Anda di halaman 1dari 28

Pendahuluan

Suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah
penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari
masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan.
Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai
bentuk ajaran sesat, yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada
ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari
akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus
hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat. Ada
pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana
mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan pula yang sanggup menceraikan isteri,
meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang
lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan


keselamatan umat Islam di negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan
yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan segera.

Latar Belakang

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini


bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi
Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi
selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam
pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad
dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.

Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang
muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat
dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya
bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan
semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng
daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai
912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan
Jim Jones.

Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan
dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan
Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau
Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya
dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga
meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini
merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Takrif Ajaran Sesat


Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-
orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada
ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan
dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Bentuk-bentuk Ajaran Sesat

Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan
kepada tiga bentuk utama iaitu:

i. Bentuk Ajaran

Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh
seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang menggunakan berbagai-bagai
nama atau pengamalan tertentu.

ii. Bentuk Tarikat

Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat


yang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan
oleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan
tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini
meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti Ahmadiah,
Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-
berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikut
ajaran tarikat ini.

Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang


direka dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan
oleh mereka dan konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur
ataupun bahan-bahan yang boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah dan
boleh membawa pengikut-pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yang
sebenar.

iii. Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan


amalan mistik dan kultus.

Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-
orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat:
a. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.

b. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai


kelebihan.

c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni


mempertahankan diri dan sebagainya.

d. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa


mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi atau orang-orang
halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan
sebagainya.

Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkan


bahawa orang-orang Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-
pola kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam dan sekiranya
pola-pola yang sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan umat Islam
pada hari ini, maka krisis akidah umat Islam makin meruncingkan.

Penjelasan Ciri-Ciri Utama Ajaran Sesat

i. Mempercayai orang yang telah mati boleh memberi


pertolongan apabila diseru namanya.
Ada terdapat amalan tarikat yang mempercayai bahawa gurunya yang telah mati
boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

Ulasan

Semua manusia dan makhluk yang hidup di atas muka bumi ini akan mati.
Manusia yang mati itu tidak akan dihidupkan kembali melainkan di hari
Kiamat untuk menerima pembalasan. Dalam hal ini, Allah telah menegaskan
melalui firman-Nya:

Maksudnya :
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada
hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.”

( Surah Ali-
Imran:185)

Firman Allah lagi .

Maksudnya:

“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian akan


dikembalikan kepada Kami ( untuk menerima balasan ).

(Surah
al-‘Ankabuut:57)

Kehidupan dan kematian manusia tidak boleh dipisahkan. Kematian itu akan
dialami oleh semua orang apabila sampai tempohnya. Kemudian seseorang itu tidak
boleh dipercepatkan dan tidak juga boleh diperlambatkan, ditunda ataupun diganti.
Dalam hal ini, Allah telah menegaskan bahawa kematian seseorang itu tidak boleh
ditangguhkan walat sesat. Firman Allah bahawa dalam al-Quran:

Maksudnya:

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka
apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau
sesaat pun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”

Daripada ayat di atas, Allah mengaitkan orang yang telah mati itu dengan
pembalasan di hari Kiamat. Allah tidak mengaitkan orang yang telah mati itu dengan
orang yang masih hidup. Oleh itu, manusia yang masih hidup tidak boleh mengaitkan
mereka dengan orang yang telah mati. Ini kerana apabila seseorang itu mati, maka
badannya sudah tidak berperanan lagi, yang ada hanya roh sahaja. Roh itu pula
tidak dapat diketahui hakikatnya oleh manusia. Hakikat roh itu pula tidak boleh
difahami apatah lagi untuk mengetahui peranan-peranannya atau untuk memohon
pertolongan daripadanya. Dalam keadaan seperti itu, firman Allah dalam al-Quran
jelas menunjukkan:
Maksudnya:

“Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang Roh, katakanlah


“Roh itu dari perkara urusan Tuhanku” dan kamu tidak diberi ilmu pengetahuan
melainkan sedikit sahaja”. (Surah al-Israa’:85)

Berpandukan kepada ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia tidak


mampu untuk menerokai hakikat roh, ianya hanya berada dalam pengetahuan Allah
sahaja. Oleh itu manusia tidak mungkin memperolehi pertolongan daripada apa yang
tidak diketahui hakikatnya. Dengan itu juga menunjukkan bahawa manusia tidak
mungkin memperolehi pertolongan daripada roh orang yang telah mati.

Apabila jelas menunjukkan roh orang yang telah mati boleh memberi
pertolongan kepada orang yang masih hidup, maka dakwaan orang yang
mengatakan bahawa seseorang itu mendapat pertolongan daripada orang yang telah
mati adalah tidak benar. Sekiranya ada bukti dalam dakwaan mereka itu, maka bukti
itu tidak boleh disandarkan kepada pertolongan roh. Bukti itu menunjukkan bahawa
pertolongan tersebut datang daripada sumber lain seperti pertolongan daripada
syaitan. Ini kerana Allah telah menjelaskan bahawa manusia itu boleh berkawan dan
memperhambakan syaitan. Firman Allah:

Maksudnya

“Dan sesiapa (yang mengambil) syaitan itu menjadi kawannya, maka


seburuk-buruk kawan ialah syaitan.”

( Surah an-Nisa’:38 )

Begitu juga, dakwaan yang mengatakan bahawa pertolongan daripada roh


orang yang telah mati boleh memberi rezeki kepada orang yang hidup tanpa bekerja
adalah tidak benar. Ini kerana Allah sendiri menjanjikan bahawa setiap usaha diberi
balasan. Dalam hal ini tidak sepatutnya orang yang tidak bekerja dan tidak berusaha
tetapi mampu mendapat rezeki dengan hanya memohon pertolongan daripada orang
yang telah mati.

