Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 Pengenalan
Sejarah merupakan sekumpulan peristiwa penting yang pernah berlaku pada masa dahulu dan merupakan perkara utama dalam masyarakat dimana ia mengajar golongan muda mengenali diri mereka supaya pandai membawa diri pada masa hadapan. Sejarah juga adalah satu persoalan tentang ketepatan sesuatu peristiwa serta pemahaman sepenuhnya mengenai masa dan perkara yang lalu.
Sejarah merupakan salah satu hal yang saat ini berkaitan erat dengan kehidupan kita dan mengandung berbagai makna dan kontroversi mengenai apa sesungguhnya pengertian sejarah seperti yang difahami selama ini. Manusia tidak dapat dipisahkan dari sejarah. Sejarah tanpa manusia adalah khayal. Manusia dan sejarah merupakan dwitunggal. Manusia merupakan objek dan subjek sejarah. Sejarah memceritakan tentang riwayat atau kisah manusia. Kisah itu kemudian dialami, dibaca, diteliti dan dikaji oleh manusia. Bagi manusia, sejarah itu penuh dengan makna. Sejarah mengkaji seluruh aspek kehidupan manusia mulai dari politik, ekonomi, social, budaya, agama, sampai pertahanan keamanan.
Sejarah merupakan rangkaian peristiwa dalam kehidupan yang tersusun secara berurutan. Ia bersifat unik kerana ia hanya terjadi sekali dan tidak terulang, menjadi kenangan dan penting kerana dapat menjadi momentum. Sejarah merupakan kisah atau cerita tentang seorang pelaku sejarah, dapat merupakan riwayat hidup, atau pengalamannya dalam suatu peristiwa sejarah. Selain itu, sejarah sebagai seni kerana menganalisis semua fakta yang berkaitan dengan hasil budaya, yang dapat meningkatkan daya imajinasi dan kreativiti tinggi. Sebagai ilmu, sejarah memiliki sejumlah masalah, bukti dan fakta, yang perlu pembuktian secara ilmiah, melalui serangkaian penelitian dan hipotesa, dengan menggunakan metode penelitian tertentu.
Sejarah adalah topik ilmu pengetahuan yang sangat menarik. Tak hanya itu, sejarah juga mengajarkan hal-hal yang sangat penting, terutama mengenai keberhasilan dan kegagalan dari para pemimpin kita, sistem perekonomian yang
pernah ada, bentuk-bentuk pemerintahan, dan hal-hal penting lainnya dalam kehidupan manusia sepanjang sejarah. Dari sejarah, kita dapat mempelajari apa saja yang memengaruhi kemajuan dan kejatuhan sebuah negara atau sebuah peradaban. Kita juga dapat mempelajari latar belakang alasan kegiatan politik, pengaruh dari filsafat sosial, serta sudut pandang budaya dan teknologi yang bermacam-macam, sepanjang zaman.
Dalam bahasa Melayu perkataan sejarah itu sendiri mempunyai pelbagai makna tetapi maksudnya sama. Menurut Kamus Dewan, sejarah bererti asal-usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau, kisah, riwayat, tambo dan tawarikh. Menurut R.O.Winstedt, perkataan sejarah berasal dari bahasa Arab yang membawa makna salasilah, tawarikh dan babad. Melalui kenyataan Winstedt ini, sejarawan Melayu seperti Ibrahim Alfian dan Mahayuddin Yahaya berpendapat, perkataan sejarah berasal dari perkataan Arab syajarat yang bererti pohon. Pohon atau pokok yang mempunyai dahan dan ranting dinisbahkan kepada salasilah dan jurai keturunan yang bercabang-cabang.
Manakala dalam bahasa Inggeris perkataan history yang berasal dari perkataan Yunani. Historia adalah membawa maksud penyelidikan. Namun terdapat perbezaan antara perbezaan historia zaman Yunani dengan perkataan
history pada zaman moden. Historia adalah karya-karya sejarah yang berunsur mitos dan legenda. Manakala history adalah kerya sejarah yang berdasarkan kajian dan penyelidikan. Menurut kamus Oxford Fajar, history bermaksud sejarah, tawarikh, asal-usul, riwayat. History Peristiwa berlaku yang pada Historia pernah Ia bukan satu penyelidikan tentang peristiwa yang masa silam, tetapi kajian tentang peristiwa semasa atau
lampau dan ingatan yang sezaman ataupun ingatan seseorang penyelidik dan tercatat mengenai masa penyaksi peristiwa yang diselidik dengan berlandaskan lalu itu. kepada penyaksian pendengaran dan pemerhatian.
Para ahli sejarah pada umumnya sepakat untuk membahagi peranan dan kedudukan sejarah yang terbahagi atas empat hal, iaitu sejarah sebagai peristiwa, sejarah sebagai cerita, sejarah sebagai ilmu dan sejarah sebagai seni. Pertama, sejarah sebagai peristiwa adalah sesuatu yang terjadi pada masyarakat manusia di masa lampau. Sejarah sebagai peristiwa merupakan rangkaian peristiwa dalam kehidupan yang tersusun secara berurutan. Bersifat unik kerana hanya terjadi sekali dan tidak terulang persis sama, abadi, tetap menjadi kenangan dan penting, keranan dapat menjadi momentum.
Kedua, sejarah sebagai ilmu, dalam pengertiannya kita mengenal definisi sejarah yang bermacam-macam, baik yang menyangkut persoalan kedudukan sejarah sebagai bahagian dari ilmu sosial, atau sejarah sebagai bahagian dari ilmu humaniora, mahupun yang berkembang di sekitar makna dan hakikat yang terkandung dalam sejarah. Sejarah merupakan ilmu yang mempelajari masa lampau manusia. Sebagai ilmu, sejarah memiliki sejumlah masalah, bukti dan fakta, yang perlu pembuktian secara ilmiah, melalui serangkaian penelitian dan hipotesa, dengan menggunakan metode penelitian tertentu. Keempat, sejarah sebagai seni kerana menganlisi semua fakta yang berkaitan dengan hasil budaya, yang dapat meningkatkan daya imajinasi dan kreativiti yang tinggi.
