Anda di halaman 1dari 30

1 PENDAHULUAN

TIDAK dinafikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara kaya dengan sumber air dapat
memenuhi kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan
aktiviti harian. Bagaimanapun, proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan
negara menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar kian berleluasa.

Masalah itu juga mengakibatkan berlakunya kerosakan sistem sungai yang membekalkan
sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat
digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan.

Setiap isu atau masalah yang timbul telah menyedarkan kita betapa seriusnya masalah
pencemaran air di negara kita. Masalah pencemaran air ini tidak terhad kepada
pencemaran sungai sahaja, bahkan turut melibatkan sumber air bawah tanah, kolam, tasik
dan laut. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan
Rancangan Malaysia Kesembilan turut tidak terkecuali memperkatakan tentang keadaan
alam sekitar di negara ini. "Apa yang berlaku kepada sumber air di negara ini amat
menyentuh hati saya. Ia sangat menyedihkan," keluh Abdullah. Keluhan itu sepatutnya
cukup untuk memberi mesej kepada kita betapa faktor pencemaran terutamanya yang
membabitkan air kini membimbangkan. Juga bahawa air bukan sahaja berfungsi sebagai
penyambung nyawa manusia tetapi melangkaui peranan ke arah proses memudahkan
urusan pembangunan negara.

Pencemaran air mengakibatkan terjadinya krisis air bersih. Di samping kekurangan


kesedaran sivik di antara masyarakat serta sektor perindustrian, kelemahan dalam
pemantauan oleh pihak berkenaan serta kekurangan dalam pemantapan sistem
pemantauan pelaksanaan undang-undang yang termaktub menyebabkan masalah
pencemaran air menjadi masalah kronik yang makin lama makin parah. Perbincangan
berkenaan dengan pencemaran air yang seterusnya ini tertumpu kepada pencemaran air
yang berlaku di negara kita.
2 PENCEMARAN AIR DAN KATEGORINYA
Sifat dwikutub air membolehkannya melarutkan pelbagai jenis bahan. Maka sungai dan
anak sungai mampu menjalankan kerja-kerja pemecahan, peresapan, pengoksigenan di
hilir sungai pada zaman primitif di mana populasi manusia adalah kecil. Berikutan
proses urbanisasi, sungai tidak mampu lagi memecahkan kuantiti pencemar yang
dimasukkan ke dalamnya dan efluen daripada setiap pusat populasi bertambah ke dalam
bekalan air pusat populasi yang lain. Air mengalir di merata tempat menjadi air
kumbahan dan bolehlah kita menyatakan bahawa pencemaran air berpunca daripada
manusia sendiri.

Akta Kualiti Alam Sekeliling1 mendefinasikan pencemaran sebagai apa-apa perubahan


langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia atau biologi mana-
mana bahagian alam sekeling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan
buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan
yang merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan
awam, atau kepada binatang, burung, hidupan liar, ikan atau hidupan dalam air, atau
kepada tumbuhan-tumbuhan atau menyebabkan suatu pelanggaran terhadap apa-apa
syarat, atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah akta
ini.

Pencemaran air dapat dikategorikan seperti berikut :


i. Keracunan atau toksisiti
Logam berat seperti plumbum, merkuri, kuprum, arsenik dan kromium yang
digunakan dalam penyalutan timah, penyaduran dan larutan penyalutan kromium
boleh bertindak sebagai penghalang metabolik atau penafasan dalam banyak
organisma, dan merencat atau memusnahkan enzim yang diperlu untuk proses-
proses kehidupan. Logam-logam berat ini mempengaruhi organism pengurai
bersama-sama kehidupan peringkat tinggi, maka penambahannya yang berlebihan
ke dalam sistem akuatik boleh memusnahkan. Pencemar-pencemar yang beracun

1
Era Hijau, Keluaran 1/2000 JAS, Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar
ini diserap oleh lumpur di bawah dan dilepaskan apabila mendapan di bawah
diganggu.

ii. Kemasinan atau saliniti


Ini berlaku apabila air garam dari lombong atau telaga minyak dilepaskan ke
dalam air tawar. Walaupun sesetengah organisma boleh bertoleransi terhadap
julat kepekatan garam tertentu, kebanyakan yang akan musnah apabila air tawar
bertukar menjadi payau.

iii. Keasidan atau asiditi


Mata air yang keluar daripada rekahan bukit-bikit arang batu mengandungi
partikel-partikel bitumen dan sulphur. Air yang berasid ini meningkat dengan
meningkatnya pengeluaran arang batu, dan berterusan lama walaupun lombong-
lombong ditinggalkan. Besi pirit ( hasil perlombongan batu arang ) akan
memasuki anak-anak sungai. Sesetengah bakteria boleh mendapat tenaga dengan
menukarkan ferus kepada ferik untuk pernafasan dan pembiakan. Hasil
sampingan pertukaran keadaan pengoksidaan besi ini, iaitu mendakan ferik
hidroksida yang berwarna kuning kemerahan mencemar tebing sungai; dan
pelepasan asid sulfurik menukarkan keasidan air sungai itu dan menurunkan pH
anak-anak sungai secara mendadak. pH boleh jadi di antara 4.5 ke 2.5 pada
musim-musim tertentu. Sumbangan besi dan sulfat dalam kuantiti yang banyak
juga mengurangkan keterdapatan oksigen dalam anak sungai. Semua vertebrat,
kebanyakan invertebrat dan banyak mikroorganisma terhapus. Kebanyakan
tumbuhan peringkat tinggi tiada dan hanya beberapa jenis alga dan bakteria yang
tinggal.

iv. Kekeruhan atau turbidity


Bahan-bahan lengai ( inert ) dan halus senang terampai dalam air. Ini
mengurangkan pemancaran cahaya dan merencat proses fotosintesis tumbuhan
akuatuk dan mikroskopik. Industri porselin ( tanah liat putih ) adalah sumber
pencemaran ini. Industri besi keluli menghasilkan partikel halus juga
menyebabkan sungai yang dimasuki efluen menjadi merah atau hitam. Partikel-
partikel terampai ini akan mendak ke dasar sungai dan menayelubungi kehidupan
di bahagian bawah sungai dengan selaput yang luas. Selain itu, minyak yang
boleh dilarut dengan menstabilkan emulsinya dengan detergent, apabila
dilepaskan ke dalam air menyebabkan kekeruhan seperti susu. Pembakaran atau
penerangan tanah juga melepaskan partikel tanah dan tanah liat, menghasilkan
kelodak yang boleh memusnahkan habitat bagi larva serangga seperti “mayfly”,
“caddis fly” dan “stone fly” yang merupakan sumber makanan penting bagi ikan-
ikan.

