Anda di halaman 1dari 30

Perancangan Strategik 2009

KATA ALUAN GURUBESAR

Perancangan Strategik adalah tulang belakang kepada pengurusan sekolah. Ia merupakan satu proses merancang hala tuju organisasi yang kemudiannya akan menjadi panduan kepada semua guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Perancangan Strategik ini juga adalah suatu agenda pengurusan pendidikan yang amat berkait rapat dengan kecemerlangan dan kualiti akademik ke arah pancapaian matlamat pendidikan bertaraf dunia. Melaluinya setiap program akademik yang bakal dilaksanakan hendaklah dirancang secara penuh sistematik bagi mencapai keberkesanannya dengan melibatkan strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses menyampaikan pelajaran. Bagi Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, fokus Perancangan Strategik Lima Tahun ini lebih menekankan kepada pengurusan akademik yang terancang rapi kerana sesungguhnya Sekolah Kebangsaan Syed Sheh sentiasa berusaha ke arah melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kecemerlangan, bertaqwa dan sentiasa beriltizam untuk mencapai kecemerlangan. Walaupun sebilangan besar murid sekolah ini adalah dalam lingkungan tahap sosio-ekonomi yang rendah, namun usaha yang padu serta jitu dengan penggemblengan tenaga para guru amatlah perlu demi merealisasikan cogankata Kecemerlangan Iltizam Kami Perancangan Strategik Pengurusan Akademik ini hendaklah dijadikan sebahagian daripada sistem kawalan yang menentukan prestasi sekolah secara keseluruhannya kerana ia berkaitan dengan membuat keputusan. Keputusan yang dibuat amat penting untuk menentukan hari esok dan masa depan seterusnya. Buku Perancangan Strategik ini dihasilkan dengan tujuan membolehkan para pendidik sekolah ini terus melaksanakan segala program akademik yang dirancang ke arah pencapaian wawasan negara dengan lebih berkesan. Demi mencapai impian ini keterlibatan dan komitmen setiap warga Sekolah Kebangsaan Syed Sheh amatlah penting dan sangat-sangat diperlukan. Semoga dengan usaha murni ini Sekolah Kebangsaan Syed Sheh akan terus mengorak langkah ke hadapan dengan lebih gagah selaras dengan kehendak visi dan misinya.

FATHIMAH BEEVEE BT AHMAD KABIR Guru Besar Sekolah Kebangsaan Syed Sheh 09200 Kupang, Kedah Darul Aman. 31.12.2008

JAWATAN KUASA PERANCANGAN STRATEGIK PENGERUSI : PUAN FATHIMAH BEEVEE BT AHMAD KABIR GURU BESAR SETIAUSAHA : PN. HJH JARIAH BT ABDUL RASHID GURU PENOLONG KANAN 1 PN. CHE AINUN BT MOHAMMAD GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID EN. ZAKARIA BIN JAHAYA GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM AJK (KETUA PANITIA) BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN SENI VISUAL MUZIK KEMAHIRAN HIDUP BAHASA ARAB : PN. ROS AZIPAH BT ZAKARIA PN. ERNIE MASLIZA BT ZOLKEPLY EN. MOHD TARMIZI BIN ABDUL AZIZ PN. NAIMAH BT HASSAN PN. NORSHAHIDAH BT KHALID PN. ROIZAH BT ABDUL RASHID PN. HJH ASIMAH BT ABDUL RAHAMAN EN. RAZAK BIN ABDULLAH EN. MOHD NOR FADZIL BIN SULAIMAN UNIT KAUNSELING : EN RAZAK B ABDULLAH UNTI KECEMERLANGAN UPSR : CIK RAFIDAH BT ABDULLAH UNIT PUSAT SUMBER PUSAT AKSES SEKOLAH : CIK RAFIDAH BT ABDULLAH EN. MD NOR FADZIL BIN SULAIMAN UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMPUTER : AHMAD NAWAR BIN ABDUL HAMID