Firman Allah:
Maksudnya

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (Balasan) bagi seseorang melainkan


(Balasan) apa yang diusahakan

(Surah an-Najm:39)

Penjelasan dalam hal ini hanya boleh diselesaikan oleh al-Quran dan al-Sunnah
sahaja. Dalam konteks ini, seseorang hamba hanya boleh memohon pertolongan
daripada Allah sahaja. Sesungguhnya Allah itu hampir kepada hamba-hamba-Nya.
Allah Juga sentiasa memperkenankan permohonan orang-orang yang berdoa.

Firman Allah:

Maksudnya:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku


maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya aku (Allah) sentiasa
hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang
berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.”

(Surah al-
Baqarah:186)

Dengan ini, nyatalah bahawa tidak ada pertolongan yang diperolehi dari menyeru
nama orang yang telah mati. Pertolongan yang sebenarnya datang daripada Allah.
Kepada Allahlah kita sembah dan kepada-Nya jua kita minta pertolongan.

Firman Allah :

Maksudnya:

“Engkau sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan.”
(al-
Fatihah:5)

ii. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.

Kebanyakkan ajaran sesat mensyaratkan pengikut-pengikutnya menyembunyikan


ajaran yang dipelajari dari diketahui oleh orang lain kecuali pengikut-pengikut
sahaja”.

Ulasan

Perkara tersebut amat berbeza sekali dengan kehendak Islam kerana Islam
adalah satu agama yang menghendaki umatnya menyeru untuk menyampaikan
perkara kebaikan kepada manusia sejagat secara terus terang dan tidak
bersembunyi-sembunyi.

Firman Allah:

Maksudnya:

“Katakanlah (Wahai Muhammad) inilah jalanku, aku dan orang-orang yang


menurutku menyeru manusia semuanya kepada agama Allah dengan berdasarkan
keterangan dan bukti yang jelas nyata.”

(Surah Yusof: 108)

Islam berkembang melalui method dakwah iaitu dengan jalan menyeru dan
meyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada manusia seluruhnya justeru itu kalau
ditinjau sejarah pengutusan Rasul-rasul, kita akan dapati bahawa tugas utama
mereka ialah menyeru dan menyampaikan risalah Allah S.W.T. dalam setiap zaman
dan generasi. Maka sebab itulah tugas para Rasul ialah menyampaikan, bukan
menyembunyikan. Mustahil bagi seseorang Rasul itu menyembunyikan risalah Allah
yang diamanahkan kepadanya untuk disampaikan atau disebarkan. Jelas di sini
bahawa menyampai atau mengajar sesuatu ilmu atau ajaran yang baik itu adalah
dituntut oleh Islam.

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menggesa agar


menyampaikan ajaran-ajaran yang baik kepada orang ramai. Firman Allah:

Maksudnya:

“Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu


dari Tuhanmu." (Surah al-Maidah :67)

Allah berfirman:

Maksudnya:

“Bukankah tanggungjawab Rasul-rasul semuanya menyampaikan


(Kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas dan nyata?”

(Surah an-Nahl:
35)

Firman Allah lagi :

Maksudnya:

“Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka kami tidak mengutusmu
(wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka tugasmu tidak lain
hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu)”.(Surah As-Syura:
48)

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas dapat disimpulkan bahawa tujuan


utama pengutusan Rasul ialah untuk menyampaikan ajaran Allah kepada seluruh
umat manusia. Dalam konteks masa kini, tanggungjawab untuk berdakwah atau
menyampaikan seruan Islam adalah terpikul di atas bahu setiap umat Islam.
Dalam hal ini, Rasullulah s.a.w. telah bersabda:

Maksudnya:

“Sampaikanlah dariku walaupun satu perkataan.”

Seperti yang telah dijelaskan, bahawa setiap individu muslim


bertanggungjawab untuk menyampaikan risalah Islam, iaitu dengan kata lain
menyeru melakukan kemungkaran. Adalah berdosa sekiranya kita menyembunyikan
ajaran-ajaran atau ilmu-ilmu Islam.” Allah S.W.T melarang kita menyembunyikan
ajaran-ajaran atau ilmu-ilmu tersebut. Dalam hal ini Allah menegaskan dengan
firman-Nya:

Maksudnya:

“Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang
telah diberikan Kitab (iaitu):” Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan
isi kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu
menyembunyikannya”. Kemudian mereka membuang (perjanjian sesat) itu ke
belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang
sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran
(kalamullah dan janjinya) itu”.

(Surah Ali-Imran:
187)

Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran kepada sesiapa yang


menyembunyikan ilmu atau ajaran yang baik. Sabda baginda:

Maksudnya:
“Sesiapa ditanya mengenai dengan ilmu, kemudian dia menyembunyikannya, ia
akan di kekang di hari Kiamat dengan tali kekang dari api neraka.”
(Sahih at-Tarmizi Juzuk ke-10, halaman 118)

Berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan, jelaskan bahawa menjadi


tanggungjawab kepada setiap individu muslim untuk menyampaikan ajaran-ajaran
yang diredhai Allah, sebaiknya Islam melarang umatnya daripada menyembunyikan
ilmu-ilmu atau ajaran-ajaran yang telah diperolehi khususnya ilmu-ilmu Islam.

iii. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi


Ada guru ajaran sesat yang mengaku dirinya sebagai keturunan Yahudi dan
mendakwa menerima wahyu daripada Allah dan menganggap bahawa keturunan
Yahudi paling agung di dunia ini.

