Anda di halaman 1dari 6

Buli Di sekolah PENGENALAN Murid ialah generasi pelapis pada masa akan datang.

Mereka bakal diamanahkan untuk memimpin dan menerajui negara. Bagi merealisasikan dan mencapai hasrat aspirasi ini, institusi sekolah disandarkan menjadi pusat pembentukan jati diri dan pengisian modal insan. Kerajaan, masyarakat, ibu bapa, dan para pendidik mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam menentukan hala tuju generasi ini. Namun, beberapa insiden pelanggaran disiplin terutamanya bersifat buli yang berlaku dalam dunia persekolahan dewasa ini sedikit sebanyak telah mencemarkan harapan dan aspirasi ini. . Sekolah sebagai agen sosialisasi utama , bertanggungjawab membanteras gejala ini hingga ini hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru itu, kami berdua berusaha untuk mengaji faktor-faktor buli dan cara penyelesaiannya di sekolah. Segala saranan dan cadangan yang dikemukakan ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah untuk sama-sama berganding tenaga ke arah perubahan dan pembentukan sikap murid kepada yang lebih positif dalam usaha membendung serta mengurangkan masalah tersebut ke tahap yang minimum.

MATLAMAT Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah tentang perlakuan buli dan kesannya, serta cara penyelesaiannya. Seterusnya memahami dan menghayati peranan dan fungsi masing-masing dalam pelaksanaan strategi dan pelan tindakan di peringkat sekolah untuk menbendung gejala buli. OBJEKTIF 1. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah tentang gejala buli. 2. Mengklasifikasikan jenis-jenis salahlaku yang boleh ditaksirkan sebagai perbuatan buli. 3. Memberi kesedaran kepada setiap warga sekolah dalam menangani dan mengatasi gejala buli. DEFINISI BULI Buli ertinya perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang murid atau kumpulan muird supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru atau perbuatan mendera atau mempermainmainkan seseorang murid atau kumpulan murid yang biasanya lemah untuk menggertak atau menakutkan murid atau kumpulan murid berkenaan.

JENIS-JENIS BULI Buli boleh dikategorikan sebagai berikut : Fizikal - pukul - tumbuk

.tindih .jelir lidah .Mangsa buli tidak diberikan kemudahan yang sepatutnya. alat tulis dll) .dan lain-lain perbuatan yang seumpamanya Lisan .fitnah .ejekan .mangsa buli sengaja tidak dimasukkan ke dalam kumpulan. .sembunyi barang mangsa .raba .sekeh / luku / ketuk .Dan lain-lain perbuatan yang seumpamanya Memulau . Al 1989) yang menerangkan bahawa anak-anak yang bermasalah selalunya tinggal .Mangsa buli tidak diberikan kerjasama.bahasa badan .Pembuli tidak suka pelajar yang ikut peraturan (skema). .Memaksa melakukan salah laku.menghimpit .minuman.isyarat lucah . Peras ugut . .mengugut supaya merahsiakan perbuatan salah laku dan seumpamanya. Patterson et..mencarut / memaki / menghina / mengherdik / mempersenda .peteh/ bentes / tendang pada kaki .panggilan / gelaran yang mengaibkan .minta barang secara paksa . FAKTOR-FAKTOR BULI Buku Developmental Psychology Childhood and Adolescence (1996) telah memetik huraian Patterson (1982.minta duit secara paksa . Isyarat ( bukan lisan) .cekik . .tendang .cubit .pulas telinga .memaksa menjelaskan bayaran(makanan.Menjadi orang suruhan .jegil mata .tolak/ tarik .dan lain-lain pernyataan lisan yang seumpamanya.tampar .memaksa mangsa membuat kerja/ kerja rumah .dan lain-lain perbuatan bukan lisan yang seumpamanya.