CARTA ORGANISASI SEKOLAH

RASIONAL PERANCANGAN STRATEGIK Penguasaan ilmu di kalangan pelajar sekolah mula menampakkan peningkatan yang beransur maju. Pengukuran ini dibuat berdasarkan pencapaian dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Lima Tahun lepas. Namun suatu tindakan yang drastik amat perlu dilaksanakan untuk memastikan kejayaan ke arah yang lebih membanggakan dan sentiasa di tahap cemerlang. Dengan terhasilnya perancangan strategik ini adalah diharapkan guru-guru dapat menjadikannya sebagai satu panduan hala tuju yang amat jelas untuk membolehkan suatu perubahan tindakan dapat dilaksanakan di peringkat sekolah. MATLAMAT PERANCANGAN STRATEGIK Matlamat Peracangan Strategik sekolah ini ialah untuk pelajar-pelajar dan guru mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta berupaya memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Perancangan strategik kali ini lebih berfokus kepada peningkatan prestasi semua matapelajaran disamping mensifarkan bilangan pelajar yang gagal menguasai kemahiran 3 M. Justeru itu perancangan strategik juga memberi tumpuan dan penekanan kompetensi guru sejajar dengan tuntutan penyediaan pelajar bagi mengharungi cabaran dan pergolakan arus perdana di alaf baru ini.

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KEPADA PELAJAR-PELAJAR SUPAYA MENJADI INSAN BERIMAN, BERTAQWA DAN CEMERLANG. BERSEDIA MELAYAN MESRA PELAJAR, IBU BAPA DAN WARIS PELAJAR DALAM SEMUA URUSAN SEKOLAH DENGAN SEGERA. SENTIASA BERUSAHA MEWUJUDKAN SUASANA SEKOLAH YANG LEBIH CERIA, INDAH, DAN MENYEMAI SEMANGAT TANGGUNGJAWAB SERTA CINTA AKAN SEKOLAH. SENTIASA BERUSAHA MENINGKATKAN TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURIKULUM DAN KOKURIKULUM. SENTIASA MEWUJUDKAN SUASANAN HARMONI DI KALANGAN WARGA SEKOLAH.

MOTO SEKOLAH ILMU SINAR HIDUP

SLOGAN SEKOLAH
KECERMERLANGAN ILTIZAM KAMI LOGO SEKOLAH

WARNA SEKOLAH

Penerangan warna dan takrif bendera ~ Warna merah , hitam dan oren adalah warna khas sekolah. Stuktur kompsisi dan takrif

~Perisai membawa maksud mempertahankan ketinggian pendidikan di sekolah ~Obor adalah simbol membawa kamajuan khususnya di dalam bidang pendidikan ~Buku merah melambangkan rancangan yang teratur untuk kemajuan di masa akan datang dan punca ilmu yang mesti dicapai ~Alatan sains dan metamatik menandakan matapelajaran utama disamping mata pelajaran lain untuk melahirkan generasi yang berwibawa dan berketerampilan di masa akan datang ~Tahun 1946 bersamaan 1365 adalah tarikh sekolah ini ditubuhkan VISI SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SYED SHEH AKAN MENJADI ANTARA SEKOLAH SEKOLAH TERBAIK DALAM DAERAH BALING SIK MENJELANG 2015

MISI SEKOLAH Untuk mencapai visi ini, Sekolah Kebangsaan Syed Shed berazam untuk:1. Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih cekap dan berkesan. 2. Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum 3. Melahirkan pelajar-pelajar yang berbudi pekerti dan bersahsiah mulia. 4. Melahirkan pelajar-pelajar yang berkebolehan dalam kokurikulum 5. Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria. 6. Menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti. MATLAMAT STRATEGIK SEKOLAH Misi sekolah:Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kurikulum. Matlamat strategik 1. Memastikan kualiti pengajaran guru di tahap optima dengan menggunakan sumber-sumber yang ada secara maksima. 2. Memastikan Pusat Sumber Sekolah berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu. 3. Memastikan panitia merancang, mengurus dan melaksana semua program pendidikan dengan lebih efisyen. 4. Membantu pelajar menjalani kehidupan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan masyarakat luar. 5. Menyediakan pelajar yang bersikap telus, bermotivasi tinggi dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran pendidikan. 6. Meningkatkan kecemerlangan Akademik pelajar kepada Gred Purata Sekolah 2.0.