Ulasan

Sikap mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum atau bangsa


yang paling baik, yang perlu diikuti adalah salah satu cirri kesesatan di dalam Islam.
Ianya tanda-tanda sesat di dalam pegangan agama Islam kerana al-Quran telah
menerangkan sikap orang Yahudi di dalam surah al-Maidah : 82.

Maksudnya:

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang


keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang
musyrik……..”

Orang-orang Yahudi yang tidak menerima agama Islam telah menganggap


bahawa agama mereka sahajalah yang betul. Keadaan ini menjadikan mereka
menolak agama Islam dan tetap berpegang dengan agamanya. Mereka terus
berusaha mengekalkan kesinambungan atau penerusan agama mereka. Mereka
memperkenankan bahawa pegangan merekalah yang betul serta terbaik di sisi Allah.
Hal ini telah disebutkan di dalam al-Quran sural al-Baqarah: 135.
Maksudnya:

“Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: Jadilah kamu pemeluk
agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan dapat
petunjuk.”

Allah S.W.T. telah menganggap orang Yahudi sebagai golongan yang sesat
merupakan kaum yang mempunyai akhlak yang buruk. Jadi sesiapa yang mengikuti
jejak kaum Yahudi adalah digolongkan serupa dengan mereka.

Sifat mereka disebutkan di dalam al-Quran sebagai kaum pandai membuat


muslihat terhadap apa yang dirasakan oleh menguntungkan mereka. Allah
menyatakan kaum Yahudi adalah seloba-loba manusia kepada hidup (yang lanjut
masanya) melebihi kaum kafir musyrik. Mereka suka kiranya boleh hidup seribu
tahun.

Kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengamalkan sihir dan


menggunakannya dengan sewenang-wenangnya.

Orang Yahudi masih berpegang dengan sikap mereka tidak menurut perintah
Allah, tidak menerima kerasulan dan ajaran daripada Nabi-nabi selepas Nabi Musa,
iaitu Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. Meraka menganggap apa yang mereka
pegang itulah sahaja yang benar. Lalu mereka putarbelitkan kebenaran untuk
mempertahankan pegangan mereka.

Allah menceritakan sikap mereka di dalam al-Quran sebagai kaum yang keras
hati, lebih keras daripada batu di dalam hal menerima kebenaran dan keimanan.
Selepas itu mereka tutup hati mereka daripada menerima Islam dan
mengisytiharkan bahawa mereka adalah anak-anak Allah yang sangat disayangi
Allah. Bahkan mereka mendakwa bahawa syurga dan akhirat adalah hak istimewa
mereka sahaja. Pada hal mereka adalah sebagai orang yang tidak mempunyai
agama selagi mereka tidak beriman dengan Kitab Taurat yang membawa mereka
percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan apa yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w.

Sikap mengagung-agungkan kaum Yahudi ini sebagai tanda-tanda terkeluar


daripada ajaran Islam kerana sikap ini adalah bertentangan dengan tuntutan al-
Quran. Di dalam al-Quran Allah memperingatkan orang Islam tentang sikap orang
Yahudi terhadap agama lain. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Islam
mengikuti jejak mereka. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menjayakan cita-cita
itu sepertimana disebutkan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah: 120 iaitu:
Maksudnya:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan senang hati (reda)
kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang
terpesong itu).”

Orang Yahudi memang berusaha bersungguh-sungguh untuk menunjukkan mereka


sebagai kaum pilihan Allah atau kaum yang istimewa. Mereka mengambil
pengalaman datuk nenek mereka mempengaruhi dunia. Antaranya mereka bersatu
dengan golongan Nasrani dan cuba menekan agama Islam di sebalik tabir akademik
atau pengetahuan moden yang dianggap saintifik dan rasional. Mereka dengan
angkuh dan lantang menolak kekuasaan Tuhan dengan teori seperti The Law of
Nature, Teori Evolusi dan sebagainya. Kebanyakkan mereka adalah daripada
keturunan Yahudi kemudian mereka menerapkan pengetahuan itu kepada dunia
khasnya orang Islam yang mereka jajahi selepas perang dunia kedua, misalnya
orang-orang Islam memuja dan menyanjung pengasas teori-teori tersebut dan
berbangga dengan penemuan pengetahuan tersebut tanpa menyedari kesan
daripada segi akidah dirinya, contohnya teori penilaian semua sumber rujukan
agama dan penggunaan angka-angka di dalam menafsir al-Quran adalah diasaskan
oleh seorang yang berbangsa Yahudi bernama Abd. Havy Ibn Akhtab. Beliau telah
disanjung oleh segelintir orang Islam seperti Rasyad Khalifah dan pengikut-
pengikutnya yang dianggap telah cuba menyelewengkan ajaran Islam.

Dengan sebabnya itu peringatan Allah kepada orang beriman tentang


perhubungan dengan orang Yahudi adalah sangat tepat seperti yang tersebut di
dalam surah al-Maidah: 51:

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-


orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat, kerana setengah mereka
menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara
kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia
adalah golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan
petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”
Oleh kerana itu sesiapa yang mengikuti jejak langkah mereka dianggap
sebagai orang yang menzalimi diri mereka iaitu menjadikan diri mereka juga tidak
beriman atau terpengaruh dengan cara orang-orang Yahudi itu seperti yang
disebutkan di dalam surah an-Nisa’89:

Maksudnya:

"Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah
kafir, maka (dengan demikian) jadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu
janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman
rapat kamu sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (Islam).”

