Anda di halaman 1dari 18

PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Kandungan
Bil TOPIC PAGES
i Sekapur sireh 3
ii Pengenalan 4
iii Rasional Pemilihan Tajuk 6
iv Methodology 7
v Faktor-Faktor Yang Mempradispos 9
vi Kesan-Kesan 11
vii Tindakan Kecemasan 13
viii Langkah-Langkah Pencegahan 14
ix Rumusan 16
x Lampiran 17
xi Bibliographic 20

1
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Sekapur Sirih
Terima Kasih serta sekalung budi buat semua yang men'contribute' dalam

penghasilan tugasan ini.

Terima Kasih terutama buat Puan Roslina kerana memberi tunjuk ajar dalam pengajaran

Paediatric Nursing baik di dalam mahu pun di luar pembelajaran kelas,

tanpa Puan Roslina tugasan ini tidak akan berhasil.

Buat teman-teman,teruskan perjuangan kalian,tekadkan azam,usaha serta suntikan

lah semagat marilah kita sama-sama berganding tenaga

menuju puncak cita-cita.

2
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Pengenalan
OBJEKTIF AM

Kemalangan di rumah ini sering kali berlaku di kalangan kanak-kanak oleh itu saya ingin

mengkaji dengan lebih lanjut bagaimanakah sesuatu kejadiaan ini boleh

berlaku.Kejadiaan kemalangan di rumah ini sering kali dikaitkan dengan kecuaian ibu

bapa itu sendiri.Oleh itu dapatlah saya mengenal pasti aplikasi cara-cara untuk

mengatasinya melalui ibu bapa itu sendiri.Selain itu saya juga dapat mengenal pasti

tindakan kecemasan yang sesuai di beri bagi menangani situasi cemas semasa kejadiaan

tersebut berlaku untuk mengelak sebarang komplikasi yang boleh memberi impak yang

besar kepada ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri.

OBJEKTIF SPESIFIK

Adalah untuk mengetahui definisi kemalangan di rumah.

Enam kecederaan utama yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak

semasa berada di rumah atau di persekitarannya ialah :-

Terjatuh (Falls)

Lemas (Suffocation)

Tercekik benda asing (Foreign body)

3
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Keracunan (Poisoning)

Terbakar dan melecur (Burn and Scalds)

Objek merbahaya ( Dangerous Objects)

1.Kajian adalah tertumpu pada kemalangan yang melibatkan kejatuhan di rumah

2.Adalah untuk mengetahui sebab-sebab kejadiaan ini boleh berlaku di kalangan kanak-

kanak.(Punca kejadian)

3.Adalah untuk mengetahui kesan-kesan dari kemalangan itu berlaku kepada ibu bapa

dan kanak-kanak itu sendiri.

4.Adalah untuk mengetahui langkah-langkah pencegahan bagi mengelak dari berlakunya

kemalangan di rumah.

5.Adalah untuk mengetahui berkenaan dengan tindakan kecemasan bagi kejadiaan

terjatuh di kalangan kanak-kanak.

4
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Rasional Pemilihan Tajuk

"JATUH"
Mencegah adalah lebih baik dari merawat.Ungkapan di atas adalah lebih kurang

maksud daripada pepatah Inggeris "An ounce of prevention is worth a pound of cure".

Adalah tidak syak lagi bahawa apa juga langkah pencegahan yang dapat diambil untuk

mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini - penyakit, kemalangan, kecederaan

adalah lebih baik daripada langkah-langkah untuk merawat akibat daripada kecelakaan

tersebut. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan daripada segi kos perbelanjaan, tetapi dapat

juga menyelamatkan tekanan emosi serta ketidakselesaan yang sering dialami oleh

berbagai pihak apabila kecelakaan tersebut berlaku. Keadaan ini akan menjadi lebih rumit

lagi apabila ianya melibatkan kanak-kanak.

Namun demikian, hakikatnya adalah kanak-kanak paling sering mengalami

berbagai kecelakaan semasa mereka membesar. Malah kemalangan merupakan

ancaman paling besar dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Apa yang lebih

merungsingkan, kebanyakan daripada kemalangan ini berpunca dari rumah dan juga di

tempat bermain. Oleh yang demikian, keselamatan kanak-kanak perlu diberi penekanan

oleh mereka yang terlibat terutama sekali para ibu-bapa, guru serta juga

penjaga/pengasuh kanak-kanak tersebut.

5
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Methodology
Definisi

Jatuh : Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga keluaran Dewan

Bahasa dan Pustaka,jatuh di definasikan sebagai:-

Turun ke bawah dengan cepat (berkenaan buah,daun,

rambut,dll)

Terjatuh : Perbuatan jatuh dengan tiba-tiba.

