Anda di halaman 1dari 2

Topik : Awan dan cuaca Tujuan : Untuk mengkaji hubungan di antara cuaca dengan jenis pembentukan awan di atmosfera.

Teori : Awan merupakan titisan air yang sangat halus dan terapung-apung di udara. Ia terbentuk akibat proses penyejukan dan pemelawapan di udara yang menukarkan wap-wap air yang tersejat kepada bintik-bintik atau titisan-titisan air. Awan titisan halus yang berdiameter 0.02mm hingga 0.06mm. Debu-debu, bahan pencemar udara, garam galian yang berada di dalam atmosfera bertindak sebagai nucleus kondensasi yang akan menyerap wap-wap air, lalu membentuk awan. Umumnya, proses pemeluwapan berkait rapat dengan pembentukan awan. Semakin tinggi kadar pemeluwapan maka semakin tebal awan yang terbentuk. Sifat awan terbentuk adalah berbagai-bagai seperti bentuk nipis, tebal, bergelombang, berkelompok kecil atau besar dan juga berjalur. Selain itu, terdapat juga awan yang nipis dan cerah serta awan yang tebal dan warnanya gelap bergantung kepada jumalh kandungan bintik-bintik air atau hablur ais yang terdapat di dalamnya bergantung kepada kadar pemeluwapan yang telah berlaku di dalam atmosfera tersebut. Pernyataan masalah: Adakah cuaca yang berbeza-beza mempengaruhi jenis awan yang terbentuk di atmosfera? Hipotesis: Jenis cuaca mempengaruhi jenis pembentukan awan di atmosfera. Pembolehubah: Pembolehubah dimanipulasikan : Jenis cuaca Pembolehubah bergerak balas : Jenis awan yang terbentuk di atmosfera Pembolehubah dimalarkan : Tempat

Bahan-bahan: Kamera,Tripod Prosedur: 1) Maklumat dan bahan-bahan mengenai awan dikumpulkan daripada buku teks dan internet. 2) Lokasi atau tempat yang sesuai dikenalpasti dan jenis awan diperhatikan dari hari ke hari untuk melihat awan yang berbeza-beza. 3) Pemerhatian mengenai jenis awan yang terbentuk dicatatkan sama ada hari hujan ataupun tidak. 4) Data dan maklumat yang diperoleh mengenai pembetukan awan dianalisis dan ditafsirkan. 5) Maklumat yang diperolehi tentang awan dipersembhankan dalam bentuk persembahan power point. Keputusan:

Perbincangan: Awan sangat penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan untuk mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar inframerah bumi. Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaranhidrologi. Awan juga membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya, awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera. Awan turut membantu mengagihkan semula haba tambahan dari khatulistiwa ke kutub. Kesimpulan: Langkah berjaga-jaga:

Anda mungkin juga menyukai