v. Pendeoksigenan (Deoxygenation)
Pencemaran yang lazim adalah organik.walaupun bahan-bahan organik tidak
meracuni hidupan sungai, atau mempengaruhi pH, tetapi apabila bahan organik
diserang oleh bakteria dan dipecahkan menjadi kompaun yang ringkas, oksigen
diperlukan. Keperluan oksigen biologi ( BOD - Biological Oxygen Demand )
menjadi tinggi. BOD adalah indeks pencemaran air yang berguna, terutama yang
berkaitan dengan bebanan organik air. BOD digunakan untuk menentukan jenis
hidupan yang boleh ditampung oleh sungai yang tercemar. Ikan mempunyai
keperluan oksigen yang paling tinggi dan biasanya ikan air sejuk memerlukan
lebih oksigen daripada ikan air panas. Invertebrate boleh bertoleransu terhadap
kepekatan oksigen yang rendah dan bakteria terhadap keperluan oksigen yang
lebih rendah. Dua jenis invertebrate yang bertoleransi terhadap paras oksigen
telah dikenali sebagai indeks biologi bagi kesusutan oksigen. Cacing Tubifex dan
larva sejenis sreangga kecil yang berwarna merah, Chironomus hidup dalam
lumpur di dasar sungai. Jumlah mereka berkadaran songsang dengan kandungan
oksigen dalam air. Dalam air tang tercemar teruk, populasi Tubifex dalam 20,000
individu/kaki persegi, dan dalam air yang tidak tercemar, Tubifexi mungkin tidak
didapati langsung.
Eutrofikasi Air
Eutrofikasi merupakan pengkayaan bahan organik atau nutrient dalam tasik dan
lain-lain dan menampung pertumbuhan yang banyak. Pelepasan nitrogen dan
fosforus ke dalam air dalam kuantiti yang tinggi adalah salah satu masalah besar
dalam pembuangan sisa kerana pertambahan nitrogen dan fosforus
mempercepatkan proses penuaan tasik. Mikroorganisma biasanya terkawal
kerana kekurangan fosforus. Apabila berlaku pertambahan kandungan fosforus
dalam air, ia digunakan serta merta menyebabkan kadar pembiakan organisma
yang tinggi. Fosforus adalah faktor penyebab dan nitrogen menjadi faktor
penghad dan organisma seperti alga biru-hijau mengambil alih daripada plankton
kerana alga tersebut bebas daripada penghad nitrogen. Ledakan populasi satu
atau lebih spesies alga dipanggil blum alga ( blooms ). Satu kesan merbahaya
kepada manusia adalah nitrat ditukar menjadi nitrit di dalam saluran
penghadaman oleh bakteria tertentu. Nitrit bertindak dengan hemoglobin
membentuk “methemaglobin” yang tidak akan mengambil oksigen menyebabkan
seseorang itu sesak pernafasan dan kelemasan dan keadaan ini lebih teruk pada
bayi dan kanak-kanak.

Pelepasan buangan industri dan domestik merupakan komponen utama bahan organik
manakala pembukaan tanah secara besar-besaran, pembangunan yang tidak terkawal,
kegiatan pembalakan dan perlombongan di kawasan tadahan mengakibatkan masalah
pemendapan dan kelodakan. Sebagai contoh, pembalakan di Hutan Ulu Muda2; meliputi
123 000 ha kawasan Hutan Tadahan Air termasuk Ulu Muda, Chebar Besar, Padang
Terap, Pedu Bukit Saiong dan Bukit Keramat menimbulkan kebimbangan besar bukan
sahaja kepada berpuluh NGO alam sekitar, kepenggunaan, hak asasi manusia dan
sebagainya juga kumpulan masyarakat petani dan nelayan juga masyarakat awam dari
pelbagai latarbelakang.

2
Laporan Kesan Alam Sekitar Terperinci Pembalakan Helikopter Kedah oleh Sahabat Alam Malaysia &
Aaktiviti pembalakan helikopter di
CAP, Penang.
Hutan Ulu Muda, Kedah
membimbangkan para pencinta
alam sekitar.
Hutan tadahan air ini antara lain membekalkan air kepada sumber air utama di negeri
Kedah iaitu empangan Muda, Pedu dan Ahning dan Sungai Muda dan Sungai Kedah.
Kawasan tadahan air ini menjadi pergantungan kepada sumber air kepada 96 000 ha
kawasan tanaman padi yang melibatkan 63 000 keluaraga petani, sumber air kepada
pengguna air di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dan kepada masyarakat Industri
terutamanya di Pulau Pinang dan Kulim dan tidak kurang juga fungsi hutan tadahan air
tersebut sebagai habitat hidupan semulajadi yang dilihatkan sebagai satu kawasan Mega
Biodiversiti yang harus dipelihara.

Pencemaran kumbahan terutamanya dari buangan domestik dan haiwan, seperti yang
ditunjukkan oleh faecal coliform memberi kesan besar terhadap pencemaran organik di
kawasan air daratan, dan ini telah didapati di Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.
Di samping itu, di beberapa muara sungai di negeri Johor, Kedah, Kelantan, Perak, Pulau
Pinang, Selangor dan Terengganu juga tercemar. Kumbahan telah meningkat daripada
yang menyamai 6.28 juta penduduk kepada yang menyamai 13 juta penduduk.

Kumbahan terus merupakan punca utama pencemaran organik memandangkan ianya tiga
kali ganda melebihi jumlah beban pencemaran daripada industri dan buangan haiwan.
Ini adalah disebabkan oleh kepadatan penduduk yang tinggi, pelupusan najis manusia
yang tidak teratur di kawasan setinggan, tahap pembandaran yang meningkat, kawasan
penempatan padat yang banyak di sepanjang pantai dan kemudahan yang tidak
mencukupi untuk pengolahan kumbahan. Di samping itu, tahap pencemaran oleh pepejal
terampai terus berlaku akibat daripada aktiviti-aktiviti pembangunan tanah yang
berleluasa di kawasan-kawasan berhampiran dan pedalaman.

Satu kajian ke atas sistem pengolahan dan pelupusan buangan berbahaya telah
menunjukkan tidak kurang daripada 380,000 m3 buangan beracun dan berbahaya
daripada kira-kira 1,000 punca dikeluarkan setiap tahun. Punca-punca industri yang
menyebabkan pencemaran air terus tertumpu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia
dengan Johor, Pulau Pinang dan Selangor mencatatkan bilangan hampir 50 peratus.
Industri utama yang menyebabkan pencemaran tersebut ialah tekstil, getah, kertas,
makanan dan minuman. Industri minyak sawit mentah dan industri pemerosesan getah
asli turut terlibat dalam pelepasan beban organik.

Masalah pencemaran daripada haiwan ternakan masih lagi belum dapat diselesaikan.
Beberapa negeri masih belum lagi menggubal enakmen yang diperlukan untuk mengawal
dan menguatkuasakan kawalan kebersihan ke atas buangan haiwan ternakan, sementara
beberapa negeri yang mempunyai undang-undang berkenaan masih belum lagi
menguatkuasakannya dengan berkesan. Konsep Kawasan Ternakan Khinzir yang
terkandung di dalam Dasar Pertanian Negara masih belum dilaksanakan sepenuhnya.
Kawalan dan kelolaan ternakan khinzir adalah perlu memandangkan industri tersebut
telah menimbulkan masalah alam sekitar yang ketara terutamanya di Negeri Sembilan
dan Pulau Pinang. Di Negeri Sembilan, industri ini telah memberi kesan ke atas punca
air di Sungai Linggi yang memerlukan pengolahan biologi dan kimia yang mahal
sebelum airnya dapat digunakan untuk tujuan domestik. Sungai yang tercemar oleh
buangan haiwan ternakan telah memberi kesan ke atas pantai dan perairannya yang mana
telah menggugat Port Dickson sebagai destinasi tarikan pelancong yang terkenal. Di
samping itu, pantai-pantai di beberapa kawasan di Pulau Pinang telah bertambah buruk,
dan menjejaskan mutu kebersihan hasil akuakultur.

Pencemaran air tasik dan air bawah tanah juga berlaku. Pencemaran yang disebabkan
oleh buangan industri yang ditanam dalam tanah serta baja kimia, racun serangga dan
racun rumpai dari bidang pertanian. Penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal telah
mengurangkan dengan banyaknya ikan air tawar di beberapa kawasan. Sebagai contoh,
Tasik Chini di negeri Pahang yang dibangunkan sebagai destinasi pelancongan, dan juga
oleh sebab penerokaan kawasan sekitar tasik untuk sektor pertanian, di mana baja dibawa
ke tasik oleh air hujan, menyebabkan tumbuhan akuatik seperti tumbuhan terapung dan
tumbuhan tenggelam bertumbuh subur di kawasan tasik itu. Pembangunan berterusan
tanpa kawalan berkemungkinan akan menyebabkan pencemaran pada ekosistem tasik
ini.

