Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA RIMBA MAS

1.0

Pendahuluan Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam acara merentas desa dalam kalangan pelajar Sek.Keb. Felda Rimba Mas.

2.0

Rasional Melalui kejohanan ini, para pelajar didedahkan dengan acara-acara sebenar yang lebih kompetitif untuk meningkatkan pencapaian bagi persediaan ke kejohanan merentas desa peringkat negeri. Melalui kejohanan ini diharapkan pelajar dapat didedahkan dengan cara mengurus sesuatu kejohanan dan dapat beraksi dalam kejohanan sebenar Untuk meningkatkan kemahiran dan pencapaian pelajar dan seterusnya untuk pemilihan wakil sekolah dalam kejohanan lebih besar.

3.0

Objektif Memberi pendedahan dan mencungkil bakat murid sebagai persediaan pada masa hadapan.

4.0

Tarikh 1 Februari 2013

5.0

Tempat Sekitar Kawasan Felda Rimba Mas ( Lampiran 1 )

6.0

Kumpulan Sasaran Murid-murid Tahap 1 dan murid tahap 2 Jarak : Tahap 1 – Lelaki dan Perempuan Tahap 2 – Lelaki dan Perempuan 2.4 km 3.5 km

1

00 pagi 9. Hadijah binti Abd.40 pagi 8.00 = RM 250.50 = RM : 10 X 10 X RM 4. Fadzilah bt.50 pagi 9. Muhammad Nadmin bin Md Hassan : En.00 9. Othman : Pn.45 pagi 10. Mohd Fouzi bin Abd. Ku Abd. Meli bin Kasa : Pn.00 ___________________________ Jumlah = RM 180. Malek : En.50 = RM 90. Faizul bin Naziran : En.15 pagi 11. Rahman : En.0 Ahli Jawatankuasa Penaung Penasihat 1 Penasihat 2 Pengerusi Setiausaha AJK : En.30 pagi - Perhimpunan pagi Taklimat Kejohanan kepada pegawai dan murid Peserta Tahap 2 (P ) Peserta Tahap 2 ( L ) Peserta Tahap 1 ( P ) Paserta Tahap 1 ( L ) R E H A T Majlis Penyampaian Hadiah Bersurai 2 .15 pagi 8.45 pagi 8. Zulkeflee bin Arshad : En. Mohd Shahida bin Yaacob : En Kassim bin Mohamad : En. Fithri bin Ku Abdul Halim : En.00 90.7.00 ___________________________ b) Runcit & Pelbagai : = RM 20.30 pagi 8.00 c) Minuman Murid : Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan : = RM 50.0 Atur Cara : 7.0 Anggaran Perbelanjaan : a) Hadiah : Tahap 1 ( L dan P ) Tahap 2 ( L dan P ) : 10 X 10 X RM 4. Mohd Noor Hissam bin Mohd Faudzi 8.

Rozali Check Point 1. Nor Ashikin bt. Pn. En. En. Rushafizi b. Ahmad Shah bin Omar En. En. Pn. Pn. Pn. Ku Abd. Junainah bt. Halim 2. Rosemanita bt. Kassim – Tahap 1 2. Pn. 3 .0 Jawatankuasa Kecil Pendaftaran 1. En. Ahmad Minuman Peserta 1. Ku Abd. Rahman Hakim Penamat 1. Pn. Rahman 2. Hamid Keselamatan / Kecemasan 1. Abd.10. En. Rahman Hadiah 1. Pn. Roziah bt. Mohd Shahida bin Yaacob – Tahap 2 Peronda 1. Mohd Noor Hissam 2. Muhammad Nadmin bin Md. Pn. En. En. Indrus 3. Pn. Norosamin bt. Ab. Abd. Faizul bin Naziran 2. Hadijah bt. Azmi Pelepas 1. En. Abd. Fithri b. En. Mohd Shahida bin Yaacob Check Point 4 1. Abd. Malek (K) Check Point 1 1. Mohd Ghafri bin Puteh 2. Ramdzhani b. Fatimah bt. Abd. Chek Azis bin Ahmad Pn. Hassan Check Point 3 1. Nur Adilah bt. Mohd Fouzi bin Abd. Malek 2. En. Meli bin Kasa (Guru Besar ) 2. 2. Baharom Check Pont 2 1. Norosamin bt. En. En. Mohd Fouzi bin Abd. Munir Check Point 5 1. Jamil bin Seman 2. Pn. En. Hamizah bt. En. Kassim bin Mohamad 4. En. Haslina bt. Kassim Check Point 6 1. Ishak 2.