Allah melarang orang beriman mencontohi orang Yahudi ialah kerana


dibimbangi akan terikut-ikut dengan perlakuan orang-orang Yahudi. Keadaan ini
telah dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim iaitu:

Maksudnya:

“Daripada Abi Said al-Khudri telah berkata ia, Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: Kamu akan mengikut sunnah orang yang sebelum kamu sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka itu melalui
lubang biawak pun kamu akan mengikutnya. Kami bertanya Ya Rasulullah
s.a.w.! Yahudi dan Nasrani.?”

(Sahih Muslim Juzuk Ke-16, halaman 219)

Kesimpulan

Cara hidup kaum Yahudi telah dijelaskan di dalam al-Quran dan Hadith
Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah sikap mereka mengubahsuaikan agama mengikut
selera dan nafsu mereka. Mereka suka mengamalkan ilmu sihir untuk mencapai
kehendak mereka.
Secara tidak disedari oleh orang Islam, mereka mengolah sumber-sumber
hokum dan doktrin agama atas alas an ilmiah dan cuba menafsirkan al-Quran
melalui angka-angka yang telah digunakan oleh kaum Yahudi sebagai sumber ilmu
sihir. Apa yang diperolehi itu terus dibanggakan dan menganggap teguran ke atas
sikapnya itu adalah negatif, tidak mahu kepada pembaharuan dan kemajuan
sedangkan bagi umat Islam, contoh dan ikutan yang paling baik dan benar ialah
Rasulullah s.a.w. dan sunnah sahabat-sahabatnya. Mereka yang mengikuti selain
daripada sunnah Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya adalah sesat.

iv. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi


“Untuk menyakinkan pengikut, ada guru-guru ajaran sesat yang mendakwa
menerima wahyu dan mengaku sebagai Nabi”.

Ulasan

Agama Islam telah menetapkan bahawa Allah S.W.T. telah mengutuskan


seramai 25 orang Nabi dan Rasul kepada umat manusia dan Nabi Muhammad s.a.w.
merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk
menyampaikan syariatnya kepada umat manusia. Segala hukum-hukum dan syariat
yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan syariat yang terakhir dan tidak
ada lagi wahyu yang diturunkan selepasnya.

Kalau ditinjau dalam sejarah Islam orang-orang yang mengaku mendakwa


menjadi nabi sesudah Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah sangat ramai sehingga ke
zaman kita hari ini. Pada permulaan wafatnya Junjungan Besar Muhammad s.a.w.
telah muncul tiga orang yang mendakwa dirinya menjadi Nabi, iaitu Muhammad
Kazab di Yamamah Al-Aswad Al Unusi di Negeri Yaman, dan Talhah Al Asadi dari
Kabilah Bani Asad.

Kesudahannya mereka ini telah mati terbunuh di tangan askar-askar pejuang


Islam yang dipimpin oleh Jeneral Khalid Ibni Walid, setelah beliau diutus khas oleh
Khalifah Islam Syaidina Abu Bakar r.a. untuk menghapuskan golongan yang
mendakwa menjadi Nabi palsu itu. Pada tahun 11 Hijrah Talhah Al Asadi telah
bertaubat dan kembali kepada Islam di akhir hayatnya.

Mengikut iktikad dan fatwa ulama-ulama dari golongan Ahli Sunnah Wal
Jamaah bahawa hukuman bagi orang-orang yang mengaku dirinya atau gurunya
sebagai Nabi sesudah Nabi Muhammad s.a.w. adalah terkeluar daripada agama
Islam. Oleh itu golongan-golongan yang mendakwa menjadi Nabi selepas wafatnya
junjungan Nabi Muhammad s.a.w. telah diperangi oleh sahabat-sahabat Rasulullah
s.a.w.

Walaupun fahaman golongan ajaran sesat sudah nyata menyimpang dan


menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar, tetapi ada juga orang-orang
Islam yang masih percaya dan menjadi pengikut kepada guru-guru ajaran sesat itu.
Mereka masih buta hati dari mencari kebenaran, walaupun sudah ada keterangan-
keterangan yang jelas al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Untuk menjelaskan
dimanakah letaknya kesalahan fahaman kaum Nabi baru ini, maka di sini kita cuba
menjelaskan kepada masyarakat dengan tujuan untuk membendung dan
mengelakkan umat Islam daripada tertipu oleh propaganda dan diayah-diayah palsu
yang didakwa oleh Nabi-nabi baru itu.

Sebelum itu elok kita lihat tentang apakah hukuman dalam syariat Islam
terhadap perkara ini, ianya adalah seperti berikut:-

a. Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi akhir zaman, tidak ada lagi Nabi sesudah
beliau dan juga tidak ada lagi Rasul sesudah Muhammad s.a.w.

b. Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah syariat yang
paling akhir yang diturunkan kepada manusia oleh Allah S.W.T. daripada
Syariat Samawiah bahkan, syariat-syariat yang dibawa oleh Nabi kita
Muhammad s.a.w. telah memansuhkan syariat-syariat sebelumnya.

c. Barangsiapa yang mendakwa di dunia menjadi nabi atau rasul atau gurunya
sesudah Nabi Muhammad s.a.w. maka hukumnya ia terkeluar daripada
agama Islam kerana ia telah mengingkari segala keterangan di dalam al-
Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. mengikut pendapat ulama-ulama
daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah sesiapa yang menentang al-Quran dan
hadith-hadith yang sahih maka hukumnya orang itu terkeluar dari agama
Islam.

