Anda di halaman 1dari 44

KARANGAN UPSR : Kepentingan Hutan

Hutan merupakan anugerah daripada Tuhan. Anugerah ini memang tidak ternilai kepada kita. Oleh sebab itu, alam ini wajar dipelihara sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Hutan sangat penting kepada kehidupan kita. Antaranya, hutan dapat dijadikan kawasan tadahan air hujan. Kita semua menggunakan air dalam pelbagai aspek kehidupan harian seperti mencuci, memasak dan lain-lain. Oleh sebab itu, hutan menjadi nadi kehidupan kepada penduduk bumi.

Selain itu, Hutan berfungsi sebagai habitat kepada pelbagai flora dan fauna.Hutan dapat menyelamatkan flora dan fauna kerana kepupusan flora dan fauna berkait rapat dengan hutan. Ini secara tidak langsung mengekalkan kesimbangan ekosistem.

Sementara itu, hutan juga memainkan peranan sebagai pengawal pemanasan global. Pemanasan global berlaku kerana pencemaran dan sikap manusia yang tidak cinta akan alam sekitar. Oleh hal yang demikian, tahap kepanasan di muka bumi ini dapat dikurangkan agar kita tidak berpanas.

Hutan merupakan sumber rezeki, terutamanya Orang Asli. Oleh itu, hasil hutan seperti herba, rotan, kayu balak dan ubat-ubatan dapat terus dicari dengan kewujudan hutan. Amalan perubatan tradisional juga dapat diperkembangkan jika hutan dijaga dengan baik.

Kesimpulannya, hutan wajib dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh setiap penduduk bumi. Hutan dapat memberi ketenangan jiwa kepada kita dengan hutan yang malar hijau. Oleh itu, kawasan hutan mestilah diperluas dan dipulihara demi masa depan semua.

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Kicap Pada 1 Ogos 2011, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Mahathma Gandhi Kalasalai telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang Kicap di Salak Utara, Jalan Kuala Kangsar. Seramai 30 orang ahli persatuan terlibat dalam rombongan tersebut termasuk 3 orang guru pengiring. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta tentang proses membuat kicap. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang kicap itu pada pukul 9.00 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang itu iaitu Encik Mohamad bin Zafran. Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses kicap. Sebahagian besar kerja memproses kicap ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang ini memakai pakaian seragam yang berwarna merah. Mereka juga memakai sarung tangan ketika bekerja. Ramai juga pelajar yang menyoal mereka untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan mereka melayan pertanyaan para pelajar itu dengan baik walaupun sedang bekerja. Para Peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebotol kicap setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Azizah telah menyampai cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mereka mendapat banyak pengetahuan dan melihat sendiri cara-cara membuat sabun. Laporan disediakan oleh, .................................................. (Birunthaa a/p Rajenthiran) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu 5 Ogos 2011

Pengalaman

Berkelah

Bersama

Keluarga

Pada cuti persekolahan yang lalu kami sekeluarga pergi berkelah ke Pantai Pasir Tengkorak.. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah . Kami ke sana kerana ingin bercuti di samping ingin merapatkan hubungan keluarga.

Sebelum pergi kami telah membuat persediaan yang rapi. Ibu menyiapkan bekalan makanan dan pakaian kami. Manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat di bawa dengan selamat. Akhirnya kami sekeluarga mula bertolak pada jam 8.00 pagi.

Semasa dalam perjalanan ke tempat perkelahan itu kami sekeluarga berbualbual. Saya pula mengambil peluang mengambil gambar keindahan alam semulajadi dari dalam kereta. Ada juga ahli keluarga saya yang tertidur di dalam kereta.

Kami tiba di Pantai Pasir Tengkorak pada jam 9.00 pagi. Suasana di tempat tersebut sangat meriah dengan ramai orang membawa keluarga masing-masing. Kami menolong ibu mengeluarkan barang-barang perkelahan. Ayah pula mencari tempat yang sesuai untuk membentang tikar. Selepas itu saya dan adik-adik menukar pakaian untuk mandi.

Selain mandi saya dan adik juga membina istana pasir. Setelah penat bermain dan mandi manda kami sekeluarga menikmati bekalan makanan yang disiapkan oleh ibu. Setelah selesai makan, kami sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Sebelum balik, kami juga sempat membeli cenderamata untuk dijadikan kenangkenangan.

Pada jam 6.00 petang kami mula bertolak pulang. Perasaan kami pada masa tersebut sangat gembira dan seronok. Akhirnya, kami tiba di rumah pada jam 7.00 malam.

Pergi ke Pasar Malam

Pada malam Sabtu yang lalu, saya pergi ke pasar malam bersama keluarga. Pasar malam itu terletak berhampiran dengan rumah saya. Jaraknya dari rumah saya, kira-kira 100 meter sahaja. Kami ke sana berjalan kaki.

Saya melihat orang berduyun-duyun ke pasar malam. Pelbagai barangan dijual di pasar malam dengan harga yang berpatutan. Antaranya ialah makanan, pakaian, keperluan dapur dan barang mainan. Saya dan emak membeli barang makanan dan keperluan dapur sahaja. Sementara itu, kakak dan ayah pergi ke gerai kuih-muih dan lauk-pauk.

Suasana di pasar malam itu sungguh sibuk dan riuh-rendah. Cahaya neon yang berwarna-warni menerangi keadaan di pasar malam. Suasana di situ hingar-bingar dengan suara pembeli dan penjual tawar-menawar.

Pasar malam merupakan syurga bagi pembeli manakala sumber pendapatan bagi penjaja kecil. Walaupun keletihan, kami pulang dengan perasaan riang dan berhasrat akan datang lagi pada minggu hadapan.

Tajuk 1 : Ucapan Perpisahan Guru

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Veeramuthu , Yang diraikan dan dikasihi, Cikgu Mangleswari, guru-guru yang disayangi dan rakan-rakan sekalian.

Saya mewakili rakan-rakan sedarjah ingin menyatakan perasaan amat sedih dan pilu kerana terpaksa berpisah dengan seorang guru yang kami sayangi. Beliau yang saya maksudkan ialah Cikgu Mangleswari.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Cikgu Mangleswari akan menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah baharunya iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Klabang Jaya mulai minggu hadapan. Kami suka akan sikap Cikgu Mangleswarikerana beliau seorang yang baik hati dan bertanggungjawab. Di samping itu, beliau pandai ambil hati murid-murid di dalam kelasnya. Beliau seorang yang berdedikasi.

Pengorbanan cikgu sungguh besar ertinya kepada kami. Cikgu mengajar kami sehingga menjadi murid yang cemerlang. Kami boleh membaca dan menulis dalam pelbagai mata pelajaran dengan baik dan lancar.