Ketiga, sejarah sebagai cerita, ia menunjukkan bahawa sejarah itu pada hakikatnya merupakan hasil rekonstruksi sejarawan terhadap sejarah sebagai peristiwa berdasarkan fakta-fakta sejarah yang dimilikinya. Dengan demikian di dalamnya terdapat pula penafsiran sejarawan terhadap makna suatu peristiwa. Perlu diketahui bahawa buku-buku sejarah yang kita baca, baik buku pelajaran di sekolah, karya ilmiah di perguruan tinggi, mahupun buku-buku sejarah lainnya, pada hakikatnya merupakan bentuk-bentuk konkrit sejarah sebagai peristiwa (Ismaun, 1993). Sejarah merupakan kisah atau cerits tentang seorang pelaku sejarah, dapat merupakan riwayat hidup, atau pengalamannya dalam suatu peristiwa sejarah.
Menurut J.B. Bury, sejarah ialah sains, tidak kurang dan tidak lebih. Pada pandangan R.G.Collingwood pula sejarah ialah pemikiran manakala E.H.Carr menyatakan bahawa sejarah itu merupakan suatu proses interaksi yang berterusan antara sejarawan dengan fakta-faktanya. Sejarah menuntut pengkajinya mencari kebenaran tentang sesuatu peristiwa melalui kajian yang sistematik serta penghujahan yang kukuh, logik dan objektif. Ahli sejarah perlu arif dan bijak dalam menentukan penggunaan sumber untuk dijadikan asas dalam penulisannya.
Menurut Profesor Collingwood, unsur kajian atau penyelidikan sebagai satu ciri yang penting. Beliau mengatakan bahawa sains adalah mengetahui sesuatu, dan dari segi itu sejarah adalah sains. Profesor Collingwood ju ga menyatakan kajian dalam sejarah adalah berdasarkan kepada penafsiran bukti atau sumbersumber yang sedia wujud, baik yang berbentuk tulisan mahupun kesan-kesan peninggalan lama. Kajian dalam sejarah sepatutnya dilakukan oleh orang yang ahli dalam bidang itu. Professor Maurice Mandelbaum telah menyatakan bahawa pengkajian sejarah bergantung ke atas penyelidikan, dan tujuannya ialah untuk menegakkan kebebnaran mengenai kejadian-kajadian khusus yang telah benarbenar berlaku. Beliau mengatakan memajukan bukti yang bebas untuk
mengesahkan kebenarannya, jika tidak ia tidak dapat dipertimbangkan sebagai sebuah kajian sejarah.
Sejarah itu adalah masa lalu itu sendiri. Ia mengandungi semua kejadian serta peristiwa dan pengalaman yang telah berlaku dan berlalu. Sama ada kejadian atau peristiwa itu merupakan kumpulan kejadian atau kejadian yang berasingan bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan. Yang pentingnya ia sudah berlaku dan berlalu. Pada dasarnya ia berupa semua pengalaman, tingkah laku, kejadian serta juga peristiwa dalam kehidupan seseorang individu, pemimpin, sebuah institusi, pertubuhan, Negara mahupun masyarakat itu sendiri. Semua kejadian yang pernah berlaku kepada diri seseorang ataupun sesebuah pertubuhan dan sebagainya dikira sebagai tergolong ke dalam lingkungan masa lalu.
Selain itu, sejarah merupakan catatan atau rekod mengenai sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa yang telah lalu. Catatan yang dimaksudkan lebih membawa erti sebagai hasil penyelidikan mengenai masa yang telah lalu, iaitu penyelidikan yang dilakukan ke atas sesuatu peristiwa yang dianggap penting ataupun yang menarik minat seseorang untuk mengkajinya. Untuk membuat catatan yang berupa sejarah, maka seseorang itu haruslah terlebih dahulu membuat penyelidikan mengenai peristiwa yang diminatinya itu dan hasil dari penyelidikannya itulah yang melahirkan pengetahuannya mengenai masa lalu yang diselidikinya.
Walau bagaimanapun, dalam kedua-dua hal pengertian yang dinyatakan di atas tadi, manusia sentiasa tertarik untuk mendampingkan diri mereka dengan masa yang telah lalu, ataupun dengan sejarah. Sama ada secara disedari ataupun tidak, mereka sentiasa menganggap masa lalu itu sebagai sesuatu yang berguna kepada mereka. Ertinya sejarah itu mempunyai kegunaan bagi manusia. Kita dapat melihat bahawa sejarah itu suatu proses yang bersambungan, kita dapat merasakan bahawa sesuatu peristiwa yang kita hadapi pada hari ini merupakan sebahagian daripada peristiwa semalam dan kemungkinan besar pula akan menunjang menjadi sebahagian daripada peristiwa yang akan berlaku pada masa yang akan datang.
Kajian sejarah menyangkut tiga hal penting, iaitu manusia, ruang, dan waktu yang lazim disebut unsur-unsur sejarah. Sejarah adalah sejarah dari umat manusia bukan sejarah binatang atau alam. Sejarah tidak akan membahas mengenai sejarah binatang atau tumbuhan kerana telah masuk ke dalam kajian ilmu biologi dan zoology. Tetapi apabila keberadaan binatang tersbut mempengaruhi kehidupan manusia, maka akan masuk dalam kajian sejarah. Selain itu, tempat merupakan unsur penting yang harus ada dalam sejarah. Jika kita berbicara tentang penjajahan, harus ditegaskan di mana penjajahan tersebut berlangsuang. Sejarah selalu berkaiatn dengan kronologi dan keunikan. Setiap peristiwa sejarah mempunyai keunikn yang selalu berbeda dari waktu ke waktu.
Daripada beberapa takrif dan pengertian tentang sejarah nyatalah bahawa sejarah memang sangat berkait rapat dengan manusia dan segala kegiatan kehidupannya pada suatu jangka masa yang telah berlaku. Akibatnya manusia itu sendiri memang sangat prihatin terhadap sejarah. Manusia bersikap prihatin kerana menyedari bahawa sejarah mempunyai kepentingan dan fungsi dalam kehidupan mereka. Sejarah mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam proses pergerakan sejarah manusia itu.
History is for human self-knowledge... the only clue to what man can do is what man has done. The value of historu, then, is that it teaches us what man has done and thus what man is.(R. G. Collingwood)
Menurut R. G. Collingwood sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Sejarah merupakan satu pemikiran. Sejarah ialah satu sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Sejarah adalah sejenis sains. Kajian dalam sejarah adalah berdasarkan kepada penafsiran bukti atau sumber-sumber yang sedia wujud, baik yang berbentuk tulisan mahupun kesan-kesan peninggalan lama. Kajian sejarah sepatutnya dilakukan oleh orang yang ahli dalam bidang itu. Beliau mengakui bahawa orang ramai yang berpendidikan telah terdedah kepada pemikiran sejarah namun ia tidak melayakkan mereka untuk member pendapat tentang sifat, tujuan, kaedah dan nilai pemikiran sejarah.
