Anda di halaman 1dari 18

UBM 1032

WACANA AKADEMIK BAHASA
MELAYU
MASALAH DISIPLIN DALAM
KALANGAN REMAJA YANG SEMAKIN
MERUNCING

NAMA PELAJAR
NO.MATRIK
NAMA PENSYARAH
FAKULTI

: NURUL SHAFIQAH BINTI HASHIM
: D20091035062
: EN. SAMRI BIN SAINUDDIN
: SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi. Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali ‘Black Metal’. Keruntuhan akhlak dan nilainilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga.0 PENGENALAN “ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. masyarakat dan negara. “ Buli gugat semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”.Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. .1. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan . “ Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial ”. Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah.

Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP.2. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar. apatah lagi banyak unsur lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Gejala seperti ponteng sekolah. disiplin didefinisikan sebagai: “ … is the practice of making people to obey rules of behaviours and punishing them if they do not”. melawan guru. bersikap antisosial(peraturan).membuli. Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yang lebih berat sepatutnya direkodkan. Bhd. bergaduh. Terdapat 3 kategori masalah disiplin atau kesalahan iaitu berat. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai “ kepatuhan.norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan”. sederhana dan ringan. Kesalahan disiplin yang berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan tindakan. Mengikut kamus Macmillan English Advanced Learner’s.0 KONSEP DAN DEFINISI DISIPLIN Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama . . KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai “latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan”.

punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai “ cendawan tumbuh selepas hujan ” walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Masalah di atas adalah selari dengan teori fungsionalisme di mana ibu bapa tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna . Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Sebenarnya.0 MASALAH DISIPLIN REMAJA 3. amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata.1 PONTENG SEKOLAH Sejak kebelakangan ini. peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain.3. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar .

Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka. Laporan tersebut menggambarkan betapa seriusnya masalah penglibatan pelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi gelap khasnya di Johor. Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor. 3.2 KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700. . melaporkan bahawa terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah di seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi gelap. Mengulas perkara tersebut beliau berkata. (Utusan Malaysia 20 Feb 97) Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai yang membantu dengan memberi maklumat kepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka yang terlibat di dalam kumpulan haram ini. keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. " Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi”. En Ng Ching Sea. Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataan Saudara Ng Ching Sea. Kongsi gelap didefinisikan sebagai “Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah”.(disfungsi).

Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka.Empat faktor utama yang merangsang pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar adalah: 1. keahlian tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan. Seterusnya. Pengrekrutan ahli baru dan pengluasan kawasan pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Maka. Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi gelap yang lebih berkuasa dan kejam seiring dengan usaha mereka untuk mengekalkan dan mengembangkan pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja secara lebih luas. 3.Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya. 4. kemasukan ahli secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan sumber dan keahlian kumpulan. ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap iaitu: . Selain daripada itu. 2. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional. Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah.

BAHAN LUCAH Kebelakangan ini. b. Kulai dan Kota Tinggi mendapati perbuatan tidak bermoral ibu bapa antara faktor yang mendedahkan kanak-kanak terbabit kepada bahan dan unsur lucah. d. Persahabatan. dikagumi dan kekuasaan. Hal ini berlaku tidak lain disebabkan oleh faktor pengaruh bahan lucah yang murah dan mudah diperolehi.a.3 di latihan. laporan akhbar atau televisyen yang menyatakan pelajar dirogol atau menjadi perogol yang mana rata-rata mereka ini berumur dalam lingkungan umur 10 hingga 18 tahun yang masih dibangku sekolah. Baru-baru ini kita dikejutkan oleh laporan akhbar. perlindungan. Keperluan 3. Tidak hairanlah jika mereka ini berani membawa bahan lucah ke sekolah untuk dikongsi bersama rakan lain malah mereka berani melakukan perbuatan yang tak senonoh dan terkutuk itu di dalam tandas atau mana-mana tempat di kawasan sekolah. Tempat e. Mencari kasih sayang.Walaupun penguatkuasaan telah dijalankan oleh pihak kerajaan VCD lucah masih lagi yang boleh dibeli di pasaran terbuka seperti pasar malam dengan hanya RM3 sahaja . Laporan di atas berdasarkan kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas 381 murid Tahun 6 dari mukim Ulu Tiram. Perasaan komitmen dan "sense of belonging”. c. struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka. ‘ Ibu bapa dan anak kongsi bahan lucah’(Berita Harian: 22 Oktober 2001). mana kepada diri keseronokan dirasakan keselamatan dan diterima fizikal dan aktiviti. dan dihargai.

