Anda di halaman 1dari 31

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

MODUL 1/3

1. Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru. Terangkan mengapa


pentingnya seseorang guru mempelajari psikologi.
Bincangkan implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah anda.
Berikan contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan anda

Psikologi adalah suatu ilmu yang sangat penting kepada guru. Pengetahuan
psikologi pendidikan menjadi asas pemahaman kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Tanpa pengetahuan psikologi pendidikan maka guru-guru
akan menghadapi masalah yang besar ketika memahami perlakuan pelajar-
pelajar mereka.

Pada hari ini, psikologi pendidikan wujud dalam tiga bentuk:


Pertama : ia merupakan suatu disiplin ilmu iaitu suatu bidang yang dipelajari
di institusi pendidikan tinggi.
Kedua : suatu kajian satifik bagi mengkaji dan memahami perlakuan.
Ketiga : ia adalah suatu profesion atau kerjaya. Prinsip psikologi digunakan
bagi memahami kenapa sesuatu itu berlaku.

Secara umumnya dalam konsep psikologi pendidikan, terdapat empat


konsep asas yang penting diketahui oleh guru. Konsep asas tersebut ialah:
1.Naluri
Setiap orang mempunyai naluri. Naluri merujuk kepada kuasa semula jadi
yang menjadi pendorong kepada seseorang individu bertingkah laku dalam
situasi yang tertentun. Antara naluri tersebut ialah rasa ingin tahu, naluri
keibubapaan,naluri kejantinaan dana sebagainya. Contah. Bayi yang
dilahirkan mempamerkan naluri keinginan memenuhi keperluan kendiri
dengan menangis.

1. Motivasi
Merupakan penggerak yang penting dalam kehidupan seseorang pelajar
auat individu. Motivasi merujuk kepada kecenderungan seseorang
melakaukan sesuatu aktiviti apabila menerima rangsangan. Matlamat
tertentu akan dibentuk dan si pelakau akan melakukan sesuatu tingkah laku
atau gerak kerja demi mencapai matlamat itu. Pada kebiasannay, motivasi
wujud apabila keperluan fisiologi dan keperluan psikologi mendesak dalam
kehidupan. Tahap motivasi adalah berbeza antara individu.

2. Keperluan
Manusia mempunyai keperluan tertentu supaya dipenuhi sepanjang
kehidupan mereka. Keperluan tersebut perlu dipenuhi bagi menjamin
seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Antara
keperluan penting ialanh keperluan fisiologi dan psikologi.

4.Desakan
Desakan adalah salah satu konsep yang penting dalam bidang pendidikan.
Desakan akan timbul atau muncul apabila berlakunya kekurangan dalam
keperluan fisiologi seperti keperluan makanan dan minuman.Kekurangan
dalam keperluan fisiologi ini mendorong seseorang individu bertingkah laku
bagi menampung kekurangan tersebut.

Atas faktor-faktor inilah penting bagi guru untuk mengetahui psikologi.


Secara umumnya, guru dapat:
1. Memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada
guru supaya mengamalkannya dalam bilik darjah
2. Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal,
minat demi membolehkannya mengajar murid-murid mengikut kebolehan
mereka dengan menggunakan aktiviti kumpulan.
3. Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkah laku murid agar
membolehkan guru mencegah disiplin yang tidak diigini dalam bilik darjah
dengan berkesan.
4. Melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat membantu
guru membentuk personality mereka yang sihat serta konsep kendiri yang
positif dengan bimbingan yang wajar
5. Melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi anak
membantunya meningkatkan kualiti pengajarannya dalam bilik darjah
6. Memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid akan
membantu guru menggunakan teknik motivasi yang berkesan serta
mewujudkan hubungan baik dia antara guru dan muridnya
7. Psikologi membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan.
8. memahami tingkah laku murid-murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Memalu pemerhatian oleh guru, boleh membuat jangkaan
tingkah laku alternatif yang diperlukan untuk mengantikan tingkah laku
yang tidak dikehendaki.
9. Menggambarkan, menerangkan, mengawal dan meramal sesuatu tingkah
laku
10. Dapat meeperbaiki kualiti dan hasil dalam proses pendidikan. Dapat
mengkaji tingkah laku yang pelbagai dan merancang pembelajaran yang
lebih berkesan
11. memberi pengetahuan kepada guru mengenai teori dan prinsip psikologi
yang digunapakai dalam bilik darjah.
12. Kesedaran kepad aguru mengenai perbezaan individu dari segi kognitif,
afektif dan psikomotor, ini seterusnya dapat mernacang aktiviti yang
sesuai berdasarkan potensi dan kemampuan murid
13. Pengetahuan kepada guru mengenai naluri dan keperluan murid.
membolehkan guru menggunakan motivasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
14. Memberi pengetahuan untuk menangani pelbagai tingkahlaku murid dan
dapat menyelesaikan beberapa masalah tingkah laku.

Implikasi Psikologi Pendidikan dalam bilik darjah


1. Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran- apabila kita telah
dapat mengesan pelbagai cirri-ciri yang ada pada murid-murid seperti
perbezaan individu,sosial,kognitif,emosi dan sebagainya, kita dapat
mengambil pendekatan yang sewajarnya dalam menangani masalah
dalam bilik darjah. Antara langkah untuk menangani perbezaan
kognitif, kita boleh mengasingkan anatara murid- murid mengikut tahap
kecerdasan dan kebolehannya.

2. Berfaedah kepada pendidik untuk membolehkan mereka memahami


mengapa pelajar bertingkahlaku sedemikian, membantu pelajar
memahami diri mereka sendiri. Membantu pendidik merancang objektif
dan matalamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan
merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai
matlamat dan objektif pembelajaran yang ditetapkan.