R. G. Collingwood lebih mengarahkan sejarah pada teori Hermeneutika, iaitu menghayati dari dalam jalan fikiran orang lain (seolah-olah terlibat dalam suatu
10
peristiwa). Hal ini tidak hanya berguna untuk menafsirkan teks-teks atau maksud lawan bicara. Hermeneutika ingin mengerti mengapa seseorang berbuat begitu atau begini.Menurut Collingwood masa lalu dapat diulangi sehingga pengetahuan berdasarkan pengalaman masa silam tidak mustahil. Tentu saja seoramg peneliti sejarah tidak dapat mengulangi segala-galanya dari masa silam dalam batinnya. Teori Collingwood mengenai re-enactment bukan pertama-tama suatu jawapan terhadap pertanyaan mengenai keterangan atau penjelasan historis, melainkan bagaimana kita dapat memperoleh pengetahuan yang dapat diandalkan mengenai masa silam. Dan Hermeneutika sering lebih luas jangkauannya daripada hanya member jawapan kepada pertanyaan mengenai keterangan historis.
Collingwood lebih banyak bergelut dalam bidang falsafah, dia memliki ketertarikan di banyak bidang. Karya-karyanya lebih menitikberatkan kajiannya pada ilmu falsafah yang diterapkan dalam beberapa multidisiplin ilmu yang diminatinya, seperti seni, sejarah, dan falsafah itu sendiri. Menurut pandangan Collingwood sejarah adalah res-gestae, iaitu jejak-jejak pada masa lalu manusia. Res-gestae ini dapat diperoleh dengan re-enactmen atau menanpilkan kembali jejak-jejak ini. Manakala, cara menampilkan jejak-jejak ini tidaklah mudah. Sejarawan tidak boleh hanya potong dan tempel, dalam hal ini sejarawan tidak sepatutnya menulis sejarah berdasarkan teori sejarah potong dan tempel.
Collingwood berpandangan bahawa sejarah adalah tentang mempercayai orang ketika dia menyatakan bahawa sesuatu adalah peristiwa. Apabila yang dilakukan seorang sejarawan hanya memotong dan menempel pernyataan dari sumber saja, maka yang terjadi adalah sejarah yang ditutupi untuk kepentingan otoritet (pihak berkuasa). Seorang sejarawan tidak hanya mengumpulkan bukti dan melihat bukti semata-mata sebagai bukti saja, tetatpi juga harus menganalisa apa yang ada di balik bukti tersebut. Sejarawan harus melihat bukti secara mendalam dan dapat membaca apa yang tersirat pada bukti tersebut.
11
Herodotus
Herodotus dari Halicarnassus adalah seorang sejarawan Yunani tamadun Hellenik yang hidup semasa abad ke-5. Beliau dilahirkan di kawasan pantai yang kini ialah Turki. Beliau digelar sebagai Bapa Sejarah oleh Cicero, pujaan dan pemidato Rom purba yang terkenal. Semasa hayatnya Herodotus menyaksikan banyak peristiwa penting termasuk kebangkitan Empayar Athens, permusuhan yang semakin meningkat antara Athens dan Sparta dan akhir Zaman Emas Athens. Herodotus menulis sejarah, yang berdasarkan kisah-kisah yang diturunkan dari generasi ke generasi. Di zaman beliau, Herodotus juga pernah dilabelkan sebagai 'Bapa penipuan'. Mungkin kerana banyak juga tulisannya yang bersalahan dengan fakta.
Pengertian sejarah menurut Herodotus, sejarah tidak berkembang ke arah depan dengan tujuan pasti melainkan bergerak seperti lingkaran yang tinggi rendahnya diakibatkan oleh keadaan manusia. Herodotus dikenalkan sebagai sejarawan yang pertama dunia berkebangsaan Yunani. Oleh itu, ia mendapat nama
12
The Father Of History atau Bapak Ilmu Sejarah. Mengikut pandangan Bapa Sejarah Herodotus, sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh,
Mengikut pandangan Bapa Sejarah Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.
Herodotus merupakan sejarawan pertama yang diketahui mengumpulkan bahan-bahannya secara sistematik, menguji akurasi mereka sampai batas tertentu dan mengaturnya dalam sebuah narasi yang dibangun dengan baik dan jelas serta hidup. Yang paling penting yang terjadi saat Herodotus masih kecil adalah bahawa peperangan antara Persia dan Yunani. Semua orang terkejut bahawa Persia telah dikalahkan dan ketika itu Herodotus tumbuh ia mengabdikan hidupnya untuk mencuba menjelaskan bagaimana ini terjadi.
13
Leopold von Ranke dilahirkan pada 21 Disember 1795 di daerah Wieche, Saxony (Jerman). Semasa di Universiti Leipsis, beliau membuat pengkhususan dalam bidang teologi dan ilmu-ilmu dari dunia klasik (Zaman Yunani dan Rumawi) dengan tumpuan khas dalam bidang ilmu bahasa (filologi) dan juga penterjemahan serta penghuraian terhadap teks-teks lama. Bidang inilah yang telah menjadi pendorong untuk beliau menceburkan diri dalam bidang sejarah. Beliau tertarik dengan sejarah bukan kerana minat sahaja tetapi telah terpengaruh dengan penulisan sejarawan lain, terutamanya Niebuhr, Walter Scott dan Herder yang mengaitkan sejarah dengan kemajuan manusia. Selain daripada itu, beliau juga dipengaruhi oleh unsure keagamaan; dan pernah menganggap sesuatu peristiwa
14
sejarah adalah sesuatu yang dibentuk oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Justeru itu seajarah haruslah dikaji dengan teliti dan objektif.