Selepas taklimat.2013.02. Sekolah Kebangsaan Felda Rimba Mas telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah bagi tahun 2013. Zulkefli selaku Guru Penolong Kanan. murid dipecahkan mengikut rumah sukan masing-masing. Hissam. Mereka dikehendaki melakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan bagi mengelakkan kecederaan semasa berlari yang dikendalikan oleh En. Para peserta telah berlari sejauh 3 km bermula dari pintu masuk sekolah dan berakhir ditempat yang sama.Laporan Kejohanan Pada hari Jumaat bersamaan 1.30 pagi. 4 . semua murid telah berkumpul di dewan perhimpunan dan diberikan sedikit taklimat oleh En. Pada pukul 7.

penunjuk arah dan hakim penamat telah bersedia di tempat yang telah ditetapkan. Sementara itu. 5 . para pegawai yang bertugas di ‘check point’.Murid yang mengalami masalah kesihatan dilarang menyertai larian dan mereka dikehendaki membantu guru.

Pada pukul 8.Pada pukul 8. 6 . Para peserta harus melalui setiap ‘check point’ yang telah ditetapkan merentasi kampung Felda Rimba Mas dengan jarak lebih kurang 3km.00 pagi para peserta kategori perempuan tahap 2 dilepaskan dengan jayanya oleh Puan Fadzilah (Penolong Kanan Pentadbiran). Peserta kategori lelaki dan perempuan tahap 1 dilepaskan lebih kurang 15 minit kemudian.15 pagi peserta kategori lelaki tahap 2 pula dilepaskan.

Peserta yang telah menamatkan larian diminta berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendapatkan minuman yang telah disediakan. 7 . hakim-hakim penamat mengambil nama setiap murid yang mendapat tempat pertama hingga ke limabelas.15 pagi. Selepas peserta terakhir sampai di garisan penamat pada jam 9.

Keb. Murid-murid kemudian dibenarkan rehat dan berkumpul semula di dewan pada jam 10. Acara penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori kemudian diadakan pada jam 10.45 pagi. Felda Rimba Mas. 8 .Selepas semua peserta tamat. Hadiah-hadiah ini disampaikan oleh Puan Fadzilah selaku Penolong Kanan Pentadbiran Sek.45 pagi. murid diminta berkumpul di dewan terbuka SKFRM untuk mendengar sedikit taklimat.

Majlis bersurai pada pukul 11. Begitu juga dengan semua jawatankuasa yang telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan komitmen yang jitu. Penghargaan harus diberikan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Keb. Guru-guru beredar pada pukul 12. _____________________ En. Para peserta telah menunjukkan minat yang tinggi dan kerjasama yang baik. Murid-murid dibenarkan pulang. Zulkeflee bin Arshad Penolong Kanan Kokurikulum Sek. Kejohanan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga SKFRM dengan PIBG dan alam sekitar.45 pagi. __________________ Muhd Nadmin Md Hassan Setiausaha Kokurikulum Sek. Keb. Felda Rimba Mas Disemak oleh. PENUTUP Pertandingan merentas desa Sekolah Kebangsaan Felda Rimba Mas bagi tahun 2013 telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.00 tengahari. Semoga pada tahun hadapan pihak sekolah dapat menjayakan program ini dengan lebih baik dan sempurna. Felda Rimba Mas 9 . Ini penting kepada semua kerana dengan cara ini mereka dapat berinteraksi dengan masyarakat di luar sekolah untuk menambahkan pengalaman dan pengetahuan tentang persekitaran sekolah. Disediakan oleh.