Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR RANCANGAN LATIHAN PASUKAN OLAHRAGA

Latihan

: Olahraga

Kumpulan/Pasukan : Sek. Keb. LKTP Kledang Peringkat Umur Tarikh Masa Tempat : 11 tahun : 27 Julai 2013 : 8.00 am 9.00 am : Padang Sek. Keb. LKTP Kledang

Tajuk / Kemahiran : Lari Pecut Objektif Latihan : 1. Psikomotor Melakukan latihan ansur maju dengan teknik yang betul pada jarak dua puluh meter sebanyak lima kali setiap drilling. 2. Kognitif Menyatakan dua persamaan dan perbezaan antara lari pecut dengan lari pelahan. 3. Afektif Bertanggungjawab terhadap alatan sekolah dengan menyusun semula semua alatan yang telah digunakan di tempat yang disediakan.

Langkah / Masa Permulaan (8 minit)

Aktiviti Aktiviti memanaskan badan

Organisasi / Butiran Latihan 20 m

30 m

Jogging perlahan

Mata memandang hadapan Berlari secara perlahan Berlari di atas bebola kaki Tangan dihayun perlahan

Lompat setempat

- Lompat dengan hujung kaki - Tangan lurus

Aktiviti regangan X X X X X X X

O - Guru X - Murid Regangan dagu - Dagu ditolak ke kanan seolaholah memandang ke kanan dan diulang ke bahagian kiri - Dagu didongakkan ke atas seolah-olah memandang ke atas dan diulang ke bawah - Berdiri tegak, kaki dibuka seluas bahu - Luruskan kedua belah tangan di belakang punggung dan siku dihalakan ke dalam - Tolak tangan perlahan-lahan ke atas dan kira dalam kiraan 8

Regangan tangan

Badan dan pinggang

- Berdiri tegak, kaki dibuka seluas bahu - Tangan kanan menyilang ke kiri di hadapan - Tangan kiri memegang siku kanan dan tarik kearah bahu kiri - Ulang dengan tangan kiri

Kaki dan paha

- Berdiri tegak, kaki dibuka seluas paras bahu - Bongkokkan badan dan siku dibengkok sedikit - Cuba sentuh lantai dengan kedua-dua belah tangan dan tahan dalam kiraan 8

Perkembangan (25 minit)

Gerakerja Kelas 1. Lari atas bebola kaki Murid berjalan dengan menggunakan bebola kaki. Murid skip dengan menggunakan bebola kaki.

2. Angkat lulut tinggi.

Lutut angkat sama tinggi dengan pinggang. Badan condong ke hadapan lebih kurang 45 darjah. Kepala tegak jangan terhangguk. Mata tumpu terus di hadapan lebih kurang 2m ke hadapan. Bahu relaks.

3. Hayunan tangan

- Siku bengkok lebih kurang 90 darjah. - Hayun tangan ke belakang melepasi badan di sisi pinggang pada ketinggian pinggul. - Tangan hayun dengan cepat dan bebas. - Jari bengkok sedikit.

4. Berlari mengikut lorong

Murid melakukan larian pecut sejauh 30 cm dengan

menggunakan teknik yang betul secara perlahan. Murid akan melakukan lari pecut sejauh 30 m dengan teknik yang betul.

Kemuncak (20 minit)

Teknik Permulaan Dekam 1. Permulaan Sederhana Berdiri di belakang garisan permulaan. Jarak di antara bahagian hadapan blok dengan garisan permulaan antara 30-50 sm. Pastikan blok permulaan dipasang dengan baik, ketat dan kemas. Ia diletakkan bersudut tegak dengan garisan permulaan.

2. Kedudukan Ke Garisan

Kaki berada di atas blok-blok permulaan. Kaki hadapan haruslah diselaraskan dengan lutut kaki belakang. Lengan hendaklah diluruskan dan jangan kuncikan siku. Bahu dinaikkan lebih tinggi daripada tangan. Letakkan kedua-dua tangan di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan. Jarak antara kedua-dua tangan seluas bahu. Kedudukan kepala adalah seperti biasa, mata memandang pada titik 1 meter ke hadapan.

3. Kedudukan Sedia

Kedudukan lutut kaki hadapan lebih kurang 90 darjah dari aras tanah. Lutut kaki belakang lebih kurang 120 darjah dari aras tanah. Pinggang hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu. Bahu pula harus tinggi sedikit daripada kepala. Tangan diluruskan. Kedudukan kepala tidak berubah.

Tekan kedua-dua belah kaki dengan kuat pada blok permulaan. Mata memandang pada titik satu meter ke hadapan.

4. Kedudukan berlepas

Bergerak pantas dan lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan serta-merta. Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat. Tolakan jari tangan sekuat yang boleh untuk membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok. Condongkan badan dan mata tumpu pada titik 1 meter ke hadapan.

5. Permulaan Larian

Kaki lonjakan dibawa ke hadapan. Tubuh badan direndahkan. Kepala ditundukkan sedikit. Mata tertumpu pada trek. Langkah permulaan pendek pada 10 meter pertama. Kaki diluaskan sedikit.

6. Semasa Larian

Atlit memecut dengan langkah panjang dan cepat. Lutut diangkat tinggi. Mengayun lengan dengan kuat. Lari atas bebola kaki. Siku dirapat pada badan dan dibengkok pada sudut 90 darjah.

Penutup (7 minit)

Aktiviti pengenduran Anggota atas (lengan) - Berdiri tegak, kaki dibuka melebihi luas bahu - Kuncikan jejari kiri dan kanan tangan - Tolak tangan lurus ke hadapan sambil membongkok 90 - Kira dengan kiraan 8

Kenduran pinggang

- Berdiri seperti kedudukan di atas - Tangan lurus di atas kepala - Bengkok badan ke sisi kiri

Tarikh nafas

- Tarik nafas dan tahan dengan kiraan 8 - Hembus perlahan-lahan Guru memberikan soalan berkaitan lari pecut

Perbincangan

Anda mungkin juga menyukai