Leopold von Ranke merupakan seorang sejarawan dari Jerman yang memainkan peranan yang penting dalam perkembangan pensejarahan moden di Barat pada pertengahan kurun ke sembilan belas. Pada abad itu, ilmu sejarah dianggap suatu bidang pengajian atau disiplin yang tersendiri. Sumbangannya dalam pemikiran sejarah sangat bermakna sehingga beliau dianggap sebagai pengasas dalam era ini. Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya ada menyunting satu rangkap petikan popular Leopold von Ranke yang menggambarkan bentuk pensejarahan yang didokong oleh sejarawan tersebut. Petikan itu adalah seperti berikut: Kepada sejarah telah pun diberikan tugas untuk mengadili masa lalu, Untuk mendidik masa kini demi kepentingan zaman-zaman yang akan datang. (Tetapi) penulisan ini tidaklah bertujuan untuk memenuhi cita-cita yang membumbung itu. Ia hanyalah bertujuan untuk menunjukkan apakah yang sebenarnya berlaku (wie es eigenthlich gewesen). Leopold von Ranke dalam Sejarah Bangsa Latin dan Teutonic. Ungkapan wie es eigenthlich gewesen merupakan satu tonggak
pensejarahan von Ranke sehingga ada pengikut-pengikutnya menggangap bahawa ungkapan tersebut merupakan tuntutan yang mutlak bagi pengkaji sejarah. Keunggulan beliau sebagai seorang sejarawan memang jelas dan boleh dikatakan semua sejarawan Eropah yang terpenting pada kurun awal kedua puluh ini tidak dapat lari dari memperkatakan teori dan sumbangan beliau, sama ada
15
Bagi Ranke, satu jalan untuk mengetahui dan memahami masa lalu adalah dengan meneliti dan menafsirkan secara cermat mengenai sumber-sumber sejarah yang tidak terbilang jumlahnya. Sejarah dan falsafah bertolak belakang kerana falsafah berpangkal pada teori-teori abstraksi yang memiliki kenyataan historis yang konkret sedangkan seorang sejarawan berawal dari peristiwa kenyataan historis namun masih berusaha untuk memperoleh pengertian-pengertian umum yang sudah sering dilakukan namun tidak selalu berhasil. Ungkapan unggulnya wie es eigenthlich gewesen sinonim kepada "seperti sebenarnya ia berlaku" masih menghantui dan memperingati serta menghalang sesiapa yang cuba untuk menghasilkan penulisan sejarah yang palsu atau mencampuradukkan sejarah dengan fiksyen. Sumbangan beliau dalam
pensejarahan tidak boleh dipandang atau ditolak dengan mudah. Walaupun zaman kelunturan pengaruhnya hampir menutupi zaman kegemilangannya, namun ungkapan wie es eigenthlich gewesen tetap menyinar walaupun samar, tapi masih sukar ditelan zaman, malah jika dapat digilap dan dapat dipraktik seperti apa yang dinyatakan oleh beliau alangkah baik, kerana dapat bertahan lama untuk dipertontonkan serta diwarisi oleh jenerasi seterusnya, dan bukanlah suatu perkara yang mustahil pada zaman ini kerana adanya kemajuan sains dan teknologi yang tinggi dan canggih dapat mempermudahkan kenyataan beliau, sama ada dalam bentuk penyelidikan dan penyimpanan sumber-sumber dalam bentuk bercetak, dokumentri, audio visual yang lebih nyata dan menarik.
16
E.H.Carr Menurut E.H. Carr, sejarah ialah suatu proses berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. Beliau menyatakan bahawa sejarah adalah satu dialog antara yang telah berlaku pada masa dahulu dengan masa kini. Ia juga dianggap sebagai interaksi antara sejarawan dengan fakta-faktanya. Carr seterusnya mendefinisikan bahawa sejarah berfungsi untuk menyimpan dan meneruskan pengalamanpengalaman secara kolektif dari satu generasi ke satu generasi berikutnya.
Sejarah adalah proses berkesinambungan dari interaksi antara sejarawan dan fakta-fakta yang dimilikinya, suatu dialog yang tidak kesudahan antara masa sekarang dan masa lampau. Jadi tidak ada tulisan atau buku sejarah final. Sejarah juga merupakan satu bentuk penyelidikan proses social dan justeru itu merupakan perhubungan antara masyarakat sekarang dengan masyarakat yang telah lalu. Sejarah juga merupakan tafsiran semula berdasarkan fakta yang wujud masa kini.
17
IBNU KHALDUN Sejarah adalah rekaman tentang kemajuan dan kemunduran, kejayaan dan kejatuhan umat manusia
Ibnu Khaldun atau nama sebenarnya Abd Ar-Rahman bin Muammad (732/1332-808/1406) adalah seorang sejarawan Arab yang cukup terkenal dengan buku Mukaddimahnya. Beliau lahir di Tunis dengan mendapat pendidikan di Andalus. Ahli sejarah berpendapat kaedah yang digunakan oleh Ibn Khaldun dalam penulisan sejarah beliau adalah berbeza dengan ahli sejarah tradisi seperti Al-Lji dan AlKafiyaji kerana pendekatan yang digunakan lebih global.
Oleh kerana luasnya ilmu yang digunakan dalam penyelidiakan maka Ibnu Khaldun lebih banyak menekankan soal tamadun dalam penulisannya daripada sejarah. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh umat Islam pada masa itu menghadapi tekanan politik dari negar-negara Barat. Oleh itu penekanan aspek tamdaun diutamakan untuk menyedarkan umat Islam pada masa itu bahawa perubahan telah berlaku dalam sejarah manusia. Oleh yang demikian, menurut Ibn Khaldun, tarikh atau sejarah adalah disiplin ilmu yang dipelajari secara luas oleh
18
banyak bangsa dan kaum. Sejarah mengandungi penelitian dan usaha mencari kebenaran (tahqiq), penjelasan yang halus tentang sebab dan asal benda, pengertian dan pengetahuan tentang substansi, esensial, dan pengetahuan tentang bagaimana dan sebab terjadinya peristiwa-peristiwa.
Ibn Khaldun berhujah bahawa sejarah tertakluk kepada undang-undang semesta dan menyatakan kriteria bagi fakta sejarah: P eraturan bagi membezakan apa yang benar dan apa yang palsu dalam sejarah adalah berdasarkan kebolehjadian atau ketidak bolehjadiannya. Kita mesti memeriksa masyarakat manusia dan membezakan antara sifat-sifat yang penting dan semulajadi dalam tabiinya dan apa yang secara kebetulan dan tidak perlu dilaporkan, mengenal pasti dengan lebih lanjut apa yang tidak mungkin dimilikinya. Jika kita melakukan ini, kita mempunyai satu peraturan untuk memisahkan fakta sejarah dari kesilapan dengan menggunakan kaedah-kaedah demonstratif yang tiada keraguan. Ia adalah kayu ukur sejati yang dengannya para sejarawan dapat mengesahkan apa sahaja yang mereka riwayatkan.