Kami berdoa semoga cikgu dapat menjalankan tugas di sekolah baharu dengan lebih cemerlang lagi. Jangan lupakan kami, anak-anak didik cikgu.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 2 : Ucapan Sambutan Hari Guru

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik dan Kokurikulum, guru-guru, serta rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan kesempatan berucap pada majlis yang gilang-gemilang ini.

Guru-guru serta rakan yang dihormati, Seperti yang kita semua sedia maklum, tujuan kita berhimpun di dalam dewan ini adalah untuk meraikan sambutan hari guru sekolah ini. Guru-guru merupakan insan yang amat berjasa dalam hidup kita. Guru-guru ibarat lilin yang menerangi hidup kita. Para guru sentiasa berkorban untuk memastikan kejayaan kita dalam pelajaran, seterusnya dalam kehidupan. Oleh itu, adalah wajar jasa guru-guru sentiasa dihargai.

Guru-guru adalah pengganti ibu bapa di sekolah. Selain mengajar kita, guru berperanan mendidik dan memantau tingkah laku murid untuk memastikan murid memiliki sahsiah yang betul dan menjadi manusia yang berguna. Oleh itu, kita seharusnya sentiasa taat kepada guru selain menunjukkan sikap hormat kepada mereka sepanjang masa.

Dalam kesempatan ini, saya selaku ketua murid yang mewakili semua murid sekolah ini, ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru kerana telah mengajar dan mendidik kami dengan sempurna. Segala jasa guru tidak akan kami lupakan sepanjang hayat.

Akhir kata, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan semua guru di sekolah ini. Selamat menyambut Hari Guru. Sekian, terima kasih.

Aku Sebuah Basikal. Aku berasal dari Negara Matahari Terbit. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar.Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik. Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku. Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu,aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga. Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ. Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan.baktiku kepada orang Malaysia. Tajuk : Aku sehelai baju Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350. Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki. Selang beberapa bula, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku. Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar. Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

Mengajaknya kawan datang ke rumah

Jegathis a/p Jiwa, 49, Kampung Muhibbah, 31100 Sungai Siput(U), Perak Darul Ridzuan. 2 Januari 2014. Menemui sahabatku Kogieswari yang berada di Kampung Veerasamy, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudari, Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada cuti hujung bulan nanti.Saya berharap Jega tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Kalau saudari suka , ajaklah keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersama-sama. Boleh mereka sama-sama merasai keenakkan buah manggis, rambutan, langsat serta durian. Untuk pengetahuan saudari, buah-buahan di kebun ayah saya sedang masak. Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi, terutama manggis. Ayah saya memajakkan sebahagian sahaja. Selebihnya ditinggalkan supaya keluarga serta sahabat handai kami sama-sama dapat merasainya. Saya berharap saudari bersetuju dan memberitahu saya secepat mungkin. Saya akan menunggu kedatangan saudari itu. Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir kata , sambutlah salam mesra daripada saya.untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu nanti. Sekian , terima kasih.

Yang benar, Jega ( JEGATHIS A/P JIWA)

Persediaan Menghadapi Peperiksaan UPSR Jegathis a/p Jiwa, 49, Kampung Muhibbah, 31100 Sungai Siput(U), Perak Darul Ridzuan. 2 Januari 2014.

Menemui sahabatku yang diingati selalu, Nisha yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera. Saudari, Surat saudari telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudari masih mengingati saya. Dalam surat saudari yang lepas, saudari bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan. Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik. Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Saya kerap bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan yang bersekolah di Kuala Lumpur. Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan seminar dan kem motivasi untuk calon-calon UPSR. Kami banyak mendapat pendedahan tenteang cara-cara belajar yang betul. Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Sahabatmu, ( Jegathis a/p Jiwa)

PENGALAMAN DI SEKOLAH BARU 294 , Kampung Ramasamy, Jalan Lintang Makmur, 31100 Sungai Siput (u), Perak Darul Ridzuan. 17 FEBRARUARI 2014. Salam Sejahtera. Menemui sahabatku , Suzilaini yang kini berada di Taman Tun Sambanthan Kuala Lumpur semoga berada di dalam situasi yang meyakinkan. Apa khabar saudari? Saudari, Tujuan saya mengutus warkah yang tidak seberapa ini adalah untuk menceritakan tentang pengalaman saya di sekolah baru saya iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Simpang Lima. Pada hari pertama di sini, saya didaftarkan. Saya berkenalan dengan rakanrakan sekelas. Mereka sungguh baik hati dan bersopan santun. Mereka juga selalu menolong saya ketika dalam kesusahan. Pada waktu rehat saya memerhati kawasan sekeliling sekolah itu. Ia bersih dan kemas. Disiplin di sekolah itu juga ketat . Saya lihat, semua pelajar di sekolah berkenaan begitu mematuhi peraturan. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan. Semoga bersua lagi di lain lembaran. Sekian, terima kasih.

Yang benar, Jega ( JEGATHIS A/P JIWA)

SURAT MINTA KEBENARAN Blok C Asrama Sains Mara 33000 Gerik, Perak Darul Ridzuan.. 14 Mei 2014. Salam sejahtera. Menemui ayahanda yang dikasihi, semoga berada di dalam lindungan rahmat Ilahi. Ayahanda, Apa khabar keluarga di sana? Anakanda berharap agar semuanya berada dalam keadaan sihat. Anakanda di asrama sihat sejahtera. Tujuan anakanda menulis surat ini ialah untuk meminta kebenaran ayahanda untuk menyertai rombongan yang diadakan oleh sekolah anakanda. Rombongan ini akan melawat beberapa tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur. Lawatan tersebut akan diadakan pada 23 Mei 2014. Untuk tujuan tersebut, anakanda memerlukan wang sebanyak RM 100.00 sebagai bayaran tambang , penginapan,dan selebihnya sebagai wang saku. Akhir kata, sambutlah salam rindu daripada anakanda khas untuk ayahanda dan keluarga di sana. Sekian ,terima kasih.

Anakanda yang jauh, ------------------------------(Saiful Anwar)

Persediaan UPSR Rukesh a/l Kuppusamy 127, Taman Lintang, 31100 Sungai Siput(U), Perak Darul Ridzuan. 24 Mac 2014. Ke hadapan sahabatku Sarves yang berada di Kuantan, semoga di dalam keadaan sihat sejahtera. Saudara, Kira-kira dua bulan lagi kita akan menghadapi peperiksaan UPSR. Mungkin ketika ini saudara telah bersedia. Saya beranggapan begitu kerana sajak dari dahulu lagi saudara mengamalkan prinsip iaitu belajar bersungguh-sungguh bagaikan esok hari peperiksaan. Saya juga berusaha mengamalakan prinsip saudara. Tetapi, saya ingin menambah, mungkin saudara bersetuju bahawa pembelajaran di kelas sahaja tidak mencukupi. Kita juga perlu rajin membaca surat khabar atau majalah untuk mempertingkatkan Bahasa Melayu. Bagi pelajaran lain seperti Matemtik, kita hendaklah rajin membuat latihan sendiri. Guru saya selalu menasihati agar kita jangan mudah berasa puas hati dengan ilmu di dada. Rajin -rajinlah membuat rujukan. Sehubungan dengan itu bersama-sama ini saya sertakan contoh-contoh soalan peperiksaan sekolah saya untuk rujukan saudara. Semoga kita sama-sama berjaya mendapatkan lima A dalam peperiksaan UPSR kelak. Untuk mengakhiri lembaran ini , saya mengucapkan selamat maju jaya.

