Anda di halaman 1dari 1

SANG MERAK DAN SANG ARNAB

Sang Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Ia ingin benar ekornya panjang dan cantik. Sang Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji kecantikan ekor merak. Pada suatu hari, Sang Arnab berjumpa dengan Sang Merak. Sang Arnab memuji kecantikan Sang Merak. Sang Merak berasa bangga kerana mendapat pujian. Sang Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Sang Arnab terus memuji kecantikan Sang Merak. Namun, Sang Arnab memuji Sang Merak kerana ada tujuan lain. Sang Arnab ingin meminjam ekor Sang Merak. Sang Merak bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab. Sang Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Sang Arnab memakai ekor Sang Merak. Sang Merak memakai ekor Sang Arnab. Alangkah gembiranya Sang Arnab apabila mendapat ekor Sang Merak. Sang Arnab berlari ke sana dan ke mari. Sang Arnab menari-menari di tengah padang. Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya berekor kontot. Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Sang Arnab termengah-mengah lari masuk ke dalam hutan. Ia pergi berjumpa Sang Merak dan menceritakan bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena peluru pemburu. Sang Arnab meminta semula ekornya. Mereka bertukar ekor masing-masing. Sang Arnab tidak mahu memakai ekor Sang Merak lagi. "Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir Sang Arnab.