Anda di halaman 1dari 1

Negara-negara rantau ASEAN dijangkakan menghadapi persaingan dalam memasarkan produk masing-masing apabila Kawasan Perdagangan

Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan. Beberapa langkah perlu dilaksanakan untuk menangani masalah ini. Bincangkan. Pengenalan AFTA merupakan suatu sistem perdagangan untuk memaksimumkan pengunaan pasaran ASEAN secara meluas oleh pengeluar dan pedagang dengan menawarkan barangan bermutu. AFTA memberi peluang kepada firma-firma dalam rantau ASEAN memasarkan produk. A. Masalah/Halangan 1. Lambakan barang di pasaran - pengaliran barang berlaku secara bebas kerana kadar tarif rendah ( 0-0.5% ) - merangsang barang dari dalam dan luar rantau ASEAN memasuki pasaran ? berlaku lambakan, cth lambakan buah-buahan dari Thailand di Malaysia 2 . Persaingan - negara yang mempunyai penduduk ramai dapat menghasilkan barang dalam kos yang rendah - barang berkualiti / lebih baik memberi persaingan kepada barang / produk tempatan - menjejaskan PKS tempatan kerana harga produk tempatan lebih mahal/ menggugat pasaran barang tempatan 3 Tekanan daripada blok dagangan barat - mengenakan sekatan dan tekanan perdagangan kepada negara-negara rantau ASEAN - memasarkan barang secara pukal ke rantau ASEAN dengan harga yang berpatutan ? wujud persaingan produk - menggugat keupayaan pasaran produk syarikat tempatan B. Langkah 3. Konsep penggabungan pengusaha-pengusaha firma - mengubah suai keupayaan pengeluaran dan pemasaran melalui kaedah penggabungan untuk meneroka pasaran domestik ASEAN - meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan yang banyak 4. Penggunaan teknologi moden - Pengusaha perlu menguasai kemahiran dalam teknologi pengeluaran, pemasaran dan pengurusan kewangan - penggunaan pesat dalam teknologi pesat setiap proses kerja dan operasi pengurusan yang cekap - Bukan berintensikan modal , negara penduduk ramai akan mempunyai struktur kos yang rendah 5. Penyelidikan dan Pembangunan produk - kajian pembangunan produk melalui kaedah sains dan teknologi - Sumber tenaga yang berkemahiran, pengalaman luas dan mampu meningkatkan pengeluaran melalui kaedah saintifik - Hasil penyelidikan akan dapat membantu pengusaha firma mengawal pengeluaran dan penggunaan sumber secara optimum Kesimpulan: Persediaan mental dan spiritual dapat membantu penduduk ASEAN menghadapi AFTA dan menangani kemungkinan wujud perubahan dalam perbelanjaan hidup walaupun sistem dagangan serantau ini mampu menarik pelabur dan meransang ekonomi dalam rantau ASEAN.