Sekian sahaja. Terima kasih.

Sahabatmu, ---------------------------

( Rukesh a/l Kuppusamy )

UCAPAN HARI GURU Salam sejahtera.. Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati Tuan Guru Besar, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini. Hadirin sekalian, Sebagaimana yang kita maklum Hari Guru disambut pada 16 Mei 2014 Perayaan yang seumpama ini disambut setiap tahun.Tujuan perayaan ini adalah untuk mengenang dan menghargai jasa serta bakti guru-guru selama ini. Pengorbanan guru terhadap kita besar sekali. Tanpa guru , kita sudah tentu susah untuk mendapatkan pelajran dan pengajaran dengan sempurna. Guru ibaratkan sebagai sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi murid-muridnya. Oleh itu jasa guru patutlah dikenang dan disanjung tinggi. Guru adalah seperti ibu bapa kita sendiri . Mereka membimbing dan mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Oleh itu marilah kita semua belajar dengan bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka. Hadirin sekalian Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar , mengasuh dan mendidik kami tanpa jemu. Akhir sekali, kami meminta ampun di atas segala kesilapan yang dilakukan oleh kami selama ini. Sekali lagi saya ucapkan selamat menyambut Hari Guru. Sekian, terima kasih.

Laporan Hari Kantin Pada 13 Mac 2014, Sekolah Jenis Kebangsaan Mahathma Gandhi Kalasalai telah mengadakan Hari Kantin. Hari Kantin itu telah diadakan bertempat di kantin dan kawasan perkarangan sekolah. Hari Kantin itu telah bermula pada pukul 8.30 pagi. Hari Kantin telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, En.S.Nadarajah. Objektif Hari Kantin ini diadakan untuk mengumpul dana bagi membeli komputer bagi kegunaan pusat sumber sekolah. Selain itu, bertujuan untuk membaik pulih dan menceriakan kawasan sekolah. Beberapa hari sebelum Hari Kantin tersebut diadakan, guru-guru, AJK PIBG serta murid-murid begitu sibuk membuat persiapan. Antaranya, menyediakan bahanbahan jualan dan juga menyusun atur gerai-gerai jualan di kantin sekolah.Masingmasing berganding bahu melaksanakan tugas demi memastikan kejayaan Hari Kantin tersebut. Sebanyak 20 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan jualan.Selain daripada makanan dan minuman yang dijual, diadakan juga pertandingan teka kacang, rumah hantu dan aktiviti menunggang kuda.Sebagai menarik perhatian para pengunjung, telah diadakan cabutan nombor bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan. Kehadiran para ibu bapa dan murid-murid sungguhmemberangsangkan.Ini mungkin disebabkan promosi yang meluas dilakukan oleh guru-guru melalui kertas edaran dan gantungan sepanduk. Hari Kantin ini telah berakhir pada pukul 3.00 petang.Sebelum bersurai guruguru dan murid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Secara keseluruhannya, Hari Kantin telah berjaya mencapai sasarannya.

Disediakan oleh, Setiausaha,

24 MAC 2014

S.Kogies ( KOGIESWARI A/P SARAVANAN) Murid Tahun 5 Mullai

Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempattempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat,sekolah, rumah kediaman, kedai dan bangunan kerajaan. Sekolah SJKT Mahathma Gandhi Kalasalai telah mengadakan pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 15.9.2011. Sambutan dimulakan dengan ucapan oleh Puan U.Jeyaluxmi PK Pentadbiran. Kemudian beliau juga telah melepaskan burung sebagai tanda negara telah bebas daripada cengkaman penjajah. Selepas itu diikuti persembahan silat oleh pelajar-pelajar Tahun 5 Alli terdiri daripada B.Padman, Sharvin Reddy, C.Sharvin, M.Harinesh. Persembahan ini juga sebagai lambang kekuatan pejuang-pejuang tanahair membela negara. Kemudian murid-murid dan warga sekolah lain mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti Merdeka, Jalur Gemilang, Wawasan 2020. Murid-murid gembira dan bangga apabila mendengar lagu berkumandang di udara. Perasaan kasih dan cintakan negara tertanam dalam jiwa murid-murid. Aktiviti seperti ini mesti diadakan setiap tahun agar jati diri setiap warga negara Malaysia sentiasa terukir dalam jiwa masing--masing.Kibaran Jalur Gemilang di segenap pelosok negari melambangkan semangat cintakan tanahair.

Laporan disediakan oleh, ................................................ (AINA BT. SYALBY)

20 Mac.2013

Setiausaha, Kelab Bahasa Melayu

SAMBUTAN HARI GURU

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan pendidik. Sambutan Hari Guru diraikan di setiap sekolah. Pada hari ini, guru-guru tidak mengajar tetapi diraikan dengan meriah. Acara sambutan akan dimulakan dengan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Ini diikuti perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran dan seterusnya Pengarah Pelajaran Negeri. Ucapan daripada guru besar menyusul selepas itu. Persembahan guru-guru menggamatkan suasana. Ada yang mendeklamasikan sajak, ada guru yang menyanyi, ada yang berlakon dan tidak kurang pula yang menggayakan pakaian beragam. Bakat yang ada pada guru-guru ditonjolkan dalam majlis sambutan Hari Guru. Acara sukan juga diadakan. Perlawanan antara guru-guru dan murid-murid. Sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar dan bola baling. Acara sukaneka juga diadakan. Acara ini paling menghiburkan kerana pelbagai ragam dapat disaksikan. Selepas acara permainan, acara penyampaian hadiah kepada guru-guru dimulakan. Pada hari ini,guru-guru mendapat banyak hadiah daripada murid-murid. Bukanlah hadiah yang dipentingkan tetapi jasa guru-guru yang telah berkorban demi anak bangsa. Acara terakhir adalah jamuan tengah hari. Guru-guru berasa dihargai kerana diberi sambutan yang sebegini meriah. Ini menguatkan azam mereka untuk menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.