Kemalangan : Kejadian kecelakaan yang tidak di ingini berlaku

Statistik

Kemalangan merupakan punca utama yang menyebabakan kematian di kalangan kanak-

kanak. Sekitar tahun 1979 lebih dari 22,000 rakyat Amerika mati akibat kemalangan. yang

berlaku di dalam rumah. Satu dari sepuluh daripadanya,merupakan kanak-kanak yang

berusia kurang dari lima tahun. Mereka yang berusia dua dan tiga tahun serta lima dan

enam tahun menjangkau angka tertinggi terlibat dalam kemalangan ini.Kanak-kanak lebih

cenderung terlibat dengan kemalangan yang berlaku sekitar dalam rumah berbanding

remaja,dimana di usia remaja kebanyakan kemalangan yang terjadi terhadap mereka

adalah di luar rumah.(Petikan ini di ambil dari "Dorothy R. Marlow and Barbara A.

Redding,(1988)Textbook of Pediatric Nursing, W. B. Sauders Company " )

6
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Faktor-Faktor Yang Mempradispos

Rujukan dari "Dorothy R. Marlow and Barbara A. Redding,(1988)Textbook of Pediatric

Nursing, W. B. Sauders Company " dan "Opperman Casandra (1998)Contemporary

Pediatric Nursing,Mosby Inc" menunjukan hasil kajian mendapati faktor yang

mempradisposkan berlakunya kemalangan di kalangan kanak-kanak ialah :-

Jantina

Kanak-kanak lelaki lebih cenderung terlibat dengan kemalangan jatuh kerana

mereka lebih 'daring'. berbanding kanak-kanak perempuan.

Umur

Infant

Dikala ini gross motor mula develope dan infant cenderung

untuk lebih aktif.Seperti berguling-guling di atas katil dan

akan jatuh sekiranya tiada pengawasanyang sepatutnya.

Toddler

Reaksi tindak balas terhadap warna terang, serta menarik

mendorong kanak-kanak di usia ni untuk

mencapainya.Sekiranya benda atau alatan yang ingini tidak

dapat dicapai,Toddler akan berusaha sehingga boleh

menyebabkan jatuh.Ini kerana perassan ingin tahu terhadap

sesuatu adalah kuat.Mereka juga tidak dapat mengaitkan

sesuatu perkara itu akan memberi kesan buruk atau tidak

dalam perlakuan mereka dalam sesuatu hal.

7
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Andolescent

Kemalangan biasanya terjadi kepada kalangan remaja

yang kurang mendapat perhatian ibu bapa serta mereka

yang mengalami stress .Dengan ini mereka mencuba untuk

mencederakan diri demi mendapat perhatian dari ibu bapa

mereka .

Kelalaian boleh mengakibatkan jatuh.

8
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Kesan yang mungkin berlaku

-Ibubapa

Ibu bapa akan merasa sedih dan trauma apabila berlaku kecederaan sehingga berpotensi

berlakunya kematian keatas anak mereka disebabkan terjatuh kerana sikap kecuaian

mereka sendiri. ibu bapa juga mungkin mengalami gangguan emosi atau tekanan kerana

rasa bersalah atas apa yang berlaku pada anak mereka sehingga menyebabkan

kecederaan yang teruk seperti kematian.

bu bapa juga mungkin akan berubah sikap kepada sikap yang lebih positif seperti akan

lebih berhati-hati dalam penjagaan anak mereka supaya perkara yang sama tidak

berulang.

-Kanak-kanak

Peristiwa terjatuh akan memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut dalam aspek emosi

dan fizikal seperti kanak-kanak akan mengalami trauma,melalui peristiwa yang dialami

oleh itu kanak-kanak tersebut akan cuba untuk menjauhi punca terjadinya terjatuh seperti

takut untuk menunggang basikal,enggan bermain di taman permainan dan lain-lain akibat

kecederaan yang di alami dari peristiwa jatuh yang terdahulu. Kanak-kanak juga akan

mengalami potensi mendapat komplikasi yang serius seperti kecederaan otak yang kekal,

menyebabkan tulang patah dan pertumbuhan terbantut. Kecederaan serius boleh

menyebabkan kerosakan organ yang kekal serta kematian.

9
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

KOMPLIKASI DARI JATUH


Head Injury ::]> Boleh menyebabkan

pendarahan di intra cranial.


Fracture ::]> Keretakan tulang serta

fracture
Kecederaan gigi ::]> Boleh mengakibatkan

gigi patah
Internal Bleeding ::]> Lebam,bruised

Head injury penyebab utama kematian

melibatkan kejatuhan .

10
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Tindakan Kecemasan Jika Belaku Jatuh Ketika Berada di Tempat

Kejadian

Nilai tahap kesedaran kanak-kanak tersebut untuk tahap kesihatan nya.

Seperti bertanya samaada beliau berasa pening atau tidak.

Buat fizikal assesment untuk menilai keadaan luka.(Jika ada).Hentikan pendarahan

dengan memberi penekanan pada tapak luka.

Bersihkan tempat luka dengan meletakan di bawah aliran air untuk mengelak

infeksi serta mengelak kemasukan bendasing pada luka.

Tutup permukaan luka dengan kain bersih dan ampukannya serta tinggikan tempat

luka untuk menghentikan pendarahan,serta mengurangkan kesakitan

Rujukkan pesakit segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan

rawatan lanjut serta mendapat suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) jika perlu.