3. Melalui kajian pertumbuhan dan perkembangan manusia. Pendidik


dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal,
kognitif, social dan emosi. Dengan ini, pendidik dapat merancang
pengajaran dan pembelajaran yangs esuai dengan tahap
perkembangan pelajar.

4. Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu bidang


pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, ponteng sekolah,
merokok dan sebagainya. Data dan maklumat yang dieroleh akan
dapat membantu guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

5. Guru akan lebih prihatin kepad indiividu yang lambat pembelajarannya


dan akan lebih sabar apabila membimbing kanak-kanak itu dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana mereka menyedari aspek
kecerdasan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Dengan adanya ilmu psikologi, para guru bukan sahaja dapat


menyampaikan ilmu tetapi dapat mehirkan manusia yang sempurna yang baik
budi pekertinya dan bertanggungjawab kepada keluarga, bangsa dan
agamanya
3. Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda
mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan
perbincangan anda pada tajuk-tajuk berikut.:

Teori-teori perkembangan manusia


Berdasarkan teori-teori perkembangan manusia,guru dapat
mengoptimumkan pertumbuhan dan perkembangan murid-murid
berlandaskan kepada peringkat perkembangan pelajar.Strategi
pengajaran dan pembelajaran hendaklah sesuai dengan
perkembangan jasmani, kognitif , emosi dan social pelajar.
 Perkembangan jasmani
-Menguruskan pendidikan ajsmani dan pemainan serta kerja
praktik mengikut perkembangan fizikal pelajar.
-Elakkan mengajar aktiviti jasmani dan permainan serta
kerja praktik seperti aktiviti kemahiran hidup yang kompleks
jika perkembangan pelajar belum cukup matang
menguruskannya.
 Perkembangan Kognitif
-Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan bermakna.
-Menyediakan pelbagai alat Bantu mengajar untuk
membentuk konsep dengan tepat.
-Isi pelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut
pemeringkatan berikut :
Mudah kepada kompleks
Umum kepada khusus
Konkrit kepada abstrak
Pengetahuan atau pengalaman yangs edia ada kepada
pengetahuan dan pengalaman yang baru
Persekitaran dekat yang pernah dialami kepada
persekitaran jauh yang belum di alami

 Perkembangan emosi dan rohani


-Memupuk emosi dan rohani eplajar yang sihat mengikut
peringkat perkembangannya.
-Mengawal dan mencegah tingkah laku pelajar dan
perkembangan rohani yang tidak diingini yang mungkin
berlaku dalam peringkat-peringkat tertentu.
-Bersifat penyayang dan membantu pelajar mengawal
emosi dan rohani mereka dlaam situasi tertentu.
-Memahami peringkat perkembangan emosi dan rohani
pelajar serta membimbing mereka menghadapi serta
menyelesaikan masalah emosi dan rohani dengan cara
yang sesuai.

 Perkembangan Sosial
-Menggunakan strategi pengajaran kumpulan untuk
memupuk perkembangan social
-Menggunakan aktiviti projek, perbincanagn dan permainan
secara kumpulan berdasarkan peringkat perkembangan
social pelajar.
-Aturkan aktiviti kumpulan supaya pelajar-pelajar dapat
bekerjasama menyelesaikan masalah pelajaran mereka
bersama-sama

Potensi manusia
Potensi merupakan kebolehan manusia melakaukan sesuatu aktiviti
selaras dengan fitrah yang ada padanya. Potensi manusia boleh
ditinjau dari aspek-aspek jasmani, mental, kerohanian dan emosi. Ahli
psikologi berpendapat bahawa potensi manusia yang ditonjolkan
dalam aspek-aspek jasmani, mental, rohani dan emosi mempunyai
tahap yang berbeza.Ini adalah kerana tidak ramai orang yang dapat
peluang memoptimumkan potensi mereka dalam kehidupan.
Setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza-beza dalam fitrahnya.
Potensi boleh diukur melalui darjah kecerdasan. Terdapat tujuh
kecerdasan iaitu:linguistik, logical-matematikal, ruang, muzik, tubuh
kinestatik, interpersonal (social) dan intrapersonal (kendiri)
Sebagai seorang guru, potensi murid –murid dapat dioptimumkan
melalui pelbagai cara iaitu:
1. Verbal/linguistik
- membaca kepada murid dan biarkan mereka membaca kepada
guru
- membincangkan pengarang buku bersama kanak-kanak
- mengunjungi perpustakaan dan kedai buku bersama kanak-kanak
- menggalakkan kanak-kanak menyimpan jurnal fna peristiwa-
peristiwa penting
- menggalakkan kanak-kanak merumus dan bercerita semula yang
telaj dibaca

2. Logika-matematika
- Bermain dengan kanak-kanak permainan logic
- Sentiasa menunggu untuk situasi yang boleh merangsangkan
kanak-kanak untuk berfikir dan membina pemahaman tentang
nombor.
- Membawa kanak-kanak ke lawatan lapangan kemakmal
komputer,muzium sains dan pameran.

c) Ruang (Spatial): Guru boleh


- Mempunyai pelbagai bahan kreatif untuk digunakan oleh kanak-
kanak
- Membuatkan kanak-kanak menyelesaikan teka silangkata dan
mencipta carta
- Membawa kanak-kanak ke muzium seni dan muzium kanak-kanak
jensi ‘hands on’
- Berjalan bersama kanak-kanak.Apabila kembali nanti,Tanya
mereka untuk menggambarkan di mana mereka telah pergi dan
kemudian melukiskan sebuah peta pengalaman mereka.

