Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2013

HBHE1203

PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

641112025828001 641112-025828 0134905763 roziah.shafie@yahoo.com.my SEAMEO RECSAM LEARNING CENTRE

HBHE1203 JANUARI2013

REFLEKSI KENDIRI 1.0 PENGENALAN Pendidikan sepanjang hayat merupakan salah satu dasar yang penting dan memberikan kesan positif dalam dunia pendidikan. Dasar ini menekankan aspek pembelajaran yang sempurna dan bersesuaian dengan era zaman pada masa ini. Pelbagai kaedah, cara dan teknik telah wujud bagi merealisasikan dasar ini. Kaedah berpusat guru, kaedah berpusat murid dan juga kaedah berpusat bahan. Ketiga tiga kaedah ini merupakan kaedah asas dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru pada masa ini haruslah bijak dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih seronok dan tidak membosankan. Hal ini kerana murid pada masa ini sudah terdedah dengan item item teknologi dengan pesat sekali. Pada masa ini, gajet gajet berteknologi tinggi telah memainkan peranan yang penting dalam sistem sosial. Penggunaan lattop, LCD, internet, dan juga tablet merupakan perkara yang sering dilihat. Gajet gajet ini mampu membantu guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam melaksanakan proses pembelajaran ini. 2.0 REFLEKSI KENDIRI BERDASARKAN ARTIKEL Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Mengikut Vygotsky (1962) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Penyataan ini jelas menunjukkan bahawa E- bug detectives merupakan salah satu teknik yang sesuai diaplikasikan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Kesihatan. Projek ini bertujuan mengurangkan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai dan meningkatkan kebersihan tangan dan pernafasan melaui pendidikan remaja dalam 17 negara negara

1|

HBHE1203 JANUARI2013

Eropah. Projek ini mensasarkan kepada dua kategori kumpulan iaitu kumpulan berumur 9 hingga 12 tahun dan 13 hingga 15 tahun. Setiap kumpulan umur dibekalkan dengan satu pek pendidikan untuk kegunaan bilik darjah dan permainan komputer ini dibenarkan bermain sewaktu dalam kelas atau melalui pembelajaran kendiri. Hasil pembelajaran juga dipersetujui oleh guru-guru dan pihak yang bertanggungjawab atau pakar-pakar dari negara-negara yang menggunakan permainan e-Bug ini yang mana permainan ini bertujuan untuk mengajar hasil pembelajaran khusus tanpa memerlukana kehadiran guru sepenuhnya.Permainan komputer ini juga telah diterjemahkan dan sedia untuk dimainkan secara percuma dalam sepuluh bahasa daripada laman web e-Bug bermula September 2009. Bagi memastikan permainan ini menyeronokkan dan berbentuk pelajaran, seseorang guru perlu memilih model pedagogi yang bersesuaiaan dan tidak bergantung kepada aktiviti-aktiviti seperti perbincangan di dalam kelas. Berdasarkan artikel ini juga kita dapati kajian yang kepada 15 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 13 hingga 15 tahun, kita dapat mengenal pasti jenis-jenis permainan komputer yang semakin disukai oleh mereka.Kebanyakan jenis permainan komputer yang popular tidak sesuai untuk mengajar e-Bug seperti penembak dan permainan sukan.Bagi permainan komputer yang berbentuk pengembaraan naratif seperti Sam dan Max, Phoenix Wright atau Hotel Dusk, ianya dapat menarik minat kesemua pelajar yang bermain permainan ini. Ini adalah kerana permainan ini berdasarkan pengembaraan tentang cerita interaktif yang didorong dengan teka-teki dan penerokaan yang mana menawarkan fleksibiliti e-Bug kerana ia sangat diperlukan untuk menampung pelbagai hasil yang berbeza. Bagi mengelakkan apa yang disebut`Habgood di mana permainan komputer tidak menawarkan manfaat pendidikan luar, maka ia adalah perlu untuk menginterasikan pembelajaran melalui aspek permainan. Dari artikel ini juga dijelaskan tentang Pembelajaran Berasaskan Masalah atau Problem Based Learning(PBL), iaitu apa sahaja suasana pembelajaran yang mana masalah dikemukakan untuk mendorong kepada pembelajaran. Pelajar diberi masalah sebelum mereka belajar. Pembelajaran berasaskan masalah menggalakkan pembelajaran secara sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada guru. PBL ditakrifkan sebagai kaedah pembelajaran di mana pelajarpada mulanya menghadapi masalah,diikuti dengan proses yang sistematik dan persoalan yang berpusatkan pelajar (Barrows & Tamblyn,1980). Digunakan secara ektensif dalam latihan perubatan,pembelajaran ini boleh diadaptasikan kepada pengajaran beberapa
2|