Jika pesakit disyaki mengalami fracture,Immobilize bahagian tersebut sebelum di

hantar ke hospital.

Beri sokongan emosi contoh menggalakan ibu pesakit menemani serta berada di

samping pesakit supaya pesakit dapat mengurangkan kebimbangan dan rasa

takut .

11
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Langkah-Langkah Pencegahan

Keadaan Lantai Rumah

-Pastikan permukaan lantai adalah tidak licin dan tidak basah, ini akan

mempradisposkan pada kejatuhan samada kanak-kanak mahupun orang

dewasa.

-Simpan semua permaidani yang dilipat dan barang tidak berselerak di

lantai.Lapkan lantai basah akibat tumpahan air atau makanan dengan segera bagi

mengelakkan lantai licin.

Laluan / Kawasan yang berbahaya / tinggi ( Tangga ,Tebing Tinggi dll)

-Pastikan tangga tidak gelap dan tiada barang bertaburan dan ingatkan anak-anak

kawasan tangga bukannya tempat bermain.

-Gunakan pagar keselamatan di atas dan di bawah tangga untuk

mengelakkan anak daripada turun naik tangga sesuka hati.

Pengawasan serta Penjagaan

-Jangan tinggalkan bayi bersendirian di katil, sofa atau meja menukar lampin. Jika

hendak menjawab telefon atau membuat kerja lain, bawa bayi bersama.

12
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Keadaan Persekitaran

-Dalam rumah

-Wayar-wayar yang tersimpul di permukaan lantai di kemas dan di

ikat dan di tinggikan atau di rapatkan pada dinding supaya tiada

sebarang kecederaan yang tidak di dingini seperti jatuh berlaku.

-Luar rumah

- Pasangkan bendera atau lampu keselamatan pada basikal

kanak-kanak agar dapat dilihat untuk mengelak dari kemalangan

jalan raya.Akibat yang di peroleh dari kemalangan tersebut

menyebabkan kanak-kanak jatuh.

-Tutup permukaan lokang yang besar dan dalam untuk mengelak

dari tersadung jatuh ke dalam lokang.

Pemilihan pakaian

-Pastikan pemilihan pakaian tidak terlalu longgar atau besar ini kerana ia

membolehkan kanak-kanak terjatuh akibat terpijak baju/seluar mereka sendiri

-Pastikan kasut yang dipakai mereka adalah mengikut saiz kaki kanak-kanak

tersebut.Pemakaian kasut orang dewasa boleh menyebabakan kanak-kanak

tersebut jatuh akibat bahagian belakang kasut di pijak orang.

13
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Rumusan
Berdasarkan tugasan ini maka dapatlah saya tafsirkan bahawa isu kemalangan di

rumah yang melibatkan kejatuhan bukan la suatu perkara yang boleh dianggap mudah

dan di pandang remeh oleh masyarakat secara am nya,dan di ambil ringan oleh para ibu

bapa secara spesifiknya.Ini kerana kejatuhan yang berlaku boleh menyebabakan

kehilangan nyawa di kalangan anak-anak mereka.

Faktor yang mendorong perihal tersebut pulak tidaklah terhad.Ia boleh berlaku

dimana-mana atau bila-bila masa sekiranya tiada pengawasan yang sempurna di

kalangan penjaganya.Oleh itu perkara ini perlu di atasi bagi mengurangkan kadar mobiditi

dan mortaliti di kalangan kanak-kanak.

Kemalangan di rumah ini dapat di atasi melalui penjagaan serta pengawasan ahli

keluarga terutamanya ibu bapa,mereka perlu meluangkan lebih banyak masa untuk

bersama dengan anak-anak mereka supaya dapat memberi penjagaan yang lebih teliti

keatas anak-anak mereka.Selain itu penting juga kepada ibu bapa untuk mempelajari

tindakan kecemasan yang dapat membantu semasa kemalangan berlaku seperti

terjatuh.Kemalangan ini boleh membawa kepada komplikasi yang teruk kepada kanak-

kanak tersebut termasuk ibu bapa itu sendiri.Oleh itu penjagaan yang ketat perlu di

lakukan keatas kanak-kanak tidak kira dimana juga dan pada bila-bila masa.

14
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

LAMPIRAN BERGAMBAR

Rawatan kecemasan sekiranya syaki ada fracture

15
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

16
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

17
PAEDIATRIC NURSING (NPNA 2111) BJ2008-6073

Bibliographic
Ÿ Dorothy R. Marlow and Barbara A. Redding,(1988)Textbook of Pediatric Nursing, W.

B. Sauders Company .

Ÿ Opperman Casandra (1998)Contemporary Pediatric Nursing,Mosby Inc .

Ÿ http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&storyid=11

54953286167&storymaster=1154953286167

Ÿ http://myduit4u.blogspot.com/2009/04/kemalangan-di-rumah.html

Ÿ myais.fsktm.um.edu.my/6065/1abu.pdf

18