Menurut beliau, sejarah merupakan bahagian dari berbagai cabang ilmu yang dipelajari oleh bangsa-bangsa dan generasi-generasi umat manusia. Hakikatnya, sejarah mengandung pemikiran, penelitian, dan alasan-alasan detail mengenai perwujudan masyarakat dan dasar-dasarnya. Ilmu yang mendalam mengenai karakter berbagai peristiwa. Jadi, boleh dikatakan sejarah adalah ilmu yang original mengenai hikmah dan layak untuk dikelompokkan sebagai bahagian dari ilmu-ilmu yang mengandung kebijaksanaan. Ilmu sejarah merupakan ilmu yang mulia mazhabnya, banyak manfaatnya dan bertujuan agung.
Dalam buku Muqaddimah, Ibnu Khaldun melihat dua sisi sejarah yang perlu diperhatikan, iaitu sisi luar dan sisi dalam. Sisi luar memperlihatkan bahawa sejarah itu tak lain dari rakaman perputaran masa dan pergantian kekuasaan yang terjadi pada masa lampau. Namun jika dilihat dari sisi dalamnya, sejarah merupakan suatu
19
penalaran reflektif dan kerja mencari sebuah kebenaran. Hal ini merupakan sebuah penjelasan yang cerdas tentang sebab sebab dan asal-usul segala sesuatu, iaitu suatu pengetahuan tentang bagaimana dan mengapa peristiwa-peristiwa itu terjadi. Oleh sebab itu, menurut Khaldun sejarah mempunyai akar tunggang dalam filsafat (al Hikmah).
Bagi Khaldun, sejarah sangat erat hubungannya dengan kebenaran, ini adalah kerana apa yang dinamakan ilmu sejarah itu seringkali telah tercemar oleh hal-hal yang tidak benar yang sama sekali tidak ada hubungannya dengan kebenaran. Bagi orang ramai, sejarah seringkali dikemukakan sebagaimana adanya, tanpa menyiring terlebih dahulu, serta memisahkan antara yang benar dengan yang tidak benar. Sejarah menurut Ibnu Khaldun adalah satu gerak berkelanjutan dalam waktu (process) yang merupakan kreatifitas asli manusia dan bukan sesuatu yang perjalannya telah lebih dahulu ditentukan. Kerana sifatnya yang sangat dinamis maka dikatakan sejarah suatu bangsa seringkali berlainan walaupun nantinya tetap ada titik singgung persamaan dalam hal kausalita sebab akibat.
20
bertajuk Pengantar Ilmu Sejarah (1994), beliau mendefinisikan sejarah objektif sebagai sejarah sebagaimana terjadinya (histoire-realite). Pandangan ini selari dengan teori terkenal oleh Leopold Von Ranke, iaitu wie es eigentlich gewesen yang bermaksud seperti sebenarnya ia berlaku.
Menurut Abdul Rahman Abdullah (1994), ahli-ahli sejarah bersetuju bahawa penulisan sejarah perlu memberikan perhatian terhadap memperkembangkan penjelasan, berkeupayaan dalam penyaringan, logik dan konsisten dalam
perbahasan adalah merupaka kualiti yang menyumbang kepada penulisan laporan yang berkesan. Tidak kurang pentingnya juga ialah bentuk penulisan laporan tersebut dikemukankan sama ada dalam bentuk artikel, monograf atau buku. Ketigatiga penulisan tersebut tidak mempunyai perbezaan dari segi kaedah, gaya penyampaian dan rujukan sumber. Bagaimanapun, perbezaan utama adalah dari segi saiz atau panjang sesuatu penulisan itu.
21
22
Sejarah membuat kita memahami bagaimana kondisi-kondisi manusia mengalami perubahan, kerajaan-kerajaan mengalami perluasan kawasan,
bagaimana manusia-manusia memakmurkan dunia hingga membuat mereka meninggalkan tempat tinggal dan tibalah waktu menjumpai masa mereka.
Ilmu sejarah membuat kita mengetahui perilaku dan akhlak umat -umat terdahulu, jejak-jejak para Nabi, para raja dengan kerajaan dan politik mereka, sehingga dapat dijadikan pelajaran oleh orang-orang yang mengambil pelajaran, baik dalam urusan dunia mahupun urusan agama.
Sehingga jelaslah menurut pandangan Ibnu Khaldun, ilmu sejarah tidak hanya sekedar paparan runtutan peristiwa yang disusun secara sistematis agar dapat difahami, namun memiliki tujuan agar manusia dapat mengambil pelajaran dari peristiwa yang telah lalu sebagai pedoman menjalani kehidupan di masa kini dan masa yang akan datang. Namun, Ibnu Khaldun menekankan bahawa hanya orang-orang yang mengambil pelajaran yang dapat mengetahui manfaat dari mempelajari sejarah.
Sejarah menolong kita mengenal, mengetahui, memahami dan menghargai sesuatu perkara atau latar belakang sesuatu peristiwa. Ia mengaitkan satu kejadian dengan yang lain. Ia menempatkan sesuatu peristiwa atau perkara ditempat sewajarnya dan memberi makna yang luas kepada kita. Membina perasaan kewarganegaraan dan kenegaraan sejarah satu catatan manusia dan peradaban dunia. Ia itu menceritakan segala perubahan yang terjadi.
Pengalaman pentingnya membentuk Negara bangsa. Bila rakyat telah disesuaikan fikiran dan sikap dengan keadaan sebenar dengan anggapan mereka adalah bangsa Malaysia tentulah kita telah dipunyai Malaysia. Warganegara mempunyai semangat kekitaan atau semangat kenegaraan. Peranan sebagai
23
pembentuk keperibadian kebangsaan. Menjadi asas kewarganegaraan yang sihat. Peranan membentuk kebanganan rakyat Malaysia.
Sejarah memberi pengajaran. Penyelidikan sejarah merupakan satu bentuk penyelidikan yang rumit kerana penyelidikan sejarah adalah untuk mempelajari, menggali fakta-fakta serta menyusun dan menghuraikan hubungan atau kesimpulan berkaitan peristiwa masa lampau. Kerumitan juga disebabkan kuasa pengawasan penyelidik ke atas sampel adalah terbatas memandangkan pembolehubah bebas berada di luar jangkauan penyelidik dalam melakukan penilaian dan interpretasi.