HBHE1203 JANUARI2013

cabang hasil pembelajaran, menyebabkan ianya sesuai untuk e-Bug.Beberapa kajian terhadap kaedah pembelajaran ini menunjukkan ia lebih berkesan daripada kaedah pengajaran yang lain. Sebelum melaksanakan permainan E-bug ini, kajian telah dilaksanakan di Eropah bagi menganalisis masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan permainan komputer. Kajian ini bertujuan mengenal pasti infrastruktur teknologi di dalam sistem pendidikan negara mereka. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa guru mengalami masalah untuk memuat turun aplikasi atau menggunakan CDROM. Pelbagai usaha dan cara dilaksanakan bagi mencari perisian yang sesuai dan tepat bagi melaksanakan E- bug ini. Flash player version 8 telah membuktikan bahawa perisian ini amat sesuai digunakan dalam perisian permainan E-Bug Detectives. Tambahan pula, Flash player version 8 ini mudah didapati di dalam internet sebanyak 95% pada masa ini. Oleh itu, penggunaan flash player telah memudahkan para guru dalam melaksanakan permainan E-Bug Detectives. Terdapat lima langkah dalam melaksanakan permainan E-Bug Detectives ini. Langkah langkah ini merupakan aspek penting dalam melaksanakan permainan yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Langkah pertama ialah pengenalan topik. Aktiviti ini merupakan langkah yang penting dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Topik yang diperkenalkan haruslah sesuai dan relevannya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Topik yang dipilih haruslah bersesuaian dengan peringkat umur murid dan juga kemahiran murid. Langkah kedua ialah murid menulis penyataan masalah yang dikemukakan oleh guru di dalam kelas. Pada peringkat ini murid haruslah mampu menguasai menulis masalah mereka menggunakan perkataan mereka sendiri. Penggunaan perkataan sendiri mampu membina kreativti dan kemahiran murid dalam menulis. Guru pula memainkan peranan dalam membuat penilaian dan pemerhatian terhadap murid mengenai tahap murid dalam memahami masalah yang diberi. Langkah ketiga menjelaskan kemampuan murid dalam melaksanakan hipotesis penyelesaian. Murid murid ini mampu membuat satu hipotesis dalam potensi menyelesaikan masalah. Murid digalakkan untuk membuat beberapa hipotesis dan memilih yang terbaik dalam menyelsaikan masalah mereka.
3|

HBHE1203 JANUARI2013

Langkah keempat meminta murid untuk menyelidik masalah yang diberi oleh guru. Pada peringkat ini murid diminta untuk menganalisis dan menyeledik bagi menyelesaikan masalah. Aktiviti yang dilaksanakan murid pada peringkat ini ialah mencari informasi, maklumat yang mampu menyokong hipotesis yang dibina oleh murid. Selain itu, murid juga berpeluang dalam menyangkal hipotesis yang tidak bersesuaian dengan penyataan masalah. Langkah kelima ialah murid mempertimbangkan semula mengenai hipotesis yang digunakan ketika penyelesaian masalah ini. Murid diminta untuk mempertimbangkan hipotesis ini berdasarkan bukti. Jika hipotesis murid tidak benar, murid diminta untuk mengulang kembali langkah ketiga sehingga murid dapat mencapai hipotesis yang sesuai dengan masalah yang dikemukakan. 3.0 Pengajaran Pendidikan Kesihatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) berdasarkan Pembelajaran Berasaskan Masalah 3.1 Langkah 1 : Pengenalan topik bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Tema Tajuk : Kesihatan dan Persekitaran : Penyakit

Standard Kandungan : 3.1 : Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian. Masalah : Berdasarkan petikan berita akhbar

