Anda di halaman 1dari 5

KESAN PENGGUNAAN PENEGUHAN POSITIF DAPAT MENGGERAKKAN MURID MENGHANTAR KERJA RUMAH PADA MASA YANG DITETAPKAN

Nurul Izzati Binti Mohamad@Hussin bersama Azizah Ngah Tasir


ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada peneguhan positif merupakan salah satu cara bagi merangsang murid untuk menghantar kerja rumah mereka pada masa yang telah ditetapkan. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti sebab-sebab mengapa murid tidak menghantar kerja rumah mereka mengikut masa yang telah ditetapkan oleh guru. Kajian ini telah dijalankan terhadap 36 orang pelajar Tahun 4 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik, senarai semak pemerhatian dan juga temu bual sebagai kaedah untuk pengumpulan data. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, pelajar lebih terdorong untuk menghantar kerja rumah pada masa yang telah ditetapkan selepas mendapat peneguhan positif. Keputusan kajian menunjukkan murid-murid lebih bermotivasi untuk menghantar kerja rumah mereka pada masa yang telah ditetapkan selepas menerima peneguhan positif daripada guru dalam bentuk token ganjaran. Data awal menunjukkan 17 orang murid sahaja yang menghantar kerja rumah tepat pada waktu dan di akhir kajian dijalankan seramai 34 orang murid menghantar kerja rumah tetap pada waktu. Hasil daripada keputusan temu bual yang dijalankan menunjukkan bahawa murid-murid tidak menghantar kerja rumah mengikut waktu yang dijadualkan adalah kerana mereka tidak dapat menyiapkannya, kerja rumah yang diberikan hilang, terlupa untuk membawa kerja rumah ke sekolah dan tiada masa. Namun, peratusan murid yang menghantar kerja rumah meningkat daripada awal kajian dijalankan sehingga kajian ditamatkan sebanyak 47.22%. Ini dapat disimpulkan bahawa tindakan menggunakan peneguhan positif berbentuk token ganjaran memberikan kesan yang mendalam untuk merangsang murid menghantar kerja rumah mengikut masa yang telah ditetapkan.

1. PENGENALAN Dewasa ini, masalah di mana murid-murid tidak menghantar kerja rumah yang diberikan tepat pasa mada yang ditetapkan kian meruncing terutamaya berlaku di sekolah rendah. Kebiasaannya kerja rumah diberikan kepada murid-murid bagi membantu mereka untuk mengulang kaji di rumah dan guru-guru juga dapat menilai kefahaman murid berdasarkan topik yang diajar melalui kerja rumah yang diberikan. Menurut K. J. Yeo & Ainul Hakimah (2011), kerja rumah dapat disimpulkan sebagai aktiviti latihan yang mengukuhkan tugasan harian [1]. Berdasarkan pengalaman praktikum satu, dua dan tiga, lembaran kerja yang diberikan kepada murid-murid di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran Sains untuk mereka siapkan di rumah. Namun, pada hari yang ditetapkan hanya segelintir murid sahaja murid yang menghantar kerja rumah tepat pada waktunya. Murid didapati banyak memberikan alasan untuk tidak menghantar kerja rumah kerana mereka tidak bermotivasi untuk melaksanakannya, Berdasarkan kajian yang dijalankan Chan (2007) mengenai peneguhan positif didapati bahawa peneguhan positif boleh digunakan untuk merangsang dan menarik minat murid untuk menyiapkan dan menghantar kerja rumah pada masa yang telah ditetapkan

