Anda di halaman 1dari 4

NAMA : LOGESHVARAN A/L ALAGIRISAMY KELAS : T1SN REFLEKSI

Semester saya dapat peluang untuk melibatkan diri dalam permainan iaitu dalam permainan bola sepak sebagai mata pelajaran wajib (WAJ 3109) yang diajar oleh pensyarah, En. Anpalakan. Saya juga dapat meningkatkan pengetahuan saya serta kemahiran saya dalam bermain bola sepak semasa belajar mata pelajaran tersebut. Semasa saya mempelajari mata pelajaran ini juga saya juga dapat tahu status negara kita serta negara-negara lain dalam permainan bola sepak ini. Setiap minggu iaitu hari selesa, permainan bola sepak ini dijalankan di padang IPG. Sebelum aktiviti pemanasan badan dan permainan bola sepak dimulakan, pensyarah saya memberikan maklumat tentang permainan bola sepak. Misalnya, status permainan bola sepak di negara kita dan di luar negara seperti negara-negara Eropah. Beliau juga memberikan maklumat berkenaan pemain-pemain negara asing yang terkenal seperti Messi, Cristiano Ronaldo dan sebagainya. Beliau juga mengajar kami tentang kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki oleh seseorang pemain bola sepak semasa bermain bola sepak, cara-cara menguasai kawasan padang semasa bermain, cara-cara menjaring gol dengan mudah dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam bidang bola sepak ini. Seterusnya, saya juga diberi latihan yang cukup bertenaga kepada saya supaya membentuk diri saya menjadi seorang pemain yang baik pada masa yang sama menjadi seorang bakal guru yang dapat memberikan ilmu tentang permainan bola sepak kepada para murid. Tambahan pula, pensyarah saya juga mengajar beberapa teknik bola sepak seperti hantaran jauh, hantaran dekat, tendangan sudut, tendangan percuma dan sebagainya. Hal ini dapat memberikan peluang kepada saya untuk meningkatkan kemahiran saya dalam permainan bola sepak. Saya juga cuba melatih diri saya dan mengambil inisiatif dengan mencari maklumat tentang teknik-teknik

permainan bola sepak melalui internet supaya menyediakan sebagai seorang bakal guru yang mempunyai ilmu serta kemahiran bermain bola sepak. Tambahan pula, pensyarah saya juga memberi suatu tugasan kepada saya dengan rakan-rakan saya untuk menjalankan mikro teaching secara berkumpulan yang terdiri diri daripada 3 atau 4 orang ahli kumpulan. Kumpulan saya telah mendapat tajuk lontaran dalam. Saya dan rakan saya juga berbincang bersa ma-sama semasa menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berkenaan dengan topik tersebut. Tambahan pula, saya bersama-sama dengan rakan saya telah menjalankan mikro teaching tersebut yang berdasarkan kepada RPH yang kami telah disediakan. Pensyarah tersebut juga telah memberi beberapa pendapat terhadap cara mengendalikan mikro teaching dan membuat sesuatu RPH yang lengkap. Dengan ini, saya dapat memperoleh pengetahuan tentang cara-cara membuat sesuatu RPH yang lengkap serta cara-cara mengendalikan mikro teaching yang sempurna iaitu mencapai objektif pengajaran.

Rajah 1 menunjukkan para guru pelatih cuba untuk membuat lontaran dalam dengan rakan yang berhadapan dengan mereka

Rajah 2 menunjukkan para guru pelatih membuat lontaran dalam terhadap sasaran yang ditentukan (kon) Di samping itu, pensyarah saya juga memberikan peluang kepada saya dan rakan-rakan saya supaya menyertai Kursus Kepegawaian dan Pengadilan Bola Sepak. Apabila saya melibatkan diri dalam kursus tersebut, saya dapat memperoleh banyak pengetahuan tentang peraturan-peraturan yang ditetapkan di dalam permainan bola sepak. Misalnya, saya dapat tahu tentang peranan pembantu pengadil yang memberi isyarat kepada pengadil semasa berlaku offside, cara-cara menentukan offside, caracara memegang bendera, cara-cara berlari dengan memegang bendera, cara-cara menunjukkan bendera untuk offside dekat, offside tengah dan offside jauh. Setelah saya menerima ilmu tersebut, saya berasa gembira dan berkeyakinan supaya dapat membina diri saya sebagai seorang pengadil bola sepak pada masa depan jika saya terus meneroka ilmu dalam bidang tersebut. Selain itu, mengikut proforma, pensyarah tersebut juga mengarahkan saya dengan rakan-rakan saya untuk membuat suatu kertas kerja serta mengendalikan suatu karnival bola sepak. Hal ini memberikan cabaran kepada saya dan rakan-rakan saya. Saya dan rakan-rakan saya tidak berasa kecewa tetapi kami bersama-sama berbincang semasa membuat persediaan untuk karnival bola sepak ini. Hal ini dapat merapatkan

hubungan silaturahim antara satu sama lain dan pada masa yang sama, semangat kesukanan juga turut wujud dalam kalangan kami. Secara keseluruhannya, permainan bola sepak ini merupakan permainan antarabangsa yang terkenal dan seronok . Kemajuan dalam bidang bola sepak ini juga akan meningkatkan taraf negara kita dan membolehkan negara supaya dapat bertanding di peringkat antarabangsa. Dalam merealisasikan hasrat tersebut, peranan guru amat penting dalam menerapkan serta mencurahkan ilmu tentang permainan bola sepak kepada para murid. Jadi, sebagai seorang bakal guru, saya juga akan memberikan ilmu yang saya diperoleh dalam permainan bola sepak ini kepada para murid dan berusaha untuk menjadikan mereka seorang individu yang penuh dengan kemahiran dan pengetahuan bola sepak. Pada masa yang sama, saya juga akan berusaha dalam menghasilkan pemain-pemain bola sepak dalam kalangan para murid yang berketerampilan serta dapat menyumbangkan kepada kemajuan negara serta mengharumkan imej negara.

Anda mungkin juga menyukai