Disediakan oleh, Setiausaha,

12 Feb 2013

S.Swetha (SWETHA A/P SELVARAJ)

Laporan Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Persatuan Kadet Remaja Sekolah SJKT Mahathma Gandhi Kalasalai telah mengadakan perkhemahan selama dua hari satu malam di air terjun Sungai Rengit. Perkhemahan ini bertujuan untuk melatih disiplin dan kepimpinan murid. Seramai 50 ahli persatuan Kadet Remaja Sekolah dan tujuh guru pengiring telah terlibat dalam perkhemahan ini. Para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu kumpulan Tangkas, kumpulan Handal, Kumpulan Cerdik, Kumpulan Bestari, dan Kumpulan Dinamik. Taklimat ringkas tentang peraturan dan langkah-langkah keselamatan diberi kepada para peserta sebelum bertolak ke tempat perkhemahan. Pada hari pertama, peserta diajar cara untuk mendirikan khemah. Selepas itu, peserta mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing di bawah bimbingan guru. Pada pukul 3:00 petang, pertandingan memasak berlangsung. Setiap ahli kumpulan bekerjasama menghasilkan masakan yang lazat untuk mengambil hati hakim. Kumpulan Handal berjaya mendapat tempat pertama dengan masakan karinya. Pada pukul 7:00 pagi hari kedua, peserta berkumpul untuk aktiviti kembara hutan. Selepas taklimat ringkas diberi, para peserta masuk ke dalam hutan mengikut kumpulan masing-masing. Peserta diberi pendedahan tentang pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat dalam hutan. Di samping itu, guru pembimbing juga menyeru murid supaya sayang kepada hutan. Aktiviti ini berakhir pada pukul 12:00 tengah hari. Pada sebelah petang, persembahan budaya dijalankan. Setiap kumpulan mempersembahkan persembahan seperti tarian, nyanyian, dan lakonan. Persembahan budaya ini amat menarik dan mendapat sambutan hangat. Akhirnya, kumpulan Tangkas berjaya mendapat johan dalam pertandingan ini. Majlis penutupan berlangsung pada 5:00 petang. Ketua perkhemahan Encik Kang menyampaikan hadiah kepada pemenang. Encik Kang tidak lumpa mengucapkan tahniah kepada kumpulan yang menang dan beliau berharap perkhemahan dapat dianjurkan setiap tahun.

Disediakan oleh, Setiausaha, S.Swetha (SWETHA A/P SELVARAJ)

12 Feb 2013

LAPORAN SUKAN SEKOLAH Pada 23 Januari 2010,Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mahathma Gandhi Kalasalai , telah mengadakan sukan tahunan sekolah.Hari sukan bermula pada pukul 8:00 pagi. Hari sukan diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Besout 3 yang terletak di belakang sekolah. Pada pagi itu,semua olahragawan dan olahragawati beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang.Kami berkawat kaki mengikut rentak muzik.Pengerusi PIBG dijemput untuk menerima tabik kehormatan oleh muridmurid.Kemudian Ketua Kontinjen membaca ikrar.Kemudian Pengerusi PIBG dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut. Selepas itu bermulalah acara. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan tarik tali turut dipertandingkan. Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Besout 3 dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan juga dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah kepada semua pemanang. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada pemenang. Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan temasya sukan pada hari tersebut. Johan ialah Rumah Kuning, Naib johan pula disandang oleh Rumah Biru manakala Rumah Merah mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah Norazmina Binti Kamaruddin dari Rumah Kuning,manakala olahragawan pula ialah Salleh Bin Ayub juga dari Rumah Kuning. Akhirnya,Guru Besar mengumumkan cuti sehari pada hari Isnin iaitu pada 26 Januari.Sebelum pulang,Guru Besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah. Disediakan oleh, 28 FEBRUARI 2014

-----------------------------------(SUBUH BIN ZUHUR)

Setiausaha sukan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil .

Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Pada hari Sabtu, 15 Oktober 2013, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mahathma Gandhi Kalasalai Sunai Siput telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada muridmurid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Pn.Rajambal. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi PIBG serta ucapan Guru Besar Sekolah .Tepat pukul 10.00 pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh Lembaga Pengasas Sekolah, En Vivekananda. Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak. Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan murid-murid. Antara persembahan yang menarik ialah persembahan Drama oleh murid tahun 6, persembahan tarian zapin oleh murid tahun 5 dan persembahan deklamasi sajak oleh adik Sreya daripada kelas 6 Alli. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan. Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang cemerlang serta aktif dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah. Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan juadah sejurus selesainya majlis itu. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang. Disediakan oleh ............................. (Uvasree a/p Bala) Setiausaha, Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun 20 OKTOBER 2012

LAPORAN KEM MOTIVASI MURID-MURID TAHUN ENAM 2012 Pada cuti hujung minggu yang lalu, seramai 100 orang murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mahthma Gandhi Kalasalai telah menyertai Kem Motivasi UPSR 2012 yang bertempat di Info Ternak Downby, Sungai Siput(U). Kem tersebut diadakan selama tiga hari dua malam. Objektif kem ini adalah untuk meningkatkan sahsiah dan keyakinan murid-murid yang baru berada di tahun enam bagi menghadapi sesi pelajaran pada tahun ini. Tumpuan utama kem adalah untuk murid-murid tahun enam membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal sebelum menduduki UPSR pada bulan September nanti. Pelbagai aktiviti diadakan seperti kursus dan bengkel pembelajaran. Antara kursus yang dijalankan ialah teknik menjawab soalan bagi subjek UPSR. Murid-murid juga didedahkan dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Kursus dan ceramah disampaikan oleh penceramah-penceramah luar yang berpengalaman dalam bidang pendidikan. Para pelajar juga menjalani aktiviti-aktiviti luar yang bercorak aktiviti lasak bagi memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan mereka. Aktiviti seperti ini amat penting bagi memastikan pelajar sentiasa sihat dan cerdas. Hasil program ini diharap dapat melahirkan pelajar yang cemerlang serta seimbang dari segi rohani, jasmani dan intelek. Diharapkan Kem Motivasi ini berkesan untuk membentuk pelajar yang berjaya khususnya dalam UPSR. Laporan disediakan oleh, MOHD ALI (KOGIESWARI A/P SARAVANAN) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, 24 MEI 2013.

Karangan Fakta : Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum


Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah. Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesamakita. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anakanak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

KARANGAN UPSR (fakta) : Kepentingan Kelas Tambahan


Kelas tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di luar waktu persekolahan atau ketima musim cuti sekolah.Ketika ini, kelas tambahan seakan-akan menjadi suatu kewajipan bagi mana-mana sekolah. Pihak ibu bapa pula beranggapan kelas tambahan ini perlu bagi meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak. Kelas tambahan ini biasanya menjadi pilihan utama ibu bapa kerana kelas ini boleh diikuti oleh murid-murid secara percuma. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos perbelanjaan ibu bapa. Tambahan pula, tenaga pengajarnya pula terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri.

Selain itu, kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya. Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula.