[2]. Oleh itu, pendekatan peneguhan positif telah digunakan dalam menjalankan kajian tindakan ini. Peneguhan positif yang berbentuk token ganjaran ini mampu merangsang minat murid, membentuk sahsiah, menjadikan murid lebih bertanggungjawab dan sistematik dalam menyiapkan kerja rumah. 2. FOKUS KAJIAN Kajian tindakan ini menumpukan bagaimanakah untuk memperbaiki strategi pengurusan disiplin oleh guru dengan menggunakan peneguhan positif bagi memastikan murid menghantar kerja rumah pada waktu yang telah ditetapkan. Peneguhan positif yang digunakan ialah sistem token ganjaran. Peneguhan merupakan akibat yang memperkukuhkan tingkah laku manakala hukuman adalah akibat yang akan melemahkan sesuatu tingkah laku [3]. Dalam kajian ini, fokus utama guru adalah untuk memastikan murid menghantar kerja rumah yang diberikan pada waktu yang ditetapkan dengan memberikan peneguhan positif berbentuk token ganjaran kepada mereka. Amalan guru dalam memberikan peneguhan positif adalah diambil berat di mana cara pengendalian sistem token oleh guru adalah penting bagi memastikan murid dapat melaksanakan kerja rumah dalam amsa yang ditetapkan ataupun tidak. 3. KAEDAH PENGUMPULAN DATA Kajian ini dijalankan keatas 36 orang murid dari kelas 4 Arif di mana muridnya terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 22 orang murid perempuan. Kesemua murid daripada kelas ini adalah berbangsa Melayu yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana dan juga golongan Elit. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sebab-sebab kenapa murid tidak menghantar kerja rumah tepat pada waktunya dan keberkesanan menggunakan peneguhan positif berbentuk token ganjaran dalam membantu meningkatkan motivasi murid dalam menyiapkan kerja rumah. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data. Saya telah menggunakan senarai semak untuk mengenalpasti bilangan murid yang menghantar kerja rumah, membuat temubual separa berstruktur kepada beberapa orang murid yang telah dipilih secara rawak dan juga memberikan borang soal selidik dalam bentuk Skala Guttman kepada murid-murid. Di akhir sesi pembelajaran, murid-murid akan dibekalkan dengan lembaran kerja sebagai kerja rumah yang mereka perlu siapkan dan hantar pada waktu yang telah dipersetujui. 4. ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Sebanyak lima temubual telah ditranskripsi dan dianalisis. Hasil analisis yang diperolehi daripada temubual yang dijalankan ialah murid-murid tidak menghantar kerja rumah di atas empat sebab utama iaitu tidak siap, kerja rumah hilang, terlupa bawa ke sekolah dan juga tiada masa. Rata-rata murid menyatakan mereka tidak siap kerana terlupa perihal kerja rumah tersebut dan juga kerja rumah tersebut susah. Murid juga menyatakan mereka terlupa di mana mereka meletakkan kerja rumah tersebut dan menganggapnya hilang, ada juga yang terlupa untuk bawa kerja rumah ke sekolah kerana tidak mempunyai jadual waktu persekolahan. Sebab yang paling kerap diberikan ialah kerana mereka tiada masa untuk membuat kerja rumah tersebut kerana kerja rumah yang diberikan bukan sahaja daripada subjek Sains adalah banyak dan mereka terlampau sibuk dengan kelas tambahan dan sekolah petang. Selepas menerima token ganjaran, murid didapati lebih bermotivasi untuk menyiapkan kerja rumah dan juga mereka kelihatan gembira dengan kaedah token yang diberikan kerana mereka boleh menukarnya kepada hadiah misteri selepas dapat mengumpul dua token. Peneguhan diberikan

untuk memuaskan kehendak individu; keduanya untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak [4]. Rajah 1 menunjukkan murid bermotivasi dengan penggunaan sistem token ganjaran. Responden diberikan kerja rumah Hantar pada masa ditetapkan Memperolehi token ganjaran Tidak hantar pada masa ditetapkan

Tidak diberikan token ganjaran Perasaan Sedih Dorong

Perasaan

diberikan kerja rumah

Menghantar pada masa yang telah ditetapkan

Perasaan
Gembira & Seronok Untuk mendapatkan lebih token & menukarkan pada hadiah

