Anda di halaman 1dari 1

BIODATA Puteri bertuah kepada En. Jamaludin b. Hashim dan Pn. Nor Aini bt.

Surahman ini diberi nama NURAISYAH FATIQA BT. JAMALUDIN. Beliau dilahirkan pada 21 OGOS 2001 di Hospital Sultanah Fatimah, Muar ,Johor . Anak pertama daripada 4 orang adik beradik ini bercita-cita ingin menjadi seorang doktor yang dapat berkhidmat kepada masyarakat suatu ketika nanti. Beliau mendapat Pendidikan awal di Tabika Kemas seawal umur 4 tahun. Di masa lapangnya, beliau gemar bermain komputer dan bermain badminton. Kepintarannya dalam bidang akademik telah menyerlah sejak kecil lagi. Seawal umur 3 tahun beliau sudah pandai membaca. Beliau sering meraih tempat pertama setiap kali menduduki peperiksaan. Ketika berada di dalam kelas Pra sekolah , beliau telah berjaya mewakili Daerah Muar untuk menyertai pertandingan mewarna di peringkat negeri Johor. Beliau juga telah menyertai beberapa aktiviti di sekolah seperti perkhemahan, motivasi UPSR dan pertandingan mewarna. Beliau mewakili sekolah ke pertandingan kuiz Matematik peringkat daerah dari tahun 1 sehingga Tahun 6..Di sekolah beliau menjawat jawatan sebagai seorang pengawas. Beliau juga merupakan Pengerusi bagi Kelab Bola Jaring. Beliau seorang murid yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum. Beliau telah mewakili sekolah dalam pertandingan Bola Jaring di peringkat Daerah Muar. Sealin itu beliau juga aktif dalam bidang muzik. Antara kejayaan yang pernah dicapainya ialah mendapat tempat ke-tiga dalam pertandingan Ghazal di peringkat Negeri Johor. Beliau merupakan pemain alat muzik utama iaitu harmonium dalam pasukan ghazal Sekolah kebangsaan Parit Jawa.

Anda mungkin juga menyukai