d) Muzik : Guru boleh


- Membekalkan kanak-kanak sebuah perakam kaset atau pemain
rekod yang boleh digunakan mereka.
- Memberi kanak-kanak peluang untuk bermain dengan alat-alat
Muzik
- Membawa kanak-kanak ke konsert
- Menggalakkan kanak-kanak untuk mencipta lagu mereka

e) Tubuh/Kinestatik: Guru boleh


- Membekalkan kanak-kanak peluang untuk aktiviti fizikal dan
menggalakkan mereka untuk menyertainya.
- Menyediakan tempat kanak-kanak boleh bermain di dalam dan di
luar.Jika perkara ini tidak mungkin,bawa mereka ke taman
permainan
- Membawa kanak-kanak ke acara-acara sukan dan ballet
- Menggalakkan kanak-kanak menyertai aktiviti tarian

d) Interpersonal
- Menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan
- Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran komunikasi
- Menyediakan permainan kumpulan untuk kanak-kanak bermain
- Menggalakkan kanak-kanak emnyertai persatuan

Intrapersonal : Guru boleh


- Menggalakkan kanak-kanak mempunyai hobi dan kegemaran
- Mendengar perasaan kanak-kanak dan memberikan mereka
maklum balas yang bersensitif
- Menggalkkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka
- Membuat kanak-kanak menyimpan jurnal atau buku skrap tentang
idea dan pengalaman mereka

h) Naturalis : Guru boleh


- Membawa kanak-kanak ke muzium sains semulajadi
- Mewujudkan pusat pembelajaran semulajadi di bilik darjah
- Melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti luar yang semualajadi
seperti emmbawa mereka ke jalan semualjadi ( nature walk) atau
mengangkat sebatang pokok.

Motivasi
Cara-cara mengoptimumkan motivasi murid-murid
- Suasana pengajaran dan pembelajaran : Guru –guru harus
menyediakan suasana yang kaya dan kondusif bagi murid-murid untuk
pembelajaran mereka.Harus terdapat pelbagai jenis sumber supaya
mereka dimotivasikan untuk belajar.

- Pembelajaran koperatif dan kolaboratif : Murid-murid yang


bekerjasama akkan menigkatkan tahap motivasi kerana keperluan
social, emosi murid serta keperluan akademik mereka di ambil
kira.Strategi ini akan membantu murid berkembang sebagai suatu
kumpulan.
- Pengukuhan semula: Pengukuhan positif atau negatif boleh
digunakan untuk memotivasikan murid untuk belajar.Misalnya
tugasan-tugasan baik murid boleh dipamerkan di dalam bilik darjah
untuk menggalakkan murid lain melakukan tugasan yang baik
- Perbezaan individu
Perbezaan individu memberi impak yang besar dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.Guru-guru harus menyedari peranan
mereka di dalam kelas bagi mengurangkan masalah perbezaan
individu.Antara usaha yang boleh dilakukan adalah :
 Pemulihan
Aktiviti pemulihan ditumpukan terhadap pelajar-pelajar yang
tertinggal daripada segi penguasaan sesuatu isi kandunagn
mata pelajaran tertentu.Aktiviti ini adalah untuk
mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
para pelajar yang bermasalah.Melalui aktiviti yang
dijalankan akan memberi kesan yang mendalam terhadap
keyakinan diri pelajar.
 Penggayaan
Bertujuan mengembangkan pengalaman dan pengetahuan
serta kemahiran murid dalam suatu bidang ilmu.Diberikan
kepada pelajar-pelajar yang berjaya menguasai atau
mencapai matlamat yang ditetapkan dalam suatu sesi
pengajaran dan pembelajaran.Guru-guru harus
mempelbagaikan aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang
lebih mencabar kepada pelajar-pelajar terutamanya
dikalangan pelajar-pelajar yang cerdas.Aktiviti ini akan
mengembangkan bakat semualjadi pelajar dan membentuk
sifat keyakinan diri dan melahirkan sifat kepimpianna yang
tinggi.Guru harus merancang aktiviti yang kreatif dan
memupuk semangat berdikari dalam aktiviti pembelajaran.

 Teknik Projek
Sesuai diberikan kepada kumpulan yang mempunyai
persamaan daripada segi prestasi pencapaian atau
kemajuan dalam sesuatu isi kandungan pelajaran.Teknik
projek boleh membentuk sikap yang posiitf dalam diri pelajar
dan juga akan mengurangkan masa senggang pelajar
dirumah.

 Kaedah Dalton
Satu kaedah yang boleh diaplikasikan bagi mengurangkan
masalah perbezaan inidividu.Prinsip ini menekankan prinsip
kebebasan berinteraksi dlaam kumpulan atau indvidu.Aktiviti
perbincangan antara guru dan pelajar merupakan salah satu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan
prinsip diatas.Pelajar digalakkan memilih tugasan sendiri
yang berkaitan dengan minat mereka.Guru membimbing
supaya mencapai objektif suatu pengajaran dan
pembelajaran
 Kaedah Kumpulan
Pelajar-pelajar yang terdapat dalam sebuah kelas
dibahagikan dalam beberapa kumpulan tertentu
berdasarkan prinsip pencapaian atau kebolehan
akademik.Kumpulan pelajar yang berpencapaian tinggi
diberkan aktiviti penggayaan.Pada masa yang sama guru
boleh menumpukan perhatian pada kumpulan pelajar yang
lemah.

 Bimbingan guru kaunseling


Setiap pelajar mempunyai kekuatan dan kelemahan yang
tersendiri.Kesedaran dan penerimaan kekuatan dan
kelemahan amat penting bagi deorang pelajar.Mereka boleh
mendapatkan pandanagn guru kaunseling bagaimana
mengesan kekuatan dan kelemahan mereka terutama bagi
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Setiap kekuatan yang
ada pada diri pelajar perlu dikekalkan dan
dikukuhkan.Kelemahan yang ada pada diri pelajar perlu
diatasi.
4. (a) Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan
seorang lagi yang bersifat introvert.
Jelaskan, dengan contoh-contoh yang sesuai,bagaimana anda dapat
meningkatkan cirri-ciri positif kedua-dua personality ini.