Pencemaran laut berlaku oleh pembuangan kotoran daripada punca daratan ke laut, dan
juga pembuangan dan limpahan minyak dan sisa berbahaya daripada kapal. Di samping
itu, tumpahan minyak dari pelantar telah dilaporkan lebih banyak berlaku.
Walaubagaimanapun, kebanyakan tumpahan minyak yang berlaku di kawasan pelabuhan
telah dapat dibersihkan di mana kos pembersihannya telah dapat dipungut daripada
pihak-pihak yang berkenaan.

Bagi memastikan rakyat terus menikmati taraf kehidupan yang berunsur lestari, di mana
tahap kesihatan kebangsaan tidak menjejaskan pembangunan dan kemajuan negara yang
berterusan, kualiti air yang digunakan oleh rakyat jelata perlulah memenuhi satu piawaian
yang standard. Kualiti air dinilai dengan menggunakan parameter berikut, iaitu :
i. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)
ii. Keperluan Oksigen Kimia (COD)
iii. Nitrogen Ammoniakal (NH3N)
iv. Pepejal Terampai (SS)
v. Nilai pH dan (pH)
vi. Oksigen Terlarut (DO)
Di samping itu, parameter lain seperti logam berat dan bakteria perlu diambilkira kerana
air paip yang dibekalkan mungkin dikontaminasikan dengan kuprum, zink dan plumbum
yang melebihi kepekatan maksimum yang dibenarkan mengikut Akta Pemakanan
Malaysia 1985. Perlu diingatkan air paip kegunaan domestik boleh juga
dikantaminasikan kerana tangki yang kotor dan berkarat.
3 Pencemaran Air : Bahan Pencemar dan Kesan-kesannya
Pencemaran air adalah salah satu penyebab penyakit kronik. Akibat meminum air yang
tercemar, manusia akan dijangkit penyakit menular, penyakit ginjal, artritis, sakit kepala,
tekanan darah tinggi, penyakit kulit, kanser, gangguan sistem saraf, penyakit hati,
jangkitan sistem penghadaman, penyakit batu karang, batu dalam hempedu dan
sebagainya. Lebih dari 70% tubuh manusia terdiri dari air. Selain Oksigen, air
mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Air diperlukankan oleh
semua organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan sempurna seperti :
i. Proses pembuangan racun / toxin
ii. Pelicin bagi sendi-sendi
iii. Membantu proses pencernaan
iv. Menstabilkan suhu tubuh
v. Metabolisma tubuh
Berikut menunjukkan jadual3 berkenaan dengan warna mendapan air yang tercemar
bersama dengan bahan pencemar serta kesan-kesannya terhadap kesihatan.

Warna
Bahan Pencemar Pengaruh terhadap kesihatan
mendapan
Penyakit Ginjal
Kuprum teroksida
Hijau Sistem Saraf Pusat
Klorin
Bahan Karsinogenik
Kalsium
Hitam Batu pada Ginjal
Magnesium teroksida
Hati, sistem saraf,
Aluminium
bahan karsinogen
Arsenik
Putih Bahan karsinogen
Mucilage (Getah) Bakteria, virus, algae
Asbestos Bahan karsinogen
Alumina sulfat,
Biru Organik fosfat, Sistem saraf, hati, Ginjal
Racun Tumbuhan (Pestisida)
Gangguan pada pembuangan air
Jingga Besi teroksida seni, ketidak-seimbangan
metabolisma

3
PENAPIS AIR R.O. http://segamat.net.tripod.com/cemar.html
4 Pencemaran Sungai
Pencemaran sungai-sungai di kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia merupakan
satu masalah alam sekitar yang bertambah serius dan sehingga sekarang masih tiada lagi
suatu kaedah penyelesaian yang benar-benar efektif untuk menangani masalah ini.
Mengikut kajian hidrologi ada tiga klasifikasi pencemaran air berlaku iaitu:
• Pencemaran fizikal (tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam,
kertas, kaca dan kelodak)
• Pencemaran biologi (seperti najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria
seperti Escherichia coli atau E. Coli, cacing nematod dan mikrob lain).
• Pencemaran kimia (bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal dan biologi
serta logam berat dikelaskan sebagai pencemar kimia ).

Di Malaysia, punca utama pencemaran sungai berlaku disebabkan oleh kelodak dan sisa
kumbahan, di samping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat
seperti arsenik, kadmium raksa dan plumbum. Komposisi bahan berkenaan didapati
melebihi paras yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti air Kebangsaan Interim Kelas II.
Najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria seperti Escherichia coli, cacing
nematod dan mikrob lain dan dikenalpasti penyebab penyakit berbahaya seperti hepatitis,
demam kepialu, taun, disentri, gatal kulit, kusta dan penyakit paru.

Selain itu, pembangunan di negara ini dan proses urbanisasi telah membawa kepada
perubahan penggunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegiatan
ekonomi serta penyediaan kemudahan sosial. Akibat perubahan guna tanah yang berlaku
telah mendedahkan sungai kepada pelbagai masalah yang tidak mampu ditanggung oleh
sungai, yang secara langsung menyebabkan perubahan sistem sungai bukan sahaja dari
segi kualiti tetapi juga kuantiti. Keadaan ini dapat dilihat berdasarkan kepada masalah
yang berlaku akibat perubahan yang berlaku.

Seperti yang diketahui, sumber air mentah di negara kita kebanyakannya diperoleh terus
dari sungai utama dan empangan yang dibina untuk menyimpan air. Namun, kualiti air
sungai di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin merosot akibat daripada
pencemaran alam sekitar. Kualiti air4 adalah dianggapkan bersih untuk kehidupan biologi
sekiranya paras ukuran BOD adalah 3 miligram seliter (mg/liter), kandungan pepejal
terampai tidak lebih daripada 50 mg/liter dan kandungan ammonia-nitrogen tidak
melebihi 0.3 mg/liter.

Kualiti Air Semakin Merosot


Tidak ramai di antara kalangan kita yang mengambil berat tentang makna sebenar kualiti
bekalan air di seluruh negara yang semakin merosot kerana pencemaran berikutan
kegiatan pembuangan sisa sampah dalam sistem saliran. Sepatutnya, kita sebagai
pengguna merasa bimbang tentang isu ini Kita meyedari semakin hebat dan pesatnya
pembangunan serta pertumbuhan penduduk, semakin buruk pula pencemaran sumber
bekalan air utama khususnya sungai yang berlaku. Kualiti air sungai di negara kita
secara keseluruhannya menurun.

Pencemaran Sungai Kian Kritikal


Berdasarkan statistik5, sehingga 2005 sebanyak 13 buah sungai di negara ini didapati
mengalami pencemaran teruk manakala 75 buah lagi tercemar sederhana manakala 32
buah lagi masih bersih. Antara negeri yang mengalami pencemaran sungai paling tinggi
adalah Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Statistik ini menunjukkan bilangan sungai
yang tidak tercemar mengalami kemerosotan berbanding dengan statistik6 pada Tahun
2000, di mana 12 buah sungai yang tercemar teruk, 34 buah sungai tercemar sederhana
dan 74 buah sungai bersih ( Jadual 17).

