Anda di halaman 1dari 1

Model Bottom Up

Model pengajaran bacaan yang sering saya gunakan di dalam kelas ialah model bawah ke atas. Murid-murid akan memulakan proses membaca apabila matanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibacanya melalui siri perbuatan yang berterusan. Proses ini bermula secara linear iaitu bermula dengan mengecam dan mengenal pasti huruf, menghubungkan ciri-ciri bagi mengenal huruf, menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan iaitu fonem, menghubungkaitkan perkataan-perkataan dan akhirnya menghasilkan proses membina ayat, paragraf dan semantik. Model ini sangat bermanfaat bagi golongan murid yang lemah dalam bahasa pertama dan bahasa kedua. Hal ini demikian kerana, golongan ini lebih memfokuskan tahap perkataan bagi teks daripada makna secara global.
KAEDAH ABJAD Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad a sehinggalah z . Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. Setelah murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Murid diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti dengan huruf besar. Kemudian latihan menulis huruf kecil dan huruf besar serta latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya murid pula diajar permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti bola, buku, batu dan besi. Ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan.
Walaupun tidak mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, bagi saya untuk mengajar awal membaca saya memilih Kaedah Abjad. Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi-bunyi huruf itu, Oleh sebab perkataan mengandungi huruf/lambang, murid hendaklah diajar mengenal nama huruf/lambang sebelum mambaca atau mengejanya. Lambang (huruf) hendaklah diajar seluruhnya. Kanak-kanak yang mengenal huruf mempunyai peluang besar untuk mencapai keupayaan membaca seterusnya menjalin huruf konsonan dan huruf vokal bagi membentuk suku kata dan akhirnya perkataan. Kaedah ini bersifat petunjuk dan kanak-kanak diberi peluang berinisiatif. Pada pendapat saya kelebihan kaedah abjad adalah ianya sesuai dengan susun Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. Ia juga memudahkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. Kaedah ini juga memberi asas dan binaan kukuh dalam membaca. MASHITOH BT SHAARI PPG 20256/11

Anda mungkin juga menyukai