Cara untuk meningkatkan personality Introvert


- Guru perlu berusaha lebih keras lagi bagi menaikkan “morale”
mereka supaya mereka lebih banyak bergaul dengan rakan-rakan.
- Perlu libatkan mereka dalam pelbagai aktiviti yang mudah supaya
mereka akan menikmati kejayaan.
- Pastikan ada aktiviti yang setimpal dengan kebolehan mereka
supaya keyakinan murid-murid ini dapat dipupuk dan dikukuhkan
- Menyediakan aktiviti kumpulan yang sesuai bagi memastikan
mereka berinteraksi dengan rakan-rakan dan sedikit demi sedikit
dapat menyingkirkan sifat malu dan takut dalam diri masing-
masing. Contohnya, lantik ketua kumpulan dari golongan introvert
sebagai peluang utntuk mereka berinteraksi.
- Elakkankan melabel golongan ini dengan gelaran-gelaran negatif
seperti lembab, bodoh dan lain-lain.
- Pastikan mereka mengambil bahagian secara aktif dalam semua
aktiviti bilik darjah. Dengan cara begini mereka rasa dilibatkan
- Merancang kaedah, aktiviti serta bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan kebolehan dan potensi murid. Ini dapat
menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Dengan ini murid akan bermotivasi serta mencapai kepuasan
belajar.
- Adakan sesi kaunseling, kenalpasti punca masalahnya dan cuba
bentuk ke arah mencapai sahsiah yang positif.
- Dedahkan murid dengan aktiviti luar.Contoh: kem motivasi dan
sukan
- Memberi peneguhan positif dan pujian

Cara meningkatkan ciri-ciri positif Ekstrovert:


- Guru merancang aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar
supaya banyak tenaga dapat disalurkan dalam usaha mencari
penyelesaian. Dengan cara ini masa mereka akan terisis dengan
berfaedah dan elakkan mereka menjadi nakal dan berpeluang
mengacau rakan apabila dapat menyiapkan tugasan dalam masa
yang singkat. Contoh: baerikan banyak latihan supaya mereka
tidak menganggu rakan lain.
- Menggalakan murid ciri ekstrovert mengemukakan soalan
- Melantikk mereka membimbing murid sedarjah yang mempunyai
cirri introvert dalam aktiviti kumpulan
- Memeberi mereka aktiviti pengayaan
- Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

3 (b) Berdasarkan pemerhatian bilik darjah, bincangkan pelbagai


mekanisme helah bela diri yang digunakan oleh murid-murid
anda yang mempunyai
- konsep kendiri positif
- konsep kendiri negatif
Berikan sebab-sebab bagi tindakan mereka.

Mekanisme helah bela diri merujuk kepada cara atau taktik seseorang
dalam memberi alas an tentang sesuatu tindakannya sedangkan alas
an yang diberikan itu bukan sebab yang sebenarnya. Ia merupakan
perlindungan atau pembelaan diri terhadap sesuatu perbuatan yang
dilakukannya.
Antara mekanisme helah bela diri yang digunakan oleh murid-murid
yang mempunyai konsep kendiri positif ialah:
1. Sublimasi- seseorang menyalurkan kekecewaan dan kekurangan
atau kekosongan yang dialami kepad aaktiviti lain yang sihat
2. Rasionalisasi- Memberikan penjelasan terhadap apa yang
dilakukannya dnegan tujuan untuk memyembunyikan tujuan yang
sebenar demi menjaga ego atau harga dirinya.
3. Pemindahan- memindahklan perasaan yang kurang manis
daripada sesuatu objek kepada objek yang boleh menerimanya
4. Projeksi- Membalikkan konflik atau kelemahan dalam dirinya
kepada orang lain
5. Introjeksi- Menyerapkan ke dalam dirinya dengan menyamakan
cirri orang lain yang disukai atau disanjungi
6. Pembentukan reaksi- Menafikan sesuatu keinginan yang telah
disembunyikan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan.
7. Kompensasi- melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama
dengan tujuan mengantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya
melakukannya.
8. Fantasi- membentuk khayalan atau angan-angan dengan
mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak diingini.

Antara mekanisme helas bela diri yang digunakan oleh murid konsep kendiri
negatif ialah:
1. Represi- Mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam minda
dengan cara melupaknnya
2. Penafian- menyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak akan
berlaku dan tidak ada
3. Agresi- Tindakan mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan
atau ancaman
4. Regresi- Pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku yang
kurang matang seperti menangis.
Antara sebab-sebab bagi tindakan mereka ialah:
1. Untuk memujuk hati
2. untuk megurangkan tekanan
3. untuk melindungi diri
4. untuk lari daripada masalah

4 (a). “ Pemimpin yang baik adalah pengurus yang baik” Huraikan


penyataan ini mengikut konteks bilik darjah. Adakah anda melihat anda
dari perspektif pengurus yang baik: Fokuskan perbincangan anda
kepada aspek-aspek berikut:
- rutin bilik darjah
- disiplin bilik darjah

Guru sebagai pengurus yang baik dalam bilik darjah sekiranya mampu
mentadbir dan menguruskan bilik darhaj dan murid-muridnya dengan
berkesan. Di dalam bilik darjah, selain memberikan pengajaran dan
pembelajaran, guru memainkan peranan sebagai pengurus. Tugas guru
sebagai pengurus ialah:
- Mengurus rutin bilik darjah
- Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka
mengiikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan
menyusun meja kerusi.
- Mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik
darjah
- Mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih
kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; mengurus
bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih
berkesan
- Mengurus aktiviti kumpulan suapaya dapat dilaksanakan mengikut
rancangan.