Sentiasa ingat untuk menyiapkan kerja rumah

Akan menjaga kerja rumah sebaiknya

Akan membawa kerja rumah ke sekolah

Rajah 1: Analisis temubual separa berstruktur murid-murid. Jadual 1 menunjukkananalisis yang dibuat terhadap senarai semak bilangan murid yang menghantar kerja rumah kerja rumah tepat pada waktunya mula meningkat daripada awal kajian dijalankan sehingga kajian berakhir pada minggu ke empat. Pada minggu pertama di mana peneguhan masih belum diberikan hanya 17 orang murid yang menghantar kerja rumah tepat pada waktunya. Ini menunjukkan murid tidak menghiraukan arahan guru untuk menghantar kerja rumah mengikut waktu yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, bilangan murid yang menghantar kerja rumah meningkat daripada 17 orang minggu pertama, kepada 25 orang (69.44%) pada minggu ke dua, 27 orang (75%) pada minggu ketiga dan akhir sekali 34 orang murid (94.44%) menghantar kerja rumah tepat pada waktunya selepas menerima peneguhan positif. Ini menunjukkan bahawa strategi penggunaan peneguhan positif berbentuk token ganjaran ini berkesan dalam menggerakkan murid menghantar kerja rumah pada masa yang telah ditetapkan.

Jadual 1: Bilangan murid yang menghantar kerja rumah mengikut waktu yang ditetapkan

Minggu

1 2 3 4

Sebelum diberikan peneguhan positif Frekuensi Peratus (%) 17 47.22

Selepas diberikan peneguhan positif Frekuensi Peratus (%) 25 27 34 69.44 75.00 94.44

Analisis yang dijalankan terhadap soal selidik yang diberikan kepada lima belas orang responden yang dipilih secara rawak menunjukkan bahawa 100% responden menyatakan bahawa mereka berasa seronok dan bermotivasi untuk menyiapkan dan menghantar kerja rumah pada waktu yang ditetapkan selepas guru memberikan peneguhan positif secara nyata. Sebanyak 93.33% responden menyatakan mereka suka apabila guru memberikan kerja rumah. 100% responden menyatakan mereka berasa seronok sekiranya guru memberikan token ganjaran sekiranya mereka dapat menyiapkan dan menghantar kerja rumah pada waktu yang ditetapkan. 66.67% bersetuju mereka akan membawa kerja rumah Sains ke sekolah supaya mereka boleh menghantarnya pada waktu yang ditetapkan. Majoriti responden menyatakan mereka suka menghadiri kelas Sains kerana mereka bolehmendapat token ganjaran. Namun terdapat segelintir murid murid tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut namun jumlah itu adalah minority iaitu sebanyak 6.67% sahaja.

5. KESIMPULAN Hasil kajian yang mendapati bahawa penggunaan peneguhan positif berbentuk token ganjaran ini dapat membantu saya untuk menambah baik strategi pengurusan disiplin murid untuk menghantar kerja rumah pada waktu yang telah ditetapkan. Sebagai seorang guru, kita digalakkan untuk mengamalkan penggunaan peneguhan positif bagi membentuk tingkah laku murid seperti yang diingini dan mampu untuk memberikan motivasi secara intrinsik dan ekstrinsik untuk mereka menyiapkan kerja rumah mengikut waktu yang telah ditetapkan. Sebagai seorang guru yang menjadi perancang utama dalam sesuatu prosesn pengajaran dan pembelajaran haruslah sentiasa peka dengan keperluan murid serta bijak dalam mengaplikasikan sesuatu strategi yang berkesan.

RUJUKAN [1] Ainul Hakimah Karim & K. J. Yeo, Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Dari Kelas Premier di Dua Buah Sekolah Menengah, Journal of Educational Psychology and Councelling (2011), Vol 2, 28-50. [2] Chan, C. W. (2007). Improving students completion of homework through positive reinforcement. Dimuat turun pada 20 Februari 2012 daripada; http://student.lionscollege.edu.hk/lc-dev/2009-1-23%20action%20research%20presentatio n/2007/2008_ActionResearch_ PDF/CCW_CSK_LYS_TMK.pdf

[3] Mather N. dan Goldstein S. (2001). Behavior Modification in the Classroom. Dimuat turun pada 20 Februari 2012 daripada; http://cdl.org/resource-library/pdf/behavior_modification_classroom.pdf [4] Rachlin H., (1991) Introduction to modern behaviorism, 3rd Edition; W. H. Freeman & Co. Hubungi penulis Nurul Izzati Binti Mohamad@Hussin, zatiehussin88@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai