Anda di halaman 1dari 2

GALAKAN UNTUK BERTASBIH 1. Daripada Abu Hurairah R.A berkata: Sabda Rasulullah S.A.

W yang bermaksud: Dua kalimah ringan di atas lidah, berat pada timbangan dan dikasihi oleh Allah yang Maha pemurah iaitu;

‫سبحان اهلل وحبمده سبحان اهلل العظيم‬
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaei dan Ibnu Majah) Ia menjelaskan bahawa kalimah tersebut terlalu ringan dan mudah disebut tetapi ganjarannya amat berat dan banyak yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang melafazkannya. 2. Daripada Abdullah bin Umar R.A berkata; sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “ Sesiapa yang melafazkan:

‫سبحان اهلل وحبمده‬
Akan ditanam pokok tamar untuknya di dalam syurga. Hadis ini menyatakan, sesiapa yang melafazkan kalimah tersebut maka Allah akan memberikan ganjaran berupa pokok tamar untuknya di dalam syurga kelak. 3. Daripada Abi Hurairah R.A berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang melafazkan:

‫سبحان اهلل وحبمده‬
Seratus kali sehari diampun baginya segala dosa sekalipun dosa-dosa itu seperti buih dilaut. Hadis itu menjelaskan bagi sesiapa yang melafazkan kalimah-kalimah itu berulang-ulang seratus kali setiap hari nescaya Allah ampunkan segala dosanya sekalipun dosanya sebayak buih dilautan. Inilah kelebihan dan ganjaran yang dikurniakan oelh Allah SWT terhadap sesiapa yang bertasbih dan beramal dengan kalimah tasbih yang diterangkan oleh Rasulullah SAW untuk umatnya.

.A.Wberusahalah mengambil peluang untuk bertasbih dengan kalimah-kalimah yang dibentangkan itu walaupun ringan disebut tetapi ganjarannya besar di sisi Allah SWT.Oleh itu kita semua sebagai umat Nabi Muhammad S.