Seiring dengan perkembangan pendidikan maka rutin pengurusan bilik darjah


semakin penting dan lebih kompleks. Kini tugas guru tidak hanya sekadar
menyampaikan ilmu sahaja malah perlu mengurus kerja-kerja pentadbiran
dan pejabat. Dalam pengurusan rutin bilik darjah, tugas-tugas guru
hendaklah meliputi 3 bidang utama iaitu:
1. penyediaan, pentafsiran dan penyimpanan rekod
2. Penyediaan dan pelaksanaan rutin bilk darjah
3. Pelaksanaan tugas-tugas lain seperti pengurusan Skim Pinjaman Buku
teks , Skim Amalan makanan dan pemakanan, skim Susu dan
sebagainya.

Tugas pengurusan dalam bilik darjah sangat penting bagi menjamin


segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik
dan berkesan melalui pengurusan masa yang cekap.

Pengurusan bagi penyediaan, penafsiran dan penyimpanan rekod seperti


rekod-rekod pendaftaran murid, jadual kedatangan, rekod prestasi, rekod
profil, buku kemajuan Murid , kad Himpunan 001 dan 002 dan rekod
kutipan yuran.

Rekod- rekod tersebut mempunyai maklumat yang lengkap tentang


kemajuan murid dari pelbagai aspek perkembangan potensi,
intelek,rohani, jasmani dan social. Penafsiran rekod adalah tugas penting
bagi guru kerana akan dapat membantu guru memahami murid-muridnya
dengan lebih tepat. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat memahami
murid-muridnya dan dapat merancang dengan lebih berkesan serta
membimbing mereka mengembangakan potensinya secara menyeluruh.

Selain itu, maklumat ini penting bagai tujuan rujukan ibu bapa mereka
untuk mengetahui kemajuan dan kebolehan anak mereka dan murid itu
sendiri untuk mengetahui potensi masing-masing

Sehubungan ini adalah penting seorang guru dalam mengurus dan


menyediakan rekod2 ini dengan lengkap dan kemas, dan menyimpannya
dengan system yang sesuai serta mudah dikesan apabila ia diperlukan.

Penyediaan dan Pelaksanaan Rutin Bilik Darjah


Tugas guru dalam pengurusan rutin bilik darjah meliputi aktivit-aktiviti
manandakan jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah,
susun atur kerusi meja, mengutip yuran, memungut buku latihan,
menguruskan jadual bertugas dan memastikan peraturan-peraturan bilik
darjah yang ditentukan dapat dipatuhi oleh semua murid dalam bilik darjah.

Pelaksanaan tugas –tugas lain

Tugas Guru mengurus skim pinjaman buku teks, bagi muris-murisnya. Di


setengah-setengah sekolah guru juga berperanan menguruskan biasiswa,
skim amalan makanan dan pemakanan serta projek susu sekolah.

Pengurusan persekitaran pengajaran dan pembelajaran

- Menyediakan ruang-ruang bagi aktiviti pembelajaran yang lain.


Iaitu ruang untuk aktiviti kumpulan, ruang untuk aktiviti kumpulan
adalah dijalankan termasuklah sudut matematik, pendidikan seni,
bacaan dan sebagainya. Aktiviti yang dijalnkan biasanya aktiviti
pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan,aktiviti bacaan
tambahan, perbincangan, bercerita dan aktiviti jual-beli. Selain itu
ruang-ruang digunakan untuk mempamerkan bahan- bahan
pembelajaran dan hasil kerja murid dalam kelas.
- Dalam pengurasan sudut dan ruang ini, guru harus memastikan
bahawa sudut dan ruang itu adalah dengan baik, kemas dan
teratur , kemas dan teratur serta sesuai untuk digunakan oleh
murid-murid bagi tujuan pembelajaran.

Pengurusan rutin pergerakan murid

Guru perlu menguruskan rutin pergerakan murid dalam bilik darjah, Antara
rutin pergerakan rutin bilik darjah ialah:

- Menggerakkan murid menjawab soalan guru


- Menggerakkan murid mendengar, membaca, mengiria dan menulis
- Menggerakkan murid membentuk kumpulan masing-masing
- Menggerakkan murid menguruskan tugas harian bilik darjah
- Menggerakkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran
- Menggerakkan murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya

Disiplin Bilik Darjah

Guru yang dianggap sebagai pengurus yang baik dalam bilik darjah apabila
dia dapat mengawal disiplin pelajar dalam bilik darjah.Segala aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan
sempurna sekiranya kelas yang terlibat mempunyai disiplin yang baik.
Dalam hubungan ini, guru berperanan menentukan peraturan, mengawal
pelajar supaya mematuhi dan menghukum mereka yang melanggar disiplin.
Guru perlulah mendidik murid-murid bagi memastikan mereka bertingkah laku
yang sesuai.
Guru hendaklah memastikan keadaan fizikal bilik darjah yang selesa,
penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang sesuai, mengadakan
perhubungan yang baik mesra dengan murid-murid, mempunyai sahsiah
yang menyakinkan, tegas dah dihormati.Menetapkan bilangan murid yang
sewajarnya dalam sesebuah kelas agar wujud Suasana yang selesa di
kalangan murid.Dalam menangani masalah disiplin guru haruslah mengenal
pasti masalah disiplin, mencari puncanya dan mengambil tindakan yang wajar
supaya masalah dispilin itu tidak akan berulang lagi dikalangan muird-murid.
Umumnya guru sebagai pengurus yang baik dalam mengawal disilpin bilik
darjah dengan
1. Kanak-kanak harus belajar mendisiplinkan diri mereka sendiri.Mereka
harus belajar bagaimana hendak menjadi orang dewasa yang
bertanggungjawab,patuh dan taat kepada undang-undang,bertimbang
rasa,menghormati orang lain dan memiliki maruah yang tinggi dan
sebagainya.
2. Guru hendaklah menggunakan kumpulan sebaya untuk menolongnya
mengawal tingkah laku sesetengah murid.Kumpulan sebaya
memainkan peranan yang penting dalam sosialisasi kanak-kanak.
3. Merancang aktiviti pengajaran dengan cara yang menarik dan dapat
memikat minat dan perhatian murid.
4. Guru perlu menguasai diri murid melalui psikologi dan di lakukan
secara diplomasi
5. Guru mestilah memberi contoh dan teladan yang baik
6. Memberi tunjukajar dan nasihat yang konsisten
7. Guru hendaklah berunding dengan murid-murid untuk memahami
masalah yang akan ditimbulkan daripada tingkah laku mereka.
8. Guru haruslah memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang
baik dari semasa ke semasa.
9. Guru hendaklah memberi amaran yang jelas jika seseorang murid itu
melanggar disiplin sekolah.