Seperti dinukilkan, penyelidikan yang baik mesti melalui langkah-langkah yang telah ditetapkan secara umum oleh sejarawan terdahulu, seperti pendefinisian masalah, rumusan hipotesis yang perlu diuji, pengumpulan data yang sistematik, analisis interpretasi data, membuat kritikan luaran dan dalaman terhadap sumber yang diperolehi dan seumpamanya.
Di samping mematuhi langkah-langkah tersebut, faktor etika dalam penyelidikan juga tidak boleh dipandang ringan oleh para penyelidik supaya hasil penyelidikan yang dihasilkan bersih dan tulen tanpa sebarang campur tangan penyelidik. Namun, syabas kita ucapkan kepada sejarawan-sejarawan yang sentiasa bertungkus-lumus membuat penyelidikan demi penyelidikan yang menjadi bahan rujukan masyarakat.
24
25
Ciri-ciri Sejarah
Kepentingan ciri-ciri sejarah ialah membantu kerja-kerja memahami deretan peristiwa yang telah berlaku dan dapat membentuk gambaran peristiwa yang telah berlaku dengan tepat. Ciri-ciri sejarah dapat dibahagikan kepada tiga, yang pertama ialah fakta yang tepat dan benar, kedua penting dan bermakna dan ketida adalah sebab dan akibat.
Fakta yang tepat dan benar ialah dapat dibuktikan kebenarannya atau tidak boleh direka dan ditokok tambah atau perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya. Contohnya, penemuan arkeologi Kota Tampan, Perak membuktikan penempatan awal di Negara kita bermula sejak 35, 000 tahun dahulu. Ataupun pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001.
Penting dan bermakna bermaksud peristiwa memberi kesan kepada manusia atau peristiwa yang bermakna. Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari kebangsaan, hari guru dan segala kejadian berkaitan dengannya adalah adalah sebahagian daripada sejarah. Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat pengenalan diri, lessen memandu, jenis darah, jenis penyakit yang dihidapi dan sebagainya. Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang rapat dengan kita adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang. Kad akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam juga mengandungi maklumat penting tentang perkahwinan seseorang Majlis seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Pekerja adalah untuk menghargai guru dan pekerja.
Sebab dan akibat bermakna menjelaskan sesuatu peristiwa berlaku atau menjawab pertanyaan seperti apa, bila dan siapa, dimana, mengapa dan bagaimana.
26
Sejarah juga menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada peristiwa atau sebab dan akibat. Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa: a) Apa b) Siapa c) Bila d) Di mana e) Mengapa f) Bagaimana peristiwa itu berlaku Sebagai contoh: Kemasukan kaum imigran Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai budaya dan amalan sendiri.
27
Sumber Sejarah
Istilah sumber dalam sejarah kerap digunakan sebagai bererti punca, dokumenatau rekod. Menurut Oxford English Dictionary, sumber atau source bermakna sebuah karya dan lain-lain yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau hal-hal tersebut. Pada lazimnya, sumber sejarah diertikan sebagai bahan bertulis atau bercetak. Tidaklah menghairankan kenapa sumber sejarah juga digelar sebagai dokumen yang mengikut Kamus Dewan bererti keterangan (bukti) yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti seperti surat beranak, surat nikah dan lain-lain.
Sumber sejarah adalah semua yang menjadi pokok sejarah. Sumber sejarah adalah segala sesuatu yang berwujud dan tidak berwujud serta berguna bagi penelitian sejarah sejak zaman purba sampai sekarang. Sumber sejarah adalah kumpulan benda kebudayaan untuk membuktikan sejarah. Sumber sejarah boleh dikategorikan kepada tiga sumber iaitu sumber bertulis, sumber lisan dan sumber benda. Sumber tertulis adalah sumber sejarah yang diperoleh melalui peninggalanpeninggalan tertulis, catatan peristiwa yang terjadi di masa lampau. Sumber lisan adalah keterangan langsung dari para pelaku atau saksi mata dari peristiwa yang terjadi di masa lampau. Sumber benda adalah sumber sejarah yang diperoleh dari peninggalan benda-benda kebudayaan, misalnya, alat-alat benda budaya seperti kapak, gerabah, perhiasan, manik-manik, candi dan patung.
28
Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah. Sumber sejarah memberikan maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa. Dua jenis sumebr sejarah yang penting iaitu: sumber pertama atau sumber primer dan sumber kedua atau sumber skunder.
Mengikut Profesor L. Gottschalk, sumber pertama ialah merujuk kepada keterangan dari seseorang saksi iaitu seseorang atau sesuatu yang hadir di dalam kejadian-kejadian yang dia atau ia ceritakan itu. Sumber kedua sebaliknya bererti keterangan daripada seseorang yang tidak hadir di dalam kejadian-kejadian yang dia ceritakan itu. Pendapat Gottschalk ini dipertikaikan oleh ramai ahli sejarah lain seperti Arthur Marwick yang mensifatkan sumber pertama sebagai bahan-bahan yang wujud dalam keadaan asas, mentah dan tidak sempurna. Manakala sumber kedua ialah tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau buku.
Sumber pertama atau sumber primer ialah bahan yang belum diolah atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal seperti dalam bentuk kertas, fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan, batu bersurat dan keterangan lisan. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir. Sumber-sumber tersebut biasanya dihasilkan pada masa yang hamper sama dengan maklumat yang dicatatkan oleh pihak yang berwibawa. Contohnya, batu bersurat Terengganu, batu nisan yang terpahat nama Sultan Mansur Shah di atasnya dan Piagam Madinah.
Sumber primer dikenali sebagai sumber pertama, sumber awalan, sumber sezaman atau sumber utama. Peristiwa sezaman disampaikan melalui catatan tulisan tangan atau bentuk lisan. Menurut Muhd Yusuf Ibrahim, sumber pertama ialah kumpulan sumber mahupun bahan yang boleh dirujuk. Keadaannya masih asli
29
dan belum lagi ditafsirkan serta terdapat di institusi-institusi tertentu. Abdul Rahman Haji Abdullah menyatakan bahawa sumber pertama ialah keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam sesuatu perkara.
