Anda di halaman 1dari 5

UNIT 3 : BAIK PULIH DAN PENYELENGGARAAN HASIL PEMBELAJARAN : . . . . . Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih.

Memilih bahan dan alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik pulih menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak Menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak Memeriksa,menguji dan melaras REVISI CEPAT

3.1 PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI KEROSAKAN PADA MESIN MUDAH 1. Baik pulih dilakukan apabila terdapat kerosakan yang menyebabkan perkakas ataupun mesin tidak berfungsi dengan sempurna. 2. Penyelenggaraan pula bermaksud menservis atau menjaga sesuatu perkakas atau mesin supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi . 3. Perkakas,alatan dan mesin mudah tidak dapat berfungsi dengan sempurna sekiranya ada komponen yang rosak. 4. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika hendak menyenggara dan membaiki mesin mudah adalah : (a) (b) (c) (d) Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih Memahami fungsi komponen atau bahagian yang berkenaan Memilih bahan dan alatan yang sesuai untuk kerja membaik pulih Memahami cara menggantikan komponen bahagian yang rosak

Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih 1. Alatan ataupun mesin mudah akan mengalami kerosakan apabila sering digunakan dan ini menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik . 2. Sebelum membuat penyenggaraan kita perlu mengenal pasti bahagian ataupun komponen yang perlu dibaik pulih .

3.

Masalah bahagian atau komponen dapat dikesan melalui pemerhatian. Biasanya bahagian yang rosak akan mengeluarkan bunyi ataupun tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

4.

Penyenggaraan adalah cara yang lebih baik daripada menggantikan komponen kerana ini dapat menjimatkan kos. Lebih lebih penyenggaraan dapat dilakukan sendiri .

Memilih bahan dan alatan yanjg sdesuai untuk kerja membaik pulih 1. Antara bahan dan alatan yang digunakan adalah seperti berikut :

Bahan dan alatan (a) Minyak pelincir

Kegunaan - mengelakkan karat - melincirkan bahagian bahagian alatan dan mesin mudah yang bergerak - mencegah geseran

(b) Kertas Las

- Membuang karat pada bahagian permukaan perkakas atau alatan mesin mudah yang berkarat .

(c) Gris

- melincirkan bahagian bahagian alatan dan mesin mudah yang bergerak - mencegah geseran

(d) Kain reja

- membersihkan alatan serta perkakas mesin mudah. - membersihkan tangan selepas melakukan aktiviti penyenggaraan.

(e) Glu sentuh

- melekatkan permukaan yang berlainan jenis seperti kayu ,pelstik ,getah dan logam.

(f) Pemutar skru philips

- melonggarkan dan mengetatkan skru

(g) Pemutar skru rata

- melonggarkan dan mengetatkan skru

(h) Sepana gabung

-melonggarkan dan mengetatkan bolt dan nat

(i) Sepana hujung terbuka

-melonggarkan dan mengetatkan bolt dan nat

(j) Playar muncung tirus

- memotong dawai - Memegang dan mencengkam benda kerja diruang yang sempit

(k) Playar gabung

-memotong dawai - memegang ,mencengkam dan membentuk benda yang keras

(l) Pengumpil tayar

- mengeluarkan tayara daripada rim ataupun tiub daripada tayar.

(m) Tukul bongkol bulat

- mengetuk untuk mengeluarkan atau memasang bahagian bahagian perkakas,alatan,dan mesin mudah

Menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak 1. Pada tahap ini memerlukan kemahiran yang dimiliki untuk menjalankan kerja membaik pulih dan menggantikan komponen . 2. Kerja membaik pul;ih perlu dijalankan secara sistematik dan secara teratur dengan menggunakan perlatan yang sesuai . 3. Pada tahap ini juga anda akan didedahkan dengan aktiviti membaik pulih dan menyenggara peralatan yang biasa anda gunakan iaitu basikal . Mengenal pasti bahagian basikal dan fungsinya

Bahagian (a) Tayar (b) hendal (c) pelana (d)Pedal (e) Engkol

Fungsi Membolehkan basikal bergerak dengan lancar Pemegang untuk mengawal arah Tempat untuk duduk Bertindak sebagai pengayuh dan bahagian untuk menggerakkan engkol Menggerakkan gear pemacu

(f) jejari (g) Rantai (h) tiub (i) Brek (j) Nat roda

Mengukuhkan dan mengimbangkan rim Menghubungkan gear pemacu dengan gear dipacu Menampung udara yang dipam Menghentikan putaran roda serta mengawal kelajuan Mengunci syaf roda

Pedal basikal 1. Pedal basikal merupakan komponen yang sangat penting kerana ia menggerakkan gear pemacu.gear pemacu akan menarik rantai basikal untuk memusingkan gera dipacu. 2. Pedal yang telah lama digunakan akan mengalami kehausan keran ia diperbuat daripada getah dan plastik. Kerosakan ini akan menyebabkan basikal sukar dikayuh. 3. Pedal yang rosak biasanya mengalami kehausan , pecah dan patah.Oleh itu, pedal yang rosak ini perlu diganti dengan pedal yang baru.