Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK AGAMA SIBU 2013

1.0 LAPORAN AKTIVITI Sambutan Hari Guru peringkat SK Agama Sibu tahun 2013 telah dijalankan pada 16 Mei 2013. Sambutan telah dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi adalah sambutan bersama semua murid SK Agama Sibu manakala pada sebelah petang adalah sambutan bersama lembaga sekolah, PIBG dan staf sekolah. Pada sambutan sebelah pagi, murid-murid diarah untuk berhimpun di dalam dewan pada jam 7.30 pagi. Manakala majlis sambutan bermula kira-kira pukul 8 pagi. Majlis dimulakan dengan acara memberi hadiah kepada semua guru yang disampaikan oleh pengawas-pengawas sekolah. Setiap pengawas akan

menyampaikan hadiah hari guru kepada guru yang telah ditetapkan. Selepas ucapan guru besar, hadiah daripada pihak sekolah pula disampaikan kepada semua guru. Hadiah ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua guru atas usaha dan kesungguhan yang telah ditunjukkan dalam mendidik murid-murid SK Agama Sibu. Selepas itu, guru-guru dan murid-murid disajikan dengan beberapa persembahan yang disediakan khas untuk sambutan hari guru. Antaranya ialah persembahan coral speaking yang terdiri daripada murid tahap 1 dan dilatih oleh Cikgu Amirul Fahmie dan Cikgu Farid. Selain itu, terdapat juga persembahan pentomin daripada gabungan murid tahap 1 dan tahap 2 yang dilatih oleh Cikgu Halis. Persembahan ini berkisar tentang pengorbanan guru dalam mendidik anakanak muridnya, Persembahan terakhir ialah persembahan deklamasi puisi hari guru yang disampaikan oleh adik Nurfatin Zulmisya Asyura binti Zulhazmi. Puisi ini juga menyentuh tentang hidup seorang guru yang diabadikan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Selain daripada ketiga-tiga persembahan tersebut, lagu bertemakan hari guru juga turut dimainkan dan dinyanyikan bersamasama oleh murid bagi memeriahkan lagi sambuta hari guru. Selepas acara sambutan di dewan, murid beredar ke kelas masing-masing untuk mengadakan jamuan hari guru mengikut kelas. Guru-guru akan melawat ke kelas-kelas tersebut dan menikmati jamuan bersama-sama murid. Terdapat juga

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK AGAMA SIBU 2013


beberapa buah kelas yang menyediakan persembahan khas di dalam kelas masingmasing untuk menyambut kedatangan guru dan meraikan mereka. Manakala pada sebelah petang, kira-kra pukul 1.30 petang, semua guru dijemput untuk bersama-sama berkumpul di dewan untuk meraikan hari guru bersama-sama lembaga sekolah dan juga ahli PIBG sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ucahan daripada tetamu yang dijemput, penyampaian hadiah hari guru dan jamuan makan tengahari. Pihak lembaga, PPD dan juga PIBG juga telah merakamkan ucapan terima kasih atas kesungguhan guru dan prestasi baik yang ditunjukkan oleh sekolah. Berikut merupakan antara gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut.

2.0 KEKUATAN Acara sambutan ini merupakan suatu landasan dan waktu yang sesuai untuk murid-murid melahirkan penghargaan mereka kepada guru-guru yang telah

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK AGAMA SIBU 2013


mengajar mereka. Selain itu, pihak lembaga sekolah dan PIBG juga dapat memberikan penghargaan yang sama kepada guru atas usaha berterusan guru dalam mendidik anak-anak mereka menjadi insane yang berilmu dan berakhlak mulia. Persediaan yang rapi dan teratur oleh jawatankuasa sambutan juga telah membantu menjayakan majlis sambutan dengan lancar. Pembahagian tugas yang baik dan kerjasama guru yang utuh menjadikan perancangan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada para staf, ibu bapa dan juga murid yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan acara sambutan tersebut. 3.0 KELEMAHAN Tiada kelemahan yang ketara dalam sambutan ini. Cuma mungkin dari segi persembahan, masih agak sedikit dan perlu diperbanyakkan. Persembahan yang dipersembahkan juga hendaklah memenuhi tema majlis tersebut iaitu berkenaan tema sambutan hari guru. Jadi majlis tidak akan jadi membosankan dan sentiasa meriah. 4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Mungkin boleh difikirkan lagi dari segi persembahan yang mana mungkin boleh diperbanyakkan supaya majlis menjadi lebih meriah. Persembahan guru juga boleh diselitkan dalam acara sambutan supaya dapat memeriahkan lagi majlis yang diraikan. Selain itu, mungkin juga boleh diwujudkan anugerah-anugerah khas untuk guru pada sambutan hari guru bagi merancakkan lagi acara sambutan tersebut. 5.0 PENUTUP Akhir kata, acara sambutan ini telah memberi rasa penghargaan kepada para guru atas usaha dan penat lelah dalam mendidik murid sepanjang tahun. Diharap aktiviti sebegini akan sentiasa dilaksanakan supaya dapat melahirkan persekitaran sekolah yang mesra dan harmoni antara semua warga sekolah.

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK AGAMA SIBU 2013

Disediakan Oleh:

___________________________ (MOHD KHAIRIZAN BIN REDUAN ) AJK Dokumentasi, Majlis Sambutan Hari Guru 2013 SK Agama Sibu

Anda mungkin juga menyukai