Sungai yang tercemar teruk ialah Sungai Dondang, Sungai Juru dan Jejawi di Pulau
Pinang, Sungai Kempas, Sungai Tukang Batu, Sungai Rembah, Sungai Benut dan Sungai
Pasir Gudang di Johor, Sungai Sepang, Sungai Klang dan Sungai Buloh di Selangor,
Sungai Batu di Perak, Sungai Miri/Lutongdi Sarawak dan Sungai Jimah di Negeri
Sembilan. Sementara sungai Sepang, Sungai Klang, Sungai Buloh, Sungai Selangor dan
Sungai Golok adalah sungai-sungai yang teruk tercemar oleh kumbahan. Sungai Samit
4
Laporan Rancangan Malaysia Ke-6, Bab 15 : Alam Sekitar, para 15.06
5
Laporan Rancangan Malaysia Ke-8 ( 2001-2005) Bab 19 para 19.05
6
Water Quality Management in Malaysia - Dr Zulkifli Abdul Rahman, JAS, 2000
7
Water Quality Management in Malaysia - Dr Zulkifli Abdul Rahman, JAS, 2000
dan Sungai Tuaran di Sabah (yang tertinggi), Sungai Sedili Besar, Sungai Pahang dan
Sungai Kempas didapati mengandungi kandungan logam raksa, kadmium, tembaga,
plumbum serta zink yang melebihi standard yang dibenarkan.

Jadual 1 : Status Lembangan Sungai di Malaysia 1990 - 2000

Pencemaran air sungai Sungai Petani, Kedah yang teruk sehingga tebing
sungai dan air sungai kelihatan hitam. Masalah pencemaran air sungai ini
pernah menjadi suatu halangan bagi pemberian status sebagai Bandar bagi
Bandar Sungai Petani Gambar-gambar ini diambil pada 21 Oktober 2006.

Laporan juga menyatakan bahawa 70 peratus masalah pencemaran sungai disebabkan


oleh kumbahan dan pembuangan sampah. Selain itu, kelodak daripada hakisan yang juga
sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti penerokaan hutan serta pelepasan sisa oleh
industri juga menjadi penyumbang utama masalah pencemaran ini.
Buangan sampah mencemari sungai
Sumber : Era Hijau, Keluaran 1/2000 JAS,
Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar

Sebagai contoh, Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(SYABAS) IR. Lee Miang Koi terpaksa membuat penjelasan mengenai aduan orang
ramai berhubung masalah air berbau di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur
sejak pagi 26 Februari 2006. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kuala Lumpur,
Gombak, Petaling Jaya, Klang/ Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala
Langat yang memperolehi sumber air dari Sungai Selangor.

Kejadian air berbau ini disebabkan oleh peningkatan mendadak kandungan amonia dalam
sumber air mentah dari Sungai Selangor untuk tempoh lebih kurang 24 jam sejak awal
pagi 25 Februari 2006 oleh limpahan air daripada tebatan Sungai dan kolam-kolam yang
mengandungi air kotor yang masuk ke dalam Sungai Selangor, berikutan hujan lebat yang
berlaku sejak kebelakangan ini.

Tahap kandungan ammonia di Sungai Selangor yang menyalurkan air ke beberapa


kawasan Lembah Klang yang diambil pada 25 Februari 2006 lalu mencatatkan paras
ammonia 9.2 miligram perliter manakala kejadian kedua membabitkan Sungai Semenyih
pada tarikh 15 April 2006 lalu pula pada tahap 4.8mg. Kedua-dua catatan tersebut berada
di paras berbahaya kerana tahap kandungan normal hanyalah sekitar 1.5mg perliter.
Tindakan awal yang diambil oleh pihak operator loji pembersihan air ialah dengan
menambah kandungan klorin bagi mengurangkan kadar amonia dalam air mentah
tersebut di mana tindakbalas kimia telah menyebabkan bekalan air mentah mengeluarkan
bau seperti yang dialami oleh para pengguna.
Najis Khinzir Antara Punca Pencemaran
Kita perlu menerima hakikat sebenarnya bahawa pembangunan dan pertumbuhan kilang
yang pesat adalah antara punca pencemaran utama sungai di Malaysia, di samping
pembuangan sampah serta kegiatan ternakan terutama najis khinzir. Misalnya,
perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) baru-baru lalu
menunjukkan, 95 peratus ladang ternakan khinzir di sekitar Selangor dan Negeri
Sembilan tidak mempunyai sistem pengurusan sisa (najis khinzir) yang efektif,
kebanyakannya membuang terus ke sungai. Najis khinzir yang dialirkan ke sungai
menyebabkan pencemaran teruk ke 13 batang sungai negara ini antaranya termasuklah
Sungai Sepang, Sungai Skudai, Sungai Sengget, Sungai Klang dan Sungai Damansara.
Selain itu, sejumlah 3,799 buah industri telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada
masalah pencemaran sungai. Antara penyumbang terbesar ialah industri pembersihan
dan kerja logam, operasi pemprosesan filem, industri elektronik dan semikonduktor,
industri makanan dan tapaian serta industri penghasilan barangan getah.

Dari segi hakisan, kajian menunjukkan bahawa pembangunan tanah di hadapan kawasan
tadahan air Sungai Klang iaitu daerah Batu, Setapak dan Hulu Klang menyebabkan
masalah hakisan tanah yang serius apabila hujan, iaitu pada kadar 80-150 juta tan setahun
yang mana 1.2 juta tan (bersamaan 100,000 lori penuh pasir) mengalir ke Sungai Klang
dan alirannya. Muatan yang melebihi kapisiti ini memudahkan airnya melimpah apabila
hujan lebat dan mengakibatkan banjir.

Pelepasan effluent industri


Sumber : Laporan Tahunan 2004 JAS

Sebagai contoh, projek kuari di hulu sungai dan aktiviti menggorek pasir di hilir sungai
Sungai Jimah di Kampung Jimah Lama, Port Dickson, Negeri Sembilan yang
berhampiran kawasan tadahan air sungai adalah punca yang banyak menyumbang kepada
masalah pencemaran sungai dan banjir di kampung tersebut.

Projek Kuari Di Bandar


Manjalara, Kuala Lumpur
Sumber : Laporan Tahunan 2003
JAS Wilayah Persekutuan, KL.

Proses pembersihan dan pemuliharaan sungai memerlukan belanja yang tinggi. Sebagai
contoh. Jabatan Parit dan Saliran (JPS) di laporkan memerlukan RM300 juta bagi
membaik pulih 35 muara sungai dan 150 buah sungai di seluruh negara yang menghadapi
masalah mendapan ialah Sungai Mersing serta Sungai Besut.

Rakyat Masih Tidak Sedar


Ketika kita mengakui pencemaran sebegini akan terus menjejaskan kualiti kehidupan
penduduk, tetapi kesedaran rakyat mengenai alam sekitar dan mengambil langkah
memeliharanya rendah iaitu hanya kira-kira 30 peratus. Masalah kurang prihatin di
kalangan masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar sering menjadi punca masalah
banjir berlaku. Kajian JPS mengenai keberkesanan kempen 'Cintailah Sungai Kita' yang
dilancarkan pada tahun 1993 menunjukkan taraf kesedaran sivik masyarakat masih
rendah terhadap kepentingan menjaga sungai. Ini terbukti apabila kajian menunjukkan
4.6 peratus penduduk bandar dan 4 peratus penduduk luar bandar (daripada 8,700 yang
ditanya) memberitahu bahawa sungai adalah tempat sesuai bagi membuang sisa dan
kumbahan. Sebagai contoh, antara 1992 hingga 1993, sejumlah 27,337 tan metrik
sampah sarap di kutip di perangkap sampah Sungai Klang dan jumlah ini bersamaan
dengan beban sejumlah 5,000 buah lori sampah. Pembangunan terlalu pesat yang tidak
diimbangi dengan keprihatinan pemuliharaan alam sekitar, akhirnya mengorbankan masa
depan kita sendiri.
Kita juga didedahkan mengenai kekerapan penguatkuasaan ratusan kilang khususnya
kilang sawit dan getah yang menjadi antara penyumbang utama pencemaran sungai
dikenakan kompaun kerana membuang efluen ke sungai. Tetapi kita jarang dengar kilang
ditutup terus atau pemiliknya dipenjara kerana tindakan itu. Mengikut penguatkuasaan
sebenar Akta Kualiti Alam Sekitar, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan
hukuman penjara sehingga lima tahun dan kompaun RM100,000. Hakikatnya,
penguatkuasaan tidak seimbang dengan pembangunan.

