Anda di halaman 1dari 10

1.

PENGENALAN Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan salah satu program

melibatkan murid anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial. Program ini diadakan disekolah bertujuan untuk memberi impak yang lebih dengan penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti sepert pertandingan sajak, pertandingan melukis poster, kuiz dan mesej PPDa. Ini adalah selaras dengan Dasar dan Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan tahun 2012 sebagai tahun SEKOLAH BEBAS DADAH. Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk mempastikan semua murid memahami akan bahaya dadah, inhalan, rokok dan AIDS. Justeru itu, dapat membina ketahanan diri yang tinggi bagi menolak dadah. Empat strategi utama pencegahan awalan ini dilaksanakan melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum, pembentukan sahsiah serta pengurusan dan kepimpinan. Oleh itu, Pengetua, guru-guru, kakitangan sekolah serta murid perlu berganding bahu dan berusaha dengan lebih gigih untuk mempastikan tiada murid yang akan terlibat dengan dadah pada hari ini, esok dan selama-lamanya.

2.0

IKRAR ANTI-DADAH
BAHAWASANYA KAMI PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BERIKRAR UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARIPADA DADAH PADA SETIAP MASA DENGAN

MEMENUHI MASA LAPANG DENGAN KEGIATAN YANG BERFAEDAH MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERGUNA DAN MANFAAT KEPADA MASYARAKAT MENJADI RAKYAT BERILMU, BERAKHLAK MULIA DAN MENGAMALKAN CARA HIDUP SIHAT DAN CERGAS MENYEDIAKAN DIRI UNTUK MENGISI KEPERLUAN WAWASAN PENDIDIKAN DAN MEMBANTU SEGALA USAHA BAGI MEMBEBASKAN NEGARA MALAYSIA DARIPADA ANCAMAN DADAH

3.0

LAPORAN AKTIVITI MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 3.1 PELANCARAN MINGGU PPDa

Tanggal 11 Jun 2012 hingga 15 Jun 2012 merupakan Minggu PPDa peringkat sekolah SMK Jinjang bagi tahun 2012. Tema Minggu PPDa pada tahun ini ialah 1 Malaysia Membanteras Dadah. Pelancaran tersebut telah dilakukan oleh Pn. Tian Lee Yuan, PK HEM. Pada hari pelancaran juga turut diadakan bacaan ikrar oleh wakil pelajar. Tujuan diadakan minggu PPDa ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya najis dadah, inhalan, rokok dan AIDS. Pelbagai aktiviti telah dirancang yang melibatkan murid-murid di antaranya ialah: Bacaan Ikrar Antidadah oleh wakil pelajar seramai lima orang. Penyampaian Mesej 5 Minit dan kuiz tentang dadah semasa

perhimpunan disampaikan oleh murid. Mesej 5 Minit dijalankan ketika perhimpunan sesi pagi dan petang. Persembahan Drama oleh pelajar Tingkatan 6 Atas dibimbing oleh Pn Banusha A/P Balasingam Persembahan Melukis Poster Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 4. Pertandingan Mendeklamasi Sajak Ceramah mengenai dadah Pameran di Dewan PIBG

3.2

LAPORAN AKTIVITI PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TINGKATAN

PERALIHAN, TINGKATAN 1, 2 DAN 4 Pertandingan melukis poster telah di jalankan dari 11 Jun hingga 13 Jun 2012. Guru Pendidikan Seni Visual memastikan pelajar melukis poster bertemakan 1 Malaysia Membanteras Dadah. Kelas yang terlibat ialah Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 4. Pelajar telah menunjukkan kesungguhan untuk melukis poster berdasarkan tema yang di beri. Guru Penyelaras Pertandingan Melukis Poster ialah En. Yusly (Pagi) dan Cik Najibah (Petang). Lukisan Poster yang menang telah dipamerkan semasa pameran PPDa. KEPUTUSAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TINGKATAN PERALIHAN BIL 1. 2. 3. NAMA TINGKATAN

TINGKATAN SATU BIL 1. 2. 3. NAMA TINGKATAN

TINGKATAN DUA BIL 1. 2. 3. NAMA TINGKATAN

TINGKATAN EMPAT BIL 1. 2. 3. NAMA WONG SUM YUE YUP SENG KIT LOKE CHEN MUN TINGKATAN 4A10 4A6 4A6

3.4

LAPORAN CERAMAH Aktiviti yang dijalankan pada Minggu PPDa ialah ceramah. Ceramah ini

diadakan pada 15 Jun 2012 (Jumaat) jam 7.30 pagi dan sesi petang 2.45 petang bertempat di Tapak Perhimpunan. Penceramah Jemputan ialah En. Roslan Bin Yahya, merupakan wakil dari Persatuan PENGASIH Malaysia. Beliau berpengalaman menyampaikan ceramah di sekolah, menyertai konsultan dan sering mengadakan ceramah untuk Badan-badan Bukan Kerajaan. Tajuk ceramah beliau ialah Cara Menangani Dadah dalam Kalangan Murid. Ceramah disampaikan selama 45 minit ini Berjaya menarik minat pelajar dimana beliau telah mengemukakan soalan serta memberi hadiah kepada pelajar yang dapat menjawab dengan pantas dan tepat. Pelajar dapat mengutip banyak maklumat dan pengetahuan dari ceramah yang telah diadakan.

GAMBAR SEKITAR MINGGU PPDa 2012 PERINGKAT SEKOLAH

Soalan Kuiz PPDa 1. Apa itu OPIAT? 2. Sebahagian dari opiate seperti candu, morfin, heroin dan kokain di perolehi dari? 3. Apakah itu pergantungan terhadap dadah? 4. Rawatan Detofikasi ialah? 5. Rawatan Detofikasi yang diamalkan di pusat-pusat pemulihan dan hospital adalah rawatan? 6. AIDS adalah? 7. AIDS adalah penyakit penularan seksual yang disebabkan oleh virus? 8. Virus HIV hanya dapat memasuki badan melalui 3 cara sahaja iaitu? 9. Nikotin adalah sejenis? 10. 2 Langkah untuk berhenti merokok ialah 11. Bagaimana mengelakkan diri daripada terpengaruh dadah?

3.5

KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) ZON SENTUL TARIKH TEMPAT MASA TEMA : 30 Jun 2012 (Sabtu) : SMK Segambut Jaya : 7.00 pagi 2.00 petang : 1 Malaysia Membanteras Dadah TINGKATAN Pn. Wan Noraini

BIL 1.

PERTANDINGAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER Peserta (Menengah Atas) ialah Lee Can Mei (4A10) PERTANDINGAN SAJAK Peserta ialah Nor Farhana (3A1)

2.

Pn. Wan Noraini

Dalam pertandingan yang telah di sertai oleh wakil sekolah, SMK Jinjang tidak berjaya memperolehi kemenangan. Berusaha lagi untuk tahun lepas.

4.0

PENUTUP Secara keseluruhan Minggu PPDa Peringkat Sekolah 2012 telah Berjaya

dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Melalui program ini warga sekolah khususnya murid, guru, kakitangan pendidik dan ibu bapa dapat diberi pengetahuan, kesedaran agar mereka menjauhi dadah. Kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak amat diperlukan untuk merealisasikan Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012