Di samping itu, kelas tambahan yang dijalankan biasanya memberikan lebih kefahaman kepada murid-murid. Murid-murid yang lemah akan diberikan lebih tumpuan kerana kelas ini tidak menekankan silibus. Oleh itu, kelas tambahan banyak membantu murid-murid sederhana dan lemah untuk menguasai kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran.

Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa menyukarkan murid-murid untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu. Ini dapat menghalang mereka terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen.

Kesimpulannya, Kelas tambahan banyak menberikan manfaat. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah.

KARANGAN UPSR (fakta) : Cara-cara menjaga Kesihatan Diri SOALAN : Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan

diri.

Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik. Cara lain yang mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakai pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik. Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit. Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu. Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga.

Karangan Fakta: Faedah Membaca Membaca jambatan ilmu. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca seperti surat khabar, majalah, buku cerita, komik dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini boleh didapati di perpustakaan ataupun membelinya di kedai buku. Membaca dapat memberikan pelbagai faedah kepada kita. Antaranya membaca dapat menambah ilmu pengetahuan. Dengan membaca buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang seperti bidang sejarah, ekonomi, perubatan dan sebagainya, menjadikan kita pelajar yang berpengetahuan luas dan otak cair. Secara tidak langsung akan membantu kita menjadi pelajar yang cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu bapa serta guru-guru. Dengan membaca juga kita akan dapat mengetahui isu-isu semasa. Apabila kita membaca surat khabar, kita akan tahu berita semasa di dalam dan di luar negara. Contohnya berita tentang gempa bumi di Jepun, peperangan di Palestin, Banjir di Johor dan sebagainya. Di samping itu, membaca juga dapat menghiburkan kita. Apabila kita berasa penat setelah menelaah pelajaran, kita boleh membaca buku-buku yang boleh menghiburkan kita seperti komik, majalah dan lain-lain lagi. Dengan itu, kita dapat menghilangkan rasa penat. Seterusnya, membaca dapat mengisi masa lapang kita. Kita dapat mengelakkan diri kita daripada bergaul dengan kacang hantu atau kutu embun. Secara tidak langsung, kita tidak akan terjebak dengan gejala sosial seperti melepak, bergaduh, vandalisme dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, membaca amat penting kepada para pelajar. Oleh itu, kita haruslah tanamkan sikap suka membaca pada setiap masa. Rakyat yang suka membaca adalah rakyat yang berilmu.

Faedah Bergotong - royong Gotong - royong membawa maksud melakukan sesuatu kerja secara beramairamai tanpa menerima upah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotongroyong adalah seperti membersihkan kawasan kampung, halaman rumah, kawasan sekolah dan membaiki jambatan. Amalan bergotong-royong boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Apabila kita menjalankan sesuatu aktiviti secara bergotong-royong, kerja yang berat akan menjadi ringan. Kita juga akan kurang berasa letih dan bosan. Di samping itu, kita boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang. Hal ini demikian kerana aktiviti bergotong-royong dijalankan secara beramai-ramai tanpa upah. Dengan adanya kerjasama daripada semua lapisan masyarakat, sesuatu aktiviti dapat dilaksanakan dengan cepat dan mudah. Selain itu, kita dapat memupuk persahabatan dan sifat setiakawan. Melalui aktiviti bergotong-royong, kita boleh berkenalan dengan jiran tetangga dan kawankawan baharu. Kita akan berpeluang untuk saling memahami dan tolongmenolong. Justeru, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat majmuk. Dalam pada itu, kita boleh mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Melalui amalan ini, kita akan bekerjasama dan bermuafakat untuk mengatasi sesuatu masalah. Amalan ini dapat menyatukan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Kata orang, "jiran sepakat membawa berkat". Pendek kata, amalan yang mulia ini wajar dipupuk dalam sanubari kita demi kesejahteraan bersama.

Karangan Fakta : Faedah Bersukan Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh. Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas. Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah. Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.

Karangan Fakta: Faedah Bersukan Antara aktiviti harian yang penting dalam kehidupan kita ialah bersukan. Bersukan membawa banyak kebaikan.

Bersukan dapat menyihatkan badan kita. Jika kita selalu bersukan, badan kita akan menjadi cergas dan kuat. Oleh itu, kita dapat menjauhkan diri daripada penyakit seperti penyakit kencing manis, penyakit jantung dan sebagainya.

Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah jika kita selalu bersukan. Kita juga tidak akan membuang masa dengan sia-sia. Ini dapat membantu kita mengelakkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat seperti merokok, menghisap dadah, lepak dan sebagainya.

Selain itu, bersukan dapat menenangkan fikiran kita. Semasa kita bersukan, kita dapat menghilangkan penat selepas belajar. Dengan ini, keputusan kita dapat ditingkatkan.

Bersukan juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan kawan. Hal ini adalah kerana jika kita selalu bersukan, kita dapat berjumpa dengan kawan kita dengan lebih kerap. Contohnya sukan seperti badminton dan ping pong yang melibatkan lebih daripada satu pemain.

Kesimpulannya, bersukan membawa banyak faedah kepada kita. Oleh itu, kita harus menanam tabiat baik ini sejak kecil lagi.

Fakta-Faedah Membaca Membaca mendatangkan banyak faedah. Tulis sebuah karangan tentang kelebihan tabiat suka membaca.Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat banyak kelebihan dan manfaat. Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan. Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya, kita boleh membaca buku-buku cerita, novel dan majalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia mahu pun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis. Di samping itu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita sering membaca buku-buku berkaitan sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan sejarah boleh ditingkatkan dan sekali gus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah. Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia. Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, membaca jambatan ilmu.

Faedah Berjimat Cermat Kebanyakan daripada kita telah disarankan agar berjimat cermat sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat sama ada dalam perbelanjaan seharian, ketika menggunakan air dan elektrik, dan sebagainya. Berjimat membawa maksud berhemat atau berhati-hati ketika menggunakan sesuatu. Sebenarnya, konsep jimat tidak hanya berkaitan dengan wang. Jimat merangkumi aspek masa dan tenaga. Misalnya, untuk menjimatkan masa dan tenaga, kita memilih untuk berbasikal ke sekolah. Contoh lain ialah kita menelefon kawan lebih dahulu untuk memastikan dia ada di rumah apabila kita berkunjung ke rumahnya. Tujuan berjimat adalah supaya kita tidak melakukan sesuatu dengan sia-sia. Misalnya,kita perlu berjimat menggunakan wang. Caranya, adalah dengan membeli barangan yang perlu saja. Hal ini untuk mengelakkan kita membazirkan wang begitu saja. Berjimat ketika berbelanja membolehkan kita menyimpan wang. Wang tersebut dapat digunakan pada saat-saat kecemasan. Malah, sesebuah keluarga dapat merancang masa depan anak-anak mereka dalam pelajaran dengan mengamalkan tabiat berjimat cermat dari awal. Selain itu, sikap berjimat cermat dapat mengelakkan kita daripada tabiat suka berhutang. Amalan berjimat juga dapat menjadikan kita lebih berdisiplin dalam melakukan sesuatu. Orang yang berjimat dalam menggunakan masa, tidak akan membiarkan diri mereka lalai tanpa membuat sesuatu yang berfaedah. Peribahasa masa itu emas akan menjadi pendorong kepada golongan ini agar menggunakan masa dengan sebaik-baik mungkin. Bagi pelajar, mereka perlu mengisi masa terluang dengan mengulang kaji pelajaran. Kesimpulannya, amalan berjimat cermat bukanlah sesuatu yang mustahiluntuk dilakukan. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah membuat perancangan sebelum memulakan sesuatu. Dalam hal ini, kita perlu menanamkan dalam minda bahawa amalan berjimat cermat pasti akan membawa kebaikan kepada diri sendiri.