Sekumpulan remaja perempuan berpakaian seksi . Oleh sebab kebanyakan mereka dalam lingkungan umur persekolahan. Pihak penguatkuasa undang-undang juga bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan yang kurang berkesan. polis. Laporan Berita Harian 17 Julai 1999 ( Sabtu ) . dan masyarakat tidak boleh memandang masalah ini dengan ringan. Mereka sering menonton ‘aksi’ yang boleh menaikkan nafsu seterusnya ia akan mendorong mereka ini untuk melakukan perbuatan merogol dan membunuh. seperti baju sendat bertali halus. Mereka ini bercampur bebas dan berkucupan tanpa segan silu. Lirik lagu Hip Hop menggalakkan seks bebas. ibu bapa. dan pengusaha pula kembali memikirkan tindakan mereka demi masa depan generasi muda. pihak sekolah. malah sesuatu yang berkesan perlu dilakukan segera untuk membendung gejala yang amat membimbangkan ini. Pengusaha tempat hiburan yang hanya mementingkan keuntungan dan tidak mempedulikan soal moral dan etika juga bertanggungjawab terhadap gejala yang membimbangkan tersebut.setiap satu. Oleh yang demikian. penguatkuasaan perlu ditingkatkan dan diketatkan. kelucahan melampau dan keganasan. berpeluk-pelukan di khalayak ramai. . “Remaja dalam lingkungan umur 14 hingga 18 tahun terlibat dalam persembahan Hip Hop di pusat hiburan di ibu kota.

dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning amat mudah diikuti oleh para pelajar. kemerosotan disiplin para pelajar juga terjadi kerana masalah keluarga. Sesetengah ibu bapa pula menyerahkan soal disiplin sepenuhnya kepada pihak sekolah. Kini terbuktilah budaya kebaratan ini semakin menular dan remaja menjadi mangsa mereka. Filem. suratkhabar. Ayah dan ibu sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.0 FAKTOR-FAKTOR UTAMA Banyak faktor yang menyebabkan masalah kemerosotan disiplin pelajar pada masa kini berlaku.Seorang komposer dan penggubah lagu terkenal tanahair iaitu. M. sedangkan pada hakikatnya pembentukan moraliti seseorang itu bermula di rumah.Nasir (Berita Minggu 26 September 1999) berpendapat pembaratan Muzik Malaysia sudah berlaku sejak zaman penjajahan Barat terhadap Asia Tenggara lagi. majalah. Kesan yang besar kepada negara di masa hadapan kerana golongan inilah yang akan menyambung warisan kemajuan serta kemakmuran yang dikecapi selama ini. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana usia mereka yang rata-rata berusia antara 12 hingga 20 tahun masih dianggap mentah. 4. Langkah sewajarnya perlu diambil agar hal sebegini tidak semakin menular. Punca utama ialah pengaruh media massa. . Selain itu. Babak ganas dan seks akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus.

Hukuman atau denda yang dikenakan kepada sesesorang pelajar juga merupakan faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi semakin liar. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan. peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti. Ada pelajar yang masih berkawan dengan rakan yang tidak bersekolah. tetapi jumlah pelajar yang ramai di dalam sebuah kelas menyebabkan kesempatan guru terbatas. Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin kerana keciciran dalam pelajaran ataupun sudah menamatkan alam persekolahan akan berlagak dewasa dengan menghisap rokok. Negara kita menghadapi masalah . Guru memang ingin membantu masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. dan melakukan sesuatu tindakan untuk menarik perhatian. ibu bapa. Kedua-dua ibu bapa sibuk mencari nafkah. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi bagi pelajar miskin. Oleh itu. dan guru mestilah memainkan peranan mereka masing-masing. Namun begitu. si anak akan terbiar dan memilih haluan sendiri. Pelajar ini mempunyai perasaan rendah diri. Pihak sekolah perlu menggunakan pendekatan psikologi apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin.Sesetengah pelajar pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala masalah. berpakaian tidak senonoh. Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin para pelajar merosot. Para pelajar. ini juga tidak menyelesaikan masalah kerana para pelajar tidak akan takut jika sesuatu kesalahan dihukum dengan nasihat sahaja. tidak wajar jika sesetengah pihak sahaja yang dipersalahkan. Sebenarnya masalah kemerosotan disiplin saling berhubung kait. Namun. keadaan di sekolah bukanlah seperti yang diimpikan oleh ibu bapa.

Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana . Keadaan yang lebih meruncing sangat dirasai di sekolah rendah dan menurut Kementerian Pendidikan. di mana kaum lelaki amat tidak begitu berminat untuk menceburi bidang pendidikan. Sememangnya hal disiplin pelajar biasanya diserahkan kepada guru lelaki yang bermisai lebat dan berwajah garang. Nisbah antara guru lelaki dengan guru perempuan pada kadar 4:6. laporan jenayah remaja yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte. 1993). Begitu juga di peringkat universiti .kekurangan guru lelaki di mana fenomena ini mungkin menjadi salah satu punca kemerosotan disiplin. 5. ada pendapat yang menyatakan bahawa tahap disiplin pelajar hari ini semakin merosot. fenomena kekurangan guru lelaki akan berterusan dalam beberapa tahun yang akan datang kerana jumlah guru pelatih perempuan di maktab perguruan melebihi jumlah guru pelatih lelaki. Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku di sekolah.0 KESAN Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun. (Berita Harian :19 Julai 1999) . Apabila orang lelaki semakin menghindari profesion ini.

Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka. d. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka. b. maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit. 1991). . Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar. sekolah. Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan. sekolah dan masyarakat itu sendiri. Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah: a. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. pergaduhan dan sebagainya. c. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam. e. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut.pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad. pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.

Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan.6. Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan.1 Peranan ibubapa Telah kita ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga. kasih sayang dan bimbingan kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. para ibu bapa seharusnya memberi perhatian. Seterusnya keperluan kasih sayang dan pada peringkat berikutnya keperluan peringkat kendiri. Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di . Ini bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan.0 LANGKAH MENGATASI 6.

6.Antara pendekatannya ialah semua guru mestilah mempunyai pengetahuan tentang selok belok dan punca penyebab berlakunya masah sosial dan pendidikan pencegahan melalui KBSR dan KBSM mula dilaksanakan.2 Peranan Sekolah Mewujudkan sekolah bebas gejala sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT. Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya. intervensi. Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah. menyediakan alternatifalternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. melaksanakan program pendidikan pencegahan gejala . kerjasama dan berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan. Bagi mencapai hasrat diatas semua pihak perlu memberikan komitmen. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti. latihan guru dan penglibatan ibubapa.

Sungguhpun masalah ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. program intelek asuhan rohani (pintar). seminar/ ceramah/ pameran/ tayangan video. program untuk PIBG/guru. Masalah dadah berkaitan rapat dengan masalah jenayah. budaya melepak. latihan tenaga pengajar (TOT). ponteng sekolah dan samseng. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua . Oleh itu semua pihak mestilah mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya dadah disamping merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi dadah.sosial di Tadika/Pra sekolah. Setiap individu. kem pintar.3 Peranan Masyarakat Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan dadah di kawasan mereka. Antara program-program yang boleh dilaksanakan adalah seperti. keganasan. 6. ujian saringan air kencing. dan semua guru mempunyai kemahiran untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah. program kampus sejahtera dan menubuhkan skuad anti masalah sosial di IPT. keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. program sekolah anak didik kami. keselamatan dan HIV/AIDS di tu-satu kawasan.

kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi. Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya. pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilainilai ketimuran yang mulia. merotan. mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah.lapisan masyarakat bahawa dadah akan membawa mudarat kepada diri. hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata. Percayalah. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Dulu. masalah disiplin yang berlaku . keluarga dan masyarakat. 7. Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak. bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Oleh itu. teguran guru ibarat nasihat. menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru. Kata-kata guru dianggap keramat. Paling penting.0 PENUTUP Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu.

Scribd (2009).com/ Fatimah Ali. Diperoleh pada 22 Julai 2009 daripada http://asnahhamid. 2009 daripada http://myais.Bhd. Masyarakat Satu Kajian Ilmiah Dalam Kontek Kebajikan Am. W. Psikologi Pengajaran. Diperoleh pada Julai 20. Diperoleh pada Ogos 28.com/doc/7501317/Pengertian-Masalah-Sosial-Remaja Ting Chew Peh 1997. Utusan Malaysia 14 Ogos 1996 Utusan Malaysia 17 Julai 1999 Wan Azmi Ramli1978.edu. (2007) Masalah Sosial Pelajar Dan Hubungannya Dengan Kemerosotan Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka.my/7066/ Lakaran Kata (2009). Penerbit PT Gramedia.scribd. 25. Jakarta. Diperoleh pada 0gos 20. Budaya Ilmu Sdn.um. Berhad.wordpress.com/2009/05/25/gejala-sosial-di-kalangan-remajapada-hari-ini/ Noraini Ahmad 1995. Konsep Asas Sosiologi. Kuala Lumpur. Jurnal Usuluddin. Petaling Jaya. Kaunseling Remaja. SENARAI RUJUKAN Berita Harian 19 Julai 1999 Berita Harian 7 April 2001 Berita Harian 7 September 2001 Berita Harian 11 September 2001 Berita Harian 12 September 2001 Berita Harian 17 September 2001 Berita Harian 22 Oktober 2001 Blogspot (2009). Utusan Printcorp Sdn. 2009 daripada http://www.fsktm.dalam kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar. .blogspot.S Winkel 1987. . 2009 daripada http://mazlan66.