Anda di halaman 1dari 17

KATA NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan Nama Betul 1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Nama Am 2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuhtumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Manusia , orang binatang tumbuh- tumbuhan benda tempat ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll pokok, betik, rumput, lalang dll pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. 5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai - buaian tua - ketua raja - kerajaan tahu - pengetahuan Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh: Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayat Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

Kata Nama Khas 1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam binatang Tompok (kucing),

Jalak (ayam) tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) benda Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam) Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Kegunaan Benda Kata Nama Am Kata Nama Khas bangunan kereta buku sekolah Orang doktor kerani guru budak lelaki Binatang kucing lembu katak ayam Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi Si Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda

burung Tempat negeri bandar kampung tasek Tumbuhan pisang cili jambu limau Kata nama Terbitan

Burung Murai Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana Pisang Emas Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi

Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan : di awal kata ( awalan ) di akhir kata ( akhiran ) di awal dan di akhir kata ( apitan ) Sila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata di akhir kata di awal dan di akhir kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-ita, -man, -wati, -an, dan -wan per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :kelas kata kata kerja kata dasar peraga latih bawa lawan kata sendi oleh kata terbitan peragawati latihan pembawaan perlawanan perolehan

untuk kata nama lombong rumah guru kata adjektif cantik besar tinggi

peruntukan perlonbongan perumahan perguruan kecantikan pembesar ketinggian

Kata Ganti Nama

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang 2. Kata ganti diri terdiri daripada: (a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); (b)kata ganti diri singkat; (c) kata ganti tanya; (d) kata ganti tempat; dan (e) kata ganti tak tentu. Gantinama Diri Kata Ganti Diri Pertama 1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Diri Penggunaannya Pertama aku (tunggal) saya (tunggal) hamba (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu

patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat kami (jamak) kita (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak Bentuk tunggal jamak Kata ganti nama Diri Kedua Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut : Bentuk Tunggal Jamak Kata Ganti Diri Kedua anda (tunggal) awak (tunggal) engkau (tunggal) contoh kata Ganti Diri kedua tuanku, wak, kamu, anda, engkau kalian Penggunaannya contoh kata nama diri pertama beta, patik, aku, saya kita, kami, kita orang

digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan

dengan Tuhan juga tuanku (tunggal) kalian (jamak) kamu (tunggal dan jamak) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua 1. Awak pekerja yang patuh 2. Kamu semua adalah murid yang baik 3. Guru mencari engkau. 4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti. 5. Tunku akan bersiram sekejab lagi. Kata Ganti diri ketiga kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan. Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk. Bentuk tunggal jamak Contoh kata ganti diri ketiga ia, dia, beliau, baginda mereka

Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya beliau (tunggal ibu bapa, guru, dan pemimpin dia dan ia (tunggal) mereka (jamak) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga. 1. Dia pegawai pendiaikan 2. Mereka itu orang India. 3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.

4. Ia diburu oleh pihak polis. 5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana. 6. Dia menolong bapanya. 7 "Sekiranya dada halangan, . akan berangkat esok pagi , kepada bendahara. 8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu. 9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi. 10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikutpengikutnya. Ringkasan Kata Ganti Nama Diri Diri Pertama ( Orang yang bercakap ) Tunggal aku saya patik hamba Diri Kedua ( Orang yang dilawan bercakap ) awak kamu engkau encik cik saudara saudari tuan puan anda tuanku Diri Ketiga dia mereka awak semua kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik cik-cik tuan-tuan puan-puan anda semua kalian Bilangan Banyak / Jamak kami kita

( Orang yang diceritakan halnya)

ia nya beliau baginda

Kata Ganti Tanya 1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan. 2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah kah dan tanda soal. 3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Benda apakah Orang siapakah Tempat manakah Masa bilakah Hal bagaimanakah kenapakah mengapakah Kata Ganti Nama apa siapa mana Contoh ayat 1. Bilakah engkau pergi ke bandar ? 2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ? 3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ? 4. Nama pokok itu apa ? 5. Pemuda kacak itu siapa ? Kata Ganti Tempat 1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat. 2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut: Penggunaannya digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat Bilangan berapakah

Kata Ganti Tempat sana

Penggunaannya digunakan untuk tempat yang dianggap jauh digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang

sini yang bercakap digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak situ sejauh sana Benda, orang, Binatang Tempat ini, itu

sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur) sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh) situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)

Keadaan contoh ayat 1. Ini langsat. 2. Itu kucing.

begini, begitu, demikian

3. Pokok itu rendah sahaja. 4. Kereta Proton Wira ini cantik. Kata Ganti Umum / Tak Tentu Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa. Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. Kata Ganti Nama Penunjuk Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara. 1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk 2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai: (a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya: i. Ini komputer.