Dalil-dalil dari Al-Quran

Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 40 yang menunjukkan kebenaran


Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi yang terakhir adalah seperti berikut:

Maksudnya:

“Bukankah Nabi Muhammad itu (Dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi
bapa yang sebenar bagi seseorang dari lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah
dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu.”

Daripada ayat yang tersebut di atas nyatalah bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
“Khattama al-Nabiyyin” yang beerti Nabi yang paling akhir.

v. Mengakui Dirinya Memiliki Barang-barang


Peninggalan Rasulullah s.a.w.
“Ada setengah guru ajaran sesat yang mendakwa memiliki barang-barang
peninggalan Rasulullah s.a.w. bertujuan untuk menyakinkan pengikut bahawa
ajarannya itu benar daripada Rasulullah s.a.w.”

Ulasan

Dakwaan ini bertujuan untuk menunjukkan kehebatan seseorang itu sahaja


dan juga untuk mempengaruhi orang lain dengan menggunakan nama Rasulullah
s.a.w. Perlu diingat bahawa barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. tidak
mempunyai apa-apa kelebihan pun malah ianya sama seperti barang-barang lain.

Dakwaan ini menjadi lebih meragukan lagi jika seseorang yang mendakwa
memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. itu tidak mempunyai
hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. yang memberi peluang seseorang itu
untuk menerima barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

Taraf keistimewaan sahabat adalah kerana ilmu dengan dan amalannya


sahaja. Oleh itu sesiapa sahaja sama ada di zaman Rasulullah atau sekarang ini
mempunyai keistimewaannya disebabkan oleh ilmu dan amalannya sahaja bukannya
berpandukan kepada jauh dan dekatnya seseorang itu dengan Rasulullah s.a.w.
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya : Tidak ada perbezaan di antara orang-orang biasa dengan orang-


orang Arab melainkan melalui taqwanya kepada Allah.

Oleh itu jelaslah bahawa mengagung-agungkan barang-barang peninggalan


Rasulullah s.a.w. itu tidak dituntut oleh agama Islam malah ditakuti jika terlampau
diagung-agungkan, akan membawa kepada syirik kerana Allah menegaskan bahawa
Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang manusia biasa yang serupa dengan manusia
lain dari segi kejadiannya.

Malahan perlu diingat bahawa dakwaan mempunyai barang-barang


peninggalan Rasulullah s.a.w. ini pada dasarnya ialah untuk menunjukkan kehebatan
diri semata-mata.

vi. Mempercayai Semua Ajaran Adalah Sama.


“Untuk meyakinkan pengikut supaya mempelajari sesuatu ajaran salah,
guru-guru ajaran salah mengatakan bahawa semua ajaran adalah
daripada Allah dan menuju ke syurga.”

Ulasan

Setiap manusia normal mempunyai naluri yang baik dan sentiasa inginkan
perkara-perkara yang baik di dalam hidupnya. Naluri itu mengerakkan tabiat
manusia kepada mencari jalan untuk hidup aman dan damai. Atas keperluan itu
menjadikan manusia secara langsung mempunyai fitrah (bakat) hidup beragama.
Dengan sebab itu apabila Allah mengarahkan manusia berpegang kepada agama
Allah sebagai landasan cara hidup yang selamat dan diredhaiNya diterima oleh
manusia sehingga ke hari ini. Walaupun begitu terdapat manusia yang tidak
menerima hidayah (petunjuk) daripada Allah, mereka terus mencari malah
membentuk doktrin (prinsip) dan method (cara) tersendiri sebagai pegangan hidup
untuk memenuhi fitrah semula jadi itu. Masing-masing cuba mempertahankan
keyakinan dan pegangan mereka. Di dalam keadaan begitu ada pula golongan yang
mempercayai semua agama adalah sama, mereka percaya bahawa semua agama
menuju ke syurga. Pendapat ini adalah penyelewengan terhadap ajaran Islam juga
merupakan salah satu ciri-ciri utama ajaran sesat.

Sejarah Agama Menurut Al-Quran

Sejarah agama manusia di dunia pada mulanya adalah satu sahaja iaitu
agama Allah yang satu. Ini ada dijelaskan di dalam ayat 92 surah al-Anbiya:

Maksudnya:

“Dan sesungguhnya Agama Islam ini ialah agama kamu, agama yang satu asas
pokoknya dan Allah Tuhan kamu Maka sembahlah kamu akan daku.”

Di dalam surah al-Mukminun: 52

Maksudnya:

“Dan sesungguhnya Agama Islam ini ialah agama kamu, agama yang satu asal
pokoknya dan Allah Tuhan kamu. Maka bertaqwalah kamu kepadaKu.”
Firman Allah Taala ini ditujukan kepada umat manusia seluruhnya. Iaitu agama
Islam, agama Tauhid, ialah agama semua manusia yang telah disampaikan oleh
Rasul-rasul silih berganti semenjak Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a.w.
dan asas agama Tauhid ialah menyembah Allah yang Maha Esa, kerana Allah jualah
Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dan Dialah sahaja yang berhak
disembah.

Seruan pertama dalam semua perutusan-perutusan Allah ialah menyuruh


manusia menjadikan agama Allah sebagai agama mereka untuk memperingatkan
kembali apa yang telah manusia akui dengan Tuhan semasa di alam roh sepertimana
telah dijelaskan di dalam al-Quran surah al-A’raf, ayat 172:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-


anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka
saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil bertanya dengan firman-Nya):
“Bukankah Aku Tuhan Kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah
Tuhan kami) kami menjadi saksi.”

Dengan sebab itu Allah utuskan Nabi dan Rasul bersama kitab-kitab suci untuk
memberi ingat kepada manusia seluruhnya tentang perjanjian lama agar mereka
tidak lalai atau menyeleweng daripada agama Allah.