Dari segi perasaan mangsa pula seperti yang dijangka. Prof Datin Dr. Individu -saiz badan -panas baran -terlampau aktif -egoistik -dendam kerana pernah dibuli -Kecelaruan gender -konsep kendiri yang rendah . sedih. Kajian membabitkan seramai 2. Kumpulan ini akan menjerumuskan mereka kepada peningkatan sikap-sikap agresif. tidak mementingkan pelajaran dan terjebak di dalam aktiviti yang berbau jenayah (Thomas Dsion & Associates. Presiden Psikologi Malaysia. hendak mengangis. Sekolah -kurang pengawasan -Persekitaran dan iklim sekolah -Kawalan murid yang lemah. -Pengurusan disiplin kurang cekap. Implikasi: Murid lain yang lebih pandai akan menjauhkan diri daripada mereka. mangsa turut merasa risau. malah pembuli terbabit berasa seronok melihat orang lain merana akibat gangguan berkenaan. 9 JUN 2005. Selain itu. secara keseluruhan perasaan mangsa adalah negatif. berkata murid yang membuli juga melihat perbuatan itu sebagai satu cara untuk memeriahkan situasi atau keadaan.di dalam keluarga yang dianggap sebagai tapak semaian kepada tingkahlaku antisosial dan garang. Murid ini akan ditempatkan di dalam kelompok pelajar yang sama taraf akademiknya dan secara relatifnya juga bermasalah dan mempunyai sikap anti sosial. Sekadar untuk berseronok-seronok menjadi satu faktor utama perbuatan buli di kalangan murid. 1991). kecewa. -Guru tidak bertindak sebagai role model. malu dan terganggu fikiran menyebabkan merekia tidak boleh memberi tumpuan kepada pelajaran.528 murid sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. majoritinya berasa marah. Penolakan masayarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan mereka terbatas kepada pelajar yang lemah dalam matapelajaran dan bermasalah sama seperti mereka. Sesetengah daripada mereka membentuk geng ataupun deviant cliques. -Kurang intervensi yang sesuai terhadap kes-kes buli. psikologi mereka terganggu. -Kurang pengawasan. antisosial. Murid ini juga akan kerap dikritik dan tidak diambil berat oleh guru-guru. Noran Fauziah Yaakub. Antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan salah laku buli: Keluarga -Kurang didikan dan penghayatan agama/ moral. BERITA HARIAN. Punca berkenaan hasil kajian bertajuk `MEMAHAMI FAKTOR-FAKTOR TINGKAHLAKU BULI DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH’ yang dijalankan bersama beberapa penyelidik lain tahun lalu. -Kurang perhatian dan kasih saying -Gaya asuhan -Peniruan ( Role Model ) gaya hidup dalam keluarga.

6. 5. Menyediakan laporan untuk PPD/JPN/SBP/ Teknik dan Vokasional. 5. .-gila ‘ glamour’ Pengaruh media -Rancangan bercorak keganasan. 4. Bahan bacaan porno. Melaporkan kes kepada Guru Besar. Menerima aduan kes buli dan menjalankan tindakan susulan. Peranan Guru Disiplin 1. Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah. -Permainan video Persekitaran -Mahu pengiktirafan rakan sebaya. Menyebarkan maklumat anti buli kepada warga sekolah dan ibu bapa murid. -Institusi masyarakat yang lemah. Berkuasa penuh terhadap pengurusan disiplin. Bertanggungjawab kepada Guru Besar. Merancang. Peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling 1. 6. 2. Merekod semua kes. 3. 8. Menerima dan menyiasat aduan murid. menyelaras dan melaksana program yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah. Menjalankan pemantauan. Menguruskan mesyuarat berkaitan pengurusan disiplin sekolah. 3. Mengenal pasti murid berisiko. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah. Peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 1. 4. -Berada dalam komuniti tidak prihatin. Tindakan susulan berterusan. Mewujudkan perhubungan dan permuafakatan dengan agensi luar. Menjalankan sesi kaunseling kepada murid yang terlibat. picisan dan lain-lain. -Ikatan kejiranan yang longgar. Bertanggungjawab kepada Guru Besar. 3. -Bahan negatif melalui internet. 5. 7. 4. Memastikan kesahihan aduan. -Media cetak yang negative seperti komik. Mewujudkan kesedaran di kalangan semua pihak tentang isu buli di sekolah. 4. 2. majalah. Menyediakan laporan kepada PK HEM. 2. Memberi kefahaman tentang kesan dan implikasi buli kepada guru dan murid. 5. akhbar tabloid. Mengenal pasti murid berisiko. PERANAN PENGURUSAN ANTI BULI DI SEKOLAH Peranan Pengetua / Guru Besar 1. Melaporkan perkembangan isu disiplin sekolah kepada pihak PPD dan JPN. 3. 2.

