Anda di halaman 1dari 9

Sistem suria terdiri daripada Matahari, lapan planet, sekurang-kurangnya lapan planet kerdil, dan lebih daripada 130

satelit semulajadi ataupun dikenali sebagai bulan. Ia juga termasuklah asteroid dan komet. Planet-planet mengelilingi matahari dalam orbit yang berbentuk elips kecuali bentuk orbit Zuhrah dimana ia bentuknya hampir bulat. Orbit planet-planet mempunyai satah yang hampir sama diantara satu sama lain dimana kecondongannya lebih kurang 7 darjah daripada garisan khatulistiwa matahari. Kesemuanya mengorbit mengelilingi matahari secara melawan arah jam. Terdapat banyak anggota kecil yang menghuni sistem suria seperti satelit semulajadi, asteroid, komet dan saki baki badan berais yang kecil yang terletak di luar orbit Neptun di dalam Lingkaran Kuiper. Matahari adalah objek yang paling besar dalam sistem suria. Ia terdiri daripada 70% hydrogen dan 28% helium berdasarkan isipadunya dan kandungan logam-logam yang bilangannya kurang dari 2%. Ia adalah sebuah bintang dan terletak di tengah sistem suria. Ia dikategorikan sebagai salah satu bintang kelas G2 dimana suhu permukaannya diantara 5200K hingga 6000K, bewarna kuning keputihan dan berukuran diantara 0.96 R hingga 1.15 R ( 1.0 R dikenali sebagai jejari solar yang bersamaan dengan 6.955 x 105 km). Permukaan matahari bersuhu 5800K, berdiameter 1.39 x 106 km dengan jisim sebanyak 1.989 x 1030 kg iaitu 99.86% dari jisim keseluruhan Sistem Suria. Ia menjana tenaganya daripada pembelahan nuklear dimana ia menukarkan nukleus hidrogen kepada helium. Lapisan luar matahari menunjukkan perbezaan perolakan dimana pada garis khatulistiwa permukaannya berputar sekali dalam 25.4 hari dan 36 hari pada dekat kawasan kutubnya. Ini menunjukkan Matahari bukan pepejal seperti Bumi. Kesan ini juga boleh dilihat pada planet gas.Terasnya berukuran 25% dari jejarinya mempunyai suhu setinggi 15.6 juta K dan tekanannya boleh mencapai 250 billion At. Permukaan matahari juga disebut fotosfera.Tompok hitam boleh dilihat pada permukaan matahari dan suhunya lebih sejuk dari permukaannya. Chromosfera pula terletak di bawah fotosfera. Kawasan nipis diatas chromosfera yang disebut korona boleh memanjang sehingga berjuta-juta kilometer ke angkasa lepas dan hanya dapat dilihat semasa gerhana matahari penuh sahaja dan suhunya boleh menecah 1,000,000 K. Medan magnet matahari ataupun magnetosfera (juga dikenali sebagai heliosfera) sangat kuat dan ia mencapai sehingga luar orbit Pluto.Selain dari cahaya dan haba, matahari juga memancarkan angin ribut solar yang terdiri daripada partikel-partikel bercas. Ia boleh menyebabkan gangguan pada komunikasi di bumi dan menghasilkan aurora. Terdapat lapan

planet dan sejumlah besar objek yang lebih kecil mengorbit mengelilingi matahari. Ia terdiri daripada Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Utarid adalah planet yang paling hampir dengan Matahari dan yang kelapan terbesar. Ia mengorbit 57,910,000km ataupun 0.38 AU dari matahari. Berdiameter 4,880 km dan jisimnya 3.30 X 1023 kg. Utarid hanya berputar tiga kali dalam dua tahunnya pada paksinya. Suhu Utarid adalah yang paling ekstrem dalam sistem suria dimana ia diantara 90 K ke 700 K. Permukaannya mempunyai kawah yang banyak seperti bulan dan tiada plat tektonik. Ia tidak mempunyai bulan seperti planet-planet yang lain. Pengelasan objek-objek ini telah menjadi agak kontroversi. Kebiasaannya, sistem suria telah dibahagikan kepada planet, satelit ataupun dikenali sebagai bulan, asteroid dan komet. Sebaliknya, sistem suria didapati lebih rumit daripada yang disangkakan oleh semua orang Lapan anggota yang secara rasmi dikategorikan sebagai planet biasanya dikelaskan lagi dalam beberapa cara iaitu: 1. Komposisi planet a. Planet yang mempunyai daratan atau berbatu Planet ini terdiri daripada batuan dan logam serta biasanya berketumpatan tinggi, berputar pelahan, permukaan yang keras, tiada cecincin dan mempunyai bilangan bulan yang sedikit. b. Planet jovian atau bergas Planet ini terdiri dari hidrogen dan helium dan secara umumnya berketumpatan rendah, berputar dengan cepat, atmosfera yang sangat tebal, mempunyai cecincin dan mempunyai banyak bulan. 2. Saiz planet a. Planet kecil Planet kecil mempunyai diameter yang kurang dari 13 000 kilometer. b. Planet gergasi Planet gergasi mempunyai diameter yang melebihi 48 000 kilometer dan selalunya dikenali sebagai gergasi gas. 3. Kedudukan relatif planet dari matahari a. Planet dalaman Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh

