jenis bumbung. Kos pembinaan dan penyelenggaraan dari semasa ke semasa hendaklah diambil kira dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung. Sesetengah penutup bumbung seperti kepingan keluli berombak dan bergalvani biasanya tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Oleh itu, kos penyelenggaraan hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan.

Dalam projek pembinaan dibawah HC Hidayah Construction, kebanyakan pembinaan bangunan menggunakan bumbung curam yang diperbuat daripada jenis bumbung abestos. Walaubagaimanapun, terdapat juga pembinaan struktur bumbung yang berbentuk bulatan terutamanya dalam pembinaan kubah bagi Masjid Ar-Rahman, Kok Lanas. Struktur bumbung yang dibina ini dikenali sebagai bumbung cengkerang dimana pembinaan bumbung ini biasanga menggunakan peralatan yang lebih kompleks. 9.2 BUMBUNG CURAM

Pembinaan bumbung curam biasanya dilakukan dengan menegakkan kasaukasau kayu dengan cerun dan meletakkan satu hujung ke atas dinding dan satu lagi ke atas tulang bumbung. Bumbung ini merupakan satu bentuk yang menarik pada

pandangan awam. Ia membekalkan satu ruang udara yang bertindak sebagai penebat udara bagi bilik-bilik di bawahnya. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai ruang untuk meletakkan tangki air. Cerun bumbung berubah-ubah dari sudut 10-45 dari garis lintang.

117

9.3

PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

9.3.1

PEMASANGAN KEKUDA BUMBUNG

Setelah kerja-kerja mengikat bata selesai, pemasangan bumbung akan dilakukan. Kerja-kerja ini dilakukan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan terlatih. Kekuda bumbung adalah berbentuk segitiga iaitu hasil gabungan anggota bumbung seperti pengikat, jeriau siling, kasau penupang dan sebagainya. Kekuda bumbung bagi projek pembinaan rumah kediaman dibawah HC Hidayah Construction dibina menggunakan ditetapkan. besi keluli atau kayu yang akan dipotong mengikut saiz yang telah pembinaan menggunakan keluli ia akan disambung

Sekiranya

menggunakan fibricate dan sekiranya menggunakan kayu ia akan disambung menggunakan paku.

Rajah 9.3.1.1 : Pemasangan kekuda bumbung jenis kayu

Kekuda akan dipasang pada keadaan merentang antara dinding luar dan berjarak 1.8m antara satu sama lain. Saiz kayu dan keluli yang digunakan adalah berubah-ubah berdasarkan panjang rentang. Untuk rentang yang lebih panjang, saiz kayu yang digunakan untuk kekuda adalah lebih besar. Kekuda akan diangkat

118

menggunakan bantuan kren bergerak dan akan dipasang menggunakan bantuan para pekerja.

Jenis kayu yang digunakan biasanya terdiri daripada kayu sederhana keras yang berukuran 50mm x 30mm. Kayu jenis ini mempunyai rintangan yang baik terhadap cuaca dan serangan kulat. Pemasangan kekuda ini dibuat pada jarak 2 diantara satu sama lain manakala kekuda jenis keluli dipasang pada jarak 3 atau 4.

Rajah 9.3.1.2 : Pemasangan kekuda jenis keluli

9.3.2

PEMASANGAN KERANGKA BUMBUNG

Kerangka bumbung akan dibina setelah selesai pembinaan kekuda. Kerangka bumbung boleh dibina daripada keluli dan kayu. Dalam pembinaan bangunan tambahan Hidayah Futsal Centre terutamanya, kerangka bumbung yang dibina menggunakan keluli. Sebelum kekuda dipasang, struktur Portal Frame akan diletakkan dengan skru pengikat untuk mengikat kekuda tersebut terlebih dahulu. Jarak diantara kekuda adalah 3 atau 4 diantara satu sama lain. Kemudian besi keluli yang lain akan dipasang di atas kekuda pada arah melintang sahaja yang dikenali sebagai beroti. Jarak dari satu beroti ke beroti adalah bergantung kepasa saiz atap genting yang digunakan tetapi kebiasaannya adalah 300mm atau 1.

119

Bagi kerangka yang menggunakan kayu pula, kerangka akan dibuat selepas pembinaan tiang atas. Plat tembok akan diletakkan di atas rasuk bumbung dan akan dipakukan. Kemudian, tetulang perabung akan diletakkan di atas tiang atas dan dipakukan.

Selepas itu, perantara antara tiang atas ke tiang atas yang lain akan dipasangkan kekuda. Jarak diantara kekuda masing-masing adalah 2 sahaja. Disebabkan jarak diantara kekuda terlalu dekat maka kerangka yang dibina terdiri daripada kasau (rafter) dan beroti (purlin). Jarak diantara beroti ke beroti menggunakan kayu adalah sama dengan jarak beroti yang menggunakan keluli. Beroti dan kasau akan dibina dimana kedudukan hujungnya berlebihan daripada paras dinding. Di hujungnya akan dipakukan papan muka (fascia board) untuk pembinaan tumpu kasau. 9.3.3 PEMBINAAN PENUTUP BUMBUNG

Setelah kerangka bumbung siap dibina, pembinaan penutup bumbung akan dilakukan. Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang kalis air. Bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan penutup bumbung adalah seperti kepingan kuprum, plumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit, dan tanah liat.

Untuk projek perumahan LOT PT5546, jenis atap yang digunakan adalah atap genting jenis konkrit yang bersaiz 125mm x 320mm. Atap ini bersifat pengunci antara satu sama lain dan ia akan dipasang dengan cara berkembar atau bertindihan antara satu sama lain untuk mengelakkan aliran hujan dari masuk ke dalam bumbung. Tindihan ini dikenali sebagai lekap.

Lekap di sebelah hujung adalah tidak sama dengan lekap di sebelah sisi. Lekap hujung adalah pada jarak 75mm dan lekap sisi 30mm. Genting perabung untuk sisi atap dan lurah hendaklah disediakan dan dipasang bercantuman dengan keseluruhan penutup bumbung. Penyumbat genting yang terdiri daripada mortar simen akan digunakan untuk melekatkan genting sisi dan juga atap tersebut bagi setiap lapisan keempat. Nisbah mortar yang digunakan adalah 1:3.

120

9.4 KOMEN DAN CADANGAN

Pemakaian topi keselamatan tidak diaplikasikan semasa kerja-kerja pemasangan bumbung dijalankan. Situasi ini mudah terdedah kepada risiko kecederaan yang tinggi terutamanya pada bahagian kepala. Sekiranya pekerja binaan jatuh dari tempat pembinaan bumbung, ia akan meningkatkan risiko kecederaan kepala sedangkan pemakaian topi keselamatan dapat mengurangkan risiko seperti ini. Oleh itu, pihak kontraktor perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dengan menyediakan topi keselamatan kepada pekerja binaan yang terlibat.

121

122

Anda mungkin juga menyukai