Anda di halaman 1dari 2

Untuk menghasilkan Lampu LED yang mampu berfungsi secara terang dan malap serentak penggunaan litar multipenggetar

boleh digunakan. Litar ini mampu menghasilkan output yang berubah-ubah akibat daripada simetri litar. Litar multipenggetar tidak stabil adalah litar yang menghasilkan dua output yang saling berubah-ubah pada tempoh yang sama. Litar ini mempunyai dua output, dan setiap satu output memiliki logik yang berbeza dengan logik pada satu lagi output. Jika sekiranya output A berlogik 1, maka output B berlogik 0, dan juga sebaliknya. Masa bagi setiap output adalah sama. Sebagai contoh, jika output A mengeluarkan logik pertama( kita ambil 1 terang) selama 1 saat, maka ia juga akan mengeluarkan logik 0 (malap)selama 1 saat selepas tamat logik pertama, dan seterusnya disambung semula oleh logik 1 selama 1 saat, isyarat bergilir-gilir 0, 1 , 0 1.... dikeluarkan sehinggalah suis dimatikan. Output B juga mengeluarkan logik bergilir , tetapi berlawanan dengan output A. Keadaan bersimetri ini mewujudkan satu ketidakstabilan pembahagian arus dalam litar. Maka kedua-dua output akan berubah-ubah, dan tidak ada output yang tetap.

Anda mungkin juga menyukai