b. Planet luaran Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun dimana ia dipisahkan oleh lingkaran asteroid di antara orbit Marikh dan Musytari. 4. Berdasarkan sejarah a. Planet klasik Planet ini telah diketahui semenjak zaman dahulu, dapat diperhatikan dengan tanpa alat bantuan seperti Uranus, Musytari, Marikh, Zuhrah dan Utarid b. Planet moden Planet yang ditemui pada zaman moden dan hanya dapat dilihat melalui peralatan optik seperti teleskop. Ia adalah Uranus dan Neptun.

Matahari. Matahari berusia lebih kurang 4.5 billion tahun. Ia telah dianggarkan menggunakan hidrogen dalam terasnya dan dijangka akan bersinar untuk 5 billion tahun lagi.Matahari adalah objek yang paling besar dalam sistem suria. Ia terdiri daripada 70% hidrogen dan 28% helium berdasarkan isipadunya dan kandungan logam-logam yang bilangannya kurang dari 2%. Lapisan luar matahari menunjukkan perbezaan perolakan dimana pada garis khatulistiwa permukaannya berputar sekali dalam 25.4 hari dan 36 hari pada dekat kawasan kutubnya. Ini menunjukkan Matahari bukan pepejal seperti Bumi. Kesan ini juga boleh dilihat pada planet gas.Terasnya berukuran 25% dari jejarinya mempunyai suhu setinggi 15.6 juta K dan tekanannya boleh mencapai 250 billion At. Permukaan matahari juga disebut fotosfera.Tompok hitam boleh dilihat pada permukaan matahari dan suhunya lebih sejuk dari permukaannya. Chromosfera pula terletak di bawah fotosfera. Kawasan nipis diatas chromosfera yang disebut korona boleh memanjang sehingga berjuta-juta kilometer ke angkasa lepas dan hanya dapat dilihat semasa gerhana matahari penuh sahaja dan suhunya boleh menecah 1,000,000 K. Medan magnet matahari ataupun magnetosfera (juga dikenali sebagai heliosfera) sangat kuat dan ia dapat mencapai sehingga luar orbit Pluto. Terdapat lapan planet dan sejumlah besar objek yang lebih kecil mengorbit mengelilingi matahari.

Utarid. Utarid adalah planet yang paling hampir dengan Matahari dan yang kelapan terbesar. Ia mengorbit 57,910,000km ataupun 0.38 AU dari matahari. Berdiameter 4,880 km dan jisimnya 3.30 x 1023 kg. Ia telah diketahui semasa masa Tamadun Sumeria iaitu pada tahun 3000 tahun sebelum masihi. Ia kadangkala dikenali dengan pelbagai nama seperti bintang pagi atau bintang petang. Orbit Utarid sangat aneh dimana jarak orbit paling dekat dengan matahari (perihelion) cuma 46 juta kilometer tetapi jarak yang terjauh (aphelion) adalah 70 juta kilometer. Sehingga tahun 1962, semua menyangka jangkamasa 1 hari Utarid sama dengan 1 tahunnya kerana permukaannya yang sama menghadap matahari. Sekarang telah diketahui, Utarid hanya berputar tiga kali dalam dua tahunnya. Suhu Utarid adalah yang paling ekstrem dalam sistem suria dimana ia diantara 90 K ke 700 K. Permukaannya mempunyai kawah yang banyak seperti bulan dan tiada plat tektonik. Utarid mempunyai medan magnetik dimana kekuatannya lebih kurang 1% dari medan magnetik bumi. Utarid tidak mempunyai bulan seperti planet-planet yang lain. Planet Zuhrah dikenali sebagai objek yang paling cerah di langit kecuali bulan dan matahari. Seperti Utarid, planet ini juga telah dikenali sejak zaman dahulu. Ia mengorbit matahari dari jarak 108,200,000 km dan diameter planet ini adalah lebih kurang 6052 km. Jisimnya lebih kurang 4.87 x 1024 kg.