Berjimat cermat merupakan amalan mulia yang dituntut oleh setiap agama. Amalan ini perlulah dipupuk sejak dari kecil lagi. Terdapat banyak faedah jika kita berjimat cermat. Antara faedah berjimat cermat adalah dapat melatih diri daripada melakukan pembaziran. Contohnya amalan menabung. Jika seseorang itu selalu menabung, wangnya akan semakin bertambah seperti pepatah sedikit - sedikit, lama- lama jadi bukit . Wang tabungan tersebut dapat digunakan untuk perkara- perkara berfaedah seperti membeli barangan keperluan atau apabila melangkah ke menara gading kelak. Dalam situasi dunia sekarang di mana keadaan ekonomi yang tidak stabil, amalan ini perlulah dititikberatkan. Contohnya jika kita berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik dan air akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk membayar bil bulanan. Wang yang selebihnya dapat disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan. Di samping itu, berkongsi kenderaan ke tempat kerja juga adalah satu daripada amalan yang dapat menjimatkan kos bulanan. Memandangkan harga bahan bakar yang kian meningkat, amalan ini dilihat dapat mengurangkan perbelanjaan harian. Justeru, dengan berkongsi kereta juga dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan. Selain itu, amalan berjimat cermat ini dapat menginsafkan diri akan penderitaan orang lain seperti masalah kebuluran yang dialami oleh penduduk di benua Afrika. Apabila membayangkan penderitaan mereka, sudah pasti kita tidak akan membazir makanan dan minuman yang kita nikmati setiap hari. Jika ada peluang kita juga boleh menyumbangkan sesuatu untuk meringankan penderitaan mereka. Oleh itu, marilah kita amalkan sikap berjimat cermat kerana amalan ini menjadikan kita seorang yang bertanggungjawab. Kita perlu sederhana dalam setiap perkara kerana membazir itu adalah amalan syaitan.

KEBAIKAN-KEBAIKAN MENABUNG

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung mempunyai banyak kebaikan. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibu bapa dapat disimpan ke dalam tabung. Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Jika kita menyimpan di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Selain itu, wang simpanan ini juga bolek digunakan untuk menampung perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Kita juga boleh membeli barang-barang keperluan diri kita dengan wang simpanan. Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit, wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleg digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya, bak kata pepatah, beringat sebelum kena, berjimat sementara habis. Oleh itu, mulalah menabung dari sekarang kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

FAEDAH BERSENAM Sebenarnya tubuh manusia memerlukan senaman. Ini berguna untuk membina kemampuan tubuh kita pada tahapnya yang terbaik. Orang yang tidak bersenam hanya

menggunakan 27% keupayaannya. Dengan bersenam keupayaan seseorang boleh ditingkatkan kepada 56%. Badan yang cergas dapat melakukan aktiviti dengan tidak berasa letih, bahkan segala kerja dapat disempurnakan dengan penuh keriangan.

Senaman juga boleh menyihatkan organ-organ badan. Tubuh badan yang sihat tidak mudah dijangkiti penyakit. Badan yang sihat juga boleh menghindarkan tanda-tanda ketuaan. Senaman yang dilakukan secara teratur sangat berguna untuk meningkatkan pembinaan otot. Maka otot-otot akan terbina dengan lebih baik lagi dari segi saiz, kekuatan, kekenyalan, dan daya tahannya.

Bahaya penyakit seperti serangan jantung boleh dikurangi kerana bersenam menyebabkan jantung kita bertambah kuat. Jantung yang cergas mampu melakukan kerja yang lebih daripada jantung yang kurang cergas. Contohnya jantung yang cergas mampu mengepam darah 25% lebih banyak daripada jantung yang kurang cergas. Sebab itulah orang yang cergas tidak mudah letih atau lesu.

Selain daripada jantung, senaman memperelok sistem kardiovaskular. Senaman dapat mempercepat pembentukan kapilari darah yakni saluran darah yang halus pada tisu-tisu yang aktif. Dengan bersenam lemak dalam saluran darah dapat dikawal daripada menjadi beku. Ia juga memperbaiki sistem pernafasan kita.

Kebaikan Perpustakaan

Perpustakaan mempunyai banyak kebaikan. Di perputakaan ada banyak bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi. Banyak faedah yang akan kita peroleh apabila kita menggunakan perpustakaan. Di perpustakaan, para pelajar dapat menambah ilmu pegatahuan. Apabila para pelajar membaca di situ, mereka akan dapat mengetahui hal-hal yang belaku di dalam dan di luar negara sama ada yang berkaitan dengan bidang ekonami , politik, sosial dan berbagai-bagai lagi. Ini akan meluaskan pengetahuan mereka. Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan mengunjungi perpustakaan. Ini dapat mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia. Oleh itu, ini akan menghindarkan kita daripada terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak, bergaduh, merokok dan lain-lain lagi. Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat pelbagai peraturan. Antara peraturanya ialah tidak boleh membuat bising, memulangkan buku tepat pada masanya dan menjaga kebersihan perpustakaan. Di samping itu, perpustakaan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Apabila kita membaca buku-buku rujukan, kita akan terjumpa perkataan-perkataan baharu. Ini akan membantu kita menulis karangan dengan lebih baik. Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, tanamkan sikap suka mengunjungi ke perpustakaan.

Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik. Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik. Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit. Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu. Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga.

