Anda di halaman 1dari 3

Sarankan kesan pendemokrasian pendidikan yang sesuai dalam pengurusan

sesebuah sekolah selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.

Pendekatan dan pelaksanaan pendemokrasian pendidikan dalam sistem


pendidikan di negara kita kebanyakannya adalah didorong oleh reformasi-reformasi
pendidikan. Pendemokrasian pendidikan adalah suatu program yang amat penting
kepada semua lapisan masyarakat di Negara kita.Hal ini kerana pendemokrasian
pendidikan ini memberikan banyak kesan kepada sistem pendidikan serta
masyarakat di Negara kita tanpa mengira status, kedudukan, agama dan bangsa.

Melalui pendemokrasian pendidikan ini, kita dapat memberikan hak yang


sama rata dari segi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bermutu selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara yang sama seperti rakan-rakan mereka yang
lain baik di dalam daerah, negeri, negara atau di peringkat dunia tanpa mengira
kaum, agama serta kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Ini membolehkan
golongan miskin juga dapat menimba ilmu tanpa membimbangkan tentang masalah
kewangan. Hal ini kerana kerajaan memberi bantuan kewangan dalam bentuk
biasiswa kepada mereka yang tidak berkemampuan. Dengan itu bukan sahaja dari
golongan orang berada malahan golongan orang miskin juga boleh menimba ilmu,
meluaskan ilmu pengetahuan, meningkatkan kepekaan serta bersaing dengan arus
perkembangan teknologi maklumat yang semakin kuat melanda dunia pada hari ini.

Selain itu, pendemokrasian pendidikan ini juga memberi implikasi yang positif
kepada golongan kurang berupaya. Program ini turut tidak melupakan atau
mengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa. Dengan lain perkataan,
kanak-kanak daripada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu, serta kanak-
kanak ‘down syndrome’ juga diberi peluang untuk mendapat pendidikan seperti yang
termaktub dalam Dasar Pendidikan di negara kita. Dengan itu dapatlah kanak-kanak
daripada golongan istimewa juga dapat menimba ilmu seperti orang lain dan
seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Pendemokrasian pendidikan juga secara tidak langsung mewujudkan


integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan
kaum. Hal ini kerana Malaysia ialah sebuah Negara yang unik dimana penduduknya
terdiri daripada berbilang kaum, latar belakang, tradisi, bahasa dan budaya. Oleh itu
pelbagai jenis sekolah telah didirikan untuk memenuhi keperluan dan ciri-ciri
komuniti masing-masing melalui pendemokrasian pendidikan. Peranan utama
sekolah-sekolah ini adalah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dam
memeliharakan hubungan yang baik antara satu sama lain. Ia juga telah dapat
direalisasikan melalui penubuhan sekolah Wawasan, dimana sekolah melayu, cina
dan india digabungkan menjadi satu. Melalui sekolah wawasan ini pendemokrasian
pendidikan telah berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan anak murid yang
belajar di sana tanpa mengira kaum.

Tambahan pula, Pendemokrasian pendidikan turut menyediakan kemudahan


prasarana atau infrastruktur pendidikan yang seimbang di antara semua sekolah.
Contohnya, kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pemelajaran,
asrama,Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan
dan sebagainya.kemudahan dan infrastruktur . Kemudahan-kemudahan ini bukan
hanya disediakan di kawasan Bandar malah di kawasan pendalaman juga turut
disediakan. Ini memboleh semua murid tidak kira dari kawasan Bandar ataupun dari
kawasan luar Bandar turut menikmati kemudahan ini. Kemudahan infrastruktur yang
lengkap membolehkan murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa.

Sebenarnya, Pendemokrasian pendidikan bukan hanya memberi kesan positif


malahan turut memberi kesan negatif kepada anak murid yang belajar di kelas
bercantum. Apabila sesebuah kelas bercantum mengandungi ramai murid maka
anak-anak murid tersebut tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa
proses p&p dijalankan. Guru juga akan menghadapi kesulitan untuk menyampaikan
sesuatu kepada anak murid mereka kerana bilangan yang ramai. Ini akan
menyebabkan proses P&P tergendala dan tidak dapat dijalankan dengan lancar.
Murid juga akan mengalami kesukaran bertanya tentang masalah yang dihadapi
dalam pelajaran kerana guru tidak dapat member perhatian sepenuhnya terhadap
setiap individu di dalam kelas. Bilik darjah yang kecil sememangnya tidak dapat
menampung jumlah besar anak murid. Maka anak-anak murid tidak dapat belajar
dalam keadaan yang selesa dan berasa rimas. Ini turut menjejaskan prestasi para
murid.
Kesimpulannya, pendemokrasian pendidikan sememangnya sesuatu program
yang member maanfaat kepada penduduk rakyat Malaysia yang berbilang kaum
tanpa mengira status dan kedudukan seseorang. Justeru itu, warga Malaysia
haruslah menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin menimba ilmu.
Tambahan pula, Walaupun dapat disimpulkan bahawa dari segi pendekatan,
pelaksanaan serta amalan pendemokrasian pendidikan yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara di Malaysia berada di landasan yang betul, kita tidak
harus cepat berpuas hati. Pendidikan adalah sesuatu yang bersifat dinamis dan kita
sebenarnya tidak hidup dalam satu kekosongan. Oleh itu, marilah kita bersama-
sama berusaha untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dengan
melahirkan modal insane minda kelas pertama.