Sumber primer adalah sumber yang asli dan tulen serta menepati ciri-ciri tertentu. Kandungan dan maklumat sumber pertama tidak diusik dan masih dalam keadaan baru. Fakta yang terkandung dalam sumber pertama adalah benar dan tepat. Maklumat asal dalam sumber pertama tidak diubahsuai atau ditambahbaikkan dengan maklumat baru. Sumber pertama tersebut tidak diterjemahkan dalam bahasa lain dan tulisan juga tetap sama tanpa diubahsuai. Keadaan fizikal asal sumber pertama dikekalkan bagi membolehkan ahli-ahli sejarah mendapatkan bukti yang kukuh dan konkrit bagi membuat tafsiran sejarah yang jitu. Sumber pertama sukar diperoleh. Oleh itu, ahli-ahli sejarah mengambil tempoh masa yang panjang untuk mengakses sumber tersebut.
Sumber kedua atau sumber sekunder terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan bertuliss maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain. Sumber ini merangkumi majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan jabatan dan blog. Sumber kedua melibatkan pengitlakan, analisis, sintesis, tafsiran atau penilaian maklumat asal. Sumber kedua merupakan bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum. Contonhnya,Ensiklopedia Britannica, manuskrip yang suadah dicetak, ulasan majalah mengenai sesuatu perkara.
Secara asasnya, sumber kedua ialah kajian-kajian ataupun penulisanpenulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya. Kajian-kajian itu
berdasarkan sumber-sumber utama tadi. Sumber kedua lebih merujuk kepada tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau buku.
30
Sebenarnya,
sumber
kedua
ini
merupakan
tafsiran,
penyeluruhan,
kesimpulan dan malahan andaian yang dibuat oleh seseorang pengkaji terhadap perkara-perkara yang dikajinya dengan berdasarkan sumber utama yang berkaitan. Sumber kedua itu boleh dan biasa digunakan oleh para penyelidik yang lain, sama ada sebagai rujukan, sebagai bandingan, mahupun sebagai ungkapan bagi mengemukakan pandangan serta tafsirannya terhadap perkara yang dikajinya. Dalam kategori sumber kedua ini termasuklah buka-buku, majalah dan juga akhbar, latihan ilmiah, tesis, karangan ataupun - esei yang menganalisis sesuatu isu yang penting. Sumber lisan merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut oleh seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan ianya tidaklah ditulis atau dirakamkan. Namun begitu, sumber lisan boleh menjadi sumber bertulis apabila ia dirakam setelah mengalarni proses temu bual, perbincangan, dan temuduga dengan orang sumber. Pada kebiasaannya, sumber ini turut menjadi rujukan bagi ahli sejarawan dalam bidang sejarah lisan.
Sumber lisan boleh juga dikategorikan sebagai sumber utama dan sumber kedua. Lazimnya, sumber utamanya didapati daripada penyaksi-penyaksi atau orang-orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu. Mereka ini boleh memberikan maklumat asal tentang peristiwa yang mereka saksikan atan yang mereka turut terlibat. Jika mereka ini memuatkan maklumat-maklumat ke dalam pita rakaman ataupun apa-apa perakam suara, maka itu juga boleh dianggap sebagai sumber utama. Tetapi, jika mereka menulisnya, maka ia akan menjadi sumber utama yang bertulis dan bukan lisan lagi. Bagi sumber lisan dalam kategori kedua pula, ia adalah maklumat daripada mereka yang tidak menyaksikan atau terlibat dalam sesuatu peristiwa yang diterangkan.
Kepentingan sumber lisan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Tambahan pula dalam situasi di mana kurangnya sumber utama dan kedua dalam satu-satu peristiwa sejarah. Contoh yang jelas ialah semasa pendudukan Jepun di
31
Tanah Melayu selama 3 setengah tahun iaitu dari 15 Februari 1942 hinggalah 12 September 1945. Kebanyakan daripada generasi muda pada masa kini mendapat tahu tentang peristiwa yang menggambarkan keganasan dan kekejaman
pendudukan Jepun di Tanah Melayu melalui cerita-cerita orang tua yang masill hidup dan telah menempuh zaman tersebut.
SUMBER PERTAMA/PRIMER: Sumber Artifak Dokumen Kerajaan Sumber Peribadi Sumber Agama Batu Bersurat Buku Harian Warkah Watikah Titah Perintah Catatan
SUMBER KEDUA/SEKONDER: Sumber Manuskrip Lama Akhbar-akhbar Majalah Sumber Karangan atau Esei Latihan Ilmiah Buku-buku Tesis Rencana
32
Temuduga
33
5.0 Rumusan
34
Pensejarah dihasilkan untuk mamaparkan kebenaran sesuatu peristiwa sejarah. Kesedaran sejarah membolehkan seseorang mengenali diri, masyarakat dan negaranya. Sesuatu bangsa yang tidak tahu sejarahnya atau tidak mempunyai sejarah bermakna tidak mempunyai warisan dan tamadun. Sejarah sebagai ilmu untuk membolehkan seseorang atau sesuatu masyarakat itu menentukan identiti dirinya. Ia membolehkan seseorang atau sesebuah masyarakat mengenai dirinya sendiri.
Melalui pengetahuan sejarah sesebuah masyarakat dapat memperolehi pengetahuan tentang dirinya. Sejarah diperlukan untuk menjustifikasikan sesuatu tuntutan, untuk menjadikan pendidikan praktikal dan moral dan untuk menjadikan sejarah sebagai satu disiplin yang mulia. Pengalaman masa lalu sebagai sesuatu yang berguna kepada kita. Manusia akan tertarik kepada masa lalu, naluri ingin tahu tentang bagaimanan, apa, kenapa sesuatu itu terjadi. Masa lalu sebagai petunjuk kepada kita, kita boleh belajar dari sejarah. Pengajian sejarah merupakan asas untuk mencapai kearifan dan nilai manusia berpendidikan. Sejarah memang memberikan banyak kesan yang berguna dan pengajaran kepada manusia. Ini terpulanglah kepada kita untuk berfikir secara rasional sama ada mengambil sejarah untuk terus hidup maju dan menjaga sejarah agar tidak pupus ataupun sebaliknya. Analisis tentang berbagai pendapat yang disampaikan oleh sejarawan-sejarawan akan membuka peluang untuk memahami hakikat sejarah yang sebenarnya.