4.Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah


bergantung kepada kualiti pengurusan bilik darjah.Bincangkan
pernyataan ini berasaskan pengalaman mengajar anda,dengan memberi
contoh-contoh yang sesuai.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah


bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dan murid-
muridnya.Sehubungan ini,bilik darjah merupakan satu sistem social yang
mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang berlandaskan
sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut kajian,keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik


darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid,murid
dengan murid,dan murid dengan bahan pembelajaran.
Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam
bilik darjah boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori:
 Faktor fizikal bilik darjah
-Penyusunan meja dan kerusi mengikut kumpulan seperti kelas KBSR
akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid,dan guru
dengan murid.

-Suasana dibilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai
carta,gambar dan alat bantu mengajar dapat menggalakkan aktiviti
pengajaran
dan pembelajaran

-Saiz bilik darjah yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak
dapat
memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti
kumpulan atau aktiviti permainan.

-Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan


cahaya masuk dan udara beredar dalam bilik darjah.Keadaan ini
dapat membangkitkan semangat belajar dan membawa keselesaan
kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.

-Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat


meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

 Faktor kemanusiaan
- Suasana social – adanya perhubungan dan corak interaksi antara
murid dengan murid khasnya dalam bilik darjah, pelbagai latar
belakang murid dari segi social mewujudkan interaksi yang
pelbagai dalam bilik darjah. Keberkesanan P& P dapat dilihat
melalui kerjasama antara murid dengan murid dalam proses
pembelajaran mereka.
- Hasilnya guru boleh menempatkan kumpulan murid dalam aktiviti
kumpulan yang sesuai dari segi corak social mereka.
- Suasana Emosi- keberkesanan P&P dapat dilihat melalui sifat guru
dan gaya mengajarnya. Misalnya, seorang guru yang bersifat
agresif akan menimbulkan suasana emosi kegelisahan di kalangan
murid.Sebaliknya guru yang bersifat peramah dan demokratik akan
menimbulkan suasana emosi kegembiraan dalam bilik darjah.
- Suasana kondusif yang ditunjukkan oleh guru yang mmepunyai
sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu
serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab,
mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Sifat-sifat
ini murid akan lebih mesra dengan guru, suka bertanya, menerima
ajaran dan nasihat dalam suasana riang gembira.

 Faktor teknikal
- Merujuk kepada teknik-teknik yang digunakan untuk
merangsangkan semangat dan kesediaan belajar.
- Guru yang mempunyai kemahiran mengajar serta kebolehan
menggunakan pelbagai alat Bantu mengajar dengan pengurusan
masa yang berpatutan.
- Aktiviti-aktiviti seperti projek dan pertandingan dapat
meransangkan semangat belajar murid
-

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada


1) Bagaimana sekolah mengorganisasikan kemudahan-
kemudahan yang terdapat di bilik darjah dan kawalan emosi
murid-murid
2) Sifat dan gaya guru mengajar serta kecekapan dan
kemahirannya dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