Penguatkuasaan semata-mata tidak cukup untuk melindungi sungai yang ada.


Sebaliknya, semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, kelompok
masyarakat dan setiap individu perlu memainkan peranan secara langsung untuk
menangani masalah pencemaran ini. Jika tiada pendekatan secara bersepadu
dilaksanakan, tidak mustahil Malaysia akan menghadapi krisis air yang serius dalam
masa 30 tahun lagi sekiranya sumber air yang ada tidak dilindungi.

Pemantauan Kualiti Air Sungai Oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)


Sebagai satu langkah pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai, JAS
telah melaksanakan Program Pengawasan Kualiti Air8 yang merangkumi 120 lembangan
sungai sejak 1978. Pemantauan kualiti air sungai secara manual ke atas 926 buah stesen
dari 120 lembangan sungai, dan juga 10 buah stesen automatik untuk mengesan
perubahan secara terus untuk Sg. Perai, Sg. Perak, Sg. Selangor, Sg. Kelang, Sg. Linggi,
Sg. Melaka, Sg. Skudai, Sg. Keratong, Sg. Terengganu dan Sg. Sarawak. Sampel air
diambil dari stesen-stesen berkenaan untuk dianalisa bagi menghasilkan Indeks Kualiti
Air (WQI).

JAS menjalankan kajian ke atas lembangan-lembangan sungai yang terpilih untuk


mengenalpastikan semua punca pencemaran, mengira beban yang dihasilkan oleh punva-
punca berkenaan dan mengesan impak ke atas sungai itu. Maka pelan tindakan yang
melibatkan langkah struktur seperti pembinaan wetlands, kajian perangkap sediment,
pemasangan perangkap sampah dan langkah mengawal ‘point pollution’serta langkah
bukan struktur seperti peningkatan kesedaran orang awam dan ‘stakeholders’,
memperkemaskan polisi alam sekitar, memperkukuhkan peranan instituisi dan rangka

8
Laporan Tahunan 2004 JAS
perundangan, mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dan meningkatkan aktiviti
pemantauan dirumuskan.

Lembangan sungai di bawah Program Pencegahan Pencemaran Sungai dan


Peningkatan Kualiti Air di bawah Rancangan Malaysia Ke-8
Sumber : Laporan Tahunan 2004 JAS

Pengkelasan
SungaiWQIKelas
Sungai>92.7I76.5 - 92.7II51.9
- 76.5III31.0 - 51.9IV<31.0V

Pengujian Indeks Kualiti Air ( Water Quality Indeks - WQI ) & Pengkelasan Sungai
Sumber : Laporan Tahunan 2003 JAS Kedah

Pembinaan wetlands9 merupakan satu alternatif teknologi yang lebih murah bagi
merawat air. Wetlands tidak memerlukan peralatan yang canggih di mana tumbuhan-
tumbuhan dan mikroorganisma merupakan agen-agen yang aktif dalam proses rawatan.
Putrajaya Wetlands adalah wetland pertama di Malaysia yang dibina untuk rawatan
‘stormwater’, kawalan banjir serta kegunaan rekreasi. Wetlands ini juga berfungsi
9
Putrajaya Wetlands-Data, Performance and Modelling: Sin Cheng Hua, USM.
sebagai tempat perlindungan hidupan liar dan kawasan rekreasi orang awam. Wetlands
ini dibina di lembah Sungai Chuau dan Sungai Bisa dengan jumlah kawasan wetland
seluas 650 hektar, di mana 197 ha terdiri daripada 24 sel-sel wetlands dan Tasik Putrajaya
seluas 453 ha. Air tasik perlu memenuhi standard kualiti air Kelas IIB ( Jadual 2 10 ) yang
ditetapkan oleh JAS, air untuk kegunaan rekreasi dan sentuhan tubuh badan sahaja.

Interim National River Water Quality Standards


Class I Conservation of natural environment,
Water Supply I – practically no treatment necessary,
Fishery I – very sensitive aquatic species.
Class IIA Water supply II – conventional treatment required,
Fishery II – sensitive aquatic species.
Class IIB Recreational use with body contact
Class III Water supply III – extensive traetment required,
Fishery III – common, of economic value, and
tolerant species livestock drinking
Class IV Irrigation
Class V None of the above
Jadual 2 : Interim Standard Kualiti Air Sungai Kebangsaan

Pada Jun 2000, Indeks Kualiti Air dari 78 sampel menunjukkan tiada sebarang sel
wetlands yang tercemar, di mana WQI pada Jun 2000 ialah 84.6 ( WQI > 79
menunjukkan air yang bersih). Ini menunjukkan wetlands berfungsi dengan baik sebagai
sistem penapis air. Akan tetapi wetlands ini mengalami masalah seperti kelodak,
penyakit tumbuhan dan pencerobohan rumpai. Maka wetlands perlulah pemantauan dan
pemeliharaan.

Sistem pembentungan perlu di naiktaraf, dan yang sedia ada perlu dibaikpulih bagi
pengendalian air sisa domestik, di samping mengurangkan pelepasan air sisa yang belum
dirawat, atau yang dirawat dengan tidak sempurna ke dalam sungai. Indah Water
Konsortium telah mengambil alih pengurusan kemudahan pembentungan, loji rawatan
dan tangki septik sejak tahun 1998. Sehubungan dengan ini, terdapat peningkatan dalam
kualiti air mentah di beberapa negeri seperti ditunjukkan daripada pengurangan
keseluruhan dalam jumlah bakteria coliform dalam air mentah daripada 28.1 peratus pada

10
Water Quality Management in Malaysia - Dr Zulkifli Abdul Rahman, JAS, 2000
tahun 1995 kepada 15.7 peratus pada tahun 199811. Di samping itu, ladang penternakan
khinzir juga telah ditempatkan semula dan teknik perawatan sisa babi yang lebih
berkesan telah diperkenalkan untuk menangani pelepasan sisa ternakan ke dalam aliran
air.

Sumber Air Tanah dan Masalah Pencemaran


Sungai dan tasik yang dikenali sebagai air permukaan adalah dua sumber air utama yang
digunakan bagi membekalkan air kepada pengguna. Ekoran peningkatan penduduk dan
pembangunan industri yang pesat, sumber air tercemar sehingga kemungkinan besar
krisis air di masa depan akan tercetus jika langkah-langkah pengurusan air mapan tidak
dilaksanakan. Justeru itu, sumber alternatif kepada air permukaan harus dicari. Pilihan
terbaik ialah air tanah - sumber air tawar yang kedua besar. Air tanah diperolehi daripada
lapisan (strata) tanah atau struktur tanah yang mampu menyimpan air, yang dipanggil
akuifer. Manusia telah memanfaatkan air daripada akuifer ini dengan penggunaan telaga.
Apabila bekalan air mula disalurkan menerusi paip, air tanah tidak begitu popular lagi.