ii. Itu rumah Sally. (b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya: i. Kotak ini berat. ii. Saya belajar di sekolah itu. Kata Ganti tak tentu. 1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu 2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut: Kata Ganti Umum / Tak Tentu apa-apa Ayat-ayat contoh 1. Entah apa-apa yang dibawanya 2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya. Siapa-siapa 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu. 2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu. Mana-mana 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja. 2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka. Kata Ganti Tak Tentu sapa-sapa mana-mana, masing-masing, seseorang,dan sesuatu siapa-siapa atau sesiapa Penggunaannya digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu

Sudut Uji Diri 2-Kata Ganti Nama Diri Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata ganti nama diri yang sesuai. 1. "Janganlah___________bersedih atas kekalahan kita pada hari ini",pujuk pasukan bola sepak itu kepada para pemain. 2. "Semoga___________lulus dengan cemerlang pada peperiksaan nanti",kata Ahmad kepada Afifi. 3. "____________akan mengiringi tuanku ke negeri Johor",kata bendahara kepada Sultan Alauddin Shah.

4. Timbalan Perdana Menteri akan melawat ke tempat tinggal kami esok.___________akan merasmikan sekolah baharu ini. 5. "Dengarlah nasihat ibu bapa___________",kata nenek kepada Muhaimin. 6. "Tugas yang diberikan akan__________laksanakan dengan jujur,amanah,dan bertanggungjawab",ikrar semua pengawas. 7. Sultan dan putera______________ sedangbersantap. 8. Bunyamin dan rakan-rakan_______________bermain badminton di sekolah pada setiap petang. 9. Atika dan farhana mengikut keluarga_____________berkelah di tepi pantai pada hari minggu yang lalu. 10. Sungguhpun pemuda itu cacat,tetapi____________suka berdikari dan enggan meminta-minta.

Latihan Pengukuhan: Kata ganti nama Ayat berikut mengandung kesalahan. Garisi kesalahan tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat. 1. Aku minta diri dulu kata Zalina kepada Profesor Azman Mentali. [ _______ ______ ] 2. Engkau berkhidmat di sekolah ini sejak bila? Tanya Lily kepada Cikgu Imran.[_______ _____] 3. Berapa lama awak telah mengajar di sini tanya? Ming Ho kepada Cikgu Nazrin. [_________________] 4. Daku sering terkenang akan suasana di kampung. [ _____ _________ ] 5. Engkau ada berapa orang adik-beradik tanya Amran kepada Kak Izlin.[ _____ ____ ] 6. Dikau mesti mempercayai ku. (_______________________] 7. Kau tidak bersalah dalam hal ini. [ ____ __________ ] 8. Kamu mesti datang ke pejabat saya kata Puan Suzanty kepada Samy dan rakan-rakannya. [ __ _ _____ ___ ] 9. Penculik kanak-kanak itu telah diberkas polis. Beliau ditahan reman selama lapan hari. [ _________ __________ ] 10. Kucing itu sakit. Ia dibawa ke klinik haiwan. [__________] 11. Pokok itu tumbang. Ia dilanggar lori. [________ ____]

12. Selvan dipecat kerana ianya selalu ponteng kerja. [________________] 13. Memartabatkan Bahasa Melayu adalah tanggungjawab semua pihak. [____________ ___] 14. Ibu bapa semakin sedar akan kepentingan Bahasa Inggeris. [_________________ __] 15. Kami kurang setuju dengan cadangan ia. [_________________] 16. Sampah itu mesti kau buang sekarang. [_____________] 17. Oh Tuhan ku, hanya padamu aku memohon pertolongan! [___________ _____] 18. Segala-galanya sudah tertulis mengikut kehendaknya. [___________] 19. Saya amat memerlukan bantuan dia. [______________] 20. Emak mengajak saya pergi ke pusat membeli-belah Pasaraya Aeon Jusco. [_________________] 21. Kata-kata aluan penceramah itu diselitkan beberapa rangkap pantun. [______________] 22. Kamu ada nampak Liza? Adasaya bertemu dengan dia perpustakaan tadi. [______________] 23. Engkau ni memang rajin, patutlah semua pelajar suka akan engkau kata Cikgu Rashidah kepada rakan baiknya Cikgu Rahimah. [_________________________] 24. Bantuan biasiswa itu mesti kau terima. [________________________] 25. Tolong kau ambilkan aku segelas air kata Sri. [___________] 26. Saya berasa seronok dapat berkawan dengan dia. [________]

Latihan Pengukuhan: Kata ganti nama Ayat berikut mengandung kesalahan. Garisi kesalahan tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat. 27. Aku minta diri dulu kata Zalina kepada Profesor Azman Mentali. [ _______saya______ ] 28. Engkau berkhidmat di sekolah ini sejak bila? Tanya Lily kepada Cikgu Imran.[_______cikgu_____]