Jawapan No.5 (a)Banding beza lima teori Pembelajaran

Teori Fokus Utama Ciri-ciri Teori Implikasi Untuk Guru


Pembelajaran Pembelajaran
Berkaitan dengan -Berlandaskan • Guru guna
Behavarious perubahan tingkah pelaziman motivasi yang
laku. -perhubungan baru sesuai untuk
-Menekankan terbentuk kerana tingkatkan tahap
hubungan stimuli pelaziman kesediaan murid
(rangsangan) dengan -pembelajaran • Perbanyakkan
tindak balas bermula bila ada aktiviti
organisme tindak balas terhadap pengukuhan,latih
-Dikenali sebagai rangsangan an,aplikasi dan
teori Rangsangan- ulangkaji dan
Gerak balas. mewujudkan
suasana yang
menyeronokkan
• Beri
ganjaran/peneguh
an untuk respon
yang betul/baik
• Beri peluang
murid untuk
menikmati
kejayaan dalam
pembelajaran
mereka
Neobehavioris : • Pembelajaran • Guru sebagai
Sosial tingkahlaku dan social interaksi.I x model
kognitif P x T. peniruan
-Permodelan • Pembelajaran • Gunakan
/peniruan Self- melalui kaedah
regulation Self- pemerhatian dan demonstrasi
efficacy peniruan. dengan
• Proses contoh-contoh
pembelajaran yang sesuai
melalui • Menyediakan
Perhatian situasi
mengingat pembelajaran
reproduksi tanpa
peneguhan/motiv gangguan
asi • Menarik
• Tingkah perhatian
laku murid dengan
peniruan motivasi yang
adalah sesuai.
peneguhan • Mengekalkan
ingatan murid
dengan
mendemonstr
asikan
langkah-
langkah
secara
sistematik
• Memberi
peneguhan
yang positif
selepas
reproduksi
Kemanusiaan,sempu • Setiap individu • Mengutamakan
Humanis rna kendiri,motivasi berhasrat strategi berpusatan
instrinsik,individualiti, mencapai murid dan kaedah
perkembangan kesempurnaan individu
emosi,keperluan kendiri,membentu • Membentuk iklim bilik
afektif,self k konsep kendiri darjah yang kondusif
actualisation,kendiri yang unik dan dan tanpa ancaman
positif,bebas,demokr tersendiri melalui • Memastikan
asi nilai dan system keperluan asas murid
kepercayaan diri. telah dipenuhi
• Keberkesanan • Bersifat penyayang
pembelajaran dan memupuk nilai
bergantung kendiri positif
kepada: dikalangan pelajar
-Motivasi intrinsik • Mengamalkan prinsip
-Bahan pelajaran kebebasan dan
yang bermakna demokrasi
-Seiras dengan
• Mengutamakan
objektif pelajar
pembelajaran diri
-Penyertaan diri
sendiri.
secara aktif
• Mengamalkan
• Kesempurnaan
konsep pendidikan
kendiri hanya
terbuka
boleh dicapai
selepas
keperluan asas
telah dipenuhi
-Tumpuan Teori - persepsi perkaitan -Guru bertindak sebagai
Kognitif pembelajaran(teori unsur-unsur fasilitator memimpin
Gestalt) dipersekitaran: celik perkembangan mental
-Penyelesaian akal pelajar dengan
masalah, celik akal, -celik akal berlaku mengemukakan solan-
penemuan, kategori bergantung kepada soalan perangsang
pembelajaran,resepsi pengalaman yang -Guru membantu
-Menekankan proses sedia ada dengan menyediakan
kognitif dalam - Piaget: soalan-soalan yang
menghasilkan pembelajaran berbentuk open-ended.
perubahan tingkah mengikut peringkat - Isi pelajaran
laku. kognitif kanak. dkembangkan:
- 1. mengikut
Gagne:membahagika peringkat
n ikut fasa prose s perkembangan
pembelajaran kognitif kanak-
-Bruner: kanak
Perkembangan 2. konkrit kepada
kohnitif ialah absstrak
perubahan bentuk 3. pengalaman
perwakilan :aksi sedia kepada
gambaran simbol pengalaman
baru
- memupuk motivasi
intrinsic dan
menggalakkan pelajar
melibatkan diri secara
aktif dalam
pembelajaran, demi
menggerakkan proses
asimilasi dan
akomodasi.
-membimbing pelajar
menggunakan prinsip,
hukum dan teorem untuk
menyelesaikan masalah
- membimbing pelajar
menyusun konsep-
konsep yang berkaitan
hirarki.
- membangkitkan naluri
ingin tahu pelajar
dengan kaedah inkuiri –
penemuan.
- menyusun isi pelajaran
secara
sistematikmengikut
tahap perkembang
kognitif pelajar.
-memberi peneguhan
selepas aktiviti penilaian
- membimbing pelajar
memikir masalah secara
kreatif dan kritis
-proses -Pengetahuan • Guru sebagai
pembelajaran yang dikembangkan
Konstruktivism penolong,
menerangkan secara aktif oleh
e bagaimana pelajar itu pemudahcara dan
pengetahuan disusun sendiridan tidak
dalam minda pelajar. diterima secara perancang manakala
Ilmu pengetahuan pasif dari pelajar memainkan
tidak boleh persekitarannya.
dipindahkan kepada Ini beerti peranan utama
murid dalam bentuk pembelajaran dalam aktiviti
yang serba merupakandaripa
sempurna melalui da usaha pelajar pembelajaran
pengajaran guru . Ini itu sendiri dan • Model P&P yang
bererti bahawa" guru bukan
tidak boleh belajar dipindahkan sesuai digunakan
bagi pihak murid " daripada guru ialah pembelajaran
dan murid sendiri kepada pelajar .
perlu melibatkan diri -Pelajar membina secara koperatif dan
secara aktif untuk pengetahuan kolaboratif.Kaedah
merangsang mengikut
pengaliran pengalaman dan teknik mengajar
pengetahuan secara masing-masing tradisi,seperti
berterusan. dan pengetahuan syarahan,menghafal
Suasana bilik darjah sedia ada pelajar
dan
di mana amalan .
konstruktivisme ØSetiap pelajar mengingat,adalah
dijalankan adalah mempunyai
tidak sesuai
berpusatkan murid peranan dalam
dan berpusatkan menentukan apa digunakan untuk
bahan. Di samping yang akan
membentuk ilmu.
itu guru akan mereka pelajari.
menggunakan Pelajar diberi • Pengalaman dan
penyoalan bukan peluang untuk
untuk menguji membentuk kesediaan pelajar
kefahaman murid kemahiran dan adlah factor penting
tetapi adalah untuk pengetahuan dan
menguji kemahiran menghubungkait yang mempengaruhi
murid dalam kan pengalaman proses pembentukan
membina konsep. lampau mereka
dengan ilmu
kegunaan masa • Penilaian tradisi tidak
depan .
sesuai lagi
digunakan. Bentuk
dan alat penilaian
terhadap
pembentukan ilmu
hendaklah
dibentukkan oleh
guru dan murid
bersama-sama
• Murid digalakkan
membuat refleksi
• Penyediaan pelbagai
bahan pembelajaran
-Memudahkan murid
membina pengetahuan
Menitikberatkan
pemikiran kreatif dan
kritis
PERANAN MURID

1. Murid tidak
menganggap guru
sebagai pembekal
maklumat tetapi sebagai
suatu daripada
sumber pengetahuan
untuk membantu
mereka
mencari maklumat dan
menggalakkan mereka
berfikir
serta berkomunikasi.

2.Murid
bertanggungjawab
terhadap segala usaha
untuk mencari pelbagai
cara untuk
memproses maklumat
dan menyelesaikan
masalah

3.Murid berdisiplin dalam


membuat keputusan
sendiri untuk melibatkan
diri dalam aktiviti
pembelajaran.

