Anda di halaman 1dari 9

BAB 6

Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi


Negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
Rakyat diberi kebebasan untuk berucap, bergerak,
berpersatuan dan menyuarakan pendapat, namun
mestilah mengikut batasan tertentu. Antara
kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia ialah kebebasan bersuara, kebebasan
beragama dan kebebasan untuk melibatkan diri
dalam sebarang aktiviti.
Rakyat Malaysia bebas untuk menjalankan aktiviti
mereka namun mestilah mematuhi peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan.
6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang
Definisi
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah
ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu
berada
Ciri-ciri
1. Kita hendaklah memahami kepentingan peraturan dan undang-
undang yang telah ditetapkan sama ada di rumah, sekolah dan di
tempat kerja.
2. Seseorang itu juga mesti mematuhi peraturan dan undang-undang
yang telah ditetapkan itu. Ia bertujuan untuk memastikan
masyarakat hidup dalam keamanan dan kesejahteraan.
3. Kita juga harus memahami kesannya jika tidak mematuhi
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
4. Hukuman akan dikenakan kepada sesiapa yang melanggar
undang-undang dan peraturan.
6.2 Kebebasan bersuara
Definisi
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu
bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

Ciri-ciri
1. Kebebasan bersuara terkandung dalam Perlembagaan Malaysia
iaitu setiap warganegara bebas untuk menyuarakan pendapat,
berhimpun dan berpersatuan namun mesti mengikut batasan-
batasan tertentu.
2. Kebebasan bersuara merupakan hak untuk berucap di tempat
awam mengikut adab dan peraturan di Malaysia.
3. Semua individu bebas untuk memberikan pendapat tanpa mengira
jantina.
4. Kita haruslah menyuarakan pendapat dan pandangan yang wajar
dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.
5. Had kebebasan bersuara adalah penting bagi memelihara
keamanan dan keharmonian negara kita.
6.3 Kebabasan Beragama
Definisi
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan
agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Malaysia
Ciri-ciri
1. Kebebasan beragama bererti kebebasan setiap individu untuk
menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang
siperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
2. Kebebasan beragama penting bagi masyarakat yang berbilang
kaum di negara kita.
3. Setiap rakyat harus mengamalkan kebebasan beragama mengikut
lunas-lunas yang ditetapkan.
4. Perlembagaan Malaysia yang membenarkan kebebasan beragama
telah menyatupadukan masyarakat majmuk di negara kita.
5. Setiap individu perlu bertolak ansur dan saling mamahami amalan
pelbagai agama dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni.
6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Definisi
Kebebaan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan
negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan
Perlembagaan Malaysia

Ciri-ciri
1. Rakyat Malaysia bebas untuk melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti asalkan tidak melanggar undang-undang dan Perlembagaan
Malaysia serta tidak mengganggu ketenteraman dan keselamatan
negara.
2. Di sekolah, setiap pelajar disarankan supaya bergiat aktif dalam
aktiviti kokurikulum supaya mendapat pengalaman dan
pengetahuan bagi perkembangan mental dan fizikal serta jati diri
yang positif.
3. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
dapat melahirkan pelajar yang berwawasan di
samping pemupukan perpaduan dikalangan
masyarakat di negara kita.
4. Penglibatan diri dalam aktiviti kokurikulum juga
menggambarkan warga sekolah yang bergiat
cergas menjamin kejayaan bagi sesebuah
sekolah.
5. Selain itu, pelajar juga perlu menjauhkan diri
daripada aktiviti yang tidak sihat, malah
digalakkan untuk menyertai aktiviti pertubuhan
dan sukarela.
6.5 Sikap Keterbukaan
Definisi
Bersedia memberi dan menerima pandangan pembaharuan dan kritikan
selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia

Ciri-ciri
1. Sikap keterbukaan adalah sikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan sama ada dari segi pemikiran,
pertuturan dan perbuatan serta bersedia menerima pandangan yang
sesuai dengan nilai dan norma masyarakat.
2. Orang yang bersikap terbuka akan dapat menerima pandangan,
teguran dan kritikan daripada orang lain.
3. Setiap teguran akan dijadikan panduan untuk memperbaiki diri.
4. Mereka juga akan dapat mengawal perasaan dan emosi dalam
setiap situasi. Mereka akan berfikir dahulu sebelum menyuarakan
sesuatu pendapat.
5. Pendapat atau pandangan tersebut akan disampaikan secara sopan
dan berhemah.
6. Nilai keterbukaan ini harus diamalkan walau di mana sahaja bagi
membentuk masyarakat yang harmoni.
SMK Perempuan Likas
Sabah