STRATEGI SEKOLAH MS 1. Memastikan kualiti pengajaran guru di tahap optima dengan menggunakan sumber-sumber yang ada secara maksima. 1.1 Memantapkan penyediaan peralatan dan kemudahan yang mencukupi serta bersesuaian kepada guru untuk menambah kecekapan kerja. 1.2 Memastikan semua guru menerima dan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme. 1.3 Meningkatkan penguasaan dan kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat. 1.4 Mewujudkan pemuafakatan kerja dalam suasana yang harmonis dan ceria. MS 2. Memastikan pusat sumber sekolah berfungsi dengan berkesan sebagai pusat kecemerlangan ilmu. 2 .1 Melengkapkan Pusat Sumber Sekolah dengan bahan dan peralatan yang mencukupi serta bersesuaian. 2.2 Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam pusat sumber sekolah. 2.3 Memantapkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah. 2.4 Merancang, memantau dan melaksana aktiviti-aktiviti sokongan akademik dengan berkesan. MS 3. Memastikan panitia merancang, mengurus dan melaksana semua program pendidikan dengan lebih efisyen. 3.1 Meningkatan kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru dengan lebih efisyen. 3.2 Melaksanakan program- program peningkatan kecemerlangan akademik di tahap berkualiti dan cemerlang. 3.3 Memastikan penglibatan dan kerjasama waris dalam setiap program yang dianjurkan panitia/sekolah. MS 4. Membantu pelajar menjalani kehidupan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan masyarakat luar. 4.1 Mewujudkan program kesedaran terhadap kepentingan ilmu kepada pelajar dan ibu bapa . 4.2 Membina keyakinan diri dan semangat kerjasama di kalangan pelajar. 4.3 Meningkatkan kecemerlangan dan keterampilan pelajar-pelajar lelaki. 4.4 Memantapkan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah. MS 5. Menyediakan pelajar-pelajar yang bersikap positif, bermotivasi tinggi dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran pendidikan. 5.1 Memastikan peratus kehadiran pelajar berada di tahap maksima. 5.2 Mewujudkan prasarana pembelajaran yang kondusif, menarik dan harmonis.

5.3 Meningkatkan penguasaan dan kemahiran pelajar dalam bidang teknologi maklumat. MS 6. Meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar kepada Gred Purata Sekolah 2.0. Memantapkan pengurusan akademik di peringkat jawatankuasa kerja. Memastikan semua pelajar dapat menghayati dan mengamalkan budaya ilmu dengan berkesan. Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam semua mata pelajaran UPSR. Mewujudkan kesedaran dan kerjasama waris untuk bersama-sama mencapai sasaran kecemerlangan. ANALISIS PERSEKITARAN SEKOLAH (BERDASARKAN ANALISIS SWOT) ANALISIS SUMBER DI BAWAH KAWALAN

1. FAKTOR PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KEKUATAN S1 Seorang Guru Besar yang berpengalaman 12 tahun (DGA 38) S2 3 orang Guru Penolong Kanan Hakiki (DGA 32) S3 1 orang Pembantu Tadbir Kewangan (N 17) S4 1 orang Pembantu Tadbir Rendah (N11) S5 1 orang Pembantu Am Rendah (N11) S6 2 orang Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah (N17) S7 Bersikap lebih terbuka S8 Empowerment / Pengupayaan kepada semua guru supaya melaksanakan tugas dengan berkesan. S9 Perancangan yang berkesan. S10 Peralatan pejabat mencukupi. S11 Pengurusan sekolah mantap. S12 Semua guru Penolong Kanan mencukupi. S13 Pengurusan masa pentadbiran mencukupi. KELEMAHAN W1 Pengagihan tugas/ beban guru kurang memuaskan. W2 Pengurusan sistem fail yang lemah dan kurang memuaskan. W3 Tiada pemantauan secara konsisten. W4 Mesyuarat sering dibuat masa pengajaran dan pembelajaran. W5 Perhimpunan sering melebihi masa