Zuhrah Zuhrah berputar dengan amat perlahan dimana 1 harinya bersamaan 243 hari di bumi. Tekanan atmosfera di permukaannya adalah 90 At. Atmosferanya terdiri daripada karbon dioksida dan mempunyai beberapa lapisan awan yang tebalnya boleh mencapai beberapa puluh kilometer yang terdiri dari asid sulfirik. Awannya yang tebal menghalang kita untuk melihat permukaannya dan telah menyebabkan kesan rumah hijau pada planet ini dimana suhu permukaannya boleh mencapai 400 hingga lebih 740K dimana suhu pada tahap ini boleh meleburkan plumbum. Terdapat sedikit aktiviti volkanik pada permukaannya. Seperti Utarid, ia tidak mempunyai bulan dan Zuhrah tidak mempunyai medan magnetik. Bumi Bumi adalah planet ketiga daripada matahari dan kelima terbesar. Ia mengorbit matahari dari jarak 149,600,000 km ataupun 1.00 A.U dan diameternya adalah 12,756.3 km dan jisimnya

lebih kurang 5.972x 1024 kg. Pada masa Copernicus, barulah kita memahami bahawa bumi adalah salah satu daripada planet. Bumi terbahagi kepada beberapa lapisan dimana setiap lapisan mempunyai kandungan kimia dan seismic yang sangat berlainan. Bumi adalah badan utama yang paling tumpat dalam system suria. Berbeza dengan planet berbatu yang lain, kerak bumi terbahagi kepada beberapa kepingan yang terapung pada mentel dibawahnya. Bumi adalah planet ketiga daripada matahari dan kelima terbesar. Ia mengorbit matahari dari jarak 149,600,000 km ataupun 1.00 A.U dan diameternya adalah 12,756.3 km dan jisimnya lebih kurang 5.972x 10 24 kg. Pada masa Copernicus, barulah kita memahami bahawa bumi adalah salah satu daripada planet. Bumi terbahagi kepada beberapa lapisan dimana setiap lapisan mempunyai kandungan kimia dan seismic yang sangat berlainan. Bumi adalah badan utama yang paling tumpat dalam system suria. Berbeza dengan planet berbatu yang lain, kerak bumi terbahagi kepada beberapa kepingan yang terapung pada mentel dibawahnya.

Marikh Marikh adalah planet keempat dari matahari dan ketujuh terbesar. Planet kadangkala dikenali sebagai Planet Merah. Planet ini juga dikenali sejak zaman dahulu lagi seperti Utarid dan Zuhrah. Orbitnya berbentuk eclips dan menyebabkan perbezaan suhu lebih kurang 30 C antara aphelion dan perihelionnya. Ini menyebabkan pengaruh yang besar pada iklimnya dimana suhu purata Marikh dari 218K, permukaannya mengalami perbezaan suhu yang besar dari 140k pada musim sejuk hingga 300K pada siang hari pada musim panas. Ia mengorbit matahari dari jarak 227,940,000 km atau 1.52 A.U dangan diameter planet 6,794 km dan jisim 6.4219 x 10 23 kg. Ia tidak mempunyai plat tektonik. Marikh mempunyai atmosfera yang sangat nipis dimana ia terdiri daripada karbon dioksida (95.3%), nitrogen (2.7%), argon (1.6%), oksigen (0.15%) dan air (0.03%). purata tekanan udara di planet ini kurang daripada 1% dari bumi. Planet Marikh mempunyai dua buah bulan iaitu Phobos dan Deimos.

Musytari Musytari adalah planet kelima dari matahari dan yang terbesar antara planet-planet yang terdapat di sistem suria. Musytari mengorbit matahari dari jarak 778,330,000 kilometer ataupun 5.20 A.U. Planet ini berdiameter 7142,984 kilometer dan jisimnya sebanyak 1.90 x 1027 kg. Ia adalah objek yang keempat paling terang di langit selepas Matahari, bulan dan Zuhrah.Ia turut

dikenali semanjak zaman dahulu. Planet gas ini tidak mempunyai permukaan yang keras dan kandungan gasnya semakin tumpat mengikut kedalamannya. Ia terdiri daripada 90% hidrogen dan 10% helium. Musytari juga mempunyai medan magnetik yang sangat besar dimana ia boleh mencapai sehingga 650 juta kilometer. Musytari juga mempunyai cecincin seperti Planet Zuhal tetapi ia agak kabur dan kecil. Musytari mempunyai 63 buah bulan yang setakat ini telah diketahui termasuk empat bulan besar utamanya iaitu Io, Europa, Ganymede dan Callisto yang juga dikenali sebagai bulan-bulan Gallien. Planet ini berputar semakin perlahan disebabkan kesan bulan-bulan Gallien ini.

