Anda di halaman 1dari 2

Kesalahan Besar Dilakukan Semasa Berpacaran - 05-01-2009, 08:57 PM

Mungkin keadaan ini pernah menimpa diri anda. Keluar temu janji dengan seorang lelaki dan
kembali ke rumah dengan perasaan gembira kerana merasakan diri telah bertemu jejaka idaman
yang sempurna untuk dijadikan kekasih hati.

Malangnya selepas malam itu, tiada langsung panggilan daripada si dia. Lelaki yang dikatakn
sempurna dan sesuai buat anda itu seolah-olah cuba menyepikan diri. Kenapa?

Sebabnya, anda mungkin berpandangan temu janji itu sempurna tetapi hakikatnya ia tidak
seperti yang diharapkan. Ada kalanya, wanita kurang menyedari bahawa mereka telah melakukan
beberapa kesalahan besar sehingga merosakkan temu janji tersebut.

1_Terlalu kerap bertemu janji tidak produktif

Anda perlu tahu memilih temu janji. Jika bertemu dengan lelaki-lelaki yang tidak berguna,
elakkan diri untuk terus bersama mereka. Carilah alasan supaya mereka tidak lagi mengajak
anda keluar.

Masalahnya, wanita selalunya tidak sabar. Mereka mahu apa yang diingini diperoleh pada saat itu
juga. Inginkan ganjaran serta-merta. Tetapi, perlu juga diingat kadang-kala berbaloi untuk kita
menunggu hadirnya seorang lelaki yang baik dalam hidup..

Mungkin, anda hanya berpeluang keluar temu janji sekali dalam setahun. Tetapi, ia
berkemungkinan adalah yang terbaik berbanding terlalu kerap bertemu janji tetapi semuanya
mengecewakan.

2_Keluar bersama teman-teman dengan harapan bertemu lelaki pujaan

Apabila bersama teman-teman khususnya wanita, anda sebenarnya tidak akan didekati oleh
lelaki. Sebabnya, lelaki bujang sebenarnya amat penakut. Ada teori menyatakan bahawa wanita
yang keluar secara berkumpulan tidak akan menarik perhatian kaum lelaki.

Lelaki yang mempunyai kualiti tidak akan menghampiri kumpulan wanita tersebut dan kemudian
mengajak anda keluar dengannya di hadapan teman-teman anda. Lelaki seperti itu tidak akan
berani melakukannya. Jadi idea paling baik, keluarlah bersendirian.

Pilihlah meja terbaik untuk menikmati makanan atau minuman sambil membaca buku kegemaran
anda. Berpura-pura anda sedang sibuk. Keadaan itu sebenarnya membuatkan anda lebih mudah
didekati apatah lagi anda sedang bersendirian

3_Wanita selalu beranggapan seorang lelaki akan menyukai mereka setelah si dia mula mengenali
diri mereka

Sebenarnya, pada saat bertemu seseorang, lelaki itu sudah tahu sama ada dirinya berminat
dengan anda ataupun tidak. Dalam hidup seorang lelaki, tiada istilah 'memanaskan badan'

Lelaki umpana microwave dan wanita pula seperti belanga. Wanita lambat merasai 'kehangatan',
mereka selalunya akan mengumpul semua maklumat mengenai si dia kemudian mentafsirkan ia
sebelum mengambil kata putus. Sedangkan lelaki mengetahui jawapannya dalam satu saat, ya
atau tidak

4_Terlalu bercerita dan berkongsi mengenai temu janji

Wanita bujang terlalu menaruh kepercayaan kepada pasangan temu janjinya sehingga
membuatkan dia menceritakan terlalu banyak kisah tentang dirinya

Mereka sebenarnya sedang sedang memberi dan melonggokkan maklumat kepada lelaki terbabit
- terlalu banyak. Apa yang selalunya diluah wanita : "Saya kini berasa tenang sebab dia adalah
rakan baik saya. Saya boleh bercerita dengannya tentang apa sahaja

Hakikatnya, wanita sedang berada dalam keadaan gelisah dan bimbang sehinggakan mereka
menceritakan segala kisah hidup mereka. Cuma, kadang kala kisah hidup mereka itu bukanlah
satu yang menarik untuk dikongsi bersama

5_Tidak membenarkan lelaki bercakap

Cara anda bercakap atau berbual kala keluar berpacaran sepatutnya seperti perlawanan tenis
iaitu ada komunikasi dua hala. Tetapi, sepatutnya lelaki diberikan kuasa untuk bercakap lebih
banyak daripada wanita. Tiga kali lebih banyak daripada wanita seperti nisbah 3:1

Lelaki bercakap, bercakap dan bercakap kemudian barulah tiba giliran anda pula untuk
meluahkan kata-kata. Namun, anda boleh menjawab pertanyaannya setiap kali dia selesai
berkata-kata

Dan, kemudian anda juga boleh memulakan perbualan dengan bertanyakan soalan tetapi
pastikan ia tidak lari daripada topik yang sedang diperbualkan.

Jangan pula terus bertanya: "Adakah awak ingin berkahwin? Apa perkara yang disukai oleh bekas
teman wanita awak?" Ingat, jangan sesekali lakukan perkara itu. Sebaiknya, mulakn perbualan
daripada topik atau cerita yang sedang dibualkan

6_Lupa menjaga tingkah laku dan adab sopan

Kunci utama pada satu temu janji yang berjaya adalah senyuman. Tawan hatinya dengan
pandangan mata. Biarkan dia 'memimpin pentas pertemuan itu dan anda hanya menyuntik
perkara-perkara kecil yang dapat membantu menghangatkan suasana.

Contohnya, andai si dia memesan pencuci kulit dan anda berkongsi menikmatinya, katanya :
"Inilah kek coklat paling enak dan saya gembira awak memilihnya,"

Tingkah laku dan adab sopan, itulah kuncinya. Kebanyakan orang tidak menitikberatkan tentang
perkara itu atau sengaja buat-buat lupa setiap kali keluar temu janji dengan si dia.

Anda mungkin juga menyukai