Kuala Lumpur 12 Jan.- Jumlah kes demam denggi menunjukkan peningkatan apabila merekodkan sejumlah 440 kes dengan satu kematian dilaporkan berbanding 350 kes pada minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, peningkatan 90 kes itu melibatkan minggu pertama tahun ini iaitu bermula 1 sehingga 7 Januari lalu. Pelajar sekolah dikenal pasti menjadi golongan paling ramai dijangkiti demam denggi sejak akhirakhir ini. "Sebanyak 61 kes meningkat dinegeri berkenaan diikuti Johor 11 kes, Perak (10), Melaka (8), Kedah (6), Negeri Sembilan (3), Pahang (3), Terengganu (2) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurutnya, satu kematian dilaporkan itu membabitkan seorang wanita berusia 35 tahun di Putrajaya setelah mengalami demam berulang kali dan disahkan meninggal dunia akibat komplikasi dengue shock syndrome selepas dua hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. 4|

HBHE1203 JANUARI2013

3.2

Langkah 2 Pernyataan Masalah

Dalam peringkat penyataan masalah ini, murid-murid akan cuba mencari beberapa sebab atau punca-punca serta kemungkinan terjadinya masalah seperti yang dilaporkan

dalam berita akhbar tersebut. Pelajar akan mencari maklumat dan berbincang bersama rakanrakan di dalam kumpulan yang telah diagihkan. Murid-murid akan mencari maklumat

tambahan melalui bahan bacaan seperti akhbar, buletin kesihatan dan juga melayari internet berkaitan masalah yang diberi. Pelbagai cadangan dan pandangan mungkin akan dikemukakan oleh murid-murid bagi menyelesaikan masalah tersebut. Guru bertindak sebagai pembimbing akan cuba memberi bimbingan kepada murid-murid. Sebagai maklumat tambahan, murid-murid diminta menonton cerita Abe Yob Demam Denggi yang diakses melalui laman web : http://www.youtube.com/watch?v=7prMR2FdDmg&feature= Dari cerita yang ditonton murid-murid cuba mengenal pasti masalah mengenai penyakit demam denggi. Guru boleh mengemukakan beberapa soalan sebagai panduan kepada muridmurid . Contoh soalan-soalan itu seperti; 1. Dapatkan maklumat tentang gejala dan tanda-tanda seseorang itu dijangkiti demam denggi. 2. Kenal pasti cara demam denggi merebak. 3. Nyatakan punca-punca pelajar sekolah begitu mudah dijangkiti penyakit demam denggi. 4. Melalui pembelajaran luar bilik darjah murid-murid diminta menjalankan pemeriksaan kawasan berisiko pembiakan nyamuk Aedes. 5. Membuat senarai semak tempat pembiakan nyamuk .

3.3

Langkah 3- Hipotesis

Bagi menyelesaikan masalah di atas, murid-murid akan berbincang dalam kumpulan dan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber seperti bahan bacaan, risalah, brosur-brosur dan melayari internet. Perbincangan akan diadakan dalam kumpulan

5|

HBHE1203 JANUARI2013

masing-masing setelah segala maklumat diperolehi untuk membuat hipotesis tentang masalah yang diberi. Antara maklumat yang mungkin diperolehi seperti: Tanda dan gejala penyakit demam denggi ialah :

Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ketiga (3) hingga ke empat belas ( 14 ) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti kebiasaannya di anta 4 hingga 7 hari.

Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.

Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41C dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari.Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi juga dikenali sebagai breakbone fever.

Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke -3 dan 4 selepas bermulanya demam.

Muntah dan kurang selera makan

3.4

Langkah 4 Kajian Pada peringkat ini, murid-murid akan menjalankan kajian berdasarkan hipotesis yang

telah dibuat iaitu tanda dan gejala penyekit demam denggi. Setiap kumpulan akan mencari maklumat dari pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat.Antara kajian-kajian yang boleh dijalankan ialah: 3.4.1 Mengenal pasti cara demam denggi membiak. Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak. Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.

6|

HBHE1203 JANUARI2013

Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengann cepat.

