Anda di halaman 1dari 1

Di sebatang jalan di kuala Lumpur sebelum sambutan malam kemerdekaan.

Seorang mat rempit dan seorang minah rempit sedang menunjukkan aksi sambil mengibarkan bendera sambil menjerit... merdeka! Merdeka! Mereka berhenti di satu taman rekreasi untuk berjumpa dengan kawan kawan yang lain. ALI& Ani: Wassup Bro Zaidi ,Ina&Ayu: Wasup Omar: Wasup berasap lahhahaha Ali: Wei, kenapa malam merdeka ni macam tak meriah je beb? Tak macam tahun-tahun sudah? Zaidi: Tapi aku tengok orang ramai tak ada sangat pun pasang benderamacam tak ada merdeka jer.. Tak macam tahun tahun sudah. Ayu: Ala kau tu sambut merdeka pun bukan kau tau pun erti merdeka. Bawa bendera je lebih..hahaha. Ali: Takpelah sekurang-kurangnya aku menolong menghangatkan suasana merdekakorang tau sangat ker erti merdeka tu? Zaidi: Maksudnyaerr merdeka dari kena jajah dari Jepun dan Inggeris.. Ani: Apalah kau , setakat tu jer pengertian merdeka kau?merdeka ni maksudnya lebih besar dari tu la Tidak melakukan perkara tak baik pun merdeka juga namanya Omar: Habis tu , yang kau ikut Ali pergi merempit ni baik sangat ke cik adik oi?.. Ani: Dia yang ajak akubukan aku ajak dia Omar: Samalah tu, korang dua dua sama je tak merdeka namanya Omar: Bagi aku merdeka ni maksudnya,negara bebas dari kena jajah dari segi fizikal dan mental Sekarang ni anak muda kita di negara ni kena jajah dari segi mental. Masih tak merdeka Zaidi: Maksudnya? Omar: Yelah, diorang ni masih terpengaruh dengan budaya budaya barat yang tak baik. Sedangkan kita dah ada budaya Malaysia, budaya timur yang terbukti baik.Contohnya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan itu kan budaya barat!. Ali: Wah kau Omar, cakap boleh tahantapi kau pun sama jer. Kita ni semua sama jer. Omar: Itu yang aku baca kat buku.Memanglah aku nak berubah dan bertaubat juga nanti.. Zaidi: Bila? Dah tua? Orang muda pun tak panjang umur kau tau tak? Lagi la macam kita ni yang suka merempit. Tiba-tiba datang dua orang Polis menghampiri mereka. Polis 1: Ada lesen? OMAR, ZAIDI,ALI: Ada!, eh tak ada bang!, eh datuk! (dengan suara yang menggeletar)

Polis 2: Apa datuk datuk? Kau ingat aku ni datuk kau ker? OMAR, ZAIDI,ALI: Maaf tuan Polis 1: Jom kita sambut merdeka kat balai. Kesemua mereka di bawa ke balai polis kerana membawa motor tanpa lesen dan secara merbahaya.

Anda mungkin juga menyukai