Malaysia yang terletak di kawasan Khatulistiwa mempunyai simpanan air tanah yang
banyak. Malaysia memperolehi purata hujan tahunan 3,000 milimeter setahun. Ini
bermakna ia menerima 990 bilion meter padu (bmp) air, di mana 57 peratus (556 bmp)
adalah larinayar permukaan, 36 peratus (300 bmp) kembali ke asmosfera melalui proses
sejatan dan pemelowapan manakala 7 peratus lagi (64 bmp) terserap ke dalam tanah
menjadi simpanan air tanah. Simpanan air tanah Semenanjung Malaysia dianggarkan
berjumlah 62.719 bmp dengan kadar imbuhan sebanyak 17.250 bmp setahun dan luahan
selamatnya 6.090 bmp setahun atau dengan kadar imbuhan 47.28 juta meter padu sehari
dan luahan selamat 16.71 juta meter padu sehari, air tanah mempunyai air yang
mencukupi kepada semua penduduk. Kebanyakan air tanah digunakan untuk sektor
industri.

Rejim air tanah yang meliputi imbuhan, simpanan, hasil spesifik, luahan selamat,
sempadan dan kualiti dalam sesuatu limbangan adalah parameter dinamik dan agak sukar
ditentukan. Ia banyak bergantung kepada persekitaran seperti geologi, struktur,
11
Laporan Rancangan Malaysia Ke-8 ( 2001-2005) Bab 119 para 19.06
permineralan dan aktiviti permukaan. Daripada 41 kawasan lembangan utama di
Semenanjung Malaysia, dianggarkan lembangan sungai Perak mempunyai kadar luahan
selamat paling tinggi iaitu 762,85 juta meter padu setahun dalam mendapan aluvium dan
127.75 juta meter padu setahun dalam batuan diikuti oleh limbangan sungai Pahang
(682.5 juta meter padu setahun), sungai Rompin/Endau (536.3 juta meter padu setahun).

Sumber air tanah di negara ini mempunyai risiko pencemaran yang tinggi kerana
kedudukannya dalam kitaran hidrologi yang mempunyai kadar imbuhan dan luahan yang
tinggi, serta kemajuan teknologi penggerudian yang semakin mantap dan murah.
Pembinaan telaga mendatar, telaga berjejari, empangan bawah tanah dan susupan tebing
sungai adalah kaedah baru yang sedang berkembang untuk memajukan sumber air tanah.

Pencemaran air tanah pula mungkin berlaku apabila tidak ada sistem sanitasi lengkap
yang menyebabkan simpanan air tanah tercemar dengan nitrat yang tinggi dan
mikroorganisma berbahaya, bahan kimia yang meresap memasuki akuifer dengan
bantuan air hujan di tempat pembangunan dan pelupusan sampah, sisa industri yang tidak
dilupuskan mengikut peraturan, aktiviti perlombongan dan lombong tinggal. Penggunaan
bahan kimia yang berlebihan dalam pertanian turut mencemar akuifer air tanah melalui
proses resapan atau larian ke sumber air permukaan (yang merupakan sebahagian kitaran
air tanah). Pencemaran air tanah sukar dikesan dan berbahaya. Ia mungkin dikesan
setelah berada beberapa tahun dalam air yang dikeluarkan.

JAS juga menjalankan pemantauan kualiti air bawah tanah. Pada tahun 200412, sebanyak
274 sampel daripada 122 buah telaga pemantauan kualiti air tanah yang terletak di
kawasan-kawasan mengikut kategori guna tanah seperti pertanian, perindustrian, padang
golf, tapak penstoran radioaktif, pelupusan tapak J.E., kawasan bekalan air, bekas tapak
perlombongan, perbandaran dan luar Bandar di seluruh negara dianalisiskan. Pengukuran
parameter-parameter fizikal kualiti air dibuat secara in-situ manakala parameter kimia
dan biologi dianalisis di makmal. Parameter in-situ adalah suhu, pH, konduktiviti,
turbidity, salinity dan oksigen terlarut. Parameter seperti bahan kimia organik meruap (

12
Laporan Tahunan 2004, JAS
Volaatile Organic Compound - VOC ), hidrokarbon, racun perosak, logam berat, anion,
bakteria, sebatian berfenol, radioaktif, jumlah keliatan dan jumlah pepejal terlarut
dianalisis di makmal.

Lokasi Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Semenanjung Malaysia.


( Sumber : Laporan Tahunan 2004 Jabatan Alam Sekitar )

Lokasi Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Sabah dan Sarawak.


( Sumber : Laporan Tahunan 2004 Jabatan Alam Sekitar )
Stesen Pemantauan Kualiti Tanah
Air
( Sumber : Laporan Tahunan
2004, JAS)

5 PENCEMARAN LAUT
Laut mengalami pencemaran daripada banyak sumber. Kapal membuang najis dan sisa
terus ke dalam laut. Sungai mengalirkan bahan kimia sektor pertanian seperti pestisid
dan baja bersama dengan buangan sampah-sarap. Kelodak dari ladang, kuari atau hasil
projek pembangunan dan pembalakan dialirkan ke sungai dan dibawa ke laut bersama-
sama dengan effluen-effluen industri. Sampah-sarap dari pantai yang menjadi tarikan
pelancongan juga dialirkan ke laut. Di samping itu, laut juga dicemari oleh logam-logam
berat seperti merkuri, plumbum, zink dan kadmium. Istilah “logam berat” merujuk
kepada kumpulan unsur yang mempunyai ketumpatan melebihi 5 gm/cm3. Antara
contohnya adalah Pb, Cd, Hg, Ni dan Co.
Laut turut dicemari oleh bahan-bahan radioaktif, selain daripada letupan bom nuklear
yang menghasilkan sejumlah besar debu radioaktif, stesen kuasa nuclear menggunakan
air untuk penyejukan semasa operasinya dan membuang sisa air yang mengandungi
bahan radioaktif ke lautan. Dalam masa antara 1967 - 1983, kir-kira 95,000 tan sisa
radioaktif telah dibuang ke dalam laut oleh kuasa-kuasa besar barat. Kapal-kapal selam
yang menggunakan tenaga nuklear juga menyebarkan sejumlah kecil bahan radioaktif ke
dalam laut. Pencemaran semulajadi juga berlaku di laut di mana minyak, yang
merupakan saki baki fosil tumbuhan yang terdiri daripada hidrokarbon, menyerap ke
dalam laut di kebanyakan kawasan pantai.

Limpahan minyak akan menutup permukaan lautan dan membunuh hidupanliar di laut.
Sisa pejal seperti sampah sarap lautan seperti pukat dan alat pembungkus akan
memerangkap hidupan liar seperti burung laut, ikan dan mamalia menyebabkan mereka
lemas atau cedera. Najis mengandungi bakteria, virus dan telur parasit. Ia juga
mengandungi nutrient yang diperlu oleh rumpai air, jika membiak dengan cepat akan
menutupi permukaan laut. Rumpai air mungkin menyumbatkan insang ikan. Logam
berat seperti tembaga dan raksa serta racun kimia termasuk pestisid, akan terbina dalam
rantaian makanan apabila dimakan oleh haiwan plankton dan akhirnya haiwan bahagian
atas rantai makanan akan memperolehi bahan pencemar pada paras yang tinggi.