Gejala-gejala Berlaku Kesesatan

Fenomena berlaku kesesatan atau perpecahan agama telah dijelaskan Allah di


dalam al-Quran di antaranya disebutkan di dalam surah Al-Baqarah 213:
Maksudnya:

“Pada mulanya manusia ialah umat yang satu (menurut) agama Allah yang
satu tetapi setelah mereka berselisih maka Allah mengutuskan Nabi-nabi
sebagaipemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan
balasan

syurga), dan pemberi amalan (kepada orang-orang yang ingkar dengan


balasan azab neraka), dan Allah menurunkan, bersama Nabi-nabi itu kitab-
kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang benar), untuk
menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka
perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan
melainkan orang yang telah diberi kepada kitab-kitab suci, iaitu sesudah
datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka
berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah
memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah
kebenaran-kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka yang derhaka itu),
dengan izin-Nya dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada
sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang betul lurus (menurut undang-
undang peraturan-Nya).”

Sepertimana dijelaskan di dalam ayat di atas, keseluruhan umat yang sesat


telah pun diperbetulkan oleh Allah dengan kebenaran dan petunjuk melalui Rasul dan
kitab-Nya. Akan tetapi manusia terus sesat kerana ada golongan yang telah
menyembunyikan kebenaran daripada Allah. Ini telah diceritakan Allah di dalam ayat
174, surah Al-Baqarah:
Maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau


mengubah) apa-apa keterangan kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah,
dan memberi dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya…”

Bermula dari perasaan dengki sesama sendiri, manusia sanggup


menyembunyikan kebenaran dan mereka-rekakan hujjah untuk mempertahankan
pegangannya. Sikap ini terus diwarisi oleh generasi turun-temurun sehingga menjadi
hak keluarga.

Walaupun Allah telah membangkitkan dan menurunkan kitab yang memimpin


manusia ke arah kebenaran di sisi Allah, tetapi masih terdapat lagi manusia yang
sesat kerana masing-masing ingin mempertahankan pegangan mereka. Mereka
berbangga dengan apa yang menjadi pegangan mereka. Keadaan ini telah
diceritakan Allah di dalam surah al-Mu’minun: 53.

Maksudnya:

“Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama


mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan
apa yang ada pada mereka.”

Sikap berbangga dan cuba mempertahankan keyakinan menjadikan mereka


terus mempertahankan pegangan mereka kepada anak cucu, sebagai warisan dan
kepada jiran dan kenalan mereka.

Di dalam usaha itu, masing-masing cuba mengatakan kelebihan dan


keistimewaan yang akan diperolehi bila berpegang dengan kepercayaan mereka.
Maka untuk menyelesaikan polemik, lahir pula kumpulan yang mengemukakan
bahawa semua agama adalah sama, semua menghendaki kebaikan dan
menjaminkan syurga kepada yang berpegang teguh dengan ajaran agama tersebut.
Jadi tidak perlu setiap orang bergaduh dan berperang untuk mempertahankan
pegangan atau berdakwah kepada orang lain kerana semua mereka dengan
mengatakan bahawa semua agama itu adalah sama.

Hasil daripada kepercayaan tersebut, wujud golongan yang akan mencari


kesesuaian antara agama-agama manusia universal. Iaitu satu agama yang dibentuk
daripada resolusi atau intisari yang dianggap baik daripada agama-agama di dunia
atas tujuan menyatu-padukan manusia dan menyelesaikan krisis di antara penganut
agama-agama serta memajukan lagi kehidupan beragama manusia.

Kepercayaan bahawa semua agama adalah sama, semua menuju ke syurga


juga memberi implikasi kepada semua penganut agama-agama masing-masing terus
berpegang dengan kepercayaan mereka. Jadi tidak perlu lagi berdakwah dan tidak
perlu lagi bertukar agama walaupun agama yang dipegang itu adalah jelas
bercanggah dengan fitrah dan akal mereka.

Kedua-dua keadaan tersebut adalah bercanggah dengan tuntutan agama


Islam dan fitrah manusia yang sejahtera. Usaha mewujudkan agama universal bukan
menyatukan agama tetapi menambahkan senarai agama-agama di dunia.
Sedangkan keseluruhan agama adalah masing-masing menekankan cirri-ciri
keistimewaan tersendiri dan mengarahkan penganutnya mengajak orang lain
menerima agama tersebut. Dengan cara tidak langsung setiap agama ada sikap
tersendiri terhadap agama-agama lain.

Kedudukan Agama-agama Di sisi Islam

Kedudukan agama-agama di dunia pada pandangan Islam adalah jelas dan tegas.
Semua agama adalah tidak sama. Ini telah dijelaskan oleh firman Allah di dalam
surah Al-Kafirun: 6.

Maksudnya:

“Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.”

Semua agama tidak sama dengan agama Islam. Kelainan agama Islam
berbanding dengan agama lain ialah dari sudut keyakinan secara Tauhid
(kepercayaan kepada Allah Yang Esa) melalui yang ditauhidkan (dikuatkan dengan
pengakuan Syahadah) dan amal (cara hidup atau amal) dengan anggota secara
langsung kepada Allah berdasarkan syariat yang dibawakan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. Berdasarkan al-Quran, Sunnah dan Ijma’ Ulama dengan hati ikhlas kepada
Allah tanpa sebarang perantaraan sepertimana disebutkan di dalam surah al-
Baiyinah ayat 5:
Maksudnya:

“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah


dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid,
dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang
demikian itulah agama yang benar.”

