Anda di halaman 1dari 2

SINDROM LAMBAT MEMBACA

Biasanya kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas sudah tahu mengenal huruf, mengeja, membaca dan menulis. Bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak mampu melakukan semua itu? Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap anak mereka yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa berusaha mengenal pasti punca masalah itu berlaku.

Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas yang masih tidak mampu mengeja dan menulis mungkin disebabkan oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia. Sindrom lambat membaca ini bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran. Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom lambat baca di kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak disleksia adalah normal dari segi fi!ikal, pemikiran dan cara percakapan tetapi yang membe!akan mereka daripada kanak-kanak lain ialah kesukaran membentuk satu kefahaman bagi sesuatu huruf serta menyebutnya. "a#atan bagi sindrom ini adalah dengan menyertai pelbagai jenis program pembelajaran bagi membentuk minat mereka untuk membaca dan menulis. Sokongan padu amat penting bagi kanak-kanak terbabit.

Sindrom disleksia agak sukar dikenal pasti kerana ia tidak seperti sindrom atau penyakit lain. $ika kanakkanak mula menunjukkan kele#atan bercakap dengan fasih, lambat mengenal pasti huruf serta menyanyi, mereka mungkin berisiko mengalami disleksia. %pabila mereka mula memasuki alam persekolahan keadaan itu akan kelihatan lebih ketara termasuk ketidakupayaan mengenal huruf, membaca, memahami, cepat lupa serta menterbalikkan huruf.

Kanak-kanak ini juga membaca dari kanan ke kiri, tidak dapat membe!akan persamaan perkataan dan kesukaran untuk menyebut ayat yang dieja. Disleksia juga boleh diklasifikasikan sebagai kele#atan pembelajaran dari segi umur daripada yang sepatutnya. Kebanyakan kanak-kanak yang berumur enam tahun sudah mampu untuk belajar membaca, tetapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka tidak dapat memahami asas pembacaan #alaupun sudah mencapai &ahun Satu.

&iada ujian tunggal yang dilakukan untuk mengenal pasti disleksia. 'enilaian diagnosis yang dilakukan adalah berkaitan dengan perubatan, proses mengenal (kognitif), pengolahan pancaindera dan sejarah perubatan keluarga.

"a#atan dari segi psikologi juga patut diberikan kepada kanak-kanak ini. Ini boleh menentukan baha#a mereka mengalami masalah sosial atau tidak. Sifat bimbang atau tekanan yang dihadapi akibat kesukaran penerimaan pembelajaran boleh merencatkan kebolehan mereka.

Komplikasi yang dihidapi oleh kanak-kanak disleksia ini mampu menjejaskan mata pelajaran lain seperti matematik. Selain itu disebabkan membaca adalah perkara asas dalam keseluruhan pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk meneruskannya ke peringkat paling tinggi.

'engajar perlu menggunakan teknik mendengar, melihat dan sentuhan untuk membantu meningkatkan kemahiran pembacaan mereka.

FAKTA: Disleksia

Disleksia

adalah

sejenis

sindrom

lambat

membaca

Kanak-kanak berusia lima tahun boleh dikenal pasti sama ada menghidap disleksia atau tidak. Kanak-kanak ini adalah normal seperti kanak-kanak lain, malah mereka juga dikatakan lebih bijak dalam berfikir. *asalah utama penghidap disleksia ialah ketinggalan dalam pelajaran. +ara pembelajaran yang sesuai dan menarik mampu mera#at permasalahan disleksia ini.

http,--pmr.penerangan.go..my-inde/.php? option0com1content2.ie#0article2id0344,sindrom-lambatmembaca2catid0566,jenis-jenis-penyakit2Itemid07 *89D%: ;6 %<=<S& 5646, 6>,;7

Anda mungkin juga menyukai