Sejarah menolong kita mengenal, mengetahui, memahami dan menghargai sesuatu perkara. Ia juga memberitahu latar belakang sesuatu peristiwa. Ia mengaitkan satu kejadian dengan yang lain. Ia menempatkan sesuatu peristiwa atau perkara ditempat sewajarnya dan memberi makna yang luas. Sejarah menolong membina perasaan kewarganegaraan dan kenegaraan sejarah satu catatan manusia dan peradaban dunia. Iaitu menceritakan segala perubahan yang terjadi.
35
Sejarah memberi pengajaran. Pengalaman pentingnya untuk membentuk negara bangsa. Bila rakyat telah disesuaikan fikiran dan sikap dengan keadaan sebenar dengan anggapan mereka adalah bangsa Malaysia tentulah kita telah dipunyai Malaysia. Peranan sebagai pembentuk keperibadian kebangsaan. Menjadi asas kewarganegaraan yang sihat. Peranan membentuk kebangaan rakyat Malaysia. Sejarah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk panduan masa kini dan masa hadapan. Dengan mempelajari sejarah, generasi kita dapat memupuk semangat petriotisme serta bangga akan negara sendiri. Di samping itu, sejarah juga membantu kita menghargai serta memelihara kemerdekaaan dan kedaulantan negara.
Tujuan mempelajari sejarah adalah untuk kita dapat memperolehi banyak pengalaman. Kita boleh membuat penilaian, mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa, serta sebab dan akibatnya. Kita dapat mengetahui sejarah tamadun awal bangsa. Kita dapat melahirkan jati diri yang tinggi serta membentuk keperibadian bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia. Kita dapat mempelajari tokoh negara yang telah menyumbang khidmat bakti untuk mempertahankan kedaulantan bangsa dan negara. Kita akan bersikap berhati-hati agar kesilapan masa lalu tidak berulang lagi.
36
37
6.0 Bibliografi
38
Abdul Rahim Abdul Rashid. 1998. Ilmu Sejarah: Teori dan Amalan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Kertas Sempena Simposium Kebangsaan Ilmu Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Andikasapoetra87. (12 April 2013). Ilmu sejarah dalam pandangan Ibnu Khaldun. Diambil dari http://andikasapoetra87.wordpress.com/2013/04/12/ilmu-sejarahdalam-pandangan-ibnu-khaldun/ Arbaiyah Mohd Nor, (2002). Ilmu sejarah dan pensejarahan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Carr, E. H. (1980). What is History? Penguin Books Ltd, Middlesex, 1980, hlm: 27
Dasar-dasar Sejarah, diambil pada 26 April 2013, dari laman web: http://www.freewebs.com/rinanditya/pengertiansejarah.htm
Hazriey. (Monday, 2 January 2012). Kritikan dan Penafsiran sumber sejarah. Diambil dari http://hazriey-secebisilmu.blogspot.com/2012/01/kritikan-dan-penafsiransumber-sejarah.html Ibn Khaldun,(2002). Mukadimah Ibn Khaldun, terjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kualu Lumpur, 2002, hlm. ix.
Ismaun, (1993) Modul Ilmu Pengetahuan Sosial 9: Pengantar Ilmu Sejarah , Universitas Terbuka: Jakarta.
Joyce M. Hawkins,(1997). Kamus Oxford Fajar, Edisi Kedua, Shah Alam: Penerbit Bakti, 1997, hlm: 181.
Louis Gottschalk, Understanding History, Alfred A. Knopf, New York, hlm. 53-54.
39
Mohamad Rashid Abu Bakar. (9 February 2012). Bab 1 Pengertian sejarah. Diambil dari Fikrah Akademik http://fikrahakademik.blogspot.com/2012/02/definisisejarah.html
Muhd Yusof Ibrahim, (1975). Pengertian sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Muhd Yusof Ibrahim, (1994). Kepentingan sejarah kepada manusia dan negara. Jebat 22 (1994) 25-48
Noor Azman. (Saturday, 30 May 2009). Konsep dan cirri sejarah. Diambil dari http://belajarsejarah.blogspot.com/2009/05/konsep-dan-ciri-sejarah.html
Teuku Iskandar (peny), Kamus Dewan,Edisi Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm: 1133 tambo yang dimaksudkan di sini adalah riwayat dahulu kala. (Ibid., 1277)
Winstedt, R. O. Kamus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Marican & Sons Sdn Bhd., 1970, hlm 272. Babad yang dicatatkan dalam Kamus Dewan adalah juga bermaksud sejarah, tambo dan riwayat.
Zahari
Rusdi.
(Sabtu,
10
Januari
2009).
Ciri-ciri
sejarah.
Diambil
dari
http://sejarahtingkatansatu.blogspot.com/2009/01/nota-ciri-ciri-sejarah.html
40
41
7.0 Lampiran-lampiran
42
43
44
8.0 Refleksi
45
Melalui kerja kursus ini, saya dapat lebih memahami sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaiki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga masyarakat dan negara mahupun bangsa.
Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanah air dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing.
Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara. Jika generasi muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia.
Peristiwa masa lampau amat berguna untuk dijadikan pedoman hidup masa sekarang dan akan datang. Sehubungan itu, kita mesti mempelajari sejarah kerana membawa pelbagai manfaat yang positif. Sejarah amat berguna untuk mewujudkan patriotisme dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja. Semangat menentang
46
penjajah yang ditunjukkan oleh para pejuang kemerdekaan zaman dahulu mampu mewujudkan semangat patriotik dalam diri para remaja.
Dengan mempelajari sejarah sesuatu negara, peristiwa atau tokoh akan memperoleh banyak pengetahuan. Daripada pengetahuan itu, kita dapat membuat penilaian, mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa, sebab serta akibatnya. Melalui proses mempelajari sejarah kita dapat melahirkan jati diri yang tinggi serta membentuk keperibadian bangsa dengan menghapus rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia. Sejarah banyak mengajar kita sikap berhati-hati supaya kesilapan masa lalu tidak akan berulang lagi. Sejarah boleh meningkatkan perasaan menghargai jasa dan usaha pemimpin negara sama ada pemimpin masa lalu atau masa kini.
Pendek kata, tanpa sejarah kita akan menjadi masyarakat yang tidak mempunyai panduan. Oleh itu, dalam kesibukan mengejar kemajuan sains dan teknologi kita tidak harus melupakan sejarah dan asal usul kita agar wawasan negara pada masa akan datang tidak akan terjejas.
47
48