Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diberi ruang dan kesempatan untuk menyelesaikan kajian ini dengan sempurna. Semoga Allah redha dengan segala usaha. InsyaAllah. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada kedua ibu bapa tercinta yang tidak putusputus menitipkan doa sebagai penguat diri selama ini. Kata-kata dorongan dan nasihat yang sentiasa basah di bibir sebagai sebagai penyuntik semangat sepanjang perjalanan ini. Terima kasih juga juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing Encik Ishak Bin Ali Shah yang senantiasa berusaha memberikan komitmen dalam membimbing diri yang penuh kekhilafan ini. Mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan sepanjang pembelajaran ini . Paling tidak dilupakan sahabat PISMP 8.04 yang sentiasa bersama di waktu susah dan senang sepanjang membesar di sini. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, kerjasama, doa dan bantuan yang diberikan. Jazakumullahu Khairan Kathira.

vi

Anda mungkin juga menyukai