2. FAKTOR KEWANGAN KEKUATAN S1 Kewangan yang mencukupi dan mantap S2 Pengagihan kewangan yang berkesan S3 Pengurusan kewangan dengan cekap S4 Tiada teguran dari audit S5 Kewangan sentiasa dipantau oleh guru besar, penolong kanan 1 dan disemak oleh audit S6 Proses perbelanjaan adalah tulus S7 Mencapai tahap 5 bintang. KELEMAHAN W1 Lewat mengemukakan tuntutan. 3. FAKTOR GURU KEKUATAN S1 34 orang guru terlatih S2 5 orang guru j-QAF S3 4 orang Guru Pemeriksa Kertas UPSR (3-BM, 1-BI) S4 1 orang Guru Bimbingan S5 2 orang Guru Prasekolah Terlatih S6 1 orang Guru Penggubal Soalan Bahasa Inggeris peringkat daerah S7 1 orang Guru Media S8 1 orang guru Penyelaras Bestari DG41 S9 2 orang Guru Terlatih DG41 S10 Ramai guru terdiri daripada anak-anak tempatan. S11 30% daripada guru-guru adalah guru-guru muda yang berkhidmat antara 1 hingga 8 tahun. S12 Mempunyai 1 orang guru bujang S13 Keseluruhan opsyen guru yang agak seimbang S14 18 orang guru opsyen Bahasa Melayu S15 4 orang guru opsyen Matematik S16 4 orang guru opsyen Bahasa Inggeris S17 2 orang guru opsyen Pra S18 1 orang guru opsyen Muzik S19 6 orang guru opsyen Pendidikan Islam S20 2 orang guru opsyen Sains

S20 1 orang guru opsyen Pendidikan Jasmani S22 2 orang pembantu pengurusan murid. S23 5 orang guru j-Qaf 3.2 KELEMAHAN W1 1 orang guru tidak terlatih W2 1 orang guru bermasalah kesihatan W3 10 orang guru lelaki (terdiri daripada 41 orang guru) W4 Kekurangan 2 orang guru opsyen Bahasa Inggeris W5 Kekurangan 1 orang guru opsyen Bahasa Arab Komunikasi W6 5 orang guru kurang bermotivasi dan kurang komitmen. W7 Guru kurang bekerja sebagai pasukan. W8 Guru kurang memahami tugas dan peranan masing-masing. W9 Pengurusan masa guru untuk pengajaran dan pembelajaran kuran berkesan dan tidak mantap. W10 Tinggal kelas kerana kurang urusan rasmi W11 Guru Ganti tidak berkesan. W12 Guru kurang cekap atau lewat dalam sesuatu tindakan W13 Guru tidak menumpukan masa rehat sepenuhnya untuk membereskan tugasnya. 4. FAKTOR PELAJAR 4.1 KEKUATAN S1 80% pelajar tinggal berhampiran sekolah S2 100% pelajar berketurunan Melayu dan beragama Islam S3 Nisbah pelajar lelaki dan perempuan yang seimbang S4 Hubungan baik antara pelajar S5 Pelajar sentiasa memberi kerjasama dan sokongan yang baik S6 Kadar ponteng murid semakin berkurangan. 4.2 KELEMAHAN W1 80% daripada kalangan pelajar bertaraf sosio ekonomi rendah W2 Kurang berminat untuk belajar W3 Bersikap malas belajar W4 8 % pelajar lembap / pemulihan W5 Terpaksa meninggalkan kelas untuk aktiviti kokurikulum W6 Cepat lupa / gagal menguasai kemahiran W7 Kerap ponteng sekolah W8 Disiplin pelajar masih ditahap rendah. W9 Semangat berlumba serta kerajinan di tahap rendah W10 Kurang kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris

5. FAKTOR FIZIKAL DAN KEMUDAHAN

5.1 KEKUATAN S1 Kawasan sekolah yang luas 9 ekar S2 19 Bilik darjah 750 kaki persegi setiap satu dan mencukupi S3 1 unit Pusat Sumber yang memuaskan dan lengkap S4 1 unit dewan sekolah seluas empat bilik darjah S5 Pejabat pentadbiran yang lengkap S6 Sebuah bilik PPSMI yang lengkap S7 1 unit Bilik Pemulihan Khas yang luas. S8 1 unit bilik stor SPBT S9 1 unit makmal komputer lengkap dengan 20 set komputer S10 1 unit Pusat Akses Sekolah lengkap dengan 10 set komputer S11 1 unit surau S12 1 unit kedai buku sekolah (ubahsuai) S13 1 unit bilik bimbingan dan kaunseling (ubahsuai) S14 1 unit bilik sains S15 2 unit prasekolah S16 1 unit bilik guru S17 1 unit bilik mesyuarat S18 1 unit stor sekolah S19 1 unit pondok pengawal S20 1 gelanggang bola jaring S21 1 gelanggang bola sepak S22 Dataran perhimpunan S23 6 bilik tandas guru S24 7 bilik tandas murid S25 1 unit pencawang elektrik S26 1 unit kantin 5.2 KELEMAHAN W1 Pengurusan Pusat Sumber Sekolah kurang mantap W2 Kekurangan 2 bilik pengurusan untuk guru-guru Penolong Kanan di pejabat. W3 Bilik-bilik khas sempit kerana terpaksa dikongsi oleh unit kaunseling dan unit pengawas. W4 Bilik PPSMI kurang ceria / kurang kondusif. W5 Bilik Pemulihan Khas kurang kondusif masih dalam proses pengubahsuaian. W6 Stor / bilik SPBT kurang kondusif. W7 Pengajaran dan pembelajaran dalam makmal ICT kurang mantap W8 Padang tidak mencukupi untuk balapan 400 meter ANALISIS PERSEKITARAN SEKOLAH ANALISIS SUMBER DI LUAR KAWALAN 1. FAKTOR PIBG

