Anda di halaman 1dari 5

TEKS MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2013 .

Dari Laman Bestari SK Seri Bintang Utara dibawakan secara langsung Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2013. Bismillah hirrahman nirrahim .Alhamdulillah hi Rabbil Alamin.. Wasssalatu wassalamu ala asyarafil ambia i wal mursalin. Waala alihi wasahbihi ajmain... 1. Yang Berbahagia,Tn Hj Ismail Bin Musa, Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah bangsar pudu,

K. lumpur 1. Yang berusaha Pn Shahnaz bt Khalil, YDP PIBG SK seri bintang Utara.
2. Yang Berusaha, Pn hjh Junaidah bt tamby Hashim, Guru Besar SK Seri Bintang Utara . 3. Turut berusaha - Pn. Lily Rashimah Bt Abd Rasool (Guru Penolong Kanan Kurikulum ) Pn Norelin Aina bt Ghani (Guru Penolong Kanan HEM) - Pn Siti Hanim Bt Ismail (Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum) 4. Yang dihormati Ustaz ustazah Guru guru AJK PIBG Ibu bapa Dif dif jemputan

5. Seterusnya yang diraikan, murid-murid peserta Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2013 serta semua murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum................

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di Laman Bestari yang indah pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2013. Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang sepertimana yang diimpikan oleh setiap dari kita.. Mudah-mudahan segala usaha yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah.. -Berikut adalah tentatif perjalanan Majlis Khatam Al quran yg akan berlangsung pada hari ini... (Lampiran )

1. Bacaan Doa Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.. Sebagai pembuka tirai majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhl Ustz Hizbullah bin Ishak bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.. - DOA Amin amin yarabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhl Ustz Hizbullah bin Ishak atas bacaan doa itu tadi...

2. Bacaan ayat suci Al quran qari jemputan Aturcara majlis pada pagi ini, dimulai dengan alunan bacaan ayat suci al quran yg akan disampaikan oleh adik ....................................................... , qari jemputan dari SK ......................................., Dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Adik ................................... atas bacaan ayat suci al quran itu tadi .

3. Majlis Khatam Al-Quran

-Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun ini dimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Adik Adam Nashwan , dibimbing oleh Ustz Syarafuddin bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran. Dengan segala hormatnya dipersilakan...
-MAJLIS KHATAM BERMULA -Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada pagi ini..

4. Persembahan Nasyid -HOLD SEHINGGA MENDAPAT LAMPU HIJAU DARI PEMBIMBING NASYID-Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Kahatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi dengan acara persembahan. Untuk itu dipersilakan Murid-murid dari SK Seri Bintang Utara yang akan menyampaikan persembahan Nasyid mereka. -Dengan sukacitanya dipersilakan. -NASYID-

-Terima kasih diucapkan atas persembahan bertenaga sebentar tadi.

--------------------------------------------------------------------Untuk makluman hadirin, kini tibalah kita ke acara

5. Ucapan alu-aluan Guru Besar -Majlis dengan sukacitanya menjemput Yg Berusaha , Pn Hjh Junaidah Bt Tamby Hashim, Guru Besar SK Seri Bintang Utara untuk menyampaikan ucapan aluan . -Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Hjh Junaidah Bt Tamby Hashim atas ucapan beliau sebentar tadi. 6. UCAPAN PERASMIAN -Meneruskan aturcara pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan . Yang Berbahagia, Tn Hj Ismail Bin Musa, Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah bangsar pudu, K. lumpur bagi menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.....

-Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Ismail Bin Musa,atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan ini maka rasmilah sudah Majlis Khatam Al-Quran Peringkat SK Seri Bintang Utara pada pagi ini.

-Sebagai tanda penghargaan, dijemput Pn Hjh Junaidah Bt Tamby Hashim untuk memberikan cenderahati kepada perasmi. -Untuk itu dipersilakan Tn Hj Ismail Bin Musa bagi menerima cenderahati kenangkenganan dari SK Seri Bintang Utara .

7. Penyampaian Cenderahati dan Sijil. -Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati dan sijil kepada murid-murid khatam AlQuran. Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala hormatnya YgBerusaha Pn Hjh Junaidah Bt Tamby Hashim, GB SK Seri Bintang Utara mengiringi Yang Berbahagia,Tn Hj Ismail Bin Musa,bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnyadipersilakan..

-PENYAMPAIAN CENDERAHATIMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha Tn Hj Ismail Bin Musa kerana sudi menyempurnakan majlis .

7. Penutup

-Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati berkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2013 menutup tirai. -Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Terima kasih juga atas sokongan semua ibu bapa yang hadir ke majlis ini pada kali ini. Tidak lupa, tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya. -Akhir kata kami memohon kemaafan atas segala kekurangan sepanjang pengacaraan majlis ini. Jika diizinkan Allah bertemu lagi di tahun hadapan. Saya sudahi majlis dengan lafaz. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.... (Majlis bersurai)

Tentatif : -majlis dimulakan dengan bacaan doa -kemudian alunan ayat suci al quran dari qari jemputan -seterusnya majlis khatam quran akan dimulakan -selepas selesai khatam quran , persembahan nasyid dari murid SKSBU -diikuti ucapan Pn Guru Besar -seterusnya ,Ucapan Perasmian penutup oleh tetamu yg diraikan -dan terakhir , penyampaian cenderamata kepada para peserta -majlis bersurai

Sedikit informasi tentang perjalanan majlis kita pada pagi ini untuk makluman tuan/puan hadirin sekelian .

Anda mungkin juga menyukai