Merekodkan kes. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah. dan ketiga tahap individu. 7. Ia tidak berorientasikan krisis. . 9. Pemantauan berterusan. identiti pelajar hendaklah rahsia. Untuk mendapat respons yang lebih tinggi tentang perkara ini. Oreintasi Pencegahan Bagi merancang aktiviti pencegahan sebagai fungsi program pencegahan buli ini. sama ada bentuk psikologi atau fizikal.Setiap ahli sekolah. Oreintasi Perkembangan Setiap murid yang normal itu adalah berhak diberikan bimbingan bagi perkembangan dirinya. Orientasi Pemulihan Kita hendaklah membuat andaian bahawa bukan semua murid berhak untuk diberi bimbingan. kita mengandaikan semua murid berhak mendapatkan bimbingan dalam alam persekolahan mereka. Kedua sekolah perlu mempunyai peratuan yang jelas berkaitan dnegan buli. Ini kerana tugas pencegahan adalah lebih ringan daripada membuat pemulihan di akhir nanti. tetapi lebih mengutamakan perkembangan potensi yang ada pada murid. . Norway iaitu pelopor dalam kajian buli di dunia.Mestilah dirancang berterusan untuk menolong pelajar dalam alam persekolahan mereka. tetapi juga mengedarkan risalah anti buli kepada setiap .Perancangan hendaklah melihat kepada keperluan utama golongan murid terbabit.6. .Dirancang oleh sekolah untuk menolong pelajar memperkembangkan potensi yang ada pada dirinya ke peringkat yang maksimum dalam bidang akademik dan sosial. Tindakan susulan.Mestilah selaras dengan falsafah dan objektif sekolah yang merancangkannya. guru-guru dan pengetua juga hendaklah bersama-sama untuk melakukan tugas bimbingan ini. Bagi peringkat sekolah langkah pertama ialah sekolah perlu mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing. . Ia lebih baik dilaksanakan pada peringkat awal. sekiranya kes buli berlaku dalam lingkungan 10-15 peratus ia dianggap serius. Ia adalah satu perkhidmatan yang memlibatkan kerjasama seluruh masyarakat sekolah. PANDUAN MENJALANKAN AKTIVITI MENANGANI BULI Beberapa panduan yang menjadi prinsip utama dalam merancang aktiviti menangani buli adalah seperti berikut: . Ini boleh dilakukan dengan meminta pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Keempat perbincangan tentang budi hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG. menolong mereka berkembang dalam kognitif dan efektif. Maka hanya murid yang sangat memerlukan sahaja diberi keutamaan supaya sesuatu keadaan menjadi lebih serius. EMPAT LANGKAH HALANG PERBUATAN BULI Menurut Profesor Olweus dari Bergen Universiti. Pelajar boleh juga menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. 8. Menyediakan laporan kepada PK HEM . Terdapat 4 peringkat untuk menangani masalah buli. kedua tahap kelas. Pertama ialah tahap sekolah.

Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. guru disiplin. baik guru. perbuatan seumpama ini tidak sepatutnya menjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah. . Maruah dan harga diri negara kita adalah terletak pada rakyatnya yang sentiasa beretika. Sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas dendam. Mereka berperanan mengurus proggram antibuli dan menilai keberkesanannya. ia mempunyai potensi yang besar untuk merebak dengan berluasa jika dibiarkan. Di samping mengajar. Ketiga satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah perlu dibentuk. bermoral dan berdisiplin. Antara ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada pentetua.pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak. Masalah buli ini. guru juga memainkan peranan sebagai ‘role model’ yang utama kepada para pelajar. walau sekecil mana pun. Keempat perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG. wakil ibu bapa dan wakil pelajar. KESIMPULAN Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang lebih luas. ibu bapa atau murid itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat untuk melahirkan samseng. guru kaunseling.