1.1 PELUANG O1 Hubungan baik dengan sekolah O2 Sedia membantu O3 Prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang sekolah O4 Pengerusi PIBG adalah seorang terpelajar JUSA C O5 AJK memainkan peranan yang aktif dalam perkembangan pembangunan akademik. 1.2 ANCAMAN / CABARAN T1 Kekerapan mesyuarat terganggu kerana sibuk dengan urusan peribadi. T2 Kurang sambutan dalam budaya gotong-royong T3 Cepat bertindak ke atas sesuatu keputusan yang tidak tulus daripada pentadbir yang berkaitan dengan waris murid 2. FAKTOR STAKE HOLDERS 2.1 PELUANG O1 Hubungan baik dengan JPN dan PPD O2 Sedia membantu dan membimbing. O3 Peranan pegawai pentadbir kaunselor daerah aktif O4 Peranan Majlis Guru Besar dan Pusat Kegiatan Guru berkesan O5 Sokongan kewangan PIBG, KEDA dan korporat

2.2 ANCAMAN / CABARAN T1 Tindakan atau lambat menerima keputusan T2 Lambat untuk berurusan T3 Pegawai atasan terlalu sibuk untuk melayan kerenah sekolah

3. FAKTOR ADUN & POLITIK 3.1 PELUANG O1 Adun yang prihatin dan sedia membantu 3.2 ANCAMAN / CABARAN T1 Adun lambat bertindak T2 Sekolah lambat menerima bantuan atau sumbangan daripada pihak orang perseorangan T3 Harapan komuniti setempat terhadap sekolah amat tinggi tetapi dengan pulangan yang amat berkurangan

4. FAKTOR KOMUNITI SETEMPAT 4.1 PELUANG O1 Prihatin terhadap pelajaran anak-anak O2 Bekerjasama O3 Mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu O4 Mempunyai pandangan kehadapan dalam peningkatan prestasi akademik sekolah O5 Peranan PIBG berkesan O6 Hubungan baik dengan sekolah 4.2 ANCAMAN / CABARAN T1 80% daripada kalangan waris bertaraf sosio ekonomi rendah T2 Sikap tidak mengambil berat terhadap pelajaran T3 Suasana rumahtangga tegang T4 Aspirasi yang terlalu tinggi T5 Tiada pendedahan kepada perubahan T6 Kurang pendidikan agama di kalangan ibu bapa T7 Tahap pendidikan waris rendah

5. FAKTOR PERSEKITARAN 5.1 PELUANG O1 Persekitaran yang indah O2 Jauh dari kesibukan lalu lintas O3 Persekitaran kampung yang tegang dan tenteram O4 Penduduk setempat yang mesra dan sanggup bekerjasama

5.3 ANCAMAN / CABARAN T1 Kurang sumber rujukan dan maklumat T2 Kurang desakan terhadap pencapaian ilmu T3 Rakan sebaya yang malas

T4 Budaya lepak pada masa cuti sekolah T5 Tiada kesedaran di kalangan waris terhadap kepentingan anak untuk berilmu. JADUAL KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR (2004-2008)