Allah menekankan hanya Islam sahaja agama yang benar diterima dan
diredhai Allah seperti di dalam surah Al-Imran: 19.

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam….”

Maka sesiapa yang memilih lain daripada Islam adalah tidak diterima oleh Allah.
Segala amalan dan kebajikan yang dibuat atas urusan agama lain daripada agama
Islam tidak akan mendapat ganjaran daripada Allah, malah akan diseksa. Jadi
mereka tergolong bersama orang-orang yang rugi di akhirat nanti. Ini telah
dijelaskan Allah di dalam surah Al-Imran, ayat 85:

Apabila Allah menyatakan hanya agama Islam sahaja yang diterima dan tidak
menerima selain daripadanya, yang maka secara langsung agama dapat dibahagikan
kepada dua, iaitu agama Allah dan bukan agama Allah.

Konsep Syurga Di Dalam Doktrin Agama

Fitrah agama ialah berkehendakkan kehidupan yang teratur semasa hidup di dunia
dan selepas mati. Peraturan ini dilaksanakan supaya manusia membuat kebaikan
maka diberikan janji ganjaran syurga, dan janji neraka kepada yang
mengingkarinya.
Konsep syurga dan neraka di dalam agama Islam adalah termasuk di dalam
rukun Iman iaitu mempercayai kewujudan segala yang didengar (sami’yyat) dan
membenarkan Nabi s.a.w. tentang apa yang dikhabarkannya. Syurga wujud sebagai
makhluk Tuhan untuk tempat tinggal orang yang beriman kepada Allah. Mereka yang
berjaya ke syurga mestilah memenuhi syarat:

1. Beriman kepada Allah

2. Taqwa kepada Allah

3. Menunaikan kewajipan (tanggungjawab) sebagai hamba dan khalifah Allah


di muka bumi ini.

4. Menjauhkan diri dari perbuatan yang dilarang atau diharamkan Allah.

5. Menjaga diri daripada menghabiskan masa dengan sia-sia.

6. Membersihkan hati dan mendisiplinkan diri daripada gangguan nafsu


syahwat.

7. Mencari rezeki yang halal tanpa melupai Allah.

8. Mengorbankan harta benda dan masa pada jalan Allah.

9. Membebaskan diri daripada pengabdian selain dari Allah.

Seandainya kesemua syarat-syarat tersebut tidak dapat diamalkan maka harapan


seseorang itu untuk mendapatkan syurga adalah terserah kepada Allah yang
berkuasa. Manusia, sebagai makhluk-Nya mesti berserah kepada-Nya dengan
membuat apa yang disuruh dan meninggal apa yang dilarang. Oleh yang demikian
kita tidak boleh berpegang kepada pendapat; iaitu setiap orang yang beragama akan
ke syurga.

vii. Mengaku Dirinya Sebagai Wali Atau


Mempunyai Keramat.
Ulasan

Antara kelebihan Allah kepada makhluk di bumi ini ialah dengan adanya wali-wali
dan ianya merupakan rahsia Allah yang telah diberikan kepada makhluk. Pada
umumnya telah diketahui ramai bahawa wali-wali yang sebenar adalah sukar untuk
diketahui kecuali kepada para wali itu sendiri. Taraf kewalian ini adalah merupakan
kurniaan dan pangkat yang dikurniakan oleh Allah kepada makhluk (manusia) di
bumi belum lagi di akhirat. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 62-64:
Maksudnya:

“Ketahuilah! Sesungguhnya para Wali Allah itu, mereka tiada takut dan tiada
berdukacita. Iaitu mereka yang beriman dan juga bertaqwa kepada Allah. Mereka
diberikan kegembiraan di penghidupan dunia dan akhirat.”

Para wali adalah mereka yang mengikut jejak langkah para Rasul dari apa yang
diturunkan oleh Allah. Mereka ini menghampirkan diri kepada Allah dengan
melakukan apa yang disyariatkan dan menjauhi apa yang dilarang dan dimurkai-Nya.
Di dalam Islam tidak adanya istilah orang suci seperti yang didapati di dalam
setengah-setengah agama lain. Walaupun begitu agama Islam mengiktiraf adanya
wali sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah dengan terang di dalam ayat-
ayat al-Quran seperti di atas. Meskipun demikian tidak terdapatnya ayat-ayat al-
Quran yang menunjukkan bahawa wali-wali tersebut mempunyai kelebihan-kelebihan
istimewa yang mencapai taraf orang suci yang mempunyai kekuasaan untuk
mengampunkan dosa dan berupaya melakukan sesuatu yang mengikut kebiasaannya
tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa.

Para wali Allah adalah seorang yang berperibadi mulia, mukmin, soleh dan
berakhlak mulia. Melaksanakan amalan-amalan wajib dan amalan-amalan sunat,
meninggalkan yang haram dan perkara-perkara yang makruh. Ianya seseorang yang
zahid, tidak haloba menuntut keduniaan seperti pangkat kebesaran dan sebagainya.

