Anda di halaman 1dari 3

Tujuan dan Kepentingan Pembangunan Lestari Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber semulajadi mencukupi buat

masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu pembangunan lestari amat bergantung kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahtera manusia dan ekosistem secara bersama. Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerankan langkah-langkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia. Langkah-langkah baru telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia ke-7 ( 1996-2000 ) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari.

Komponen Dalam Pembangunan Lestari Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah visi pendidikan yang bertujuan untuk membudayakan masyarakat untuk memikul tanggungjawab untuk mencipta masa depan yang berterusan. Komponen ESD Pemuliharaan Sumber Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemulihan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor intangible seperti nilai keselesaan dan nilai warisan. Pembangunan Fizikal Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan, membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut dan meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan. Kualiti Alam Sekitar

Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan. Selain itu mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan. Kesaksamaan Sosial Mengelakkan pembangunan yang menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta mengalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial. Selain itu, mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan. Penyertaan politik Mengalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan. Keputusan ini termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan yang dimahukan. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana rakyat bebas di dalam menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan. Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun bagi membolehkan rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-parti politik yang bertanding.

Ekonomi Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa kateria yang diambil penekanan di dalam pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, ekonomi ini melibatkan pertambahan peluang pekerjaan, pengunaan yang meningkat, pelaburan asing serta kadar pengganguran dan kemiskinan yang berkurang. Kedua adalah kesaksamaan di mana ekonomi yang dibangunkan dapat diterima oleh semua orang, serta memperolehi manfaat daripada pembangunan ekonomi tersebut. Ketiga adalah kecekapan dalam perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini adalah kecekapan dalan perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini termasuklah pengagihan sumber yang cekap dan mengawal ekonomi agar tidak membebankan rakyat. Budaya Gurmit Singh- tokoh pencinta alam yang selalu berbasikal, mengusaha pertanian organik, pengamal kitar semula barang terpakai dan mempromosi penggunaan tenaga suria, dipilih sebagai pemenang Anugerah Pengguna Lestari sempena Hari Pengguna

Malaysia pada 26 Julai lalu, anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Gurmit dipilih kerana komitmennya terhadap gaya hidup dan kepenggunaan lestari, selari dengan tema kesederhanaan menjamin kesejateraan dan slogan "Amalkan Penggunaan Lestari". Selain kepentingannya, kepenggunaan lestari dipilih sebagai slogan sesuai dengan keadaan semasa dengan peningkatan kadar inflasi, kenaikan harga barang serta perkhidmatan. Menurut jangkaan laporan ekonomi terkini, kadar inflasi 7.7 peratus di Malaysia pada Jun 2008 diramal akan terus meningkat. Peningkatan ini dipengaruhi pelbagai faktor ekonomi, termasuklah kenaikan tambang kenderaan awam sebelum Hari Raya Aidilfitri, sebagaimana yang diumumkan Datuk Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Amalan hidup sederhana merupakan ajaran agama bukan sahaja Islam, bahkan semua agama. Sederhana maksudnya tidak keterlaluan dan berlebihan dari segala segi, khususnya yang melibatkan perbelanjaan dan gaya hidup. Sederhana bermakna kita perlu mengkaji buruk baik sebelum melakukan setiap tindakan agar mencapai matlamat dengan efisien dan efektif dengan biaya optimum. Sebagai contoh, sederhana dalam berpakaian mestilah sesuai dengan keperluan kerja atau santai dengan matlamat untuk menurut aurat. Apalah gunanya kita berbelanja besar tetapi aurat masih terbuka. Dengan matlamat jelas maka gaya hidup akan lebih terarah, tanpa perlu membazirkan wang berbelanja membeli pakaian mahal sehingga ada kalanya terpaksa pula berhutang. Jika demikian maka kita berbelanja tidak menurut kemampuan dan terkeluar dari definisi kesederhanaan.

Anda mungkin juga menyukai