Menurut Laporan Rancangan Malaysia Ke-8, pemantauan air laut ( berasaskan contoh
yang dikumpulkan daripada 237 stesen ) menunjukkan bahawa pencemar utama perairan
pantai di semua negeri adalah minyak dan gris, jumlah pepejal terampai dan bakteria
Escherichia coli (E. coli). Hampir 94 peratus daripada contoh tersebut dicemari oleh
minyak dan gris, 73 peratus oleh jumlah pepejal terampai dan 30 peratus mengandungi
bakteria E. coli.

Jabatan Alam Sekitar dalam Laporan Tahunan 2004 melaporkan 13 kes pencemaran
marin yang berpunca daripada tumpahan minyak. Kejadian tumpahan minyak adalah
disebabkan oleh insiden perlanggaran kapal, perbuatan pembuangan sisa minyak yang
disengajakan atau tumpahan minyak yang dihanyut daripada perairan negara-negara jiran.
Maka di bawah Rancangan Kontigensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak
(RKKKTM), peralatan kawalan tumpahan minyak telah disediakan di lokasi-lokasi
strategik bagi mengawal tumpahan minyak yang mungkin berlaku.

Lokasi serta keupayaan peralatan kawalan tumpahan minyak di Malaysia.


Pantai Barat Semenanjung : 122.7 KB, Pantai Timur Semenanjung : 44.3 KB, Sabah
& Sarawak : 102.5 KB
(Sumber: Laporan Tahunan 2004 Jabatan Alam Sekitar)
KB : Kilo Barrel / PAJ : Petroleum Association of Japan / MARDEP : Marine
Department / PIMMAG : Petroleum Industry of Malaysia Aid Group

Aktiviti pembersihan pantai akibat


tumpahan minyak.
( Sumber : Laporan Tahunan 2004
JAS )

JAS menjalankan latihan kawalan


tumpahan minyak di Kota Kinabalu,
Sabah pada 24 Jun 2004
( Sumber : Laporan Tahunan 2004 JAS)
Operasi bersama pengawasan udara telah dilaksanakan oleh JAS, Pasukan Polis Udara
dan Unit Tentera Udara Kementerian Pertahanan, untuk mengenal pasti pembuangan
haram minyak dan sisa di Selat Melaka dan Laut Cina Selatan.

Malaysia dikurniakan dengan banyak pulau yang kaya dengan sumber akuatik. Kualiti
air marin memainkan peranan yang penting dan merupakan faktor yang kritikal dalam
penjagaan sumber semulajdi ini. JAS menjalankan Program Pengawasan Kualiti Air
marin Pulau-pulau sejak tahun 1998. Ini melibatkan 71 buah pulau terpilih dengan 85
buah stesen pengawasan, iaitu 3 buah pulau pembangunan; 25 buah pulau peranginan; 38
buah pulau taman laut dan 5 buah pulau yang dilindungi.

6 MENANGANI MASALAH PENCEMARAN AIR


Selain dari agensi kerajaan seperti JAS yang menjalankan perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan mengenai masalah pencemaran air, instituisi pengajian tinggi dan pelbagai
pihak turut melibatkan diri dalam usaha penerokaan teknologi-teknologi baru atau
pendekatan-pendekatan yang lebih efisien untuk menangani masalah ini.

UKM Dan Sirim Berhad telah mencipta dua alat mengkesan pencemaran air13 yang boleh
dibawa ke mana-mana serta menggunakan konsep pakai dan buang untuk pemantauan
awal pencemaran air. Sebelum ini kerja-kerja mengesan pencemaran yang menggunakan
kaedah konvensional memerlukan sampel harus dibawa balik ke makmal untuk diuji kaji
terlebih dahulu. Kedua-dua alat itu yang dikenali sebagai PhenolSens dan Skrin
Elektrode Bercetak dihasilkan melalui kajian yang dipanggil Alat Pengesan Pantas Bio
Bagi Pengesanan Pencemaran Fenol Dalam Persekitaran Akuatik. Phenolsens boleh
mengesan bahan cemar air seperti sebatian fenol yang boleh menyebabkan kanser dalam
persekitaran akuatik berdasarkan kaedah optik. Reka bentuk pengesan bio ini terdiri

13
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=219732_14 September, 2006 16:29 PM
daripada dua lapisan filem bahan polimer komposit yang mengandungi reagen berwarna
manakala enzim yang peka kepada fenol terpegun dalam lapisan biopolymer. Apabila
dicelupkan ke dalam air, reagen tersebut akan bertukar kepada warna hijau bagi
menunjukkan kualiti air yang normal atau merah untuk menunjukkan kehadiran fenol.
Selain fenol, ia boleh mengesan kehadiran ketakol dan m-kresol dan mempunyai
kestabilan rangsangan yang baik serta jangka hayat sekurang-kurangnya tiga bulan.
Sementara itu, Skrin Elektrod Bercetak pula direka bentuk secara mengintegrasi
komponen biologi, kimia dan fizik bagi membolehkannya mengesan pelbagai bahan
kimia secara spesifik dalam makanan dan persekitaran, khususnya air. Ia adalah
teknologi pengesan bio elektrokimia yang menggunakan skrin elektrod bercetak, di mana
elektrod itu boleh dicetak. Bahan biologi seperti enzim disalutkan di atas skrin elektrod
bercetak bersama satu bahan polimer untuk memerangkap bahan enzim yang mana akan
mengukur tahap bahan cemar dalam makanan dan air. Skrin elektrod bercetak itu
digunakan bersama alat meter pengesan elektron dan apabila dicelupkan ke dalam air,
akan mengesan kehadiran elektron yang dihasilkan akibat pencemaran. Alat ini mampu
mengesan formaldehid (bahan pengawet) dalam makanan laut seperti ikan, perisa
monosodium glutamate dalam makanan, racun makhluk perosak dalam sayur-sayuran,
amonia dan sebatian fenol dalam air. Akan tetapi, kaedah konvensional akan terus
digunakan untuk mengesahkan pencemaran kerana ianya lebih tepat serta mematuhi
kehendak perundangan.

Coastal Resources Risk Index (Corri)


Coastal Resources Risk Index (Corri)14 adalah suatu penilaian terhadap kesan
pencemaran air terhadap produktiviti sumber asli pinggir pantai. Sumber-sumber asli
pinggir pantai seperti paya, bakau, muara, tanah alluvial, flora dan fauna perlu dipulihkan
bagi kepentingan keseimbangan ekosistemnya. Kebanyakan aktiviti sosio-ekonomi
seperti pertanian, perikanan dan pelancongan adalah terletak di kawasan pinggir pantai
dan amat bergantung kepada sumber-sumber asli tersebut. Produktiviti sektor ekonomi ini
akan terjejas jika berlaku pencemaran terutamanya pencemaran air yang berpunca dari
14
Cadangan Pembangunan Coastal Resources Risk Index (Corri) Bagi Menilai Kesan Pencemaran Air Terhadap
Produktiviti Sumber Asli Pinggir Pantai. http://www.nahrim.gov.my/services-research-06.html
sisa penggunaan bahan kimia pertanian, sisa buangan industri, air kumbahan domestik
yang akan memberi impak kepada produktiviti sumber asli pinggir pantai.
Tahap sensitif sumber asli pinggir pantai termasuk sumber pertanian dan perikanan
terhadap pencemaran air perlu dikaji dengan menggunakan Environmental Sensitivity
Index dan Water Quality Modelling. Dengan mengetahui tahap sensitif sumber asli
berkenaan, risiko sumber asli pinggir pantai tersebut akan dapat dikenalpasti dan
dinilaikan seterusnya ‘Coastal Resource Risk Index’ iaitu satu indeks yang digunakan
untuk menilai impak pencemaran ke atas sumber asli pinggiran pantai akan dapat
dibangunkan.