Teori pembelajaran yang biasa saya amalkan dalam bilik darjah


 Teori Behavarious

Sebab-sebab saya mengamalkan teori pembelajaran behavarious kerana


 Pelaziman klasik boleh digunakan untuk mendapatkan tumpuan
pelajar
 Model ini boleh digunakan dalam bidang tingkah laku pembelajaran
murid disekolah
 Model pembelajaran pelaziman klasik boeh digunakan untuk belajar
symbol-simbol (matematik) dan juga konsep-konsepnya.
 Untuk mengajar secara berkesan,guru harus mengaitkan
pengalaman positif (Ransangan Terlazim)dengan tugasan
pembelajaran (Ransangan Tidak Terlazim)
 Murid boleh dibimbing untuk membuat kemahiran generelisasi dan
diskriminasi dengan tepat dengan memberi pelbagai contoh yang
berkaitan.
 Murid perlu diberi latihan yang cukup untuk mengukuhkan
ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim
 Membantu murid untuk memulih ingatan dengan memberi masa
rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran boleh
dihilangkan
 Pelbagai rangsangan dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan
 Dapat memberi ganjaran atau peneguhan untuk respon yang betul
 Dapat menilai aspek kesediaan pelajar dari segi psikomotor,afektif
dan kognitif
 Adanya peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu
tingkah laku yang diingini
 Menumpukan kepada latihan gerak balas yang berulang-ulang.
 Peneguhan posiitf yang diberikan sebagai satu bentuk motivasi
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Jawapan soalan 5(b). Pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran


adalah penting sebelum proses pembelajaran. Berdasarkan pengalaman
mengajar anda, bincang penyataan ini.
Pengetahuan teori-teori pembelajaran sememangnya penting sebelum proses
pengajaran. Menurut Cohen R, ahli teori sosiologi, bahawa teori ialah satu set
pernyataan sejagat yang ada pertalian anatara satu sama lain. Ia
mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan pertalian antara
dua perkara yang dianggapkan benar.Ia juga mengandungi ayat-ayat yang
menggambarkan peraturan bagi membentuk pernyataan yang baru.
Ringkasnya teori ialah idea yang tercetus daripada beberapa oernyataan
yang berhubungkait antara satu sama lain. Teori berubah-ubah mengikut
masa dan dapatan. Secara umunya teori ialah:
1. Haruslah mengandungi pernyataan-pernyataan yang berhubungkait
diantara satu sama lain
2. Teori haruslah mengandungi definisi-definisi dan
pernyataan-pernyataan yang mengambarkan andaian berasaskan
kajiselidik atau eksperimen yang telah dijalankan.

Kepentingan teori pembelajaran ialah daripada andaian-andaian mengenai


apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran, membentuk andaian
bagaimana pembelajaran berlaku dan juga apakan faktor –faktor penting
yanmg sentiasa mempengaruhi pembelajaran serta kesan-kesan faktor
terhadap pelajar. Teori pembelajaran ialah” pendapat atau idea –idea ahli
psikologi pendidikan yang cuba menghuraikan apakah yang dimaksudkan
denga pembelaajran, bagaimana pemebelajaran berlaku dan apakah faktor-
faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran.

Teori pembelajaran penting kepada guru sebagai pendekatan kepada satu


bidang pengetahuan, aiatu satu cara menganalisisi dan menghuraikan
pemebelajaran serta satu cara menjalankan pengkajian mengenai
pembelajaran. Melalui pengetahuan tentang teori pembelajaran kita dapat
menonjolkan pendapat-pendata ahli kajiselidik mengenai apakah
pemebelajarna yang ahrus dikaji, apakaha pembolehubah bebas yang perllu
dikendalikan, apakah pembolehubah bergantung yang perlu dikaji, apakah
teknik kaji selidik yang perlu digunakan untuk menghuraikan kajiselidik.
Umumnya, ia dapat mendorong ke arah menjalankan kajiselidi dan kearah
pemikiran saintifik.Melalui teori pembelajaran jelas pada yang harus diselidik
dan bagaimana kita harus mentafsirkan hasil penyelidikan itu.

Pentingnya teori kepada kita adalah untuk menghuraikan pengetahuan yang


luas mengenai hukum-hukum pemebelajaran dengan cara yang mudah dan
ringkas. Teori memainkan peranan untuk cuba menghuraikan perkara-
perkara yang berkaitan dnegan hukum-hukum pembelajaran dengan
seberapa mudah dan ringkas.

Selain itu juga penting untuk menghuraikan apakah yang dikatakan


pembelajaran, mengapa dan bagaimana pembelajarna berlaku dan apakah
faktof-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran itu.

Teori Disiplin Mental salah satu teori yang membantu guru dalam
pembelajarannya. Falsafah disiplin ini ialah:
1. Mengadakan jadual waktu untuk mendisiplinkan pelajar terhadap
pembelajaran mengikut masa tertentu.
2. Mengadakan latihtubi dalam berbagai mata pelajaran
3. memberikan kerja-kerja rumah yang wajib diselesaikan dalam tempoh
masa tertentu yang ditetapkan oleh guru
Contoh aplikasi teori Disiplin mental dalam pembelajaran ialah:
1. melatih kanak-kanak mengenal perkataan-perkataan yang
disenaraikan
2. guru menggunakan kad imbasan bagi melatih kanak-kanak mengenal
bentuk perkataan dengan cekap.
3. mengadakan latihtubi (dari segi melihat, menyebut dan mengeja)
4. kerap menguji kecekapan kanak-kanak mengenal, menebut dan
mengeja perkataan.
5. mengadakan latihan menghafal menyebut dan mengeja perkataan.
6.Mengadakan latihan membaca secara bergilir-gilir.