Faedah-Faedah Berkebun Aktiviti berkebun merupakan kegiatan yang digalakkan oleh pihak kerajaan. Kegiatan ini bukan sahaja boleh dilakukan secara kemersil tetapi juga untuk keperluan diri sendiri. Melalui aktiviti berkebun , kita dapat menyihatkan tubuh badan. Kerja-kerja seperti menyangkul, menggemburkan tanah dan menyiram tanaman akan menyebabkan seseorang itu berpeluh dan boleh mengeluarkan toksin daripada tubuh badan. Selain itu, apabila aktiviti ini dilakukan bersama-sama keluarga, secara tidak langsung hubungan kekeluargaan dapat dieratkan. Seandainya kegiatan berkebun dilakukan secara komersil, aktiviti ini akan memberikan pulangan yang lumayan serta boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga. Di samping itu, aktiviti berkebun juga dapat membekalkan kita sayur-sayuran yang segar dan terhindar daripada penggunaan bahan-bahan kimia seperti baja dan racun serangga. Konklusinya, semua pihak perlulah menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan bumi hijau di negara kita.

Catatan Harian (Menziarahi Datuk di Kampung)

Kamu dan keluarga telah menziarahi datuk di kampung baru-baru ini. Tulis catatan harian tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlaku semasa kamu berada di kampung datuk kamu.

Sabtu,25 Mei 2014 8:00 pagi : Tiba di rumah datuk. Datuk dan nenek menyambut kami dengan tangan terbuka. Makan sarapan pagi di rumah datuk. 9:00 pagi : Mengikut nenek pergi ke kebun sayurnya. Membantu nenek memetik sayur dan membubuh baja. 11:00 pagi : Menangkap ikan dengan sepupu saya di anak sungai di kebun nenek. Berasa gembira kerana berjaya menangkap ikan putih dan ikan keli. Memanggang ikan di tepi anak sungai. 12:30 petang : Makan tengah hari di pondok kebun nenek. Kami makan sambil mendengar nenek bercerita. 2:30 petang : Mengikut datuk pergi ke dusunnya . Membantu datuk mengutip durian yang telah gugur. Datuk mengajar saya mengopek durian. Kami makan durian dengan gembira di pondok dusun. 4:00 petang : Bermain layang-layang di sawah padi bapa saudara saya. Kami sungguh gembira kerana layang-layang kami dapat terbang tinggi. Kami sempat menumpang mandi di sawah padi. 5:00 petang : Berasa berat hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada datuk dan nenek. Membawa banyak buah tangan seperti buah- buahan dan sayur balik ke rumah.

Contoh karangan : catatan

Soalan : Kamu dan keluarga telah bercuti di suatu tempat yang menarik pada cuti sekolah yang lalu.Tulis catatan tentang percutian tersebut.

8.30pagi Aku dan keluarga menaiki feri dari jeti Kuala Kedah.Perjalanan kami ke Pulau Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam lamanya. Aku berasa seronok apabila melihat keindahan laut yang saujana luasnya. 9.30pagi Kami tiba di jeti Kuah.Ayah menyewa sebuah kereta untuk memudahkan perjalanan.Kami turut diberi buku panduan tentang tempat-tempat yang menarik di Pulau Lagenda ini. 10.00pagi Kami sekeluarga menuju ke Underwater World.Di sini terdapat pelbagai jenis ikan yang kebanyakannya tidak terdapat di negara kita.Aku berasa terkilan kerana pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam foto sebagai kenang-kenangan. 12.00tengahhari Kami berkunjung ke Galeri Tun Dr Mahthir.Terdapat pelbagai barangan milik Perdana Menteri Malaysia yang keempat yang bernilai tinggi dipemerkan di sini.Cenderamatacenderamata tersebut kebanyakannya diterima sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri. 2.30petang Kami menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang.Aku memeluk ibu kerana berasa gerun berada di tempat yang tinggi.Namun aku kuatkan hati untuk melihat keindahan Pulau Langkawi.Kami sekeluarga sempat mengambil foto sebagai kenang-kenangan. 6.00petang Selepas membeli belah di Pekan kuah,kami bertolak pulang.Kami tiba di jeti Kuah untuk menaiki feri ke Kuala Kedah.Meskipun kunjungan kami singkat,namun aku berasa puas kerana dapat menghabiskan masa bersama keluarga sepanjang hari.

Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mahathma Gandhi Kalasalai Sabtu, 5 November 2011 7:30 pagi : Seramai 40 orang ahli pengakap berserta lima orang guru berkumpul di Dataran Cemerlang.Setelah itu, mereka menaiki bas ke destinasi perkhemahan. 9:30 pagi : Peserta tiba di Taman Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Seterusnya mereka ke tapak perkhemahan untuk membina khemah dan memasak makanan. 2.00 petang: Sesi kembara bermula. Peserta terpaksa merentasi sungai dan mendaki bukit selain meredah hutan yang dipenuhi onak dan pacat. Sesi ini berakhir pada pukul 6.00 petang. 9.00 malam: Aktiviti malam kebudayaan berlangsung. Antara aktivitinya berupa sketsa, nyanyian, lawak jenaka dan tarian. Persembahan yang dihakimi guru-guru pengiring ini berakhir pada pukul 11.00 malam.

Ahad, 6 November 2011 8.00 pagi : Para peserta mengikuti latihan kawat kaki serta pertandingan ikatan dan simpulan. Acara berikutnya ialah mencari harta karun di sekitar tapak perkhemahan. 2.00 petang: Upacara perasmian penutup majlis dilakukan oleh guru besar. Selanjutnya, diadakan pula sesi penyampaian hadiah diikuti majlis jamuan. Para peserta pulang pada pukul 4.30 petang dalam suasana yang ceria meskipun keletihan.

Gotong-royong di Sekolah 7.45 pagi Semua peserta gotong-royong yang hadir mendaftarkan diri mengikut kategori masingmasing. Selepas itu, kami berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat daripada penyelaras gotong-royong. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugasan masing-masing. Aku dan rakan-rakanku ditugaskan di kelas kami. Kami dibekalkan dengan alatan seperti penyapu, cat dan berus cat.

8.00 pagi Gotong-royong bermula. Kami bersama-sama guru kelas membersih dan mengemas kelas. Aku dan Kamal ditugaskan mengecat dinding kelas yang comot. Setelah selesai kelas kami kelihatan sungguh bersih dan ceria. Kami berasa seronok dan rindu untuk ke sekolah pada hari Isnin nanti.

10.00 pagi Kami berehat di kantin sambil menikmati hidangan mi goreng dan air sirap limau. Hidangan tersebut disediakan oleh kumpulan guru-guru dan kaum ibu yang hadir ke gotong-royong kali ini. 10.30 pagi Kami masuk ke kelas semula untuk menyudahkan kerja-kerja yang belum selesai. Kami mengeas semua alatan yang telah digunakan. Kami juga membuang semua sampah ke dalam tong sampah besar yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

11.00 pagi Kami berkumpul semula di Dataran Budi untuk mendengar taklimat penutup yang disampaikan oleh Cikgu Azman Ahmad. Setelas kesemua alatan dikumpulkan, kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Catatan: Sambutan Hari Guru RABU, 16 MEI 2013 7.30 pagi Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar oleh Arthi Ehlil Vili Reddy, selaku Ketua Pengawas. Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh PN.Rajambal.