Malaysia masih lagi belum mempunyai ‘Coastal Resource Risk Index’ dalam menilai
impak pencemaran ke atas sumber asli pinggiran pantai. Perkara ini amat perlu diberi
penekanan dan perhatian yang serius bagi memastikan pelan perancangan pembangunan
dapat diatur supaya kesan pencemaran dari aktiviti pembangunan tidak akan menjejaskan
hasil pendapatan negara yang diperolehi melalui aktiviti sosio-ekonomi yang bergantung
kepada sumber asli pinggiran pantai.

Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber-Sumber Semulajadi


Sumber semulajadi, terutamanya sumber air yang bersih, terus menjadi penting kepada
pembangunan negara. Dengan kesedaran dan peningkatan permintaan dan tekanan
terhadap sumber air, penggunaan sumber air perlu dipantau dan diurus bagi memastikan
pembangunan yang mampan. Langkah menyepadukan lagi aspek alam sekitar ke dalam
perancangan dan pengurusan guna tanah juga hendak diambil. Impak alam sekitar
terhadap cadangan guna tanah hendak dinilai pada peringkat perancangan dan penilaian
strategik alam sekitar.

Pihak berkenaan hendak merangkakan garis panduan perancangan fisikal untuk


memastikan pembangunan yang mampan meliputi pembangunan kawasan pantai, pulau,
kawasan terbuka, kawasan perumahan, kolam tadahan, pelupusan sisa pepejal,
pemuliharaan pokok-pokok dan kawasan sensitif alam sekitar agar penjagaan sumber air
terus diutamakan.
Pembangunan yang menjejaskan kawasan hutan simpan semulajadi perlu diawasi.
Aktiviti pembalakan yang berlebihan serta pembangunan tanah secara besar-besaran
boleh mengakibatkan pupusnya hutan, hakisan yang serius dan pengurangan kawasan
tadahan, yang boleh mendatangkan kesan ke atas cuaca, suhu, sumber air dan kualiti
tanah serta pencemaran pantai. Usaha mengurus sumber hutan secara mampan telah
dipertingkatkan oleh kerajaan dan hutan pelbagai guna digalakkan. Pada tahun 2000 15,
hutan simpanan kekal adalah berjumlah kira-kira 14.33 juta hektar berbanding dengan
14.29 juta hektar pada tahun 1995.

Pencemaran sumber air dan pencerobohan pembangunan ke dalam kawasan hutan


simpanan dan kawasan tadahan air adalah di antara beberapa factor yang menyebabkan
kekurangan bekalan air di beberapa negeri di Malaysia. Maka kerajaan telah
menubuhkan Majlis Sumber Air Negara pada tahun 1998 untuk menyediakan forum bagi
menentukan pendekatan yang menyeluruh terhadap perancangan dan pengurusan sumber
air.

Kesedaran Alam Sekitar


Sebagai satu alat untuk mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat, pendidikan mengenai
alam sekitar telahpun diperkenalkan di dalam kurikulum sekolah untuk peringkat atas
sekolah rendah sejak 1986 menerusi mata pelajaran 'Manusia dan Alam Sekitar'. Mata
pelajaran tersebut adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan, tanggapan dan
mewujudkan sikap positif terhadap alam sekitar menerusi pendekatan yang bersepadu.
Manakala di peringkat ijazah, terdapat kursus yang meliputi perkara-perkara mengenai
alam sekitar seperti kawalan pencemaran, pengurusan alam sekitar dan teknologi kawalan
alam sekitar . Program pendidikan dan kesedaran mengenai alam sekitar juga dijalankan
secara tidak formal oleh berbagai agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan
sektor swasta. Di samping itu, berbagai kempen diadakan oleh kerajaan dengan
kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan untuk menggalakkan penggunaan

15
Rancangan Malaysia Ke Lapan (2001-2005) :Bab 19 : Alam Sekitar Dan Pengurusan Mampan Sumber
Asli II : Kemajuan, 1996-2000 para 19.07
air secara bijak dan pemuliharaan sungai, terutamanya melalui kempen tahunan Cintailah
Sungai Kita. Namun pencemaran alam sekitar kekal menjadi agenda utama masyarakat
hari ini. Adalah masanya untuk kementerian pelajaran memperkasakan kurikulum
sekolah agar nilai murni mencintai alam sekitar terus diterap melalui mata pelajaran teras,
dan bukannya melalui mata pelajaran sampingan seperti masa sekarang.

7 PENUTUP
Sering kali jika timbul satu-satu isu, yang menjadi sasarannya ialah pihak
yang berada paling hampir dengan punca masalah itu. Jika diperhatikan senario ini,
hakikatnya, inilah masalah utama yang dihadapi iaitu soal mengambil tanggungjawab
masih jarang dipraktikkan. Tiada pihak yang berani atau sanggup mengakui kesilapan.
Malah masing-masing tuding-menuding mencari kesalahan orang lain. Akhirnya masalah
yang wujud bukan sahaja berlanjutan malah semakin serius. Yang menjadi mangsa ialah
rakyat - kita semua.

Hakikatnya, kerjasama secara bersepadu memainkan peranan penting kerana alam sekitar
adalah tanggungjawab semua. Bukan pihak berkuasa atau pihak
tertentu sahaja yang terlibat. Dalam hal ini semua memerlukan air. Masalah sekarang
ialah kita tiada pengurusan bersepadu di peringkat makro. Sebenarnya undang-undang
sedia ada sudah cukup untuk menghalang bencana buruk
berlaku. Malangnya kelemahan penguatkuasaan sering menggagalkan usaha murni itu.

Ketika ini, tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah
sumber air berbau ialah dengan menutup pusat pelupusan sampah yang dikatakan
punca pencemaran atau leachate. Pusat pelupusan sampah Hulu Kembong yang
dikatakan punca pencemaran atau leachate diarah tutup Disember 2006 ini. Namun jika
setiap kali masalah air berbau dihadapi, setiap kali itu juga tindakan sama diambil, maka
masalah ini dilihat tidak akan selesai sampai bila-bila. Malah ia akan timbul dari semasa
ke semasa dalam wajah baru dengan pokok persoalan serupa iaitu pencemaran sungai.
Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA), Universiti
Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Zaini Ujang berkata16, punca pencemaran air yang
paling ketara adalah akibat perubahan guna tanah dari hutan simpan kepada
aktiviti seperti pertanian, perumahan dan industri. Menurutnya lagi, krisis air bukan
sahaja melibatkan masalah bau tetapi juga banjir selain kemarau panjang seperti yang
berlaku pada tahun 1997. Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Air
Antarabangsa mencadangkan agar Pelan Induk Nasional Pengurusan Kawasan Tadahan
Air digubal untuk menjadi satu garis panduan lebih efisien dalam menguruskan
kawasan tadahan air. Dalam hubungan ini, masalah pencemaran air sungai bukanlah satu
isu baru bahkan telah bertapak selari dengan kemajuan pesat pembangunan negara.

Yang pasti, krisis kualiti bekalan air yang tidak mencapai tahap kepuasan
pengguna telah mula mengisi dimensi pengurusan air di Malaysia. Dan ini
mungkin merupakan satu lembaran baru ke arah masa depan dalam menangani
masalah pencemaran air. Paling penting, selepas ini rakyat tidak lagi tertanya-tanya siapa
sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan sungai tercemar - kerajaan pusat,
kerajaan negeri, JAS, industri atau pihakpihak lain!

16
Menangani krisis air. Utusan Melayu, 23rd April 2006.
http://www.monitoringglobalisation.org/index.php?option=com_content&task=view&id=337&Itemid=4
6