29. Berapa lama awak telah mengajar di sini tanya? Ming Ho kepada Cikgu Nazrin. [___________cikgu______] 30. Daku sering terkenang akan suasana di kampung. [ _____Aku_________ ] 31. Engkau ada berapa orang adik-beradik tanya Amran kepada Kak Izlin.[ _____Kakak____ ] 32. Dikau mesti mempercayai ku. (_____________Kau__________] 33. Kau tidak bersalah dalam hal ini. [ ____Engkau__________ ] 34. Kamu mesti datang ke pejabat saya kata Puan Suzanty kepada Samy dan rakan-rakannya. [ __ _Kalian_____ ___ ] 35. Penculik kanak-kanak itu telah diberkas polis. Beliau ditahan reman selama lapan hari. [ _________Dia__________ ] 36. Kucing itu sakit. Ia dibawa ke klinik haiwan. [___Kucing itu_______] 37. Pokok itu tumbang. Ia dilanggar lori. [____Pokok itu tumbang kerana dilanggar lori____ ____] 38. Selvan dipecat kerana ianya selalu ponteng kerja. [_______dia_________] 39. Memartabatkan Bahasa Melayu adalah tanggungjawab semua pihak. [________bahasa____ ___] 40. Ibu bapa semakin sedar akan kepentingan Bahasa Inggeris. [__________bahasa_______ __] 41. Kami kurang setuju dengan cadangan ia. [________cadangannya_________] 42. Sampah itu mesti kau buang sekarang. [_____kau mesti buang________] 43. Oh Tuhan ku, hanya padamu aku memohon pertolongan! [_________Tuhanku___pada-Mu__ _____] 44. Segala-galanya sudah tertulis mengikut kehendaknya. [___kehendakNya________] 45. Saya amat memerlukan bantuan dia. [____bantuannya__________] 46. Emak mengajak saya pergi ke pusat membeli-belah Pasaraya Aeon Jusco. [__Pasar Raya_______________] 47. Kata-kata aluan penceramah itu diselitkan beberapa rangkap pantun. [_____Kata alu-aluan_________] 48. Kamu ada nampak Liza? Adasaya bertemu dengan dia perpustakaan tadi. [__dengannya____________]

49. Engkau ni memang rajin, patutlah semua pelajar suka akan engkau kata Cikgu Rashidah kepada rakan baiknya Cikgu Rahimah. [_______ayat ini betul__________________] 50. Bantuan biasiswa itu mesti kau terima. [_______kauterima_________________] 51. Tolong kau ambilkan aku segelas air kata Sri. [____kauambilkan_______] 52. Saya berasa seronok dapat berkawan dengan dia. [__dengannya______]

Pantun Dua Kerat (Nasihat)


Gaharu, cengal, giam, Tak tahu, tak kenal, diam. Maksud : Jika kita tidak tahu tentang sesuatu perkara adalah lebih baik kita mendiamkan diri daripada berkata-kata. Jika ada padi berhampalah, Jika ada hati berasalah. Maksud : Kita perlu mempunyai perasaan terhadap sesuatu perkara. Sakit pandan tak tahukan duri, Sakit badan tak tahukan diri. Maksud : Apabila ditimpa sakit mestilah sentiasa beringat dan sedar akan diri. Dengar cakap enggang makan buah belolok, Dengar cakap orang terjun masuk lubuk. Maksud : Jika kita mengikut cakap seseorang yang tidak baik maka kita juga akan terlibat dalam perkara yang tidak baik. Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati. Maksud : Setiap nasihat yang diberikan kepada kita perlulah kita hargai dan ingati setiap masa. Mahal imam, murahlah khatib, Mahal demam, murahlah sakit. Maksud : Sekali kita telah melalukan sesuatu perkara yang tidak baik masalah akan berterusan dan semakin berat. Tema Nasihat yang dapat membina

Persoalan

Pentingnya mendapatkan ilmu. Pentingnya mempunyai perasaan. Pentingnya menjaga kesihatan diri. Perlunya mendengar nasihat.

Bentuk

Terdiri daripada enam rangkap. Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu dua baris. Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata. Setiap baris terdiri daripada tujuh hingga tiga belas suku kata. Rima akhir setiap rangka aa. Ada pembayang dan maksudnya.

Unsur-unsur bunyi

Asonasi - Contohnya, Jika ada padi berhampalah (pengulangan vokal a) Aliterasi - Contohnya, Mahal demam, murahlah sakit(pengulangan konsonan m) Jeda - Hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. Contohnya, Dengar cakap enggang / makan buah belolok, Dengar cakap orang / terjun masuk lubuk.[tanda (/) bermaksud tanda jeda/pemenggalan puisi/sizura]

Gaya bahasa

Imej alam - gaharu, cengal, giam, padi, pandan, enggang. Sinkope - tak. Anafora - (pengulangan perkataan yang sama pasa awal baris) Sakit pandan tak tahukan diri, Sakit badan tak tahukan diri. Responsi - (pengulangan perkataan yang sama di tengah ayat) Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati.

Nilai

Mendengar nasihat. Menjaga diri. Jati diri.

Pengajaran
Kita hendaklah sentiasa mendengar dan mengikuti nasihat
yang diberikan.

Kita hendaklah sentiasa menjaga diri daripada melakukan


perkara yang sia -sia.

Kita hendaklah mempunyai jati diri kita sendiri agar kita tidak
mudah terpedaya oleh perkara negatif.