3.4.2 Punca-punca pelajar sekolah begitu mudah dijangkiti demam denggi: Salah satu punca kenapa pelajar sekolah begitu mudah dijangkiti penyakit denggi mungkin berkaitan dengan tahap kebersihan tempat tinggal mereka. Hal ini boleh dibuktikan dengan jelas lagi bagi pelar-pelajar yang tinggal di asrama seperti keadaan kebersihan di asrama, tin-tin minuman dan bekas-bekas makanan yang bersepah, sampah sarap yang dibuang di merata-rata dan sebagainya memudahkan takungan air hujan dan seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

3.4.3

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk: Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.

Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Jika anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), minta ibu bawa anda segera ke hospital/klinik jika:

Muntah berlarutan/berpanjangan. Sakit perut. Kurang bermaya/sawan. Sesak nafas. Pucat/sejuk pada tangan dan kaki. Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

3.4.4 Rawatan

Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi. Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
7|

HBHE1203 JANUARI2013

Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Mandi jerlum. Antibiotik tidak diperlukan.

3.4.5 Pencegahan Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut. Elakkan gigitan nyamuk dengan: Gunakan ubat nyamuk. Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu. Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).

Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah. Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu. Pencegahan demam denggi juga boleh dilakuakn dengan cara menjalankan operasi penyemburan kabus iaitu satu alat seperti tiub paip yang besar akan disalurkan ke dalam longkang atau tempat pembian yang berisiko tinggi. Semua penduduk akan diminta mengosongkan rumah kerana dikhuatiri tersedut gas beracun yang dilepaskan ke dalam longkang, kawasan sekitar rumah atau tempat-tempat pembiakan nyamuk.

Kajian seterusnya adalah dengan menjalankan pembelajaran luar bilik darjah. Melalui pembelajaran di luar bilik darjah ini murid-murid akan mengenal pasti tempat-tempat pembiakan nyamuk. Murid-murid akan menjalankan pemeriksaan untuk memaastikan tiada air yang bertakung di tempat seperti di tandas, di dalam longkang, pasu-pasu bunga, kolam, kantin dan lain-lain tempat yang difikirkan sesuai. Berdasarkan pemeriksaan tersebut muridmurid akan membuat senarai semak tentang kawasan berisiko tempat pembiakan nyamuk Aedes.

8|

HBHE1203 JANUARI2013

Contoh borang senarai semak : BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 KAWASAN Pasu bunga Longkang Tandas Kantin Kolam Taman bunga Bilik darjah Padang sekolah ADA TIADA TINDAKAN Pastikan tiada air bertakung

Setelah dijalankan sesi perbincangan setiap merumuskan bahawa punca demam denggi meningkat berdasarkan petikan akhbar dan tontonan video itu adalah disebabkan beberapa faktor seperti yang diperolehi semasa menjalankan kajian tentang penyakit demam denggi tersebut.

3.5 Langkah 5- Membentangkan Keputusan/ Dapatan

Murid-murid diberi peluang untuk membuat pembentangan dan rumusan berdasarkan penyataan masalah yang diberi. Berdasarkan aktiviti-aktiviti dan kajian yang dijalankan setiap kumpulan dapat merumuskan bahawa kesedaran masyarakat samada di sekolah atau di luar sekolah seperti di rumah serta tempat-tempat awam lain amatlah perlu bagi menangani masalah denggi di negara kita. Antara langkah yang boleh dijalankan ialah mengadakan Program Pencegahan Denggi bukan sahaja di peringkat sekolah malah perlu di semua peringkat seperti di kawasan kediaman seperti taman-taman perumahan, tempat-tempat awam seperti taman rekreasi,masjid-masjid, rumah-rumah ibadat lain serta lain-lain tempat lagi. Pengisian dalam program ini antara lainnya mengadakan aktiviti gotong-royong membersih kawasan, ceramah-ceramah tentang bahaya denggi, mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.Murid-murid juga dapat mengenal pasti cara-cara pencegahan penyakit demam denggi kerana bagi rawatan
9|

HBHE1203 JANUARI2013

demam denggi ini sebenarnya tiada ubat khusus untuk mengubati demam denggi tetapi cuma rawatan diberikan kepada tanda dan gejala termasuk rawatan demam, penjagaan air dalam badan dan rawatan kecemasan.

10 |

Anda mungkin juga menyukai