Di dalam perkembangan ajaran salah kedapatan orang-orang yang mendakwa


dirinya dan pengikutnya sebagai wali Allah. Untuk membuktikan bahawa seseorang
tokoh itu telah mencapai maqam (kedudukan) yang tinggi maka dilahirkan
perbuatan luar biasa yang selalunya disebut sebagai karamah (keramat) seperti
mengeluarkan air dari jari, kitab al-Quran yang digantung berpusing sendiri, jari-jari
disilangkan antara satu dengan yang lain melekat dan tidak dapat dibuka. Pada
umumnya perbuatan luar biasa ini adalah perbuatan yang boleh dipelajari kerana
ianya berbentuk sihir ataupun silap mata dan mempunyai teknik-teknik tertentu.
Oleh itu jika kedapatan orang-orang yang mendakwa sebagai wali Allah dengan
menunjukkan perbuatan-perbuatan luar biasa seperti tersebut di atas, adalah
merupakan penyelewengan kepada akidah Islam demi untuk keuntungan diri dan
kepentingan peribadi semata-mata. Wali Allah yang sebenar tidak pernah
mendakwah kewaliannya dan amat jauh untuk mempengaruhi manusia untuk
menjadikannya ketua atau memujanya dengan mengakui sebagai wali Allah dan
menonjolkan “karamah” yang dimilikinya.
viii. Mempercayai Gurunya Boleh Memberi Syafaat Di Akhirat

Ada antara guru ajaran sesat yang mendakwa ianya sebagai guru mursyid dan
dapat memberi syafaat di hari Akhirat kelak.

Ulasan

Syafaat bukanlah suatu perkara dakwaan. Seseorang itu tidak boleh mendakwa
dirinya atau mempercayai gurunya atau orang-orang tertentu boleh memberi syafaat
kepada orang lain di akhirat kelak. Allah telah menjelaskan bahawasanya manusia
tidak berhak mendapat syafaat dan memberi syafaat kepada orang lain kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta diizinkan oleh Allah S.W.T.
Ketentuan seseorang itu dapat memberi syafaat dan menerima syafaat adalah
kehendak Allah S.W.T. sahaja sebagaimana firman-Nya:

Maksudnya:

“Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang
telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah
yang melimpah-limpah rahmat-Nya.”

(Surah Maryam:
87)

Mengenai pengertian syafaat di atas, Ahmad Mustafa Al-Maraaghi di dalam


tafsir Al-Maraaghi menjelaskan bahawa pemberi syafaat di akhirat kelak hanyalah
kepada Nabi-nabi, ulama-ulama dan para-para Syuhada’ di atas kadar apa yang
mereka ikut.

Firman Allah:

Maksudnya:

“Pada hari itu tidak ada berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapa pun)
kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmat-
Nya dan kepada orang yang diredhai perkataannya.”
(Surah Toha:
109)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa pemberi syafaat adalah terdiri daripada
orang-orang yang diizinkan oleh Allah iaitu terdiri daripada Nabi-nabi, Ulama-ulama
dan para syuhada’. Oleh itu adalah menjadi satu kesalahan dan kesesatan sekiranya
ada orang-orang tertentu yang mendakwa dirinya atau gurunya dapat memberi
syafaat di akhirat kelak.

Kesimpulannya orang yang berhak mendapat syafaat ialah orang Islam dan
hak menentukan siapa yang boleh memberi syafaat adalah hak Allah S.W.T. dan
Allah juga berkuasa menentukan siapakah yang diizinkan menerima syafaat,
manakala dakwaan yang mengatakan orang-orang tertentu boleh memberi syafaat di
akhirat adalah dakwaan yang palsu.

viv. Meninggalkan Sembahyang Jumaat Kerana


Bersuluk
“Ada antara guru-guru ajaran sesat yang mengharuskan pengikut-pengikutnya
meninggalkan sembahyang Jumaat ketika bersuluk.”

Ulasan

Mengharuskan kewajipan sembahyang Jumaat semasa bersuluk beerti


mengharuskan sesuatu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T.Mengikut syarak, hokum
sembahyang Jumaat adalah Fardhu Ain bagi setiap yang mukallaf.

Firman Allah:

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk


mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke
masjid) untuk mengingati Allah….”
(Surah al-Jumu’ah:
9)

Walau bagaimanapun syarak juga telah memberikan pengecualian dan


kelonggaran ke atas sesetengah golongan dan ini tidak termasuk golongan mereka
yang sedang bersuluk.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

(Riwayat Abu Daud)

Maksudnya:

“Sembahyang Jumaat adalah hak kewajipan ke atas setiap orang Islam yang
ditunaikan secara jemaah kecuali empat: hamba yang dimiliki, perempuan,
kanak-kanak dan orang yang sakit.”

Di dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda

(Riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi)

Maksudnya:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka diwajibkan ke
atasnya Sembahyang Jumaat kecuali ke atas wanita atau musafir atau
hamba atau orang sakit.”

Di dalam Islam amalan bersuluk bukanlah satu kewajipan yang mesti


ditunaikan oleh setiap umat Islam, tetapi hanyalah satu peraturan yang diwujudkan
dalam sesuatu tarikat.

Bagi golongan tarikat mungkin mentafsirkan bahawa mereka yang sedang


bersuluk itu adalah dalam keadaan sakit yang sedang diubati. Sekiranya ia keluar
pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat nescaya dirinya akan
terdedah kepada alam sekeliling yang boleh memberi kesan ke atas diri dan jiwanya
yang sedang sakit.

Tafsiran seumpama itu tidaklah tepat dengan pengertian sakit yang


dimaksudkan di dalam hadith di atas.

Walaupun tujuan utama bersuluk adalah untuk membersihkan jiwa dan


menghampirkan diri kepada Allah S.W.T., tetapi konsep sembahyang yang diwajibkan
itu telah terkumpul tujuan berkenaan. Oleh yang demikian amalan bersuluk hanyalah
satu cirri ibadah sampingan kepada yang wajib dan ianya tidak boleh mengatasi yang
wajib.

Dalam hal ini Allah berfirman:

Maksudnya:

“Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu


mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.”

(Surah al-Ankabut:
45)