TAHUN 2004 2005 2006 2007 2008

BIL. CALON 105 114 109 118 112

BM(K) 86.14 91.96 92.31 85.34 88.39

BM(P) 86.14 89.29 83.65 88.79 80.36

BI 61.39 60.71 57.14 67.24 68.75

MT 81.19 83.93 75.24 93.97 72.32

SN 74.26 79.46 74.29 80.17 65.18

% LULUS KESELURUHAN 59.41 (60 orang) 57.14 (64 orang) 52.38 (55orang) 67.24 (78 orang) 57.14 (64 orang)

GPS 2.58 2.61 2.61 2.38 2.71

ANALISIS MATA PELAJARAN (2004-2008)

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU PENULISAN

RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN SYED SHEH
1. Rasional Rancangan Pemajuan Sekolah ( RPS ) adalah antara satu strategi yang digunakan oleh pihak pentadbir sekolah untuk meningkatkan sistem pengupayaan kendiri dalam proses pemantauan dan kawalan pelaksanaan aktiviti sekolah. Semoga dengan adanya Rancangan Pemajuan Sekolah, semua aktiviti akan dijalankan dengan lebih bertanggungjawab. 2. Konsep dan Pelaksanaan Rancangan Pemajuan Sekolah 2.1 RPS ini adalah satu proses kawalan yang berterusan bagi memastikan setiap guru dan murid mencapai potensi kemajuan ke tahap yang maksimum. Proses kawalan ini akan dapat membantu meningkatkan kualiti pemikiran semua pihak untuk merancang, melaksana, menilai dan membuat penambahbaikan sekiranya RPS dilaksanakan mengikut perancangan yang komprehensif dan bersepadu. 2.2 RPS dapat membantu pihak pengurusan sekolah untuk menyediakan perancangan aktiviti sekolah dengan betul, lengkap, kemaskini dan mengikut prosedur.

2.3 RPS dapat membantu pihak sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan setiap aktiviti yang dilaksanakan, justeru membantu memperbaiki proses perancangan aktiviti tersebut ke arah yang lebih baik dan berkualiti. Dengan ini proses pelaksanaan dan output dapat dipertingkatkan. 2.4 RPS ini akan digunakan oleh semua pihak di sekolah sebagai sumber kawalan dan penilaian bagi meningkatkan kualiti produktiviti secara seragam dan teratur. 2.5 Instrumen RPS yang mudah dan lengkap dapat memudahkan tugas penambahbaikan dan peningkatan kualiti. 2.6 Guru Besar berperanan sebagai penggerak dan pemudahcara bagi menyediakan RPS ke arah perubahan. 2.7 Semua warga sekolah dilibatkan secara aktif dalam proses pelaksanaan RPS 2.8 RPS menuntut pemantauan yang berterusan di samping melakukan pengubahsuaian ke atas program-program dan proses-proses yang kurang berkesan. 2.9 Pemajuan ke atas kemenjadian murid amat berkait rapat dengan apa yang sebenarnya berlaku di dalam semua aktiviti yang melibatkan mereka. Guru hendaklah bersedia melakukan refleksi ke atas semua amalan aktiviti pengajaran demi memenuhi kehendak setiap individu yang berbeza-beza itu. 3. Ahli Jawatankuasa Rancangan Pemajuan Sekolah Pengerusi : Guru Besar Naib Pengerusi : Puan Penolong Kanan Kurikulum Ahli Jawatankuasa : En. Mat Aris bin Sulaiman En. Abdul Nasir bin Shaari En. Zakaria bin Jahaya Puan Sarjanawati bt. Mohamad Puan Sakinah bt. Ibrahim Puan Norma bt. Salleh Puan Soleha bt. Din Pun Puan Noor Aida bt Abdul Razak

4. Tugas dan Peranan Ahli Jawatankuasa 4.1 Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa 4.2 Membuat hebahan kepada semua staf mengenai RPS 4.3 Mengadakan taklimat pemahaman SKPM 4.4 Mengedar Borang Audit Kualiti Dalaman. 4.5 Melaksanakan RPS dengan menerapkan Audit Kualiti Dalaman selepas sesuatu program dilaksanakan. 4.6 Mendokumentasikan RPS 4.7 Mengadakan mesyuarat susulan dan tindakan penambahbaikan. 5. Rumusan Adalah menjadi harapan agar RPS dapat dilaksanakan dengan berkesan demi mencapai matlamat visi dan misi sekolah.

Anda mungkin juga menyukai