Anda di halaman 1dari 4
Jaguh Academy Assalamualaikum wbt & salam sejahtera, Syukur Alhamdulillah kita panjatkan kehadrat Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Tuan/puan ahli Jaguh Academy, Tujuan coretan ini bukanlah bagi mengucapkan @ meraikan tahun baru 2014. Ianya hanyalah sekadar mengingatkan kita semua sesama ahli, mengenai cara trading selalunya berkait rapat atau selalu kita dengar lebih mudah mengikut stratergi dalam permulaan awal tahun. Tuan/puan yang dihormati, Tarikh 15 Aug 2013 bersamaan 8 Syawal 1434H, petang hari Khamis adalah tarikh yang amat mengejutkan kita semua terutamanya ahli Jaguh Academy. Waktu sekitar 3.30pm (jika betul ingatan saya), saya menerima panggilan telephone dari Puan Suzie (isteri Allahyarham cikgu Kamal Kasiman), meminta agar mendoakan cikgu Kamal Kasiman yang pada ketika itu sedang dalam keadaan nazak. Bergelodak hati saya ingin pergi berjumpa cikgu Kamal kalaulah boleh saya terbang, kerana ketika itu saya di KL dan cikgu di Kuala Terengganu. Sememangnya pada ketika itu fikiran jadi buntu siapa hendak saya hubungi dan saya hanya sempat membuat 3 panggilan telephone kepada 2 orang ahli Jaguh (Hafiz Rahman & Akmal Harith) dan isteri saya dipejabatnya untuk memberitahu niat saya hendak pergi melawat cikgu. Dalam anggaran 20 minit kemudian Puan Suzie menghubungi saya sekali lagi memberitahu cikgu Kamal telah tiada, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya seperti tidak percaya apa yang saya dengar dan dalam hati kecil saya mengharapkan doktor atau sesiapa sahaja yang mengesahkan telah melakukan satu kesilapan. ___________________________________________________________________________ “Berfikir Seiring Trader Profesional” Jaguh Academy Tuan/puan yang dikasihi, Setiap yang hidup pasti akan mati kerana itu janji Allah SWT kepada sekelian hambanya. Hanya masa kita sahaja yang belum kita ketahui bila. Adakah Jaguh Academy terhenti begitu sahaja setelah Allahyarham Kamal Kasiman meninggalkan kita semua? Jika ianya terhenti maka amat sayanglah apa yang telah dimulakan oleh Allahyarham serta tidak sampailah hasratnya untuk melahirkan 100 orang jutawan dalam Pasaran Kewangan dan lebih sayang lagi, ilmu yang beliau pelajari hampir 20 tahun dahulu akan lenyap dan tidak akan berkembang kepada mereka yang benar-benar ingin belajar. Ada beberapa sebab @ tujuan saya menulis coretan ini agar semua ahli Jaguh Academy mengetahui cerita dan perjalanan Jaguh semenjak Allahyarham meninggalkan kita semua. Dalam perbualan peribadi dengan Allahyarham dan setelah ianya berlaku, bila saya renungkan kembali, saya merasakan Allahyarham seperti tahu beliau akan pergi menyahut seruan Illahi. Selain dari perbualan, ini juga termasuk penyerahan tugas secara tidak formal, membantu beliau menguruskan Jaguh Academy. Ramai ahli Jaguh Academy telah mendengar dari mulut Allahyarham sendiri saudara Hafiz Rahman diamanahkan untuk mengajar jika Allahyarham ingin berhenti suatu hari nanti. Sejujurnya kita tidak pernah terlintas di fikiran apa yang dimaksudkan. Allahyarham mula melatih saudara Hafiz Rahman sejak awal Januari 2013 samada semasa Preview atau Kelas Pengambilan ahli baru. Yang terakhir adalah sewaktu Kelas Analisa bulan Julai 2013. Peralihan serta pembahagian tugas Tenaga Pengajar dan Admin berdasarkan satu mesyuarat tergempar yang telah diadakan di Kota Bahru pada 17 Aug 2013 bersama beberapa ahli Jaguh Academy @ IB Pantai Timur. Mesyuarat sebulat suara ingin meneruskan hasrat Allahyarham serta perjalanan Jaguh Academy dan yang paling utama sekali ialah menghabiskan Kursus Intensif 6 Bulan bagi Batch 1 hingga 3 kerana ianya dianggap “hutang” Allahyarham kepada mereka yang harus dijelaskan. ___________________________________________________________________________ “Berfikir Seiring Trader Profesional” Jaguh Academy Ahli Jaguh Academy yang hormati, Pihak wargakerja Jaguh Academy sedaya upaya masih mengekalkan sistem pembelajaran, sistem pengurusan dan perjalanan Kelas webinar. Ini termasuk silibus yang telah disediakan oleh Allahyarham cikgu Kamal Kasiman, terutamanya Kelas Revision dan Analisa untuk ahli lama dan Kursus Intensif Teknikal Analisis 6 Bulan yang telah diperkenalkan pada 8 Jun 2013 dimana pengambilan Batch 1 bermula. Walau bagaimanapun setiap perkara perlu sedikit perubahan bagi tujuan perlaksanaan mengikut keadaan semasa yang difikirkan perlu tanpa mengubah dasar atau sistem utama. Jaguh Academy amat mengalu-alukan ahli lama yang masih berminat untuk mengikuti Kelas Revision dan Analisa atau mengikuti Kursus Intensif 6 Bulan. Perkembangan semasa boleh diikuti di Papan Kenyataan Jaguh Academy di link ini; http://on.fb.me/1d90SFW InsyaAllah wargakerja Jaguh Academy sedaya upaya ingin meneruskan hasrat Allahyarham Kamal Kasiman untuk melahirkan 100 orang jutawan dalam bidang Pasaran Kewangan bagi mereka yang benar-benar serius. Kategori serius ini bolehlah ditafsirkan mereka yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Disiplin, Sabar, Cekal dan Bijak. Dalam apa jua bidang yang kita pelajari dari seseorang maka orang itu boleh dianggap sebagai guru kita. Tidak salah jika saya mengatakan Allahyarham cikgu Kamal Kasiman adalah antara guru yang telah membuka minda kita semua terutamanya dalam cara kita berfikir sebagai seorang trader. Sama-samalah kita hadiahkan Surah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga rohnya tenang bersama golongan yang diredhai Allah SWT. ___________________________________________________________________________ “Berfikir Seiring Trader Profesional” Jaguh Academy Akhir kata wargakerja Jaguh Academy mengucapkan selamat maju jaya dalam semua lapangan yang tuan/puan ceburi terutamanya trading kita semua. Saya percaya dan yakin dengan kata-kata atau pesanan Allahyarham Kamal Kasiman; “Bukan berapa laju kita boleh berlari tetapi berapa lama kita boleh berlari” Sebarang pertanyaan atau cadangan sila hubungi Admin seperti no telephone dan Borang Hubungi yang tertera seperti dibawah ini. Salam hormat, Admin Jaguh Academy Mobile: 019.390.1967 Hubungi: http://jaguhforex4u.com/hubungi 1 Januari 2014 / 28 Safar 1435H ___________________________________________________________________________ “Berfikir Seiring Trader Profesional”