Zuhal Zuhal adalah planet keenam dari matahari dan kedua terbesar di sistem suria. Ia mengorbit matahari dari jarak 1,429,400,000 kilometer atau 9.54 A.U. Diameter planet ini ialah 120,536 kilometer dan jisimnya ialah 5.68 x 1026 kg. Galileo adalah orang pertama yang memerhatikan planet ini dengan teleskop pada 1610. Seperti Musytari, Planet Zuhal terdiri daripada 75% hidrogen dan 25% helium dengan kesan air, ammonia, metana. Planet ini juga mempunyai cecincin yang sangat jelas dan asal usul cecincin ini belum lagi ketahui. Planet ini seperti planet bergas yang lain mempunyai 53 bulan yang telah ditemui. Medan magnetiknya juga sangat kuat seperti planet Musytari.

Uranus Uranus adalah planet ketujuh dari matahari dan ketiga terbesar dari segi diameter. Ia mengorbit matahari dari jarak 2,870,990,000 kilometer dan berdiameter 51,118 kilometer dari garis khatulistiwanya. Jisim planet ini lebih kurang 8.683 x 1025 kg. Planet ini adalah yang pertama ditemui pada zaman moden oleh William Herschel pada 13 Mac 1781. Kebanyakkan planet berputar secara mendatar pada paksinya tetapi planet ini berputar dengan hampir menegak pada paksinya. Atmosferanya terdiri daripada 83% hidrogen, 15% helium dan 2% metana dan terdiri daripada gas hirogen beku.Seperti planet bergas yang lain, ia juga mempunyai cincin tetapi sangat kabur untuk dilihat dan saiznya juga sangat kecil. Uranus mempunyai 27 bulan yang setakat ini telah diketahui.

Neptun Neptun adalah planet kelapan daripada matahari dan keempat terbesar dari segi diameternya. Ia mengorbit matahari dari jarak 4,504,000,000 kilometer atau 30.06 A.U. Ia mempunyai diameter 49,532 kilometer pada khatulistiwanya. Ia mula diperhatikan oleh Galle dan dArrest pada 23 September 1846. Terasnya terdiri daripada batuan dan ais dengan 15% hidrogen dan sedikit helium. Atmosferanya juga terdiri daripada hidrogen dan helium dengan sedikit metana. Warnanya yang kebiruan adalah disebabkan bahan yang belum dikenalpasti dalam atmosferanya. Neptun juga mempunyai cecincin yang berwarna kehitaman. Ribut dalam planet ini adalah yang paling laju diantara planet-planet bergas di sistem suria dimana ia dapat mencapai kelajuan sehingga 2000 km/j. Setakat ini planet ini mempunyai 13 bulan yang telah dikenalpasti. Pluto telah dijumpai pada 1930 oleh Clyde W. Tombaugh di Balai Cerap Lowell di Flagstaff Arizona. Ahli astronomi telah lama meramalkan bahawa adanya planet kesembilan di sistem suria yang digelar planet X. Kerana pasukan mereka telah Berjaya menemui planet itu maka mereka diberi penghormatan untuk menamakan planet itu. Mereka menamakan planet itu Pluto iaitu nama yang dicadangkan oleh seorang pelajar perempuan yang berusia11 tahun di Oxford, London sempena nama Dewa orang Roman. Ahli-ahli astronomi tidak begitu pasti dengan jisim planet itu sehinggalah penemuan bulannya yang terbesar iaitu Charon pada 1978. Jisimnya adalah lebih kurang 0.0021 jisim bumi dan ukuran diameternya dianggarkan pada 2400 km. Selepas beberapa dekad berlalu, balai cerap dengan peralatan yang lebih canggih dan teleskop berkuasa lebih tinggi telah mengubah tanggapan itu semua. Pluto dan bulannya telah didapati hanyalah sampel koleksi objek yang terdapat di Lingkaran Kuiper. Kawasan ini bermula dari orbit Neptun sehingga ke 55 A.U (astronomical units) iaitu bersamaan 55 kali jarak dari bumi ke matahari. Ahli-ahli astronomi menganggarkan lebih kurang 70,000 objek berais yang sama kandungannya dengan Pluto yang berukuran 100km atau lebih dalam Lingkaran Kuiper. Dan menurut peraturan baru, Pluto bukanlah sebuah planet lagi tetapi dikelaskan semula sebagai planet kerdil. Pada tahun 2003, ahli astronomi yang bernama Mike Brown dan pasukannya telah menemui objek yang lebih besar dan lebih jauh daripada orbit Pluto yang telah diberikan nama sebagai Eris. Dengan Eris,yang diperbuat dari campuran ais dan batuan dan lebih besar daripada Pluto, konsep 9 planet dalam sistem suria telah mula jatuh. Untuk menjadikan satu objek itu sebagai sebuah planet, IAU telah menetapkan bahawa ia perlu memenuhi tiga kriteria ini iaitu:

a. Ia perlu di dalam orbit yang mengelilingi matahari. b. Ia perlu mempunyai graviti yang cukup kuat untuk membentuk dalam bentuk sfera c. Ia perlu mengeluarkan jiran-jirannya daripada orbitnya dimana planet akan menjadi badan graviti yang dominan dalam orbitnya dan sama ada ia menarik atau melontar keluar objek yang lebih kecil daripada orbitnya. Mana-mana objek yang tidak memenuhi ketiga-tiga kriteria ini akan dianggap sebagai planet kerdil. Oleh kerana Pluto bukanlah satu badan graviti yang dominan pada orbitnya maka ia telah dikelas semula sebagai planet kerdil termasuklah Eris yang baru dijumpai. Pada tahun 2006, International Astronomical Union (IAU) telah meluluskan klasifikasi baru untuk planet dan objek kecil dalam system suria. Ia termasuklah 3 kelas objek iaitu badan sistem suria kecil yang termasuk asteroid dan komet, planet dan planet kerdil. Terdapat lima planet kerdil yang diumumkan secara rasmi iaitu: 1. Pluto Asalnya adalah salah satu dari planet dalam sistem suria 2. Ceres Asteroid yang terbesar dalam Lingkaran Asteroid 3. Eris Objek yang lebih besar dari Pluto dan terletak lebih jauh dari Matahari 4. Makemake 5. Haumea Dimana kedua-dua planet terakhir ini bersama-sama Pluto berada dalam Lingkaran Kuiper yang terletak di pinggir Sistem Suria. Untuk menyatakan Pluto bukanlah satu planet memang sukar bagi kita kerana ia telah tertanam dalam minda semenjak di bangku sekolah lagi. Bagi pandangan saya, Pluto bukanlah sebuah planet tetapi planet kerdil. Jika kita melihat definisi planet yang telah dibuat oleh IAU, ia adalah tepat. Pluto, walaupun ia mengorbit mengeliling matahari, masih banyak lagi objek-objek yang lain yang lebih besar dari Pluto yang mengeliling Matahari. Semasa ia dijumpai pada tahun 1930, peralatan astronomi pada waktu tidaklah begitu canggih dan berkuasa seperti zaman kita sekarang. Tentulah banyak penemuan yang baru yang dijumpai dan ini akan mengubah pemahaman kita terhadap alam semesta yang penuh misteri ini. Walaupun Pluto mempunyai graviti yang cukup kuat untuk membentuk dirinya sfera, objek-objek baru yang baru ditemui

juga mempunyai ciri-ciri tersebut. Bukan itu sahaja, malah terdapat bulan-bulan yang mengeliling planet-planet yang malah lebih besar dari Pluto tetapi tidak dianggap sebagai planet disebabkan oleh kriteria ketiga yang telah ditetapkan. Sebuah planet mestilah menjadi badan graviti yang dominan pada orbitnya. Pluto bukan sebuah badan yang dominan malahan ia dengan bulannya Charon bersama-sama mengelilingi matahari. Begitu juga dengan bulan-bulan yang lebih besar daripada Pluto kerana mereka lebih dipengaruhi oleh graviti Planet yang kuat. Oleh itu pengelasan semula Pluto sebagai planet kerdil adalah amat sesuai dan dengan pentakrifan semula Sistem Suria kita, kita akan dapat memahami alam sekitar dengan lebih mendalam lagi.

Anda mungkin juga menyukai