7.40 pagi Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. U.Jeyaluxmi, sebelum beliau membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru Besar, En. Veeramuthu menyampaikan ucapan dan seterusnya membacakan perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran.

8.40 pagi Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru dan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat, sebaliknya mereka hanya menjadi penonton. Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan gembira dan mengambil bahagian. Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuihmuih yang disediakan di kantin sekolah. 10.40 pagi Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid. 12.00 tengah hari Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Nadarajah. 12.40 tengah hari Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para guru secara bergilirgilir. 01.10 tengah hari Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru.

CATATAN PERKELAHAN Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan. Tuliskan sebuah catatan tentang perkelahan tersebut. Ahad , 25 Mac 2013. 7.00 pagi Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan adik-beradikku sibuk membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa. 8.15 pagi. Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Avanza. Perjalanan ke Port Dickson mengambil masa selama satu jam setengah . Ketika kami sampai, orang ramai sudah membanjiri pantai Port Dickson. 9.45 pagi. Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah sebatang pokok yang rendang. Aku, abang dan adikku pula membantu ibu mengangkat barang-barang lalu meletakkannya di bawah pohon itu. Ibu pula mula menyusun atur barang dan membuka bekalan yang dibawa. 10.00 pagi. Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan gigi air sahaja. Sementara itu ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah berjaga-jaga. Selepas puas bermandi-manda, kami naik ke pantai dan membina istana pasir bersama-sama. 12.15 tengah hari. Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir, kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera dengan bekalan yang dibawa. Kami makan dengan amat berselera sekali, maklumlah masing-masing sudah kelaparan dan makanan yang ibu sediakan pula enak-enak belaka. Sambil itu, kami menikmati suasana nyaman pantai Port Dickson dan melihat gelagat orang ramai yang ada di situ. 3.00 petang. Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira dan puas dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di pantai Port Dickson lagi pada cuti yang akan datang atau jika ada kelapangan pada masa lain.

Contoh Karangan Diari/ Catatan Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang telah dijalankan pada hari tersebut. ISNIN, 16 MEI 2013 7.45 pagi Semua guru diarak ke dewan diiringi kumpulan kompang sekolah bagi meraikan sambutan Hari Guru 2013 . Semua guru mengambil tempat masing-masing dan kelihatan ceria. 8.00 pagi Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar . Seterusnya, Puan Rajambal membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran dan Encik Devendran pula membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. 8.45 pagi Sukaneka dimulakan dengan acara Simpul Kasih . Selain itu, terdapat pelbagai acara sukaneka lain yang menarik . Perlawanan bola jaring turut diadakan antara murid dan guru. 10.00 pagi Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih muih . 10.30 pagi Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan . Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid. 11.45 pagi Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG,Encik Nadarajah. 12.45 tengah hari Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru. Acara pertukaran hadiah turut diadakan bagi memeriahkan acara.

Berkunjung ke Pameran Buku Pada minggu yang lalu, bertempat di Dewan Besar Simpang Ampat Pulau Pinang telah diadakan suatu pameran buku secara besar-besaran. Pameran buku ini berlangsung selama seminggu. Zafran rakan sekelas saya telah mengajak saya berkunjung ke pameran buku tersebut. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas. Menjelang tengah hari, kami pun tiba di ruang pameran. Saya dapati banyak penerbit buku membuka gerai masing-masing. Ruang pameran penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing sibuk membelek-belek dan memilih buku yang dipamerkan. Banyak ibu bapa membawa anak-anak mereka datang ke pameran tersebut. Pameran buku ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran. Pameran buku ini telah disertai oleh 50 buah syarikat penerbit buku dari seluruh negara. Tujuan pameran buku ini diadakan adalah untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Di samping itu, pameran ini juga memudahkan orang ramai memilih bahan bacaan yang sesuai dan digemari oleh mereka. Buku-buku yang dijual di pameran ini murah-murah belaka. Pihak penerbit yang mengambil bahagian dalam pameran ini memberi diskaun antara 10% hingga 70% bergantung kepada jenis, kualiti dan tahun buku itu diterbitkan. Antara buku yang dijual ialah buku rujukan, buku cerita, majalah dan buku-buku ilmiah. Selain pameran buku, pelbagai aktiviti turut diadakan untuk pengunjung yang hadir. Antaranya ialah kuiz, pertandingan melukis, pertandingan mendeklamasikan sajak dan macam-macam lagi. Pelbagai hadiah disediakan seperti buku, sijil dan wang tunai. Banyak kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan melukis. Ibu bapa yang hadir juga terhibur dengan persembahan kebudayaan yang diadakan. Saya dan Mani turut membeli beberapa buah buku cerita dan buku rujukan UPSR. Saya dan Mani menghabiskan masa hampir tiga jam di pameran itu, Ketika kami ingin meninggalkan tempat itu, orang ramai masih berpusu-pusu mengunjungi pameran tersebut.

AKU SEHELAI KEMEJA Aku sehelai kemeja. Namakuku Boss. Aku dilahirkan di sebuah kedai jahit yang terletak di Pulau Pinang. Badanku dihiasi dengan corak-corak menarik yang dilukis sendiri oleh tuanku . Selepas aku di lahirkan, aku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan kemudian dimuatkan ke dalam lori. Aku telah di hantar ke sebuah gedung pakaian di Selangor. Aku telah dipamerkan di suatu sudut bersama-sama rakanku yang lain. Tanda harga yang diletakkan pada badanku ialah RM120.00. Aku berasa amat bangga kerana dalam kalangan rakanku, akulah yang paling mahal. Banyak orang yang memandangku dan memuji akan kecantikanku. Namun, tiada siapa yang sudi membeliku kerana hargaku yang agak mahal. Setelah seminggu aku dipamerkan di situ, aku telah dibeli oleh seorang pemuda yang bernama Mirthevan. Mirthevan memakaiku pada suatu majlis keramaian di sebuah hotel. Kawankawan Mirthevan memujiku. Setiap kali sebelum dipakai, Mirthevan akan menggosokkan badanku dengan seterika yang panas. Aku berasa amat seronok kerana tuanku amat menyayangiku dan dijaga dengan elok. Pada suatu hari, Mirthevan telah meletakkan aku di atas katil di biliknya. Seekor kucing telah duduk di atas badanku.Tanpa disedari, badanku telah terguris dan koyak kerana terkena kuku kucing yang tajam itu. Mirthevan tidak mengetahui apa-apa yang berlaku kepada diriku. Apabila Mirthevan datang dan mengambilku, didapatinya badanku telah terkoyak. Dengan perasaan amat marah dan kecewa, aku dicampakkan ke hadapan pintu bilik air. Kini, aku dijadikan sebagai alas kaki sehingga akhir hayatku.